Sunday, May 13, 2012

Siri 1 : Jenis-jenis pelaburan?


Di Malaysia terdapat pelbagai jenis pelaburan seperti hartanah, saham, gold, pasaran hadapan, unit trust dan pelbagai lagi. Sebaik-baiknya, jika ingin melabur, kita perlulah melengkapi diri dengan serba sedikit ilmu supaya tidak terjebak dalam perkara-perkara yang dilarang. Untuk permulaan cerita, mari kita fahami beberapa jenis pelaburan dan skop pelabur.
Kategori pelaburan dan jenis pelabur :
1. Low risk, low return.
  • Jenis pelaburan seperti ini ialah seperti menyimpan di Tabung Haji, Bank Rakyat, ASB dan sebagainya. Pada pandangan saya, menyimpan di Tabung Haji lebih menyenangkan kerana hasil keuntungan/dividen yang kita perolehi telah ditolak zakat.
2. Moderate risk & return.
  • Unit trust saya kategorikan di bawah pelaburan ini kerana dana unit trust diuruskan oleh badan-badan professional dalam pelaburan dan hartanah. Sebelum memilih jenis unit trust, dapatkan nasihat pakar/agent unit trust anda. Untuk pengetahuan anda, sebanyak 4-6% caj dikenakan untuk melabur dalam unit trust.
  • Kenapa ASB saya tidak kategorikan dalam level ini? Kita perlulah fahami bahawa ASB merupakan unit trust yang secure dan di jamin. Daripada prestasi keuntungannya pula, adalah antara 5-10%.
3. High risk, high return.
  • Pelabur di bawah kategori ini seharusnya mempunyai ilmu pelaburan yang mencukupi.  Antara jenis pelaburan ini ialah pelaburan saham, emas, pasaran hadapan dan yang sama waktu dengannya. Pelabur juga boleh mempelbagaikan risiko pelaburan dengan melabur dalam di dalam beberapa portfolio yang berlainan. Bak kata pelabur terkenal Warren Buffet.
“Don’t put all your eggs in one basket. “
Baiklah, sampai di sini sahaja artikal pertama saya. Artikal seterusnya lebih kepada kategori pelaburan “High risk, high return”. Jadi, teruskan follow-up anda kerana ada banyak Rahsia pelaburan yang bakal dibongkarkan. Akhir kata, maaf atas kekurangan dan kesilapan. Have a nice day… (^_^)