Wednesday, May 21, 2025

Siri 2: Ciri Seorang Majikan & Pekerja

Sambungan entry yang lalu (Ciri seorang pekerja), diakhiri dengan perbualan antara CEO & CFO.  



Ada majikan bersetuju dengan pandangan CFO. Manakala yang lain seperti pandangan CEO tersebut. Sebenarnya, kedua-dua pandangan tersebut adalah BETUL mengikut situasi dan pengalaman mereka. Untuk syarikat seperti Big4 (accounting), International company, Bank & GLC, pandangan CEO itu lebih sesuai. Kerana, syarikat seperti ini selalunya menawarkan gaji yang lebih tinggi berbanding syarikat lain. 

Tapi, untuk syarikat yang menawarkan gaji lebih rendah daripada market, pandangan CFO itu lebih sesuai. Namun, untuk pendapat peribadi, aku lebih suka gabungkan pandangan CFO & CEO tersebut. Kenapa & Bagaimana ?

Masih ingat kata-kata seorang TOP Agent Unit Trust. Katanya, cara beliau kekal jadi TOP ialah beliau fokus kepada client yang berumur 35 tahun keatas. Kerana, golongan ini kebanyakkannya stabil (berduit). 

Daripada perkataan stabil tersebut, boleh kita fahami ianya boleh dikaitkan dengan job stability. Pekerja yang berumur 35 tahun keatas jarang melompat-lompat (bertukar-tukar) kerja. Jadi, sebagai majikan, fokus training kepada pekerja yang berumur 35 Tahun keatas. Lagipun, selalunya golongan ini dah level senior dalam syarikat. Mana boleh hasil kerja sama seperti junior. Takkanlah senior pun masih buat salah kan? 

Namun, jika majikan takut. Tukar setting jadi umur 40 tahun keatas. Orang kata; "Life begin at 40". Wajib hantar pekerja pergi training untuk improve hasil kerja mereka. Untuk menjawab soalan CEO: What happen if we don't and they stay? 

Dan, sekaligus menjawab kerisauan CFO apabila setting umur staff 35/ 40 tahun keatas untuk training. Sebab, low probability staff cari kerja lain. 


Junior vs Senior : Naik sama-sama

Masih ingat lagi, kata-kata rakan sekerja semasa bekerja di sebuah Bank. Iaitu ; "Naik sama-sama". Dengan membawa maksud, kita satu team. 

Apabila masa berlalu, aku memikir. Dari sudut lain, kata-kata tersebut juga boleh membawa perumpamaan lain. Iaitu, bab gaji atau naik pangkat. Jika seseorang nak naik pangkat atau gaji, ada banyak faktor penyebabnya. Cuma, faktor kebiasaan yang sering digunakan, salah satunya ialah Junior- Senior. 

Takkanlah gaji junior staff lebih tinggi daripada senior. Begitu juga senior. Jika gaji junior beliau terlalu rendah dan jauh gap dengan senior, agak sukar senior untuk naik gaji lagi. Maka, cara paling mudah ialah senior staff perlu train junior agar beliau menjadi staff yang lebih baik (take more responsibility). Supaya, gajinya naik menjadi lebih tinggi. Sekaligus, senior pun akan dinaikkan. 

Cadangan naikkan umur pencen sejak tahun  2019/2023 lagi. Berita

Namun, perkara ini bukan sekadar bermain satu dua level sahaja. Jika level paling atas pun stagnant (tak bergerak), agak sukar level-level bawah nak naik. Terutama apabila ada cadangan nak naikkan umur pencen dari 60 ke 65 tahun. Lambat lagilah orang atasan nak bersara. Orang bawah pun jadi stuck di tempat yang sama. 




Memang benar untuk bergerak laju, lebih mudah untuk bergerak sendiri. Namun, untuk pergi jauh, perlu berkumpulan. Contohnya, jika anda ingin stay lama dalam sesebuah company. Perlu ada team. Tak bolehlah, gaji kita sahaja naik, tapi member lain masih sama. Kemahiran & tanggungjawab kita sahaja berkembang, orang lain masih ditakuk lama. Ingat, ianya tidak bagus untuk perjalanan jauh. 

Samaada, kita sendiri jadi letih, bosan dan rasa terbeban semua kena fikir dan pikul sendiri. Atau, ada orang lain yang iri hati dan mencantas kita. Ingatlah, dunia ini bukan untuk kita hidup seorang sahaja. 


Dua jalan : Follow the flow atau ?

Sebagai pekerja, sesuatu kerja itu umumnya akan lalu melalui dua jalan. Jalan pertama, sesuatu kerja itu akan melalui kita (ikut flow, bawah ke atas). Kemudian, kita siapkan. Tiada masalah walaupun sukar. 

Yang kedua pula, melalui bos mahupun orang atasan kita. Jalan kedua ini, agak stress dan kurang best sebenarnya. Kerana ianya datang daripada atas walaupun task tidaklah terlalu sukar. Tetapi ianya bersifat urgent. Umpama ada orang yang jenis tak ikut flow, sudah tentu kita rasa kurang best. Tapi, itulah rumlah kehidupan dalam pekerjaan. 

Begitu juga soal idea dan penambaikkan kerja. Lebih best apabila ianya datang dari kita sendiri apabila melibatkan kerja kita. Sebab, kita lebih memahami kerja yang kita lakukan dan mudah membuat try and error, dalam mengaplikasikan idea baru tersebut. Berbanding idea dan penambahbaikan datang daripada orang lain ataupun pihak atasan. Kepuasan apabila berjaya itu kurang. Sebab bukan daripada kita (rasa bukan sebahagian daripada team yang memberi idea). 

Namun, bagi mereka yang jenis follow the flow, cara mudah ikut jelah cara biasa yang pernah dilakukan. Bak kata orang tua-tua, ikut adat kebiasaan. Jangan melawan, jangan menyimpang. Guna sahaja cara lama walaupun ada orang kata ketinggalan.


Generasi Pelapis : Train Newcomer

Perkara lain yang perlu dilihat ialah komposisi peratusan jumlah pekerja. Sebagai contoh, jika LESS than 10% pekerja berumur 35 tahun kebawah (dimana majority pekerja berumur 45 keatas), ianya sesuatu perkara yang merisaukan pada 10 tahun akan datang. 

Sekadar pengalaman bekerja di sebuah Bank. Boleh dikatakan, majority pekerja adalah berumur 40 tahun kebawah. Jadi, tiada masalah untuk organisasi beradaptasi dengan teknologi dan perubahan. 



Baru-baru ini, sengaja aku berikan soalan next level untuk anakku yang berumur 5 Tahun (gambar diatas) dengan mengabungkan operasi matematik darab bahagi (selepas level tambah tolak). Terus anakku menulis 3 tanda soal (???) di kertas soalan sambil berkata "Susahnya". Ya, soalan ini ditinggalkan seharian tanpa jawapan. 

Namun, keesokkan harinya aku sedikit terkejut. Dia jawab soalan tersebut dan kebanyakkan jawapannya adalah betul. Kemudian, dia minta lagi dibuat soalan sebegini. Jelas terpancar muka teruja dan kepuasan dalam menyelesaikan permasalahan. 

Sebagai seorang ayah, cikgu ataupun trainer. Antara perkara memberi kepuasan ialah apabila dapat memperkembangkan potensi anak didik supaya mereka menjadi lebih baik lagi. Aku percaya, untuk Malaysia menjadi Negara maju, kita memerlukan ramai pekerja mahir. Begitu juga untuk institusi syarikat dan keluarga. We need to train them to be more better. 

Namun, perlu juga kita ingat. Setiap individu itu ada kelebihan dan kelemahan tertentu. Maka, tugas kita adalah untuk memperkembangkan kelebihan mereka ke next level disamping mengajar memperbaiki kelemahan agar lebih berjaya. 



Tiada yang Sempurna : Majikan & Pekerja

Dalam hidup di dunia ini, tiada perkara yang sempurna 100%. Sentiasa ada pro & cons bagi setiap pilihan dan keputusan kita. Ada majikan menawarkan gaji yang tinggi, tapi produkviti dan pulangan mestilah di tahap tertinggi. Bak kata seorang staff Bank; "Sekiranya Bank bagi RM 1 (gaji pekerja), Bank nak RM100 sebagai pulangan". 

Ya, kata-kata diatas agak terlalu over, tapi mesejnya mudah. Bank tak nak rugi. Dan, nak untung berkali ganda walaupun ekonomi tengah buruk gila. 


Begitu juga majikan yang kedekut. Hatta ada istilah yang sering digunakan orang, iaitu ; "If you pay peanuts, you get monkeys". Mesejnya juga jelas. Kadang-kala, gaji juga memainkan peranan dalam menarik pekerja yang berkualiti. Kerana, mereka juga ada keluarga dan anak bini. Sebab itu, ada majikan mengamalkan konsep 'give and take'. Dimana, ada budaya dan cara kerja di syarikat seperti Bank, kurang sesuai untuk diaplikasi kepada syarikat biasa. Jika di bank lebih strict, di syarikat yang menawarkan gaji lebih rendah, suasana kurang strict.

Bahasa lain, seperti timbang balas. Jika semua benda kita ambil, tapi at same time tuntut macam-macam, sudah tentu ramai yang tak tahan & berhenti. Begitu juga berbicara soal rakyat dan negara. Apa sumbangan kita kepada negara? Cakap & tuntut macam-macam, tapi apa yang kita berikan sebagai timbang balasnya? 

Menyedari ketidaksempurnaan kehidupan, mampu membuat kita menerima keadaan seadanya. Hatta, diri kita juga tidak sempurna, bagaimana pula kita hendak orang lain menjadi sempurna. Sudah tentu ada cacat celanya. Begitu juga majikan dan pekerja. 


Yang mana dulu : Telur atau Ayam?

Sebahagian orang akan memberi jawapan, Telur adalah jawapannya. Manakala, sebahagian lain akan memberi jawapan Ayam yang keluar dulu. Sebenarnya, soalan ini adalah bersifat "pandangan". Mereka yang mengatakan jawapan Ayam, mereka sebenarnya adalah "Ayam" (berfikiran dan berpandangan Ayam adalah betul). Begitu juga team Telur. 

Pandanganku, both side ada betul dan sudut pandang tersendiri. Masing-masing ada tujuan dan pandangan. Sebagai contoh, dalam dunia pekerjaan. Wujudnya perbezaan pandangan dari sisi majikan dan pekerja. Majikan inginkan memaksimumkan keuntungan. Manakala, dari sudut pekerja mahu gaji lebih tinggi (ditambah tersepit dengan kos sara hidup). Maka, jawapan tengah untuk kedua situasi ini ialah PRODUKTIVITI.

Ada dua cara mudah untuk meningkatkan produktiviti. Pertama, meningkatkan output (hasil keluaran/jualan). Kedua, mengurangkan jumlah bilangan pekerja (kos). By the way, kedua-dua cara ini boleh dijalankan serentak mahupun berasingan. Ikut situasi dan tujuan.

Untuk syarikat besar seperti Petronas, mereka memilih cara ke-2 menerusi Voluntary Separation Scheme (VSS). Manakala, cara pertama dilihat agak sukar kerana harga minyak sekitar 60-70 USD/setong disamping Petroleum merupakan sumber tenaga yang terhad dan tidak boleh diperbaharui.

Antara cara lain meningkatkan produktiviti ialah menerusi sistem JOB ROTATION. Menerusi job rotation, kita dapat lihat seseorang itu boleh jadi lebih bagus atau teruk apabila melakukan sesuatu kerja baru/lain.

Tidaklah bermaksud seseorang itu tidak pandai bekerja. Tapi, kita perlu menerima hakikat, setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Mungkin selama ini, kita meletakkan seseorang pekerja itu di tempat yang salah (kelemahannya) menyebabkan mutu kerjanya agak rendah (disamping faktor lain seperti kurang training & perangai peribadi). 

Kelebihan lain job rotation, mengurangkan perasaan seseorang pekerja bahawa beliau orang penting dalam sesebuah company. "Takde aku, tak jalan kerja ni". Kerana menerusi job rotation, pekerja lain yang berpontensi dapat peluang dan belajar kerja yang dilakukan (sehingga mampu takeover). Cuma, masalahnya tidak semua orang diberi peluang DAN tak semua mahu mengambilnya (buat apa stress2 dengan job rotation). Sebagai penutup point ini, ketahuilah: “Everyone is gifted - but some people never open their package!” (ada 2 makna berbeza. Mengikut sudut pandang anda)


PENUTUP:

Masih ingat kata-kata rakan yang bertanding dalam politik kampus (calon MPP - Majlis Perwakilan Pelajar) di sebuat IPTA pantai timur. Namanya agak kurang disukai oleh pihak tertentu (team Pro-A) kerana beliau lebih kearah Pro-M. Namun, ada satu kata-kata beliau yang aku masih ingat sampai hari ini iaitu: "Landskap Politik pantai timur, 10 tahun lambat daripada politik di negeri maju seperti KL/Selangor". 

Sebenarnya, agak susah untuk aku fahami dengan mendalam. Sebab, kata-kata tersebut terhasil daripada pengalaman beliau bergelumang dalam politik. Namun, semakin bertambah umur dan pengalaman hidup, aku mula memahami kata-kata tersebut dari sudut yang berbeza (kehidupan, idea/pandangan & kerjaya). 

Ketahuilah, sekiranya anda mempunyai idea/pandangan baru. Besar kemungkinan pandangan anda tidak akan diaplikasikan (pada masa itu). Namun, jangan kuatir. Mungkin ianya akan diterima pada 10 tahun akan datang dengan mengekalkan konsep asal dan ditambah penambahbaikan.

Begitu juga zaman AI yang mengugat sektor pekerjaan dan cara bekerja. Antara syarikat yang banyak membuat VSS dan Layoffs sekarang ini ialah company yang berorentasikan teknologi, multi nasional/international company dan bank. Manakala, syarikat lain termasuklah sektor awam (kerja kerajaan) kesannya mungkin  bersifat lagged (lambat). Ya, mungkin kesannya akan berlaku pada 10 tahun akan datang.


Oh ya, aku pernah tanya soalan kepada Junior. Mengenai kesan AI takeover kerja, yang boleh akibatkan kita kehilangan kerja. So, apa strategi yang kita boleh lakukan supaya kekal relevan?

Ada few jawapan diberi. Namun, untuk memendekkan penulisan. Aku bagi jawapan aku sahaja. Strategi pertama ialah kita kena pandai buat banyak kerja. Contohnya, kita tahu & mahir buat 10 jenis kerja. Tapi, AI baru tahu cara untuk buat satu kerja kita sahaja. So, kita masih lagi relevan sebab kita ada 9 kerja. 

Strategi kedua, kita kena belajar kerja baru. Ketahuilah 9 kerja tadi, lama-lama AI akan takover kesemuanya. Maka, kita perlu belajar dan buat kerja baru untuk mengantikan kerja lama yang sudah di takeover. By the way, istilah "AI" disini juga boleh diganti dengan manusia (staff baru, lama dan etc). Jadi, untuk terus kekal relevan seeloknya kita perlu belajar dan train diri untuk menjadi lebih baik lagi. Oleh itu, renungkanlah soalan temuduga ini; Where Do You See Yourself In 5 Years?


Akhir kata daripada seorang guru: "Antara tanda murid itu bagus (ada potensi) ialah apabila diberi 2-3 contoh yang berlainan, sudah beliau memahami apa yang ingin disampaikan".





Yang Benar,
Fedli Isa (Slumb)
"Menulis bukan untuk nama, menulis untuk menyampaikan pemikiran yang mungkin tak sama" (kata-kata Saiful Nang di kulit hadapan "Buku Kisah Orang Menang 2")

Friday, December 22, 2023

Culture : Hidup & Kerjaya

Tertarik dengan kata-kata orang tua:

"Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak".

Bermaksud: Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan. 


Maka, daripada kata-kata ini, tajuk yang ingin aku berkongsikan ialah mengenai culture (adat / amalan kebiasaan). Dimana, boleh dikatakan setiap keluarga, tempat kerja dan kawasan kejiranan (masyarakat), ada style culture yang tersendiri. Tidak bermakna, apa yang terbaik di kampung itu sesuai diaplikasi kawasan bandar. Begitu jugalah sebaliknya. Dan, daripada kefahaman kita mengenai 'culture' ini, dapat kita menjaga keharmonian sesuatu kawasan tersebut. 


Culture Kerjaya:


Secara umum, culture kerja kerajaan dengan syarikat swasta berbeza. Sebab apa berbeza? 
Ada beberapa sebab, antaranya:

1. Company Swasta berorentasikan keuntungan (wang) berbeza dengan institusi kerajaan lebih kepada perkhidmatan & kebajikan. Contoh paling mudah, hospital. Beza caj bayaran hospital swasta vs hospital awam (kerajaan). 


2. Bos yang bayar gaji. 

Di swasta, yang bayar gaji ialah bos kita. Tapi, untuk pekerja kerajaan, yang bayar gaji bukanlah orang atasan tetapi kerajaan.

Bila yang bayar gaji ialah bos kita, tekanannya lain. Pernah sembang dengan staff bank, katanya; Bila company bagi gaji RM 1, dia nak pulangan RM 100. Mana ada syarikat swasta nak rugi...


3. Produktiviti vs Job Stability

Pengalaman aku sepanjang bekerja di 2-3 company berlainan, kerja di Bank yang paling tinggi aku punya produktiviti. Sampaikan, nak tengok mesej WhatsApp pun tak sempat. Setiap benda ada dateline yang amat singkat. Maybe sebab tu majoriti staff di bank berumur 20-35 tahun. 

Disini aku bagi tip mudah. Antara 'hint' nak tahu mengenai culture tempat kerja jenis santai atau tidak, lihat majoriti umur pekerja disitu. Jika majoriti umur pekerja 35 tahun keatas, normally suasana kerja lebih 'santai' (semakin tua, semakin santai). Sebab, bila kita semakin tua, kita akan semakin slow disebabkan kesihatan, susah nak belajar perkara baru & tak mahu stress. Maka, golongan yang memilih job stability akan memilih tempat kerja yang mempunyai persekitaran sedikit santai. 


4. Gaji & kaum

Secara umum bagi syarikat swasta, jika majority staff adalah orang Melayu, maka gaji yang ditawarkan lebih rendah daripada market. Dan jika berkaitan agama, lebih rendah lagi. Lihat perbezaan gaji guru sekolah biasa vs guru KAFA, jauh beza. Sebabnya bekerja mengajar agama ini kena ikhlas Lillahi Taala. Terdiam seketika.

Sebaliknya jika banyak staff cina, gaji ditawarkan lebih tinggi tetapi produktivi akan sering diuji. 


5. Turn-over pekerja keluar masuk (berhenti keje)

Antara tempat yang paling rendah 'turn-over' ialah sektor kerajaan. Sebab, orang atasan bukanlah orang yang bayar gaji & culture lebih santai. Tapi, kekurangan rendah turn-over ialah susah nak masuk (kerja kerajaan). Ye lah, dah majoriti penjawat awam akan terus bekerja disitu sehinggalah mereka pencen. 

Low turn-over ini juga kadang-kala tak bagus. Dimana para pekerja jarang berhenti kerja seperti sektor kerajaan. Hasilnya majoriti pekerja yang dulunya adalah junior, kini sudah menjadi senior. Tetapi skop kerja mereka masih sama seperti mula-mula bekerja. Nak bagi skop kerja senior, masalahnya majoriti pekerja adalah senior. Then, siapa pula nak buat kerja junior? Takkanlah nak bagi senior buat kerja junior. Seronoklah senior tu, sebab kurang tanggungjawab tapi gaji kalahkan junior. 

Ikut formula gaji vs tanggungjawab, semakin tinggi gaji, semakin tinggi jugalah tanggungjawab (pangkat/ level). Tak boleh harapkan gaji sahaja naik tapi tugas masih sama seperti junior. 


Sebagai penutup point kerjaya, ketahuilah semakin tinggi gaji, semakin tinggi expectation majikan kita. Bayangkan jika staff junior lebih power daripada kita dan gaji dia lebih rendah. Sudah tentu pekerja yang gaji mahal, ada high probability di buang kerja (swasta). 

So, jika korang bekerja di sektor swasta dan berumur 35 tahun keatas & berkeluarga, better pilih job yang 'dijamin' berbanding gaji. Kecuali korang ada 'kebolehan tertentu' dan produktiviti masih power walaupun dah berumur 50 tahun. Manakala, jika nak masuk kerja gov, seeloknya sebelum umur anda 35 tahun. 

By the way, ada lagi beberapa perkara aku tidak tulis mengenai kerjaya. Antara ialah culture Overtime, MC & Bonus. Setiap tempat itu berbeza caranya.



Hidup

Seperti mana dalam kerjaya, lebih kurang itulah dalam kehidupan seharian. Setiap keluarga ada style didikan yang berbeza. Ada yang bersifat berdikari dan ada yang berorientasi keluarga. Dan kita dididik tanpa sedar, amalan turun temurun itu adalah yang betul. 


Dari sudut diri, memanglah apa yang kita lakukan itu betul kerana sudah biasa melakukannya. Manakala bagi orang lain, mungkin berbeza cara fikirnya. Contoh paling mudah apabila kita berumahtangga. Kita akan nampak perbezaan culture keluarga kita dengan mentua. Sebagai menantu, ada perkara perlu kita berdiam sahaja apabila kurang bersetuju. 

Emak aku pernah pesan beberapa perkara semasa diriku meningkat remaja. Antaranya;

- Jangan buat rumah jauh sangat. Dan jangan buat rumah terlalu dekat. Kalau jauh, susah nak melawat. kalau dekat, takut selalu sangat melawat.

- Jika bagi emak duit, sebolehnya jangan beritahu jumlah pemberian kepada pasangan. Cukuplah cakap abang bagi duit sikit kat emak (tanpa sebut jumlah). 


Penutup

Aku masih ingat lagi, semasa bekerja di bank. Boleh dikatakan 99% urusan kerja bersifat paperless. Semuanya di dalam komputer & sistem. Tup-tup apabila masuk bekerja company lain, mostly kerja bermain dengan kertas. Umpama aku dari zaman moden, patah balik ke zaman tradisional. 

Namun kini, zaman kerja berasaskan style tradisional semakin berubah kearah perkomputeran. Walaupun masih gunakan kertas, tapi penggunaannya semakin berkurang. Still ok la memandangkan bukanlah perkara senang untuk ubah cara orang lama dan culturenya. 

Bab culture ini, bukannya boleh diubah dalam sebulan dua. Kadang-kala ianya memakan masa dan tenaga. Ada perkara boleh diubah dan disentuh, ada perkara pula bersifat sensitif dan bahaya. Apa yang aku faham, untuk ubah culture sepenuhnya 100% ianya adalah mustahil. Sebaliknya, jika dapat ubah 50% kearah lebih baik pun, sudah mencukupi. 


Yang Benar,
Fedli Isa (Slumb)
Dalam hidup, bukan kita seorang sahaja ada mulut & mata, orang lain pun sama. 

Wednesday, September 6, 2023

Pemimpin : Suami & Isteri

Kenapa majoriti lelaki lebih suka berpolitik (pemimpin), berbanding orang perempuan lebih kepada isu rumahtangga (suami)?


Bila dah semakin bertambah usia, ada beberapa kemungkinan bermain di minda. Pertama, kerana tafsiran Pemimpin itu sendiri, yang berbeza bagi orang lelaki dengan perempuan. Ringkasnya, tafsiran pemimpin bagi:

Lelaki = Orang politik 

Perempuan = Suami 


By the way, ada satu ciri persamaan penting antara orang politik & suami. Iaitu, pemimpin ini dipilih. Sebab itu, jarang anak-anak salahkan ayah/ parent sendiri. Dan jarang (atau tiada) rakyat kritik Sultan/ Agong. Sebab, kita tiada kuasa untuk memilih mereka. Namun, jika mahu kritik, bersedialah untuk dianggap derhaka dan melawan cakap orang tua. 

Dari ciri pemimpin ini dipilih, lahirnya point kedua. Iaitu, ini merupakan antara cara seseorang untuk menyelamatkan diri dengan menyalahkan orang lain. Bila salah, perempuan mudah salahkan lelaki (suami). Manakala, orang lelaki pula mudah salahkan orang politik (pemimpin) apabila berlaku sesuatu yang tidak disukai. 


Semasa aku terlibat dengan politik kampus, majoriti yang aktif adalah lelaki dan perempuan sukar dicari. Berbeza pula semasa program kursus kawen or ceramah cinta islamik yang dianjurkan oleh persatuan fakulti, perempuan itu majoriti, lelaki tu rare sekali. 

Ya, memang ada sebahagian kesalahan adalah salah pemimpin itu sendiri. Namun bukanlah semuanya. Meletakkan 100% kesalahan kepada pemimpin itu, amatlah naif sekali. Kesian pemimpin, sering dijadikan 'kambing hitam'.  



Pemimpin lahir daripada Rakyat

Dulu-dulu, sering kedengaran pepatah ini. Rakyat mahukan pemimpin yang amanah, tapi ramai (rakyat) tidak bersifat amanah. Rakyat mahu sumber ekonomi diurus sebaiknya, tapi rakyat juga yang suka rosakkan harta benda. Rakyat mahu pemimpin yang cerdik pandai, tapi rakyat pun malas nak membaca. Maka, bagaimana kita mahu mendapatkan pemimpin yang hebat & terbaik? 


Padaku, konsep pemimpin lahir daripada rakyat bersifat 2 hala. Pemimpin ada peranan dan rakyat juga ada peranannya. Masing-masing ada tanggungjawab yang perlu dilakukan. Begitu juga suami isteri. Tugas suami bukannya sekadar mencari nafkah. Dan, tugas isteri bukanlah sekadar melayan suami. Ada perkara dalam Agama, sesuatu itu disebut dengan jelas. Contohnya, ustazku pernah menyebut. Ada beberapa perkara di dalam Al-Quran, Allah swt sebut dengan detail & jelas. Seperti bab Faraid & hudud. Ada pula perkara yang tidak diterangkan detail dalam Al-Quran, tetapi diterangkan detail oleh Nabi saw seperti cara mengerjakan Solat. 


Screenshot posting Cikgu Fadhli yang tidak bersetuju dengan ayat 'isteri cerminan suami'. Link


Perempuan marah bila sebut penghuni neraka ramai perempuan. Tapi bila lihat komen-komen orang perempuan di berita artis kahwin, poligami, cerai berai dan isu rumah tangga, seram betul. Terlalu beremosi. Begitu juga lelaki apabila bersembang politik, memang up-to-date dengan isu-isu politik semasa.

"Lelaki mengahwini perempuan dengan harapan dia tidak akan berubah. 
Perempuan mengahwini lelaki dengan harapan dia akan berubah". [Albert Eistein].



SUAMI & ISTERI

Semenjak berumahtangga, banyak perkara perlu dipertimbangkan sebelum berbicara. Namun, tertarik untuk berkongsi pandangan peribadi mengenai beberapa perkara. 

1. Isteri pengurus kewangan keluarga terbaik?

Untuk permulaan, aku tak berapa setuju dengan statement ini. Jika dilihat cara membeli orang lelaki dengan perempuan, ianya seperti menidakkan. Namun, ada sesuatu perkara yang apabila dimasukkan dalam penilaian, aku bersetuju dengan statement bahawa isteri pengurus kewangan keluarga terbaik.

Ayuh kita ingat kembali mengenai masalah ekonomi iaitu "sumber (pendapatan) yang terhad untuk memenuhi kehendak (nafsu) yang tidak terhad". 

Rumusnya, sumber (pendapatan) yang terhad boleh difahami sebagai pendapatan suami daripada pekerjaan. Jika gajinya hanya RM 3,000 sebulan, maka itulah sumber pendapatan beliau setiap bulan. Manakala, kehendak (nafsu) yang tidak terhad ialah barang-barang keperluan & kehendak. Disini boleh kaitkan dengan kata-kata orang bahawa lelaki ada 9 akal & 1 nafsu. Manakala, perempuan ada 1 akal & 9 nafsu. 


Jadi rumusnya, masalah ekonomi rumahtangga ialah sumber pendapatan suami yang terhad untuk memenuhi kehendak isteri yang tidak terhad. 

Jap, macam mana nak menyelesaikan? Cara terbaik ialah kena ada peranan suami isteri. Suami kena sedar tugas beliau untuk mencari nafkah. Isteri pula kena ada kesedaran dalam mengurus perbelanjaan.

So, berbalik kepada ayat Isteri pengurus kewangan keluarga terbaik, aku bersetuju apabila adanya peranan ini. Dan, amat cantik apabila isteri yang urus kewangan keluarga. Dimana majoriti gaji suami diberikan kepada isteri untuk membayar semua perbelanjaan seperti rumah, anak-anak, barang keperluan & etc. Disini  isteri akan memikir dahulu sebelum berbelanja sebab sumber pendapatan (wang diberikan suami) terhad. Contohnya, gaji suami RM 3,000, maka diberi kepada isteri sebanyak RM 2,400 (bersamaan 80%  gaji suami). Balance RM 600, suaminya gunakan untuk minyak kenderaan, telefon & makan minum di tempat kerja.

Bagusnya teknik ini ialah memberi kesedaran kepada isteri & menyukarkan suami nak kawen lagi.


Sebab apa aku katakan kesedaran. Sebabnya, ada segelintir-sebanyak perempuan mahu suami beri segala-galanya kepada isteri. Malah, semua benda sepatutnya suami yang kena buat & sediakan. Dan ditambah dengan dosa isteri pun suami kena pikul. Pada aku, pandangan sebegini aneh. Kenapa? Sila baca pandangan mufti Wilayah mengenai suami menanggung dosa isteri disini.




Rumahtangga ialah LADANG pahala

Sejak setahun dua ini, banyak terlihat posting di media sosial mengenai tugas & tanggungjawab suami dan isteri. Dimana antara pointnya, semua tugas cari nafkah & kerja dirumah adalah tanggungjawab suami. Tugas isteri hanya layan suami sahaja.

Padaku, benda itu kurang betul. Matilah suami jika semua benda dia kena tanggung sendiri. Begitu juga sebaliknya jika isteri yang kena seorang. Maka, antara tip rumah tangga berkekalan ialah saling memberi, membantu, bertolak ansur, sabar & memaafkan.  


Ketahuilah, pasangan kita memilih & bersama dengan kita, bukanlah kerana kita cantik atau hensem setiap masa. Sebaliknya, ada manfaat & kebaikan daripada kita. Senang cerita, ada function (fungsi). Suami ada function, isteri pun ada function. 

Maka, bab kerja rumah aku prefer pandangan, ianya tugas bersama. Tapi, kalau jumpa orang lelaki cakap, semua ini tugas suami. Senang sahaja, time hari raya try pi rumah dia. Cuba tanya, air & makanan tu siapa yang buat? Kalau dia cakap isteri dia yang buat, memang orang tu aneh. Cakap lain, buat lain. 


Isteri perlu dibayar upah sebab buat kerja di rumah & etc?
Kalau macam itu pengiraannya, suami pun kena bayar jugaklah.

Perasan tak sesuatu yang jarang disebut oleh orang masakini? 

Iaitu, rumahtangga itu LADANG pahala. Entahlah, ramai orang lebih suka highlight WANG berbanding ladang PAHALA apabila berbicara soal rumahtangga. Macam something wrong, tapi nak masuk syurga.

Petikan daripada website Mufti Wilayah mengenai tugas mengemas rumah dan memasak itu menjadi tanggungjawab suami atau isteri? Baca disini.



Antara perkara yang sering dilupakan oleh masyarakat masakini ialah pasangan hidup kita (suami isteri) sebenarnya adalah ladang kita melakukan pahala. Dan, perlu kita mengubah kembali mindset hidup kita dalam rumahtangga. Jadikan rumahtangga ini sebagai tempat kita membuat pahala. 

Ketahuilah, setiap kali suami mengeluarkan wang untuk menyara keluarga (makanan, pakaian, tempat tinggal & perbelanjaan lain, ketahuilah semua itu ada ganjaran pahala. Begitu juga apabila isteri membantu suami dalam urusan keluarga mahupun kewangan. Itu juga ada ganjaran pahalanya. Asalkan apa yang kita lakukan itu, kita lakukan dengan keikhlasan dan tidak merungut-rungut. 

Sekiranya masing-masing suami isteri mempunyai mindset rumahtangga ialah ladang pahala, sudah tentu masing-masing berlumba memberi berbanding mempersoalkan tanggungjawab dan menyalahkan sesama sendiri. 


Dua Kisah : Zaman Nabi saw & Sahabat

1. Saidatina Fatimah r.a mengadu kepada suaminya Saidina Ali r.a. keletihan kerana terlalu banyak kerja rumah yang perlu dilakukan. Kemudian, kedua-keduanya pergi untuk berjumpa Rasulullah s.a.w untuk meminta seorang pembantu. Tetapi tidak berjaya kerana baginda tiada di rumah. 

Apabila Rasulullah s.a.w tiba di rumah, Saidatina Aisyah pun memberitahu Baginda tentang permintaan puterinya. Lalu Baginda telah pergi menemui puteri serta menantunya.

Mari kita lihat respon Rasulullah s.a.w. 

Baginda bersabda: “Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akhbar) 33 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali dan tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” (HR. Muslim, no: 4906)


Jadi, kepada ibu-ibu yang kepenatan bolehlah amalkan ajaran Rasulullah s.a.w ini untuk membaca Zikir dan Tasbih Fatimah sambil berbaring atau menyusukan bayi. Selain beroleh ketenangan anda juga dapat pahala.

Dalam pada itu, sentiasalah menanamkan dalam hati supaya ikhlas dan reda melakukan segala tanggungjawab sebagai isteri dan ibu supaya tidak terasa satu bebanan yang memenatkan. Semoga dikurniakan ganjaran pahala daripada Allah SWT.


2. Kisah semasa Aqil r.a ingin meminta nasihat mengenai isterinya. Namun, ternyata semasa sampai, terlihat Saidina Umar pun kena 'berleter' dengan isterinya. 

Jika kita, sudah tentu berasa pelik. Namun Saidina Umar menasihatkan Aqil  berkenaan kedudukan isteri dengan banyaknya tugas isteri di rumah seperti mengasuh, memasak dan seumpamanya. Maka, bersabarlah. 

“Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak makanan untukku, membasuh pakaianku, menjaga anak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah, sesungguhnya keadaannya itu tidak lama (nanti akan baik sendiri).”

Dari dua kisah ini, dapatlah kita fahami beberapa perkara. Nabi saw memahami keadaan ekonomi menantunya, maka diberikan jawapan yang lebih menenangkan. Dan, kisah Saidina Umar pula, walaupun kena 'berleter', namun tetap sabar. Kerana apa? Kerana melihat kebaikan-kebaikan lain yang sangat banyak daripada pasangannya.


PENUTUP

Ketahuilah tiada keluarga yang 100% sempurna. Sudah tentu setiap keluarga itu ada kelebihan dan kekurangannya. Begitu juga pasangan hidup, tidak sempurna suami isteri kita. Maka, kehidupan berkeluarga ini seharusnya saling melengkapi, bertolak ansur dan menyayangi. Perlu kita tanamkan dalam hati, berkeluarga ini adalah antara ladang pahala kita. 


Oh ya, perempuan ada satu perangai pelik. Iaitu, perempuan suka ada 'kawan bergaduh'. Mereka suka hidup turun naik dan ada rasa masam-masam manis. barulah best. Dan, satu-satunya orang yang akan dijadikan 'kawan bergaduh' ialah suaminya. Sebab kalau bergaduh pun, selalunya akan berbaik-semula. So, kepada para suami, hadap jelah. Sabar... 


Akhir kata, tip dalam rumah tangga yang sering dikongsi oleh kebanyakkan orang ialah SABAR. Ketahuilah, Sabar itu adalah ibadat. Dalam Al-Quran terdapat 90 kali ianya disebut. Sehingga nabi saw bersabda menikah adalah sebahagian daripada sunnah. Begitu besar sekali. Dan, antara banyak tempat kita perlu bersabar ialah dalam rumahtangga. 

Rasulullah s.a.w. bersabda : “Menikah adalah sebahagian daripada sunnahku, barang siapa tidak mengamalkan sunnahku, maka ia bukan termasuk golonganku, maka bernikahlah….”


Kedua, antara tip yang sering dilupakan ialah berkeluarga ini adalah antara ladang pahala kita. Berkahwin ini bukan untuk kita jadikan pasangan seperti maid ataupun jadi pemalas tanpa buat apa-apa kerja, sebaliknya ianya ladang yang perlu kita usaha bersama-sama untuk memperbanyakkan pahala. Sehinggakan disebut dalam hadis nabi saw mengenai amalan yang tidak terputus selepas kita mati antaranya doa anak soleh.

Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.


Maka, bersabarlah dan maafkanlah sekiranya pasangan ada membuat kesalahan. Ingat, visi & misi utama kita sebagai hamba Allah swt. Disamping jadikanlah rumahtangga ini ladang pahala. Jika ada kerosakan di ladang, cepat-cepatlah kita buang & perbaiki. Moga-moga hasil ladang kita semuanya adalah pahala.

Sering juga ingatkan diri, takkanlah kita sanggup melihat anak bini/pasangan di neraka disebabkan sedikit kesalahan yang kita tidak maafkan. Kasihanilah keluarga kita sendiri. 



Note : Pandangan diatas selepas dirujuk daripada beberapa sumber seperti website Mufti Wilayah. 


Sekian, 
Fedli Isa (Slumb)
"Bulan dilihat dari jauh kelihatan cantik. Namun, takkala didekati tampak kelompongan".

Wednesday, July 26, 2023

Adikku: Student Sains ambik CAT-ACCA

Tahniah kepada adikku Atikah Isa kerana BERJAYA menamatkan pengajian CAT-ACCA beliau. Alhamdulillah. 




Hadiah? 

Selepas memikir panjang, hadiah special yang aku ingin berikan sempena kejayaan ini adalah menulis kembali perjalanan hidup beliau sejak mula-mula sehingga sekarang. Ya, hadiah terindah padaku adalah sebuah kenangan dan pengajaran. Sebab, ada sesuatu yang berharga telah beliau pelajari. Hatta, aku pun tak mampu untuk mengajarkannya. 




Mukadimah

Memandangkan kisah ini seperti panjang, maka aku cuba ringkaskan dan buat mengikut urutan. Dimulai dengan sebelum melanjutkan pengajian, semasa dan diakhirnya. Apa yang menariknya, beliau merupakan pelajar jurusan Sains di MRSM. Tak pernah belajar prinsip perakaunan, tup-tup memohon program Peneraju Profesional Akauntan Muda (CAT-ACCA) dan lulus interview dan exam (math & english). *Mix sponsorship (loan & biasiswa).


1. Sebelum melanjutkan pelajaran

Adik aku ni special sikit. Anak bongsu la katakan. Mostly, banyak perkara dia dapat. Jangan salah faham, family kami biasa-biasa sahaja. Orang kampung, ayah pesawah. 

Kalau ikutkan otak logik, tak cukup pendapatan parent aku untuk menampung perbelanjaan kami sekeluarga. Namun, rezeki itu anugerah. Kadang-kala, Allah bagi direct kat anak-anak melalui biasiswa. Dan itulah yang adik aku dapat untuk tampung perbelanjaannya.

Maklumlah, masuk MRSM perbelanjaan tinggi. Budak-budak 'berada' majoriti. Adik aku pernah cakap; "kebanyakkan yuran dan perbelanjaan beliau adalah daripada duit biasiswa yang diterima". Sehingga dia rasa segan meminta dengan keluarga. Bukan apa, tapi kerana dia faham keadaan keluarga berbanding rakan MRSM yang 'berada'. Ya, kami adik beradik diajar berdikari tanpa disedari. 



Ego & Kegagalan

Mungkin ada yang tertanya. Apa yang menarik untuk aku kongsikan kisah adikku disini? 
Ada. Iaitu sebuah pengajaran yang aku sendiri tak mampu untuk ajarkan. 

Entahlah, semakin berusia dan memikul tanggungjawab sebagai abang, suami dan ayah. Aku tersedar beberapa perkara. Jika boleh, kita mahu anak dan orang dibawah tanggungan kita semuanya berjaya. Tak kesah pakai kabel ataupun apa, asalkan mereka melalui jalan kejayaan. Tapi, ada satu jalan yang kita tidak berani tunjukkan, iaitu jalan kegagalan & kekecewaan. Kalau boleh, biarlah kegagalan itu mereka belajar sendiri atau daripada orang lain. Dan antara perkara yang aku takut tentang adikku ini ialah EGO. Takut-takut, dia rasa bahawa dia pandai sebab dia, hebat sebab usahanya. 

Compare dengan adik beradik yang lain. Boleh dikatakan, perjalanan hidup adik bongsu aku ni nampak mudah (atau, kita sahaja yang nampak mudah?). Kurang usaha, tapi dapat hasilnya. Jarang study, tapi keputusan membanggakan. 


Aku pernah cakap kat dia. Antara adik beradik, hang paling beruntung. Banyak benda hang dapat. Namun, jawapan balas spontannya membuat aku memikir. Katanya;

"Actually, lagi susah apabila kita sering berjaya. Sebab, orang akan letakkan target dan harapan yang lebih tinggi kat hang. Kalau hang jatuh, sakit". 

Aku terdiam... 


2. Semasa melanjutkan pelajaran

Banyak kali dia menangis, struggle & tertekan sepanjang pelajaran ini. Banyak sangat, sampai aku rasa serba salah. Samaada untuk support dia teruskan atau berhenti. Namun, aku rasa antara perkara yang membuat dia kuat ialah sebab loan pengajian (jika berhenti, kena bayar balik semuanya). Dan, sebab keluarga aku orang kampung, ayah pesawah. Mana mampu untuk membayar loan jika dia berhenti belajar. *total kos CAT-ACCA hampir RM 100k (kalau tak silap).



By the way, bila difikirkan semula. Loan ini bagus sebenarnya. Ianya adalah PUSH factor. Daripada kisah adik aku ini, aku nampak ramai orang sebegini. Antara student yang guna duit loan berbanding student yang pakai duit biasiswa/ FAMA (father & Mother), student yang pakai loan ada kelebihan sebab ada push factor. 

Sempat bersembang beberapa kali dengan isteri pasal isu ini. Dengan kesimpulan, aku lebih suka anak-anak aku sambung belajar pakai loan. Untuk mereka rasa tanggungjawab hidup. Dan untuk mereka rasa, segala pinjaman yang mereka dapat hari ini, perlu dibayar semula. Kerana setiap sesuatu perlu pengorbanan, bukannya percuma.


3. Selepas tamat pelajaran

Ada beberapa perubahan yang amat positif pada aku. Antaranya, tiba-tiba jadi pandai memasak. Benda ni, rentetan sebab ada subjek ACCA yang dia gagal. Dan, kena bayar sendiri exam fee (dlm matawang Pound -GBP). So, dia pinjam cikit duit daripada emak. Tu yang at same time, kena tolong kat dapur. Berbeza betul. Dulu-dulu, dia memang tak suka memasak. Sekarang jadi pandai pulak. Itulah, antara hikmah "loan". 



Penutup

Sering kali aku terkejut dengan perkembangannya. Sebagai abang, kita biasanya akan nilai adik sebagai mereka yang lambat matang daripada kita. Tapi tanpa sedar, ada perkara mereka lebih hebat daripada kita. 

Dalam penulisan ini, tidak semua perkara dapat aku nukilkan kembali. Mungkin juga, ada few yang aku terlupa. 


Akhir kata, tahniah adikku Atikah atas graduasi. Bukan mudah bagi seorang budak sains, tiba-tiba ambik ACCA dengan zero knowledge pasal accounting. Tahniah juga sebab menjadi orang pertama dalam keluarga yang mempunyai sijil professional ACCA. 

Btw, setakat hari ini ada 2 bidang yang aku syorkan kepada anak-anakku apabila besar untuk sambung belajar. Iaitu:

1. Bidang yang ada sijil professional (Kalau accounting, terus ambik CAT-ACCA tanpa buat degree)

2. Bidang kemahiran : Memasak (chef)


Yang Benar,
Fedli Isa (Slumb)
"Everyone is gifted. But, some peoples don't open their packages"

Wednesday, March 1, 2023

Part 1: Pengalaman Accident & Masuk Hospital (GL)

Kali ini ingin aku berkongsi pengalaman aku kemalangan jalan raya, cara buat report polis dan sehinggalah proses tuntutan Perkeso. Namun, untuk entry ini, aku terpaksa bahagikan kepada 2 part. 

So, untuk memudahkan bacaan, aku mulakan penulisan part pertama ini dari kemalangan jalan raya sehinggalah selesai rawatan di Hospital. Untuk tuntutan Perkeso & lain-lain, itu part ke-2 nanti. InsyaAllah.


Kemalangan Jalan Raya

Sepanjang aku hidup 31 tahun, boleh dikatakan ini merupakan kemalangan jalan raya pertamaku. Disebabkan dah lama tidak diuji, kadang-kadang kita terasa diri bebas daripada kemalangan. Macam itulah mindset kita semasa sihat. Alaa, aku dah hidup 40 tahun, ok jew. Takde penyakit pun. Buat apa ambik insurans/takaful nyawa dan perubatan?

Tup-tup, ujian dan kemalangan datang tidak diduga. Jadilah seperti kisahku ini. Honestly, selepas kemalangan dan diriku terbaring ditepi jalan, antara perkara yang terlintas dalam fikiran ialah "Betul kew ni, aku kemalangan?" Serius, aku macam tak percaya sebab aku tak pernah kemalangan sebelum ini.

Aku yang berbaju kemeja merah. 19/05/2022


Alhamdulillah, aku bernasib baik semasa kemalangan jalan raya ini. Kerana, tiada kecederaan di otak dan kemalangan ini berlaku berdekatan dengan tempat kerja. So, ramai staff tempat kerja yang datang membantu. Terima kasih semua. Depa-depa inilah yang banyak membantu aku tangkap gambar kemalangan dan tolong hantar ke hospital (ambulan sampai lambat disebabkan jalan jem. Biasalah, KL).


Memilih Tempat Mendapatkan Rawatan (Hospital)

Kebiasaannya, untuk kes kemalangan jika mangsa tidak sedarkan diri, pilihan pertama ambulan ialah hantar ke hospital kerajaan untuk dapatkan rawatan. 

Jap, kenapa tak hantar ke hospital swasta ?

Ada 2 sebab utama. Sebab pertama JIKA mangsa tidak sedarkan diri semasa kemalangan. So, camne pihak ambulan nak tahu, mangsa ada medical card or x? Dan, walaupun ada medical card, tak semua hospital dalam kategori hospital panel. Kedua, keutamaan ambulan/hospital ialah untuk menyelamatkan mangsa. Jadi, jika mangsa tak sedarkan diri, pilihan terbaik ialah hantar ke hospital kerajaan dahulu. Then, after sedar nak tukar hospital swasta, ianya terpulang kepada pesakit. 


Untuk kes aku, alhamdulillah masih sedar dan sempat membuat carian senarai hospital panel yang berdekatan. Kemudian, rakan mengesyorkan Gleneagles Hospital KL memandangkan ini antara hospital panel yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan. Dengan bantuan orang sekeliling terutama rakan2 sekerja, aku sampai di bahagian kecemasan hospital dan didaftarkan untuk mendapatkan Initial Gurantee Letter (GL) daripada pihak insurer (e-MAS : TPA untuk Gathercare).


Untuk kes aku (kemalangan), Initial GL cepat lulus. Dalam sejam camtu, settle. 
Oh ya, ada beberapa benda yang aku rasa wajar aku kongsikan bawah point ini. Iaitu:

1. Orang kata, Gleneagles Hospital ni mahal cikit. 
Tapi, bukan kew insurer kita yang akan bayarkan? GL dah lulus kan, so apa nak risau.

Ya, hospital ni mahal cikit. Dan, memang apabila GL lulus, kos sepanjang kita warded untuk mendapatkan rawatan akan dicover. Tapi, kalau rajin baca term & condition insuran/takaful, tak semua perkara cover. Contohnya, ada terma co-takaful, xde cover rawatan pre & post-treatment, dan banyak lagi. 

Untuk kes aku, 2 GL diluluskan. GL pertama untuk warded selama 6 hari & operation hidung. GL kedua untuk rawatan gigi (daycare). Total bil hospital, GL cover sekitar 20k+. 


Gambar semasa di wad : Gleneagles Hospital KL


2. Caj operate (bedah) pada hari bekerja (Isnin-Jumaat) vs hari minggu/cuti umum berbeza. 

Pada mulanya, operation hidungku dicadangkan pada hari sabtu petang/pagi ahad. Tapi, pihak insurer tak nak. So, pihak insurer nego minta operation dibuat pada hari bekerja (Isnin). Lagipun, operation aku ini bukanlah urgent. So, camtulah perbincangan pihak insurer dengan hospital.

Sebab apa pihak insurer tak nak operation hari cuti/weekend?
Sebab caj Overtime. Caj overtime boleh jadi 2-3x ganda daripada rate biasa. 

3. Post-treatment (follow-up)

Actually, memang best duduk kat hospital yang mahal. Layanan tiptop, bilik besar & selesa, doktor & nurse pelbagai bangsa, tapi bila bersembang, macam depa ni orang melayu. Dan, depa marah pun style professional. Teringat kata member aku masa keje bank, dia citer pasal "professional". Camne kita nak marah tapi dengan cara professional. Pada aku, nurse dan doktor kat sini memang well-trained. 

Oh ya, aku bernasib baik kerana follow-up dengan kedua-dua doktor (selepas operation hidung & gigi), depa caj pada kadar minima & ada yang tidak dicaj. Sebab depa faham, aku kena bayar sendiri untuk Post-treatment (follow-up). By the way, aku pernah tanya kat nurse standard caj kat hospital tu untuk follow-up. Katanya, sekitar RM200+/per follow-up. Alhamdulillah, nasib aku baik sebab dapat doktor yang baik hati.





Proses mendapatkan GL?

1. Cari hospital panel yang memudahkan & berdekatan. Perlu di ingat bahawa ada hospital swasta, kita perlu bayar deposit terlebih dahulu walaupun kita ada insurans/takaful. Tapi, jangan risau. Deposit akan dipulangkan semasa discharge. Untuk kes aku, tak perlu duit deposit.

2. Daftar kemasukan




Pada aku, step-step untuk masuk hospital tak lah susah sangat (refer pic diatas). Setiap insurer, lebih kurang sama sahaja step/prosesnya. If masih sedar time kemalangan, actually kita mampu buat sendiri dengan bantuan seseorang (tolong drive & etc) untuk ke hospital. 

Untuk kemasukan ke hospital, umumnya ada 2 kategori : Kecemasan & bukan kecemasan. Untuk kes kecemasan seperti kemalangan, jika ada perlindungan medical, boleh terus ke hospital panel. Tapi, untuk kes macam sakit, if tak sure serius or tak, better dapatkan rawatan di klinik dahulu untuk dapatkan nasihat & refferal letter (sebelum dirujuk ke hospital). 


Tak semua insurer cover?

Sekiranya anda ada medical protection/card, ketahuilah tidak semua perkara dilindungi. Benda ni macam insurans kereta kita jugak. Kena add-on perlindungan sampingan, tapi bayaran pun kena "ADD" jugaklah. 


Utk bil pertama, GL cover 14k+ lebih. 
TAPI, aku kena bayar RM35 sahaja untuk medical record fee. Ya, aku kena bayar pakai duit sendiri. Sebab, benda ni tiada dalam senarai perkara dicover. Ok la kan, aku just keluarkan kos bawah RM100 untuk rawatan yang berbelas ribu ini. Hatta, kos asal aku join Gathercare ni pun, aku bayar tak sampai RM500 setahun.




Untuk bil ke-2, aku malas nak upload sebab sama point jew. Untuk caj rawatan ke-2, sekitar RM 5k+ (GL). Daycare - Rawatan gigi.



Penutup:

Mungkin ada yang tertanya, aku guna medical card/protection company apa? Berapa bayar bulan-bulan? 

Untuk perlindungan kematian (life), aku macam kebanyakkan orang ambik takaful (hibah). Just, untuk medical protection aku pilih Gathercare "altenatif insuran/takaful". Nak cakap murah, tak jugak. Tapi, oklah sebab aku boleh berjimat sehingga 50% berbanding langgan medical card. 

Apa yang penting semasa langgan perlindungan ialah adakah kita mampu bayar bulan-bulan sehingga kita mati /habis kontrak? (Ingat, semakin kita bertambah usia, bayaran bulanan takaful akan semakin naik).


Oh ya, ada satu perkara aku sedar. Iaitu kepentingan mencarum dengan PERKESO. Serius, banyak benefit perlindungan Perkeso kepada para pekerja, dimana benda ni kita jarang dapat walaupun dah ambik takaful/insurans peribadi. 

Jika dilihat kat website Perkeso, banyak inisiatif baru mereka. Antaranya mengalakkan pekerja gig (grab, panda, freelancer & etc) untuk mencarum dalam Perkeso. Tak keterlaluan jika aku katakan, sekiranya anda seorang pekerja gig, perlindungan yang WAJIB ada ialah : PERKESO 

If takde banyak duit nak ambik takaful (life & medical), mencarumlah dalam Perkeso dahulu. Sebabnya, maybe kat Part 2, aku akan beritahu lebih detail. 

Then, if ada duit lebih sikit, ambiklah produk Life protection. Ala, yang orang sekarang panggil "Hibah Takaful" tu. Dan, jika ada duit banyak lagi, ambiklah Medical protection/card (kalau macam aku, join Gathercare - Alternative medical protection).


Sebab apa aku suruh ambik Perkeso dahulu dan last sekali baru medical?
Ada 2 sebab. Pertama, bayaran bulanan. Bayaran bulanan paling rendah ialah Perkeso. Dan, paling mahal ialah medical protection/card (2-3x ganda bayaran Life protection). 

Sebab kedua, manfaat perlindungan. 


Akhir kata, setiap orang akan menghadapi kematian. Ya, MATI itu wajib.
Dan, sakit pun kita semua akan hadapi. Tak kisahlah, sakit ringan macam demam sehinggalah sakit kronik sehingga membawa kematian.

Sekian, sekadar berkongsi pandangan. Moga ada manfaat & panduan. 



Note: Aku dah tak jadi agent Gathercare dah sejak 2023. Tapi kalau ada sesiapa yang berminat dengan Gathercare, sila klik disini untuk mendaftar.


Yang Benar,
Fedli Isa (Slumb)
"Langit dilihat banyak kerana banyaknya awan,
Kebenaran dilihat banyak kerana berbezanya fikiran"


Monday, February 13, 2023

Nurul Farah Amani

Alhamdulillah, pada tanggal 14hb Februari 2023 bersamaan 23 Rejab 1444H (jam 8.56 malam) telah dianugerahkan anak kedua (girl) dengan berat 3.41kg & ketinggian 51cm. 


Sebelum kelahiranmu, ibumu tidak dapat tidur lena. Alhamdulillah, dalam kesempatan tersebut, sempat kami bertahajud dan menunaikan beberapa solat sunat sebelum kelahiranmu. Kemudian, kira-kira jam 3 pagi (14/02/23), kami bertolak ke hospital menaiki kereta. Sempat jugak ibumu melepaskan mengidam memakan aiskrim (nasib baik kedai 7-eleven buka 24 jam). Dapatlah ibumu merasa sedikit makan makanan ringan. Kemudian, tibanya di hospital pukul 3.30 pagi, kami tidur seketika di dalam kereta sambil menunggu contraction bukaan kelahiran. Sehinggalah solat subuh, bersolat dahulu di surau hospital yang disediakan. Then, barulah kami mendaftar kemasukan di hospital Kuala Lumpur. 


Jika semasa kelahiran abangmu, waktu tersebut sedang berlakunya PKP (Covid). Manakala, semasa kelahiranmu Nurul Farah Amani, ayahmu sekali lagi bergelut tanggungjawab antara keluarga dengan kerjaya. Kedua-duanya pada masa yang sama, memerlukan ayahmu berada di tempat yang berbeza. Walaupun ayahmu sepatutnya cuti 7 hari straight berdasarkan akta cuti paterniti. Maka, terpaksalah ambik cuti bertompok-tompok untuk mengimbagi antara keluarga dengan kerjaya. 




Kepada anakku: Nurul Farah Amani

Anak kedua ini, kami teruskan dengan tradisi singkatan nama kami sebagai suami isteri (A & F). Iaitu A berasal daripada nama isteriku dan F dari namaku. Secara ringkas, Nurul bermaksud cahaya, Farah bermaksud kegirangan, kesenangan, kebahagian dan Amani bermaksud cita-cita, ketenanganku, keinginan & kesejahteraankuMaka, besar harapan kami agar anak kami yang bernama Nuruh Farah Amani ini menjadi hamba Allah yang soleheh, mempunyai akhlak mulia dan juga bijaksana. 






Harapan Perubahan Hidup



Sengaja screenshot posting FB Ustaz Dr Ahmad Faisal (pensyarah UM). Dan, kebetulan tarikh beliau post status tersebut bersamaan hari kelahiranmu (14/2/2023). Ada beberapa keinginan dan cita-cita ibu ayah sejak beberapa tahun lalu. Moga-moga kehidupan kita semua berubah menjadi lebih baik lagi selepas ini. 



Sepertimana orang mengatakan ekonomi ada kitarannya, begitu jugalah pandangan mengenai putaran kehidupan. Daripada namamu Nurul Farah Amani, terletak harapan & cita-cita ibu & ayah. Terutama mengenai perubahan hidup & kerjaya kami. Ibumu amat bercita-cita untuk menjadi seorang pendidik dengan berjawatan tetap. Bermacam kelulusan telah beliau ambil, dari degree, kemudian master. Dan ditambah lagi Diploma pendidikan. Semoga cita-cita ibumu tercapai untuk menjadi seorang pendidik. 



Gambar time tengok lembu : Hari Raya Korban 2023


Pelbagai perkara berlaku setahun sebelum kelahiranmu. Ada perkara yang menyedihkan, ada cerita yang membuat ibubapamu bermunasabah diri. Seperti ayahmu kemalangan motosikal, ibumu menyambung pengajian Diploma pendidikan sambil bekerja & mengandung. Serta komitmen kerja ayah semasa kelahiranmu. 

Lagu untukmu Amani (Dari ibumu)





Penutup

Semestinya kami sebagai ibubapa mengharapkan yang terbaik untukmu anakku. Ketahuilah, kami sentiasa berdoa yang terbaik untukmu dalam diam mahupun terang. Maka, sentiasalah bersyukur dan sabar dalam kehidupanmu kerana banyaknya ujian dan kenikmatan. Ingatlah, usah engkau lupakan Tuhan dan ibubapamu takkala susah mahupun senang. Dan, berbuat baktilah kepada dunia untuk amalanmu di syurga. 


Sekiranya ada masa, renungkanlah tulisan dan kata-kata ibu dan ayahmu ini. Walaupun ianya ringkas, mungkin ianya berguna untukmu suatu hari nanti. Ayah juga ada menulis serba sedikit catatan pengalaman diri, kata-kata hikmah dan bagaimana ayahmu memikat ibumu. Apa yang baik, engkau ambillah. Apa yang kurang baik, jadikanlah sempadan.


Ya, antara sebab ayah kumpulkan kata-kata ini, untuk kamu wahai anak-anakku. Sekiranya ada waktu, ayah akan ceritakan kisah-kisah Nabi padamu. Dan, apa yang kita boleh pelajari daripadanya. Contohnya, kisah dakwah Nabi Nuh as dan Nabi Muhammad saw. Kenapa pengikut Nabi Nuh jumlahnya sedikit padahal beliau telah berdakwah 950 tahun? Manakala, Nabi Muhammad saw berdakwah hanya 23 tahun, tapi pengikutnya banyak sekali. Apakah pengajarannya?

Maka, sekiranya engkau sudah tahu jawapannya, sesungguhnya engkau anak yang BIJAKSANA. 



Nota: Entry ini ditulis sebagai renungan buat kami sebagai suami isteri. Juga, kepada Nurul Farah Amani takkala beliau sudah besar nanti.


Yang Benar,
Ayah & Ibu (FA)
"Manusia itu didefinasikan kepada 3: Ada otak & berfikir, ada hati & merasa, ada anggota & bekerja".

Sunday, May 8, 2022

5 kefahaman aku soal Rezeki

Ada orang cakap, kawin muda-muda, supaya rezeki bertambah. Ditambah lagi, buat anak ramai-ramai. Nanti rezeki akan bercambah-cambah.

Secara umum, aku bersetuju. Sebabnya, semasa kita masing single maka rezeki kita pun 'single'. Sebaliknya, apabila dah berkahwin dan mempunyai anak, sudah tentu rezeki kita pun melalui pelbagai cabang (pintu). Ada rezeki melalui anak, melalui isteri dan melalui kita. So, semakin banyaklah pintu rezeki. 

Cuma, masalahnya kadang-kala kita kurang faham. Ketahuilah, setiap sesuatu itu sebenarnya sudah tertulis dan mempunyai 'timeline' tersendiri. Umpama, ada yang kawin awal, ada yang kawin lewat. Ada yang dapat kerja hebat, ada yang dapat kerja balik lewat. Apa-apa pun, ketahuilah. "With great power comes great responsibility". Dimana, harta itu sebenarnya adalah amanah. Begitu juga kuasa. Untuk siapa? Untuk orang dibawah dan sekeliling kita. 



Untuk memudahkan penulisan, aku kongsikan kefahaman aku soal rezeki dalam point (number):

1. Rezeki sudah ditentukan sejak azali.

Aku lebih memilih pandangan bahawa rezeki kita sudah ditentukan sejak kita di dalam perut ibu lagi. Rezeki sudah tertulis. Dan, pandangan ini lebih tenang. Kerana, apabila kita percaya bahawa rezeki sudah ditentukan, takdelah kita nak kacau rezeki orang. 

Secara umum. Rezeki, jodoh, ajal sudah ditentukan dan tertulis sejak azali. Sebagai mahkluk, kita tiada kuasa untuk mengubahnya, kecuali Allah (Pencipta). Harus juga kita faham, apa maksud azali itu? Azali itu adalah masa. Sebagai makhluk, kita tertakluk kepada masa dan tempat. Sebaliknya, Allah tidak sebegitu. Kerana Allah Maha Mengetahui, Maha Berkuasa, dan tidak takluk pada masa dan tempat. Untuk bacaan lanjut mengenai ketetapan takdir, boleh baca website Mufti Wilayah ini. 

Jap, sekiranya rezeki kita sudah tertulis, untuk apa kita berusaha?

Ya, rezeki sudah tertulis. Cuma, adakah kita tahu apa yang tertulis itu? 
So, jika tak tahu, teruskan berusaha. Kerana kita tidak tahu, yang mana satu rezeki kita.

Bertanya seorang Guru; "Bukankah TAKDIR (ajal, jodoh, rezeki, & lain2) itu telah ditetapkan sejak Azali. Maka, untuk apa kita berusaha?..."


Maka, pelbagai jawapan diberikan oleh anak muridnya, berdasarkan Quran, hadis, logik & sebagainya. Namun, seperti ada yang kurang daripada jawapan. Akhirnya, guru tersebut menjawab dengan sebuah jawapan yang tersangat ringkas & padat. Sehingga speechless takkala memahaminya....

Jawapnya: "Aku berusaha kerana AKU TIDAK MENGETAHUI". 
".... God knows, while you know not" [QS:2:216]



2. Sesuatu yang bukan rezeki kita, tetap bukan milik kita.


Sepanjang kehidupan, banyak perkara berlaku. Ada kalanya, diri kita terasa iri hati dengan orang lain terutama soal rezeki. Sehingga, kadang-kala muncul bisikan syaitan untuk menjatuhkan orang. Kacau rezeki orang dengan harapan rezekinya lari kepada kita. 

Aduh. Kita lupa ya. Rezeki kita sudah ditentukan. Jadi, kenapa harus kita iri hati dengan orang punya. Seharusnya, kita perlu bersyukur dengan apa yang kita miliki dan tenangkan diri dengan percaya rezeki sudah ditentukan. 

Tertarik dengan kisah semasa muda remaja. Ada beberapa kawan yang gatal tangan mencuri barangan kecil seperti helmet motosikal. Namun, kata-kata mereka daripada pengalaman amat menarik perhatian. Iaitu; "Kebiasannya, barangan hot (curi) ni, tak kekal lama. Mudah sangat rosak. Kadang-kadang, hilang". Umpama, sesuatu bukan milik kita, tidak akan kekal lama. Kejap jew lesap.


3. Apa yang ditakdirkan, akan kita dapat. Caranya...

Dalam dunia ini, umumnya ada 2 cara untuk mendapatkan sesuatu. Iaitu, cara baik dan cara jahat. Sekiranya sudah ditakdirkan kita akan menerima rezeki 1 juta, tetap kita akan menerima. Cumanya, mungkin caranya berbeza dan atas pilihan kita. Tertarik dengan ceramah youtube dibawah mengenai The Lost Pouch. Dimana, seorang lelaki yang kelaparan menjumpai sebungkus karung berisi barang bernilai, tetapi memulangkan semula kepada tuannya. 



Maka, terpulang kepada anda untuk menggunakan cara yang bagaimana. Mungkin cara untuk kaya secara haram itu nampak mudah dan cepat. Tapi, adakah ianya menenangkan? Percayalah kepada takdir rezeki, bersabarlah. Carilah melalui jalan yang halal. Kerana, sesuatu yang ditakdirkan untuk kita, tetap rezeki kita. Percaya!

4. Rezeki berkonsep tambah tolak.

Rezeki bukan setakat apa yang kita dapat (tambah). Tapi, apa yang ditolak (dihalang) juga. Contohnya, seperti terhalang daripada kemalangan jalan raya. Malah, mendapat jiran yang baik pun rezeki. Tup-tup, jiran sedekah makanan berbuka puasa. Sabda Nabi saw; “Empat perkara yang mendatangkan kebahagiaan: Isteri solehah, rumah luas, kejiranan baik, kenderaan selesa.” [Hadis Riwayat Ahmad]



5. Tambah keberkatan dalam rezeki.

Apabila berbicara soal rezeki, antara topik tambahan ialah soal keberkatan. Ketahuilah, sedikit yang berkat dan kamu syukuri itu adalah lebih baik daripada banyak tetapi tidak diberkati. 

Contohnya, usia. Ada orang umurnya panjang, namun tidak banyak sumbangan. Ada orang lain pula, umurnya lebih pendek, namun sumbangan dan namanya sering disebut-sebut. Umpama namanya hidup beratus tahun lamanya. 



Penutup:

Kadang-kala kita berkira dalam berkongsi. Takut-takut, apa yang kita kongsikan itu, orang lain yang dapat lebih manfaatnya berbanding kita. Sering juga kita terjebak dengan pemikiran 'probability' dalam sesuatu peluang yang bersifat terhad. Kemungkinan itu, kemungkinan ini. Sehinggakan, kita merasakan bahawa sekiranya sesuatu peluang itu diketahui ramai, semakin kecillah peluang yang kita akan perolehi. Akhirnya, kita memilih untuk menyorok berbanding berkongsi.

Sekiranya kita tanamkan dalam diri bahawa rezeki sudah ditetapkan, kita akan lebih suka berkongsi. Kerana kita tahu, Rezeki kita sudah ditentukan sejak di dalam perut ibu lagi.


Ya, ada lagi hujah dan pandangan lain soal rezeki. Namun, aku lebih suka menyakinkan diri bahawa rezeki sudah ditentukan. Bukan apa, atleast dapat mengubati hati yang iri. At same time, tak perlu kita bergaduh dengan orang soal rezeki mereka. Dah tertulis itu rezekinya.

Akhir kata, renungkanlah kata-kata ini:

"Orang miskin yang sebenarnya ialah mereka yang tidak bersyukur & tidak pernah merasa cukup dengan apa yang dimiliki". 

Seumpama Hadis Nabi SAW: “Apabila seorang anak adam mendapat sebuah lembah emas, ia menginginkan lembah yang ke-2 dan seterusnya. Sehinggalah, tanah menutupi dirinya (mati)".



Yang Benar,
Fedli Isa (Slumb)
Sedarlah, Dunia yang kita rebuti itu, Sudah ada pemilikNya"....