Masih ingat kata-kata seorang staf fasiliti yang mengurus aktiviti kokurikulum semasa zaman Universiti. Katanya ; "Akal itu umpama Perdana Menteri, Hati itu seperti Raja dan anggota badan adalah rakyatnya".
Kerana, tanpa akal, manusia jadi gila. Tanpa hati, kita akan mati. Dan tanpa anggota, tiada guna (no function). Maka ketahuilah, setiap orang ada peranan, saling memerlukan dan perlu mempunyai rasa ketanggungjawaban dalam tindakan. Bukan merendahkan, bukan pula hidup sekadar menumpang apatah lagi menyalahkan.
By the way, mungkin siri ke-3 ini merupakan siri penutup bagi tajuk Majikan & Pekerja. Ya, boleh dikatakan sudah ketandusan point besar dan kebanyakkan entry-ku sering diakhiri pada siri ke-3. Setakat satu point besar dan beberapa point kecil itu mungkin ada untuk membuat sambungan siri ke-4, tapi macam tak best jika sekadar itu sahaja. Biarlah siri-siri ini bersifat tidak sempurna seperti ada beberapa point yang sengaja ditinggalkan. Dengan harapan ianya akan ditambahbaik dan difikirkan oleh orang dikemudian. Bak kata dalam Movie The Matrix : I'm trying to free your mind. But I can only show you the door. You're the one that has to walk through it.
So, untuk penutup siri ini, aku berkongsi soal Mindset. Kenapa cara berfikir itu penting? Kerana daripada cara berfikir (kerangka fikir) yang betul akan melahirkan dan menghasilkan cara bekerja. Baik dari sudut majikan mahupun pekerja.
Politik : Indian Politicians Don’t Want Voters to Be Too Educated
Tertarik dengan sebuah klip video mengenai situasi di sebuah negara. Dikatakan bahawa orang politik ini tidak suka apabila ramai rakyatnya berpelajaran.
Untuk memudahkan kefahaman, lebih mudah kita buat dalam bentuk peratusan pembahagian 3 jenis golongan. Golongan pertama, educated. Kedua, semi-educated. Ketiga, uneducated. Untuk orang politik kekal berkuasa, mereka memerlukan sekitar 50% orang yang mudah di "gula-gulakan". Dan, golongan paling mudah sudah tentu yang uneducated.
Namun, golongan educated masih diperlukan terutama jika ingin menjadi negara membangun (atau paling cikai, negara berfungsi). Tetapi, cukuplah orang educated pada kadar minima sekitar 20-30%. Kerana jika terlalu tinggi peratusan orang educated akan merimaskan sebab mereka suka mempersoalkan dan mempertikaikan.
Temubual CEO Malaysia Airlines (Captain Izham Ismail)
Temubual ini disiarkan di Channel BFM pada 4 Feb 2026 bersama Captain Izham Ismail (CEO MAS 2017-2026). Ada tiga point utama yang aku suka:
Dan kebiasaannya. Apabila berlaku "bencana", banyak kebongkaran akan kelihatan. Maka, gunakanlah jawatan sebaik-baiknya. Ingatlah, walaupun terlepas di dunia, di akhirat pasti kena.
3. Loose (beri kebebasan bekerja).
Memandangakan MAS dipegang oleh Khazanah, maka sudah tentu beliau terikat dengan arahan daripada atasan. Maka, antara perkara yang beliau minta ialah kebebasan dalam membuat keputusan. Tidaklah memberi 100%, sebaliknya memberikan "loose" untuk beliau sendiri buat keputusan.
Aku percaya, orang yang terbaik untuk memperbaiki kerja ialah orang yang buat kerja itu sendiri. Mereka lebih faham, apa yang boleh diubah (improve), dikurangkan dan dikekalkan. Namun, untuk melakukan ini, seseorang itu memerlukan "mindset" yang betul seperti CEO MAS ini dan rasa ketanggungjawaban.
Dan, semasa ditanya mengenai kontrak beliau yang akan tamat pada tahun 2026. Apa perancangan akan datang atau adakah beliau akan jadi "penasihat" kepada MAS? Namun, beliau seakan menolak. Dan, percaya kepada Team pengurusan yang sekarang mampu melakukan yang terbaik walaupun tanpa beliau.
Falsafah Pendidikan & Perubahan Kehidupan
Mostly people tiada masalah dengan perubahan. Cuma, biarlah ada ganjaran. Jarang orang nak buat sesuatu tanpa harapkan balasan. (Ya, ada orang yang tidak berkira, tetapi berapa?)
Setiap kali pihak Kementerian Pendidikan membuat dasar baharu, tempohnya sekitar 10 tahun akan datang. Apa yang mereka rancang, hasilnya pada 10 tahun mendatang. Entah berhasil atau tidak, ianya bergantung kepada akal, hati dan anggota.
Masih teringat sebuah perbualan beberapa orang di dalam Lif mengenai isu Gaji dan productiviti. Gaya mereka seperti golongan manager. Antara perbualan mereka ialah : If company bayar gaji minimum (bawah market), pekerja pun pandai jugak. Depa pun buat kerja pada kadar bare minimum". Bare minimum effort at work is doing only the amount of work are paid to do and putting in no more time, effort, or enthusiasm than what is required of you.
Nak cakap satu side salah 100%, tak betul jugak. Masing-masing ada peranan, kesalahan dan ketidakpuasan tanpa kesudahan.
Manakala, point perubahan hidup pula ada 3. Yang pertama dan kedua (vice versa), Dimulai dengan kehidupan susah berpanjangan...... Kemudian senang berterusan..... Manakala, yang ketiga kehidupan susah dan senang itu silih berganti.
Dan, dengan adanya AI, ianya "mempercepatkan". Maka, untuk mengelakkan diri tenggalam dalam masa, satu-satunya cara ialah dengan "Bergerak". Tak kesahlah bergerak pelahan sekalipun, asalkan bergerak. Jika tidak, kita akan ketinggalan dan tenggelam dalam perubahan.
Untuk kita terus "bergerak", pilihlah versi kehidupan ke-3 itu. Dimana susah dan senang itu silih berganti. Menerusi kesusahan (ujian), kita akan improve diri kita menjadi lebih baik lagi. Dan, diselangi dengan kesenangan supaya kita tidak depress dan sakit berterusan dengan kejatuhan.
Dalam perubahan kearah penambaikkan, selalunya dimulai dengan langkah besar, kemudian diikuti dengan beberapa langkah kecil. Manakala perubahan kearah pengurangan pula, sering dimulai dengan beberapa langkah kecil dan diakhiri dengan langkah besar.
Kebiasaannya bagi kedua-dua situasi ini, langkah yang besar itu yang paling kelihatan oleh orang kebanyakkan. Berbeza dengan beberapa langkah kecil, yang dilihat seperti samar dan sering tidak diendahkan. Padahal, langkah kecil dan besar itu bersifat kebersamaan. Tanpa langkah kecil, sukar perubahan besar untuk dilakukan dan kekal bertahan.
Antara perkara lain mengenai mindset majikan & pekerja ialah cuti bersalin. Dengan pengumuman terbaru PMX pada hari pekerja 1 Mei 2026, dimana Kerajaan memperkenalkan Elaun Pasca Cuti Bersalin (EPCB) seperti gambar dibawah.
Dari sudut pekerja (yang terlibat-bersalin), ini adalah sebuah peluang dan kelebihan. Namun, dari sudut majikan, ianya adalah kerumitan. Namun, perlu juga kita melihat statistik hari ini. Secara amnya, kadar kesuburan di Malaysia menunjukkan purata keluarga mempunyai sekitar dua orang anak. Berbeza dengan zaman atuk nenek kita (1950an), anak-anak ramai (sehingga 10 orang -plus/minus).
Maka, cuba kita fikirkan untuk jangka panjang. Sekiranya kita ingin pekerja yang mahir dan kerja lama, anggaplah cuti bersalin 2-3 anak itu sebagai "kos" yang perlu ditanggung untuk pengambilan pekerja wanita sehingga tua (pencen).
Cuma, untuk perniagaan F&B atau syarikat yang high turnover pekerja, ianya mungkin tidak sesuai. Bayangkan tak sampai kerja setahun, dah bersalin dan entitle cuti 4 bulan. Jenuh staff sedia-ada untuk bahagikan kerja. Tup-tup, after beberapa bulan masuk kerja, surat tender diterima (berhenti). Maka, perkara ini hanya berbaloi sekiranya sesebuah syarikat itu sedang mencari pekerja lama & mahir. Atleast kerja 5 tahun keatas jika company swasta. Kerja kerajaan, itu biasanya memang kerja lama. Jadi tiada masalah soal "berbaloi" atau tak.
Ada 3 tanda sebelum kita kena Layoff disebabkan AI (teknologi) mahupun perubahan generasi. Iaitu:
1. Kerja kita semakin sikit atau jadi semakin mudah (dengan adanya bantuan system/ teknologi/ AI).
2. Gaji kita above average pekerja lain atau above market rate. Seperti pekerja Meta (Tech), bank, international company dan lain-lain. Jika gaji rendah (below market), buat masa ini, tidak perlu terlalu risau. Ya, risiko itu ada, tapi kurang. Kecuali, company tempat anda bekerja ada tanda kearah bankrup/ tutup syarikat.
3. Umur above average untuk satu posisi (Contoh jawatan junior). Di China Ada Satu fenomena. Jika umur dah 35 tahun tapi belum jadi manager & keatas, ianya adalah TANDA. Tapi di Malaysia, fenomena ini mungkin lambat lagi berlaku (bersifat Laggard).
Penutup:
Di Malaysia, pampasan atau upah (gaji) pekerja menyumbang sekitar 33 hingga 34 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Berbeza negara maju, di mana pampasan pekerja lazimnya menyumbang 50 peratus atau lebih daripada KDNK seperti di Jerman dan UK. Manakala negara lain seperti Singapura sekitar 44% diberi kembali kepada pekerja sebagai gaji, selebihnya disimpan syarikat sebagai untung dan kerajaan sebagai cukai.
Berbicara soal mentaliti dan culture, teringat kuliah semasa zaman Kampus mengenai kritikan terhadap Perbankan Islam di Malaysia oleh Orang Arab. Namun, apabila bank pak Arab ni buka operasi di Malaysia, style operasinya lebih kurang sama (kontrak yang digunakan).
Pointnya ialah mindset dan culture. Sebagai contoh, syarikat yang bertapak di Singapore (memberi 44% pampasan kepada pekerja), apabila membuka cawangan/ syarikat baru di negara lain seperti Malaysia, kadar pampasan kepada pekerja (gaji), kemungkinan akan lebih rendah daripada itu. Walaupun pengasasnya (mindset) adalah orang yang sama.
Mentaliti majikan seperti di Malaysia suka cheap labor cost. Mentaliti pengguna pula suka harga barang yang murah. Namun, untuk mendapatkan 'cheap' tersebut, ada perkara yang perlu dibayar. Dan, zaman internet ialah dunia 'online' tanpa sempadan. AI pula merancakkan (mempercepatkan).
Serta, dalam dunia ini. Ada perkara tidak diajar dan dikongsi kepada semua. Apabila orang politik berkata mereka berjuang untuk rakyat, ketahuilah dua tiga orang juga adalah 'rakyat' daripada berjuta.
Kadang-kala aku memikir. Ada waktu kita memerlukan orang yang kurang berpelajaran, ada tempat kita memerlukan orang yang pakar serta berpendidikan. Kerana, ada pekerjaan tidaklah memerlukan pendidikan yang tinggi untuk dilakukan, sebaliknya memerlukan skill dan kudrat dalam pekerjaan.
Number of graduates is bigger than high-skilled vacancies in our country (The Star 23 May 2026)Tertarik dengan Kisah Buya Hamka mengenai seseorang pernah berkata kepadanya, "Di Mekah pun ada pelacur!"
Maka dijawab HAMKA, "Tapi di Amerika, tiada!"
Ditanya kembali, "Apa maksudnya?"Mustahil, di Amerika tiada pelacur.
Lalu ditegaskan oleh HAMKA, “Ke mana pun kita pergi, di mana pun kita berada, diri kita yang sebenarnya tergambar dalam apa yang kita cari. Di San Fransisco tidak ada pelacur kalau tidak dicari. Di Makkah ada pelacur kalau itu yang dicari.”
Secara psikologinya, kita merasa selamat dan "difahami" apabila bersama orang yang mempunyai nilai yang sama (same frequency - sekitar 80%). Dari segi cara fikir, bekerja dan sebagainya.
Sebab itu, jika anda ingin tahu siapa diri seseorang, lihatlah dengan siapa dia berkawan dan bekerja bersama-sama atau orang bawahannya. Serta buku apa yang ia baca & jurusan pendidikannya.
Note: Tulisan kali ini, aku cuba menggunakan AI sekitar 10% buat pertama kali. Secara jujur, menggunakan AI ini lebih laju ke destinasi (cepat siap) dan sangat sesuai untuk pembuat konten. Manakala menulis sendiri adalah sebuah perjalanan untuk melatih diri (kepuasan), mencari dan memahami kehidupan itu sendiri. Dan, banyak perkara yang ditulis disini adalah daripada perkongsian orang, pembacaan buku dan sedikit daripada pengalaman.
Kadang-kala, apabila kita berkongsi, mengajar, menulis & etc... Sebabnya mungkin untuk mencari jawapan apabila rasa kebingungan. Dengan harapan, lama-lama kita "mendapat sudut pandang yang lebih jelas dan mendalam".
Permainan Go ialah mencari jawapan apabila tiada jawapan. (Movie "The Match"2025)
Penulisan entry lama 2015 mengenai Mengapa aku menulis?
Yang Benar,
Fedli Isa (Slumb)
"Market only shift to the RIGHT side"
*Right disini bermaksud kekanan dan bukannya bermaksud betul. Maybe ada double meaning ?




.jpeg)












No comments:
Post a Comment