Tuesday, June 14, 2016

I'm Quit!


APA! Nak berhenti kerja?

Pelbagai pandangan yang aku terima daripada orang sekeliling termasuklah keluarga. Ada yang neutral, namun banyak sekali 'seperti' kurang bersetuju. Gila ka apa...


Bayangkanlah, aku diberi gaji permulaan sekitar 2k-3k sebulan. Masih tidak cukup lagi kah? 
Malah, sepatutnya bersyukur kerana masih ramai lagi fresh graduate yang masih menganggur.


Mungkin aku berbeda dengan kebanyakkan manusia. Mungkin aku terlalu 'tenang' (Slumb la sangat). Dan, terlalu bersifat Introvert & Dyslexia. Ringkasnya, entry kali ini ada hubungkait dengan 2 entry lamaku yang bertajuk 'Surat dari Hospital' & 'Hutang & Pelaburan'.


Perumpamaan nak berhenti kerja ini umpama hang nak "putus" dengan awek hang. 
Tapi, dia tak nak "putus" (sebenarnya, hang pun masih sayang). Macam itu jugalah time hang nak mengorat dulu (interview), bukan main lagi mengayat kan...


Seperti biasa, bila situasi sebegini berlaku, anda akan melihat orang-orang prihatin di sekeliling anda memberi pandangan. Ada yang bagus, dan ada juga yang mengoyahkan keputusan. Berfikirlah dan dengarlah secara terbuka. Nak ikut atau tidak, itu terserah atas diri anda.



Kerja la dulu beberapa tahun bagi "cantikkan resume".... (pandangan beberapa rakanku).

Ya, ada benar kata mereka. Namun, ianya masih tidak kuat mematahkan sebab utama aku berhenti kerja. Jika ingin berbicara mengenai pengalaman & persoalan kerisauan mencari kerja, aku ada selitkan dalam entry lama yang bertajuk 'Aku Fresh Grad', takkala kebanyakkan orang terlalu risau mencari kerja.


Jap! Jadi, apa sebab utama hang nak berhenti kerja?

Sekiranya anda pernah membaca 2 entry yang lalu ('Surat dari Hospital' & 'Hutang & Pelaburan'), mungkin anda sudah dapat gambaran & pointnya. Sebab utamanya ialah aku ada penyakit Al-WahnYa, penyakit kritikal akhir zaman, iaitu cintakan dunia & takutkan mati. Point kedua, aku ingin belajar hidup lebih berdikari dan bergantung kepada Tuhan (di tempat yang aku tidak ada sanak saudara). Kerna, aku tahu. Betapa "rapuhnya" keyakinan ini. Dan, jika diibaratkan. Akulah buih-buih di lautan, sebagaimana sabda Nabi S.A.W mengenai manusia akhir zaman. 


Ianya juga berhubung kait dengan sebuah kata-kataku, hasil rumusan daripada apa yang telah aku pelajari dalam bab kewangan/pelaburan/ekonomi dan sebagainya selama ini. Iaitu, 

Dalam dunia kewangan hari ini, berhati-hatilah dengan "Hutang & Pelaburan". 
Hutang itu ikatan.... Pelaburan itu angan-angan!
(Detailnya, ada diulas dalam entry tersebut). 



Ingin keluar daripada "belenggu" dunia! Al-Wahn....

Bukankah pergi ke sana juga masih sama sahaja. Masih dalam "belenggu" dunia.


Ya, benar. Cuma, ada sedikit perbezaannya. Iaitu ianya mungkin mempercepatkan masa beberapa ketika daripada terus berlama-lamaan terbelenggu. Sejujurnya, aku tidak 100% pasti, apa outcome daripada tindakan aku ini. Namun, aku tertarik dengan sebuah pertanyaan daripada seorang pensyarah  kepada spara muridnya, iaitu ;


"Bukankah ajal maut, rezeki dan sebagainya sudah ditetapkan Allah sejak di Luh Mahfuz. Jadi, kenapa kita berusaha? Tidak bolehkah kita sekadar mengikut sahaja. Bukankah semua sudah 'ditentukan'-Nya?


Seperti biasa, pelbagai pandangan diberi oleh anak muridnya yang berdasarkan logik akal, Al-Quran serta hadis Nabi. Yes, jawapan daripada anak muridnya betul, cuma agak kurang menyakinkan. Akhirnya, pensyarah tersebut menjawab dengan jawapan yang ringkas dan amat menyakinkan. Beliau berkata ; 

"Aku berusaha kerana aku tidak mengetahui".


Targetku mudah seperti mana orang muda hari ini. Iaitu, ingin berkahwin (berkeluarga) dan mempunyai rumah sendiri. Namun, yang berbezanya ialah aku tidak ingin kehidupan diriku hari ini, "dihantui" dan "terikat" oleh semalam yang menakutkan. Apatah lagi 'angan-angan' yang melalaikan. 







Penutup

Sejujurnya, amatlah tidak berbaloi jika aku melakukan hanya kerana wang. Tidak berbaloi dengan risiko yang mendatang, apatah lagi terpaksa berjauhan dengan family dan meninggalkan rakan-rakan (sekerja). Dan aku setuju dengan kata rakanku ; "Aku masih bekerja disini sebab hangpa".

Namun, keputusan harus aku lakukan (bukan aku tak sayang member). Tapi, demi sesuatu yang lebih utama lagi iaitu mencari ubat bagi penyakit kritikal Al-Wahn dalam diri. 


Pengajaran daripada sepucuk surat dari Hospital, membuka mindaku. Kerna, jika 2nd test darahku 'confirm' diriku dijangkiti penyakit (*dimana perubatan moden masih tiada ubat kecuali mati), sekurang-kurangnya aku tahu. Ada penyakit lain yang lebih teruk dan kritikal lagi daripada itu, iaitu Al-wahn.

Perkara ini, aku sedar semasa hampir 3 bulan menunggu keputusan 2nd test darah aku. Secara jujurnya aku tersangat lemah. Hampir setiap hari aku menonton ceramah motivasi bagi menguatkan diri. Itupun masih terasa 'down'.


The reason, very simple. Iaitu, aku letakkan "dunia" di hati. That's why, bila terasa diri akan berpisah dengan dunia, terasa sakit dan pedih sesangat. Berbeza mereka yang meletakkan "dunia" ditangan, mudah dilepaskan....

Ya, keputusan aku berhenti kerja ini mungkin tidak masuk akal bagi kebanyakkan orang. Namun, ini antara jalan yang aku pilih bagi mengubati penyakit kritikal dalam diri (Al-Wahn). Aku tahu, ianya bukan gampang meletakkan dunia di tangan, kecuali orang-orang yang benar-benar merasa bertuhan. Akhir kata, aku nukilkan kata-kata daripada sebuah mimpi yang sering menguatkan aku menempuhi tempoh 3 bulan yang telah berlalu ;


"Jangan jadi seperti kebanyakkan manusia 
yang tidak berpuas hati (tidak redha) dengan dunianya"










Previous entry yang berkaitan: 2 Perkara Tahun Ini
Antara buku yang menarik untuk dibaca : Bingkisan Buat Pesakit




Yang Benar,
Fedli Isa (Slumb)
Hidup itu sendiri adalah sebuah pengalaman & bekalan. 

Until today, the most stressful in my life is when I know, I will die (Surat dari Hospital)