Sunday, December 13, 2020

Universiti Kehidupan (Tahun ke-5)

Mukadimah: Masa yang lambat dan cepat

Universiti kehidupan pada tahun ini (2020) dirasakan amat cepat berlalu. Tup-tup, sudah berada di akhir tahun. Umur meningkat, uban bertambah. Apa-apa pun, Alhamdulillah, tahun ini dikurniakan tambahan tanggungjawab dengan kelahiran cahaya mata yang bernama Ahmad Fitri. Semoga menjadi anak soleh yang baik.


Seperti yang diketahui umum, tahun ini merupakan tahun yang mencabar. Iaitu dengan fenomena wabak Covid-19 yang melanda, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyukarkan pergerakkan dan kemerosotan ekonomi yang menyebabkan ramai diberhentikan pekerjaan dan dikurangkan pendapatan.


Ya, kiraan bilangan bulan dalam setahun adalah 12. Manakala, kiraan bilangan dalam hari adalah 365. Ketahuilah, sekiranya kita mengira masa berdasarkan bulan, ianya akan kelihatan sedikit. Maka, kiralah masa berdasarkan perkali yang lebih kecil iaitu hari, jam dan minit. Sudah tentu akan kelihatan lebih besar. 


Panjang pendek masa itu sebenarnya berbeza menurut bilangan dan bersifat sedikit subjektif. Dari sudut subjektif, kebiasaan ia bergantung kepada diri dan faktor sekeliling. Sesuatu yang tidak disukai digelar penantian sebuah penyeksaan. Manakala, yang disukai disebut masa amat mencemburui. 


Sebuah kisah : Menunggu makanan di kedai

Dahulu aku berfikiran, orang yang mampu menunggu makanan yang lambat siap itu adalah penyabar. Yelah, muka masih tenang, padahal makanan dah sejam tak sampai-sampai lagi. 

Tapi, bila difikirkan semula. Kurang tepat untuk mengatakan seseorang itu penyabar hanya berdasarkan kesabarannya menunggu makanan. Sebaliknya, ada sebab lain yang menyebabkan seseorang itu tetap tenang. Iaitu, "timing".

Ya, pada waktu tersebut tiada hal mustahak yang mendesak beliau untuk cepat. Memang ada betulnya, kesabaran itu penting. Namun, timing juga memainkan peranan. Fikirkan situasi di kedai makan tersebut. Adakah seseorang yang sabar mampu bersabar menunggu makanan, padahal beliau ada perkara mustahak lain yang perlu dilakukan. 

Ya, beliau mampu menunggu. Tapi, cuma sebentar. 


Jadi, bagaimana untuk elak daripada beremosi?

Caranya, sebelum memesan sesuatu makanan, try tanya pelayan ; "Menu ni, cepat siap tak"?
Just untuk confirmation. Kalau pelayan jawab lambat siap sekalipun, atleast kita dah bersedia menunggunya. Atau, kita ada pilihan iaitu pergi ke kedai lain (asalkan, jangan order apa-apa lagi).


Begitu jugalah kiasannya untuk gambar diatas ini. Kedua-duanya berusaha. Tapi, ada beberapa perkara yang tidak diperceritakan dalam gambar diatas. Iaitu, berapa lama dan jauh, terowong usaha yang telah dikorek oleh kedua-duanya? 

Mungkin sahaja, yang pertama itu baru mula berusaha. Dan, kebetulan kawasan usahanya amat berdekatan dengan hasilnya. Dan, mungkin orang dibawahnya sudah lama berusaha, namun masih belum ada rezekinya.


Hampir begitulah kiasan untuk bab zuriat, berkahwin dan menasihati orang lain. Bukanlah suami isteri itu tidak berusaha, sebaliknya belum lagi masanya. Dan, bukanlah orang yang menerima nasihat itu pekak, sebaliknya masih belum masanya mereka mendengar dan menerima. 


So far, untuk beberapa tahun ini, ada beberapa perkara yang aku masih dapat bersabar. Antaranya bab pekerjaan. Cuma, aku berharap pihak disana tidaklah perlahan selepas apa yang terjadi. Manakala, bab tukar kerja, kita lihat kepada rezeki. 

Perkara aneh dalam pekerjaan : "Pekerja dianggap sebagai Aset. Tetapi tidak pernah direkodkan dalam penyata kewangan/kunci kira-kira syarikat". 

**Mungkin antara sebab tidak direkodkan kerana ada segelintir pekerja dianggap sebagai "liabiliti". Bunyi macam nak "jaga" perasaan kan. Tak pasti apa kesimpulan.



Belajar: Menjadi bosan dan sibuk

Berdasarkan pengalaman, terdapat dua sisi yang saling bertentangan. Baik dan buruk, malas dan rajin, dan banyak lagi. Maka, untuk mendapatkan garis pertengahan antara kedua-duanya, amatlah perlu kita fahami dua sisi ini. Bagaimana nak menghayati erti kejayaan jika tidak pernah berusaha?


Bagaimana seseorang itu berhenti bermain game?
Pandangan: Berdasarkan pengalaman dari kecil, ke universiti dan sekarang dalam dunia bekerja. Kebanyakkan lelaki bermain game (*Game tidak terbatas didalam telepon sahaja). Actually, ada dua cara untuk berhenti bermain game. Yang pertama adalah sibukkan diri. Cara ini boleh diaplikasikan kepada semua. Mudah, just sibukkan diri dengan aktiviti lain.

Namun, cara yang kedua ini aneh dan tidak semua orang mampu melakukannya. Iaitu, bermainlah sehinggalah bosan. Lama-lama, kita akan tinggalkan permainan tersebut. 


Dalam hidup ini, tidak semestinya perkara negatif itu tidak baik. Seperti contoh, kerugian wang ataupun diberikan ujian. Ada kalanya dengan ujian itulah kita semakin faham dan matang. 

Oh ya, tahun ini aku baru mula untuk melabur saham balik. Tambah tolak, hasilnya adalah kerugian. Dan perkara ini aku kongsikan dengan wife. Fuuh, takut jugak (wife aku ustazah kot). Tapi, bila difikirkan pengajaran dan beberapa pengalaman, ianya tidaklah teruk mana. Ada sesuatu berharga disebaliknya. 

**Daripada watchlist & saham yang dibeli, takde penny dan speculation stock. Dan, masih ikut rule dibawah (kecuali, rule 3 yang kadang-kadang aku tak tanya pelayan; "berapa lama kena tunggu" ):

Rule 1 (Fundmental): "Never lose money".

Rule 2 (Fundamental):"Don't Buy egg. But, BUY tennis ball"

Rule 3 (Technical/ Sentimen): "Market only shift to the RIGHT side".



Adakah orang-orang berjaya sibuk 24jam?
Pandangan: Aku tidak berfikiran begitu. Sebab, mereka bukannya robot. Manusia ini dilengkapi dengan perasaan yang pelbagai. Cuma, apabila sampai satu tahap, kita mampu menggunakan mode "bosan" kita dengan melakukan aktiviti seperti membaca buku dan berfikir diluar-luar kotak (imaginasi).

Aku lebih suka idea yang terhasil time bosan, berbanding idea time sibuk. That's why, antara benda pelik aku suka buat time study week ialah baca buku yang tiada kaitkan dengan final exam sebagai selingan. Untuk "tenangkan" otak selepas menelaah untuk peperiksaan (stress wei study untuk exam. So, aku mix dengan perkara "study bukan exam").


Quote pada tahun ini : Masa

Untuk tahun ini, tiada quote buatan sendiri. Sebaliknya, sekadar kata-kata di Internet untuk menerangkan pengalaman tahun ini. Iaitu:

"Setiap sesuatu itu ada masanya" & "Time heal almost everything".

Sering kita dengar, setiap apa yang kita lakukan akan dibalas dikemudian masa. Namun, ketidakfahaman kita dengan masa itu merumitkan. Kadang-kadang, kita dibalas on the spot. Ada kalanya selepas bertahun-tahun. Dan, ada juga keadaan kita dibalas di akhirat sana. Maka, adalah kurang sesuai sekiranya kita mengatakan bahawa ; Inilah hasil aku bersedekah semalam. 

Kerana, mungkin sahaja rezeki yang kita terima itu adalah asbab daripada perkara lain. Umpama, kita lulus peperiksaan. Adakah asbab kita rajin belajar, atau doa ibubapa atau kerana amalan sedekah yang kita lakukan atau asbab kesemuanya? Maka, berbuatlah baik sebanyaknya kerana kita tidak tahu amalan mana yang membantu kita didunia dan akhirat sana.

Maka dari jangka pendek, kebanyakkan perkara yang kita lakukan sebenarnya merugikan ataupun tiada hasil. Tapi, untuk jangka masa panjang, kebanyakkan menguntungkan. Berkat masa itu adalah sesuatu yang sukar dijangka. 


Penutup:

Setiap sesuatu yang telah ditakdirkan kepada kita akan berlaku. Cepat atau lambat, sedar ataupun leka, ianya akan terjadi. Ada kalanya, ianya dimudahkan. Ada kalanya, ianya tidaklah sukar cuma memakan masa.

Dan, untuk tahun ini dirasakan terdapat satu sudut yang berbeza dari segi fikiran. Mungkin mutiara kata untuk tahun hadapan berkisarkan fikiran. Jadi, tunggu dan lihatlah keadaan tahun hadapan.


Kelebihan itu bukanlah kebanggaan. Tapi, ANUGERAH.


Menerusi berlalunya masa, aku juga belajar bahawa disebalik masalah tersingkap perkara lain. Banyak perkara yang sukar dilihat semasa keadaan nampak baik. Namun, takkala musibah air surut , tampaklah apa yang segelintir orang sorokkan. Tampak juga mereka yang sepatutnya diberi pujian. Semoga dengan musibah air surut ini, ianya menyedarkan kita. Agar lebih menghargai dan menjaga.



Akhir sekali, dibawah merupakan tema ringkas bagi kesemua penulisan mengenai Universiti Kehidupan (sehingga kini). 

*Terfikir, tema-tema ini seperti saling berkait.


Yang Benar,
Fedli Isa (Slumb)
"Tak semua orang mampu berfikir diluar kotak"
(kata-kata bos aku tahun ini. Actually, dah lama dah aku tunggu dia cakap soal ni. Selepas 2-3 tahun menunggu. Haha...)

Saturday, November 28, 2020

"Helah Dalam Permainan"

Penulisan kali ini, ingin aku kongsikan beberapa perkara mengenai "helah" dalam permainan. Ianya juga boleh dipelajari dalam dunia politik mahupun money game. Sebagai permulaan, tertarik untuk berkongsi sebuah analogi daripada buku "D.U.B.L.I.N":


"Bagaimana seekor tikus tinggal di dalam kotak. Kenapa dia tidak keluar jew? Tanya seseorang..

Dijawab: "Sebab dia (tikus) suka tinggal di dalam kotak itu. Dan, lebih penting lagi, dia TIDAK TAHU bahawa dia di dalam kotak".

Itulah analogi dan keadaan seseorang yang tidak sedar bahawa dirinya dalam sesuatu. Lebih buruk lagi, tidak sedar bahawa dirinya ditipu dan menipu.


Helah Dalam Permainan

Terdapat beberapa perkara yang aku tidak menyesal semasa universiti. Antaranya, join aktiviti yang tidak berakademik seperti politik kampus dan berpersatuan. 

Ya, CGPA akademik aku turun. Malah, pernah dinasihati oleh orang fakulti untuk dapatkan 1st class degree, tapi entahlah. Tetap jua aku dengan aktiviti tidak berakademik itu. Mungkin kerana jiwa masih muda. Namun, semakin berusia aku lebih yakin. Pengalaman daripada aktiviti tidak berakademik itulah antara yang banyak membantu dan mematangkan selepas bergraduasi.


Pertama kali aku mempelajari "helah" dalam permainan ini semasa terlibat dalam politik kampus. Pada waktu tersebut, kami mempunyai seorang penasihat. Beliau merupakan seorang pemikir dalam sebuah parti politik dan corak pemikirannya amatlah berlainan. Banyak perkara yang aku pelajari, antaranya :

1. Jangan cerita semua perkara kepada orang.

2. Banyakkan cerita perkara yang sedap didengar sahaja.

3. Jika nak beritahu perkara yang tak best, kongsikan yang tidak terlalu rahsia. Itupun, 1 - 2 perkara sahaja. 

4. Walaupun anda tahu cerita kawan anda 10% kurang benar, usah betulkan. Duduk diam dan sabar. Jika mahu juga betulkan, tunggu sehingga objektif tercapai. Contohnya, MENANG pilihanraya. Tapi kebiasaannya, orang yang sebarkan itu tidak akan betulkan. Kecualilah dikecam, barulah buat U-Turn. 

5. Ada pelbagai cara untuk menukar sesuatu yang kurang menarik menjadi menarik. Contohnya, jika anda ingin menarik pelaburan. Dimana, kadar pulangan adalah 2-3% dengan modal RM 100k. 

Maka, tekankan keuntungan adalah RM 3,000. Jangan gunakan peratusan!

 6. Ada pelbagai cara untuk mendapatkan sesuatu keputusan. Ada cara yang betul, ada juga cara yang salah. Begitu jugalah dalam dunia matematik dan perakaunan. Walaupun jawapan akhir anda betul, tapi caranya mungkin salah. 

Tapi, usah risau. Orang selalunya melihat "result". Jarang melihat prosesnya. 


7. Jaga penampilan.

Sekiranya anda ingin menarik undi golongan agamawan, berikan apa yang mereka mahu. Jaga penampilan seperti apa yang mereka sukakan. Jika mereka suka baju melayu dan kopiah putih, pakai sahaja. Jika mereka suka anda berhenti bercakap semasa azan, lakukan. Walaupun nampak kecil, besar dihati mereka yang memandang penampilan. 


8. Menarik kepercayaan. 

Ada orang, mereka hanya percaya terhadap perkara yang sudah TERBUKTI. Contohnya, pelaburan itu terbukti menguntungkan. Ubat ini terbukti berkesan. Dan banyak lagi. 

Maka, untuk orang ini, kita berikan bukti apa yang mereka mahukan. Jika mereka mahukan bukti wang depan mata, maka tunjukkan kepada mereka. Tunjukkan baki akaun bank anda yang berjuta-juta. Untuk menyakinkan mereka, anda bercakap berdasarkan bukti, duit masuk didepan mata. 

Ya, menarik kepercayaan ini memerlukan kos yang tersendiri. Ada kalanya kosnya adalah wang, ada kalanya dengan sebuah lakonan. Maka, mereka sanggup habiskn duit semata-mata nak tarik orang join. Contohnya, mereka sanggup bayar "komisen" pakai duit sendiri kepada anda. Mereka tak kesah, tahun pertama mereka rugi sebab duit keluar lebih banyak daripada duit masuk. Asalkan, semakin ramai orang join. Dan, Paling penting adalah orang-orang yang join ini PERCAYA mati-mati (ye la, duit betul2 masuk dlm acc bank).


9. Gunakan nama orang lain.

Jangan busukkan nama anda. Apa-apa aktiviti dalam permainan, gunakan fake akaun ataupun akaun orang lain. Ingat, jangan gunakan nama sendiri. Register semua perkara menggunakan nama proksi (orang lain). Ini TIP jika anda mahu hidup lama dalam dunia permainan ini. Biar kurang dikenali, asalkan perancangan anda menjadi. 

10. Ada banyak lagi. Cuma, cukuplah sekadar itu dulu.


Permainan: Masuk PERCUMA tanpa kos?

Masuk percuma jew abang. Trylah masuk dulu. Kalau nak main, barulah kena bayar (kata-kata promoter disebuah taman tema - lakonan).


Walaupun percuma tanpa bayaran. Kosnya tetap ada. Cuma, tidak kelihatan. Iaitu nama baik anda dan kepercayaan orang. 

Kita sebenarnya ada pengaruh terdapat orang sekeliling dan dibawah kita. Bezanya, kecil atau besar sahaja pengaruh kita. Ada kalanya, daripada pandangan kita itulah yang mempengaruhi keputusan pasangan, anak-anak dan saudara -mara. Walaupun tak banyak, tapi kesannya ada.


Umpama memberi pinjam wang. Apa kos peminjam. Takkanlah kosnya percuma? Fikirkan...

Kos pemberi pinjam ialah Wang. Manakala, kos peminjam adalah Kepercayaan. Sebab itulah bank sebelum memberi pinjam, mereka akan menilai dulu rekod kita menerusi CTOS, CCRISS dan segala maklumat yang ada.

Ya, ini soal kepercayaan. Sekali kena blacklist, jenuh la nak dapat balik kepercayaan. Susah!


Jika ditanya, apa yang aku fahami mengenai "money game"?

Jawapannya; Ianya adalah permainan. Buatlah apa sahaja. Ubahlah apa yang patut. Asalkan permainan terus dan terus berjalan. Jangan biarkan permainan terhenti kerana itu tandanya GAME OVER. Tapi, usahlah risau. Banyak lagi game yang boleh dimainkan.


Penutup:

Sering kita mendengar orang berkata; "Sebaik-baik orang, ada jahatnya. Dan, sejahat-jahat orang, juga ada baiknya". 

Maka, dapatlah kita membuat kesimpulan ringkas bahawa tiada manusia yang sempurna daripada kesilapan. Begitu juga diri ini. 

Jadi, macam mana? Nak ikut pendapat sapa? Orang baik yang kadang-kala ada jahatnya atau orang jahat yang kadang-kala baik?


Beginilah. Sekiranya anda mudah dipermainkan dan senang percaya, banyakkan berkawan dengan orang-orang baik. Elakkan berkawan dengan orang yang jahat, walaupun kadang-kala dia baik. Namun, perlu diingat bahawa orang baik tersebut juga ada kalanya membuat kesilapan. Maka, elakkan percaya bulat-bulat. 



Antara perkara yang aku suka ialah masih ada orang yang bertanya apabila mereka ada kemuskilan dan masalah. Itu tandanya, masih ada kepercayaan orang terhadap kita. Walaupun kecil, jagalah ia. Akhir kata, aku kongsikan kata-kata daripada pengalamanku dalam dunia politik kampus. Semoga ada manfaat untuk mereka yang memahami. 

"Belum tentu APA yang kita lihat (+baca/dengar/fikir) itu adalah yang SEBENAR.
Dan, belum tentu yang SEBENAR itu adalah yang BENAR".




Yang Benar,
Fedli Isa (Slumb)
Ketahuilah, wang boleh dicari. Kepercayaan sukar ditukar ganti. 

Friday, October 9, 2020

Pengalaman Join Gathercare sejak 2019

Abang, ada tak perlindungan perubatan yang tinggi tapi kita bayar bulanan rendah-rendah jew? Dan, nak yang islamic jew tau.

Hmmm.... Sebenarnya, susah nk jumpe dalam dunia ni, barang baik tapi harga murah. Tapi, untuk persoalan adik, ada 1 produk yg memenuhi kriteria. Iaitu, Gather Care. 


Mukadimah

Dibawah saya kongsikan pengalaman saya join Gather Care sejak September 2019 sehingga kini (dahulu dikenali sebagai Life Engineering). Semoga ianya ada manfaat dan mampu menjadi panduan kepada mereka yang sedang mencari Pelan perlindungan perubatan (medical protection) dengan harga yang JIMAT



Apa itu Gather Care (dahulu dikenali sebagai Life Engineering)?

Untuk memudahkan kefahaman dan bacaan, dibawah merupakan maklumat umum yang perlu anda fahami sebelum join Gather Care:

1. Gather Care bermula tahun 2017. Secara umum, Gather Care ialah sebuah program Crowd Sharing (program perkongsian kos perubatan PERTAMA di Malaysia). Dan ianya di iktiraf patuh syariah oleh afsha shariah advisory (rujuk gambar dibawah). 

Update : The expiration of Shariah Compliance Certificate (CF/002/2021) as of 31st March 2023 Afsha Shariah Advisory Sdn. Bhd. are no longer serving as Shariah Advisers for the Gather Care Program of GATHER CARE SDN BHD (1383577-H) . Link



2. Saya join Gather Care pada September 2019 (lihat gambar dibawah sebagai bukti). Antara sebab join pada waktu tersebut ialah :

- Sebab tak perlu risau bayar bulan-bulan. Bayar jika ada cases/claim daripada ahli sahaja. Disamping manfaat perlindungan perubatannya sehingga RM 1 juta.

Join pada tarikh 27/09/2019: Bukti pembayaran Annual Fee 


3. Manfaat join Gather Care boleh refer gambar dibawah. Sebenarnya, susah nak jumpa pelan perlindungan perubatan yang menawarkan perlindungan setinggi RM 1 juta tapi bayaran bulanan serendah RM 1.27/sehari jew. 


Tempoh Menunggu bagi setiap peringkat perlindungan



4. Gather Care merupakan ALTENATIF kepada insurans/takaful. Dimana, ia hanya menfokuskan kepada medical protection sahaja. So, kalau nak cari life protection, kena refer syarikat insurans/takaful sedia-ada. 


5. Gather Care boleh dikatakan sedang "HACK" industri insurans/takaful menerusi platform CrowdSharing (program perkongsian kos perubatan). Jika dilihat sejarah, ianya seperti kes industri teksi yang di "Hack" oleh Uber dan Grab pada suatu masa dulu. Ya, teksi masih ada dan wujud, tetapi Grab semakin berkembang. 


6. Perkara yang bagus mengenai Gather Care ini ialah semakin ramai ahli, semakin rendahlah perkongsian kita. Contohnya, bil hospital pada bulan tersebut RM 40,000, dibahagi dengan 2,000 orang ahli. Maka, seorang hanya perlu bayar RM20 sahaja pada bulan tersebut. Manakala, sekiranya tiada claim/cases pada bulan tersebut, maka kita tidak perlu bayar apa-apa. PERCUMA!

*Info tambahan: Untuk smoker vs non-smoker, kadar pembahagian sedikit berbeza. Contoh, sekiranya Non-Smoker bayar RM10 pada bulan tersebut, maka Smoker kena bayar RM12 (1.2x ganda). Maka, berhentilah merokok. 😄



7. Syarat untuk menyertai Gather Care :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 14 hari sehingga 45 tahun semasa pendaftaran (sign-up).
* Anda akan dilindungi selagi mana aktif sehingga umur 99 tahun. 
- Sihat tubuh badan & jujur semasa menjawab soalan-soalan kesihatan.


8. Panel Hospital : eMAS (Eximius Medical Administration Solutions)

Jangan risau mengenai kemasukan ke Hospital. Kerana, terdapat lebih 250 hospital panel (kerajaan dan swasta) dibawah program ini. Untuk melihat senarai hospital eMAS, klik disini. Manakala, proses untuk kemasukan ke hospital, boleh rujuk gambar dibawah. Atau hubungi pihak eMAS di talian 03-40413627 untuk bantuan.

Nota: Pastikan anda dapatkan GL daripada eMAS terlebih dahulu sebelum admit/warded di hospital (senarai hospital panel disini).


Proses kemasukan ke Hospital


9. Kes tuntutan/ claim peserta Gather Care

Perkara menarik mengenai Gather Care ini, anda boleh melihat sendiri senarai cases/ claim yang dibuat oleh peserta. Seperti, siapa yang claim, sakit apa, masuk hospital mana & sebagainya. *Maklumat ini boleh diakses selepas anda mendaftar masuk Gathercare.




10. Baru tahun ini (2020), Gather Care start Referral Program. Dimana, setiap orang yang join melalui kita (referral link), kita akan dapat komisen. Untuk makluman, dah semakin ramai ahli JOIN sejak bermulanya Referral program ini. Agen-agen takaful pun ramai.

Nota: Komisen daripada Gather Care ini tidaklah sebanyak komisen agen Insurans/Takaful. Tapi, ok la. Untuk side income. 


11. Bagaimana nak berjimat dengan daftar sekeluarga?

Ada tip berjimat jika daftar beberapa ahli keluarga. Contohnya, Ali dan Aminah merupakan suami isteri dan mempunyai seorang anak. So, jika Ali sekeluarga ingin mendaftar/join Gathercare, beliau boleh guna tip berjimat ini. Iaitu;

Daftar satu akaun aktif dahulu bawah Ali (Suami). Kemudian, log-in ke dalam profile beliau & cari refferal link dibawah akaun beliau. Then, daftar isteri & anak melalui refferal link tersebut. Maka, automatik komisen pendaftaran isteri & anak akan Ali dapat. Atleast, boleh berjimat cikit. 

Tapi, jika anda langgan takaful, agak sukar guna teknik ni. Sebabnya, ada yuran, syarat & KPI untuk anda kekal sebagai agent takaful. Berbeza dengan Gathercare.


12. Apa persamaan dan perbezaan Takaful dengan Gather Care?

Jika diperhatikan, Gather Care ini macam takaful bukan? Kew pelanduk dua serupa? Baiklah, sebenarnya ada persamaan dan perbezaan antara takaful dengan Gather Care. 

Persamaannya ialah:

Takaful : Wakalah fee (yuran pengurusan & etc) & Tabarru (donation)
Gather Care : Annual fee (yuran pengurusan & etc) & Deposit sharing (donation)


Manakala, perbezaannya ialah:

Takaful : Wajib bayar setiap bulan (walaupun, tiada claim/cases) & wang dilabur.
Gather Care : Bayar apabila ada claim/cases sahaja & duit perkongsian tidak dilabur.  



PENUTUP:

Secara umum, ambillah plan perlindungan semasa anda masih sihat dan hidup. Tak perlu pilih yang mahal-mahal, sebaliknya pilihnya berdasarkan keperluan dan kemampuan anda. 

Alang-alang menulis ini, saya kongsikan pelan perlindungan yang saya miliki. Untuk meringkaskan, saya bahagikan kepada 3 kategori:

1. Pesakit luar (demam, selsema & rawatan di klinik swasta) 

Kebiasaannya, jika demam atau kurang sihat, saya akan ke klinik swasta untuk mendapatkan rawatan. Dan, resit rawatan akan saya simpan untuk di claim kepada syarikat yang saya bekerja. So, dengan bahasa mudah. Untuk bayar bil-bil pesakit luar, saya gunakan "perlindungan company" (pay & claim).


2. Life Protection (kematian / TPD/ manfaat tunai- penyakit kritikal)

Untuk perlindungan nyawa/kematian, saya memilih Takaful Malaysia (langgan sendiri/online. Boleh jimat 10-20%). Untuk manfaat kematian/TPD sebanyak 200k & penyakit kritikal 50k (advan), bayaran bulanan hanyalah RM38.30. Btw, bayaran bulanan untuk life protection kebiasaannya akan naik 5%-13% setahun selepas anda berumur 40 tahun ke atas. Macam pelan saya dibawah ini, pada umur 50 tahun, bayaran bulanan saya ialah sekitar RM111.00 

Kenaikan bayaran ini bukan sebab anda join awal atau lambat. Tapi, sebab faktor risiko. So, benda ini normal. Semakin bertambah usia, semakin tinggi risiko mati/ sakit.


3. Medical Protection (bayar bil hospital/ rawatan)

Antara perlindungan yang paling tinggi bayarannya ialah medical protection. Normally, bayaran bulanannya ialah 2-3x ganda lebih mahal daripada life protection. So, selepas survey-survey, saya memilih menyertai Gathercare untuk perlindungan perubatan. Alhamdulillah, dapat la jimat sekitar 50%. 

Sebagai penutup, pelan perlindungan yang saya miliki diatas bukanlah 100% sempurna. Maybe sekitar 80% sahaja dengan bayaran keseluruhan di bawah RM100 sebulan (if tak buat mix plan camni, kemungkinan bayaran bulanan saya sekitar RM250-300 untuk memiliki Life + medical protection).

By the way, kalau nak betul-betul perlindungan yang perfect (99-100%), bayaran bulanan confirm akan mahal gila. Ketahuilah, memilih perlindungan ini, bukan sekadar berapa banyak manfaat. Tapi, ianya juga soal berapa yang kita sanggup bayar? Jika kita hanya mampu bayar rendah, usahalah mencari harga yang berbaloi.


Note: Aku dah tak jadi agent Gathercare dah sejak 2023. Tapi kalau ada sesiapa yang berminat dengan Gathercare, sila klik disini untuk mendaftar.



Yang Benar;

Fedli Isa (Slumb)

Tuesday, May 26, 2020

Ahmad Fitri

Alhamdulillah, pada tanggal 27hb April 2020 bersamaan 4 Ramadhan 1441H (jam 3.23 petang) telah dianugerahkan putera pertama kami dengan berat 3.31kg & ketinggian 51cm. Kebetulan pula, tarikh kelahiran anak pertama kami ini, sehari sebelum ulang tahun kelahiran isteriku. Alhamdulillah, 2x sambutan ulang tahun kelahiran.

Gambar putera kami sehari selepas kelahiran. Hanya dapat bertemu 10+ minit sahaja disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-Covid19).



Kepada anakku: Ahmad Fitri

Putera pertama kami ini, kami namakan dengan nama Ahmad Fitri. Sempena nama kami sebagai suami isteri (A & F). Iaitu A berasal daripada nama isteriku Atikah dan F dari namaku Fedli. Secara ringkas, Ahmad bermaksud terpuji, manakala Fitri bermaksud semulajadi (fitrah). Maka, besar harapan kami agar anak kami yang bernama Ahmad Fitri ini menjadi hamba Allah yang soleh, mempunyai akhlak mulia dan juga bijaksana dalam bicara. 




1. Harapan & Nasihat Ibu,
Untukmu anak, semasa engkau masih di dalam kandungan, sering ibu bacakan untukmu Al-Quran. Semoga usaha pertama ibumu ini menjadi asbab dan membuka hatimu tertarik untuk menjadi Hafiz al-Quran. Juga, ayahmu tidak putus-putus membacakan kepadamu surah ringkas seperti Al Fatihah, Selawat Nabi, La ilaha illallah dan doa, setiap hari sebelum tidur sejak usiamu dalam kandungan 4 bulan. 

Semestinya besar harapan ibu agar Ahmad Fitri menjadi anak yang soleh + hafiz al-Quran, memiliki suara mengaji yang sedap, pandai bercakap dihadapan orang ramai dengan berhikmah dan dapat menjadi contoh yang baik untuk adik-adik akan datang. Diharap juga, ikutilah perangai ayah yang elok seperti pandai membantu ibu di dapur, bertanggungjawab, berdikari, penyabar dan menghormati wanita.

Gambar Ahmad Fitri semasa umur sebulan. Selalunya, pukul 4 - 5 pagi beliau sudah bangun daripada tidur. Semoga menjadi kebiasaan takkala dewasa melakukan tahajud. 


2. Harapan & Nasihat Ayah,

Tidak banyak ingin ayah katakan. Kebanyakan harapan mahupun nasihat, telah ibumu katakan (samaada dalam tulisan ini mahupun dalam kehidupan harianmu nanti). Namun, ayah berharap wahai anakku Ahmad Fitri, ambillah apa yang baik daripada kami sebagai contoh ikutan, dan apa yang kurang baik sebagai sempadan kehidupan. Ketahuilah, orang yang bijak adalah orang yang belajar daripada kesilapan dirinya. Manakala, orang yang bijaksana adalah mereka yang belajar daripada kesilapan dirinya dan orang lain. Maka, jadilah orang yang bijaksana.


Disini ibu dan ayah selitkan nasihat Luqman Al-Hakim kepada anaknya di dalam surah Luqman. Bacalah wahai anakku, semoga dipermudahkan engkau memahaminya. 





Penutup

Semestinya kami sebagai ibubapa mengharapkan yang terbaik untukmu anakku. Ketahuilah, kami sentiasa berdoa yang terbaik untukmu dalam diam mahupun terang. Maka, sentiasalah bersyukur dan sabar dalam kehidupanmu kerana banyaknya ujian dan kenikmatan. Ingatlah, usah engkau lupakan Tuhan dan ibubapamu takkala susah mahupun senang. Dan, berbuat baktilah kepada dunia untuk amalanmu di syurga. 


Sekiranya ada masa, renungkanlah tulisan dan kata-kata ibu dan ayahmu ini. Walaupun ianya ringkas, mungkin ianya berguna untukmu suatu hari nanti. Ayah juga ada menulis serba sedikit catatan pengalaman diri, kata-kata hikmah dan bagaimana ayahmu memikat ibumu. Apa yang baik, engkau ambillah. Apa yang kurang baik, jadikanlah sempadan.


Ya, antara sebab ayah kumpulkan kata-kata ini, untuk kamu wahai anak-anakku. Sekiranya ada waktu, ayah akan ceritakan kisah-kisah Nabi padamu. Dan, apa yang kita boleh pelajari daripadanya. Contohnya, kisah dakwah Nabi Nuh as dan Nabi Muhammad saw. Kenapa pengikut Nabi Nuh jumlahnya sedikit padahal beliau telah berdakwah 950 tahun? Manakala, Nabi Muhammad saw berdakwah hanya 23 tahun, tapi pengikutnya banyak sekali. Apakah pengajarannya?

Maka, sekiranya engkau sudah tahu jawapannya, sesungguhnya engkau anak yang BIJAKSANA. 



Nota: Entry ini ditulis sebagai renungan buat kami sebagai suami isteri. Juga, kepada Ahmad Fitri takkala beliau sudah besar nanti.


Yang Benar,
Ibu & Ayahmu (AF)
"Manusia itu didefinasikan kepada 3: Ada otak & berfikir, ada hati & merasa, ada anggota & bekerja".

Monday, May 25, 2020

Universiti Kehidupan (Tahun 4 - 2019)

Entry universiti kehidupan kali ini, sepatutnya disiapkan 5 bulan yang lalu. Namun, dek kerana kesibukan dan kekangan, penulisan ini sering ditangguhkan. Mungkin juga, ia sekadar alasan.


Isteriku pernah bertanya; Dah lama abang tak menulis....

Aku tiada jawapan yang specific. Sekadar terdiam sambil memikirkan...


Apa-apapun, sebelum meneruskan penulisan, mari kita imbas kembali tulisan lalu:

1. "Universiti Kehidupan" (Tahun Pertama). Tema : Hikmah Mengembara. Untuk mengajar bahawa "diri akan pergi".
2. "Universiti Kehidupan" (Tahun Kedua). Tema : "Pelajaran" yang sering di ulang-ulang.  Untuk menyedarkan apa yang telah "hilang".
3. Universiti Kehidupan (Tahun ke-3). Tema : "Keakuan". Adakah dengan bertambahnya ilmu (harta/ pangkat & etc) , bertambah juga keimanan? Atau sekadar menambahkan 'keakuan'?



Mukadimah

Pada tahun 2019, hanya 2 entry sahaja dapat aku siapkan. Entry pertama sempena Anniversary perkahwinanku, manakala yang kedua mengenai sebuah perjalanan dalam kehidupan yang berliku-liku.


Soalan: Kenapa jarang menulis selepas berkahwin?

Hmm.... Jika dilihat dari tahun 2015 sehingga sekarang, semakin sedikit penulisanku. Memang banyak perkara mahu ditulis, namun adakah ia mendatangkan kebaikan ?  Atau, sekadar menambah kecelaruan dan keburukan?

Kadang-kala aku terfikir. Kita menulis untuk kita membaca atau orang membaca? Mungkin keduanya, tetapi mana satu yang lebih utama? Maka, ini antara sebab aku lebih suka menulis disini. Kerana mudah untuk dibaca di kemudian hari. 

Mungkin juga, disebabkan selepas berumahtangga, aku lebih berhati-hati. Takut-takut, apa yang ditulis itu disalah anggap oleh mereka yang kurang memahami. Apa-apapun, 'tidak semua diam itu berisi, dan tidak semua kata-kata itu bijaksana...'


Tema Universiti Kehidupan?

Tema universiti kehidupan tahun lalu (2019) adalah BERUSAHA. "Kita berusaha kerana kita tidak mengetahui". 


Ya, kita memang berusaha. Tetapi, adakah benar kita berjaya disebabkan berusaha sendiri? Ataupun, kita berjaya ini adalah disebabkan usaha dan doa semua?

Maka, quote kali ini dimulakan dengan perkataan "KITA". Untuk menyedarkan bahawa kita tidak berusaha berseorangan. Kerana sentiada ada orang yang menyokong dan membantu seperti seorang 'bapa' (kenapa diibarat sebagai bapa? Kerana emosi dan usahanya jarang dipamerkan). 

Mungkin kita tidak sedar, mungkin juga kerana kita tidak nampak. Dek kerana merasakan kita seorang sahaja yang berusaha.



Quote ke-6 : BERUSAHA

Untuk quote kali ini, aku fikir kata-kata ini banyak diperlihatkan oleh orang sekelilingku. Terutama isteriku dan keluarga. Kerana, kisah kehidupan ini bukanlah mengenai aku, tetapi kita. Bukanlah aku seorang sahaja yang bekerja kerana orang lain juga melakukannya. 


Pada tahun ini, isteri sanggup berkorban berhenti bekerja dan mencari kerja baru di Bandaraya. Sesuatu pengorbanan buat keluarga,selepas 7 bulan mengharungi kehidupan PJJ bersama. Mungkin benar, hanya mereka yang melalui akan merasa. Yang melihat pula, akan mengetahui.

Begitu juga kisah perjalanan adikku dalam peperiksaan ACCA yang berduri. Melihatnya berusaha sehingga menitis air mata. Kadang-kala, kita gagal bukanlah kerana kita tidak berusaha. Sebaliknya, mungkin kerana kita lupa. Lupa bahawa usaha kita seorang sebenarnya tidak cukup untuk berjaya. Kerana kita perlukan bantuan ibubapa, orang yang berjiwa, dan juga pertolongan daripada Allah Taala.



Perbezaan Vs Persamaan selepas berumahtangga

Hidup berumah tangga, sudah tentu akan wujud perbezaan terutama pasangan suami isteri. Namun, sekiranya perbezaan ini saling diketahui, ianya memudahkan. Cuma, kadang-kala terlupa.

Part persamaan, banyak perkara dapat dilakukan. Contohnya, memasak. Alhamdulillah, kini dapat tolong isteri di dapur dan mengemas rumah. btw, aku fikir 'çredit' perlu diberikan kepada ibuku. Kerana, sejak kecil dipaksa bantu emak didapur dan mengemas rumah. Ya, terpaksa. Kerana aku lebih rela buat kerja daripada dileterinya.

Bila difikirkan semula, ada baiknya. Daripada keterpaksaan itu menjadi kebiasaan. Cuma, sampai hari ini aku masih tidak berminat belajar memasak A until Z. Sebab aku rasa, aku ni lelaki. Belajar memasak yang basic dan tolong apa yang patut, ok lah. 1st mungkin sebab aku tak minat memasak. Kedua sebab aku rasa dengan skill memasak basic ini, aku boleh survive untuk terus hidup. Apa-apa pun, yang bestnya ialah bini aku puji jika aku buat air sebab sedap (berkat pengalaman berniaga & buat air dari kecik). Hehe... 


Manakala perbezaan, aku jarang dah baca buku. Aku tak pasti sebab apa. Dulu zaman belajar sehingga waktu single, antara tabiat aku baca buku ialah boleh baca di mana-mana, hatta di kedai makan sekalipun (asalkan tak bising sangat & tiada gangguan). Tapi semenjak berkahwin ini, aku rasa dah jarang sehingga bini aku pun perasan. Aku fikir sebab style aku belajar dan bukannya salah sesiapa. Ya, I need create my own "space" dalam suasana baru.



Penutup

Ada kalanya, kita terlalu fokus bekerja sehingga hanya melihat kita seorang sahaja. Sehingga dirasakan orang lain tidak berusaha pun. Maka, ada baiknya kita berehat seketika sambil memerhatikan orang sekeliling yang sedang bekerja. 

Dan, usahlah merendahkan kecilnya usaha orang. Kerana, belum tentu usaha yang kita lakukan, besar pada mereka. Apa yang penting, semua orang berusaha. Semua orang mahu lakukan yang terbaik. Maka, teruskanlah berusaha kerana kita tidak tahu apakah hasilnya. 


Note: Maaf, kekurangan idea dan kesinambungan. Kerana sukar untuk merasai kembali apa yang telah berlalu pergi. 


Yang Benar,
Fedli Isa (Slumb)
"Usaha : Kerana itu entry ini gigih disiapkan walaupun sudah 5 bulan berlalu".