Sambungan entry yang lalu (Ciri seorang pekerja), diakhiri dengan perbualan antara CEO & CFO.
Ada majikan bersetuju dengan pandangan CFO. Manakala yang lain seperti pandangan CEO tersebut. Sebenarnya, kedua-dua pandangan tersebut adalah BETUL mengikut situasi dan pengalaman mereka. Untuk syarikat seperti Big4 (accounting), International company, Bank & GLC, pandangan CEO itu lebih sesuai. Kerana, syarikat seperti ini selalunya menawarkan gaji yang lebih tinggi berbanding syarikat lain.
Tapi, untuk syarikat yang menawarkan gaji lebih rendah daripada market, pandangan CFO itu lebih sesuai. Namun, untuk pendapat peribadi, aku lebih suka gabungkan pandangan CFO & CEO tersebut. Kenapa & Bagaimana ?
Masih ingat kata-kata seorang TOP Agent Unit Trust. Katanya, cara beliau kekal jadi TOP ialah beliau fokus kepada client yang berumur 35 tahun keatas. Kerana, golongan ini kebanyakkannya stabil (berduit).
Daripada perkataan stabil tersebut, boleh kita fahami ianya boleh dikaitkan dengan job stability. Pekerja yang berumur 35 tahun keatas jarang melompat-lompat (bertukar-tukar) kerja. Jadi, sebagai majikan, fokus training kepada pekerja yang berumur 35 Tahun keatas. Lagipun, selalunya golongan ini dah level senior dalam syarikat. Mana boleh hasil kerja sama seperti junior. Takkanlah senior pun masih buat salah kan?
Namun, jika majikan takut. Tukar setting jadi umur 40 tahun keatas. Orang kata; "Life begin at 40". Wajib hantar pekerja pergi training untuk improve hasil kerja mereka. Untuk menjawab soalan CEO: What happen if we don't and they stay?
Dan, sekaligus menjawab kerisauan CFO apabila setting umur staff 35/ 40 tahun keatas untuk training. Sebab, low probability staff cari kerja lain.
Junior vs Senior : Naik sama-sama
Masih ingat lagi, kata-kata rakan sekerja semasa bekerja di sebuah Bank. Iaitu ; "Naik sama-sama". Dengan membawa maksud, kita satu team.
Apabila masa berlalu, aku memikir. Dari sudut lain, kata-kata tersebut juga boleh membawa perumpamaan lain. Iaitu, bab gaji atau naik pangkat. Jika seseorang nak naik pangkat atau gaji, ada banyak faktor penyebabnya. Cuma, faktor kebiasaan yang sering digunakan, salah satunya ialah Junior- Senior.
Takkanlah gaji junior staff lebih tinggi daripada senior. Begitu juga senior. Jika gaji junior beliau terlalu rendah dan jauh gap dengan senior, agak sukar senior untuk naik gaji lagi. Maka, cara paling mudah ialah senior staff perlu train junior agar beliau menjadi staff yang lebih baik (take more responsibility). Supaya, gajinya naik menjadi lebih tinggi. Sekaligus, senior pun akan dinaikkan.
Cadangan naikkan umur pencen sejak tahun 2019/2023 lagi. Berita
Namun, perkara ini bukan sekadar bermain satu dua level sahaja. Jika level paling atas pun stagnant (tak bergerak), agak sukar level-level bawah nak naik. Terutama apabila ada cadangan nak naikkan umur pencen dari 60 ke 65 tahun. Lambat lagilah orang atasan nak bersara. Orang bawah pun jadi stuck di tempat yang sama.
Memang benar untuk bergerak laju, lebih mudah untuk bergerak sendiri. Namun, untuk pergi jauh, perlu berkumpulan. Contohnya, jika anda ingin stay lama dalam sesebuah company. Perlu ada team. Tak bolehlah, gaji kita sahaja naik, tapi member lain masih sama. Kemahiran & tanggungjawab kita sahaja berkembang, orang lain masih ditakuk lama. Ingat, ianya tidak bagus untuk perjalanan jauh.
Samaada, kita sendiri jadi letih, bosan dan rasa terbeban semua kena fikir dan pikul sendiri. Atau, ada orang lain yang iri hati dan mencantas kita. Ingatlah, dunia ini bukan untuk kita hidup seorang sahaja.
Samaada, kita sendiri jadi letih, bosan dan rasa terbeban semua kena fikir dan pikul sendiri. Atau, ada orang lain yang iri hati dan mencantas kita. Ingatlah, dunia ini bukan untuk kita hidup seorang sahaja.
Dua jalan : Follow the flow atau ?
Sebagai pekerja, sesuatu kerja itu umumnya akan lalu melalui dua jalan. Jalan pertama, sesuatu kerja itu akan melalui kita (ikut flow, bawah ke atas). Kemudian, kita siapkan. Tiada masalah walaupun sukar.
Yang kedua pula, melalui bos mahupun orang atasan kita. Jalan kedua ini, agak stress dan kurang best sebenarnya. Kerana ianya datang daripada atas walaupun task tidaklah terlalu sukar. Tetapi ianya bersifat urgent. Umpama ada orang yang jenis tak ikut flow, sudah tentu kita rasa kurang best. Tapi, itulah rumlah kehidupan dalam pekerjaan.
Yang kedua pula, melalui bos mahupun orang atasan kita. Jalan kedua ini, agak stress dan kurang best sebenarnya. Kerana ianya datang daripada atas walaupun task tidaklah terlalu sukar. Tetapi ianya bersifat urgent. Umpama ada orang yang jenis tak ikut flow, sudah tentu kita rasa kurang best. Tapi, itulah rumlah kehidupan dalam pekerjaan.
Begitu juga soal idea dan penambaikkan kerja. Lebih best apabila ianya datang dari kita sendiri apabila melibatkan kerja kita. Sebab, kita lebih memahami kerja yang kita lakukan dan mudah membuat try and error, dalam mengaplikasikan idea baru tersebut. Berbanding idea dan penambahbaikan datang daripada orang lain ataupun pihak atasan. Kepuasan apabila berjaya itu kurang. Sebab bukan daripada kita (rasa bukan sebahagian daripada team yang memberi idea).
Namun, bagi mereka yang jenis follow the flow, cara mudah ikut jelah cara biasa yang pernah dilakukan. Bak kata orang tua-tua, ikut adat kebiasaan. Jangan melawan, jangan menyimpang. Guna sahaja cara lama walaupun ada orang kata ketinggalan.
Generasi Pelapis : Train Newcomer
Perkara lain yang perlu dilihat ialah komposisi peratusan jumlah pekerja. Sebagai contoh, jika LESS than 10% pekerja berumur 35 tahun kebawah (dimana majority pekerja berumur 45 keatas), ianya sesuatu perkara yang merisaukan pada 10 tahun akan datang.
Sekadar pengalaman bekerja di sebuah Bank. Boleh dikatakan, majority pekerja adalah berumur 40 tahun kebawah. Jadi, tiada masalah untuk organisasi beradaptasi dengan teknologi dan perubahan.
Baru-baru ini, sengaja aku berikan soalan next level untuk anakku yang berumur 5 Tahun (gambar diatas) dengan mengabungkan operasi matematik darab bahagi (selepas level tambah tolak). Terus anakku menulis 3 tanda soal (???) di kertas soalan sambil berkata "Susahnya". Ya, soalan ini ditinggalkan seharian tanpa jawapan.
Namun, keesokkan harinya aku sedikit terkejut. Dia jawab soalan tersebut dan kebanyakkan jawapannya adalah betul. Kemudian, dia minta lagi dibuat soalan sebegini. Jelas terpancar muka teruja dan kepuasan dalam menyelesaikan permasalahan.
Sebagai seorang ayah, cikgu ataupun trainer. Antara perkara memberi kepuasan ialah apabila dapat memperkembangkan potensi anak didik supaya mereka menjadi lebih baik lagi. Aku percaya, untuk Malaysia menjadi Negara maju, kita memerlukan ramai pekerja mahir. Begitu juga untuk institusi syarikat dan keluarga. We need to train them to be more better.
Namun, perlu juga kita ingat. Setiap individu itu ada kelebihan dan kelemahan tertentu. Maka, tugas kita adalah untuk memperkembangkan kelebihan mereka ke next level disamping mengajar memperbaiki kelemahan agar lebih berjaya.
Namun, perlu juga kita ingat. Setiap individu itu ada kelebihan dan kelemahan tertentu. Maka, tugas kita adalah untuk memperkembangkan kelebihan mereka ke next level disamping mengajar memperbaiki kelemahan agar lebih berjaya.
Tiada yang Sempurna : Majikan & Pekerja
Dalam hidup di dunia ini, tiada perkara yang sempurna 100%. Sentiasa ada pro & cons bagi setiap pilihan dan keputusan kita. Ada majikan menawarkan gaji yang tinggi, tapi produkviti dan pulangan mestilah di tahap tertinggi. Bak kata seorang staff Bank; "Sekiranya Bank bagi RM 1 (gaji pekerja), Bank nak RM100 sebagai pulangan".
Ya, kata-kata diatas agak terlalu over, tapi mesejnya mudah. Bank tak nak rugi. Dan, nak untung berkali ganda walaupun ekonomi tengah buruk gila.
Begitu juga majikan yang kedekut. Hatta ada istilah yang sering digunakan orang, iaitu ; "If you pay peanuts, you get monkeys". Mesejnya juga jelas. Kadang-kala, gaji juga memainkan peranan dalam menarik pekerja yang berkualiti. Kerana, mereka juga ada keluarga dan anak bini. Sebab itu, ada majikan mengamalkan konsep 'give and take'. Dimana, ada budaya dan cara kerja di syarikat seperti Bank, kurang sesuai untuk diaplikasi kepada syarikat biasa. Jika di bank lebih strict, di syarikat yang menawarkan gaji lebih rendah, suasana kurang strict.
Bahasa lain, seperti timbang balas. Jika semua benda kita ambil, tapi at same time tuntut macam-macam, sudah tentu ramai yang tak tahan & berhenti. Begitu juga berbicara soal rakyat dan negara. Apa sumbangan kita kepada negara? Cakap & tuntut macam-macam, tapi apa yang kita berikan sebagai timbang balasnya?
Bahasa lain, seperti timbang balas. Jika semua benda kita ambil, tapi at same time tuntut macam-macam, sudah tentu ramai yang tak tahan & berhenti. Begitu juga berbicara soal rakyat dan negara. Apa sumbangan kita kepada negara? Cakap & tuntut macam-macam, tapi apa yang kita berikan sebagai timbang balasnya?
Menyedari ketidaksempurnaan kehidupan, mampu membuat kita menerima keadaan seadanya. Hatta, diri kita juga tidak sempurna, bagaimana pula kita hendak orang lain menjadi sempurna. Sudah tentu ada cacat celanya. Begitu juga majikan dan pekerja.
Yang mana dulu : Telur atau Ayam?
Sebahagian orang akan memberi jawapan, Telur adalah jawapannya. Manakala, sebahagian lain akan memberi jawapan Ayam yang keluar dulu. Sebenarnya, soalan ini adalah bersifat "pandangan". Mereka yang mengatakan jawapan Ayam, mereka sebenarnya adalah "Ayam" (berfikiran dan berpandangan Ayam adalah betul). Begitu juga team Telur.
Pandanganku, both side ada betul dan sudut pandang tersendiri. Masing-masing ada tujuan dan pandangan. Sebagai contoh, dalam dunia pekerjaan. Wujudnya perbezaan pandangan dari sisi majikan dan pekerja. Majikan inginkan memaksimumkan keuntungan. Manakala, dari sudut pekerja mahu gaji lebih tinggi (ditambah tersepit dengan kos sara hidup). Maka, jawapan tengah untuk kedua situasi ini ialah PRODUKTIVITI.
Ada dua cara mudah untuk meningkatkan produktiviti. Pertama, meningkatkan output (hasil keluaran/jualan). Kedua, mengurangkan jumlah bilangan pekerja (kos). By the way, kedua-dua cara ini boleh dijalankan serentak mahupun berasingan. Ikut situasi dan tujuan.
Untuk syarikat besar seperti Petronas, mereka memilih cara ke-2 menerusi Voluntary Separation Scheme (VSS). Manakala, cara pertama dilihat agak sukar kerana harga minyak sekitar 60-70 USD/setong disamping Petroleum merupakan sumber tenaga yang terhad dan tidak boleh diperbaharui.
Untuk syarikat besar seperti Petronas, mereka memilih cara ke-2 menerusi Voluntary Separation Scheme (VSS). Manakala, cara pertama dilihat agak sukar kerana harga minyak sekitar 60-70 USD/setong disamping Petroleum merupakan sumber tenaga yang terhad dan tidak boleh diperbaharui.
Antara cara lain meningkatkan produktiviti ialah menerusi sistem JOB ROTATION. Menerusi job rotation, kita dapat lihat seseorang itu boleh jadi lebih bagus atau teruk apabila melakukan sesuatu kerja baru/lain.
Tidaklah bermaksud seseorang itu tidak pandai bekerja. Tapi, kita perlu menerima hakikat, setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Mungkin selama ini, kita meletakkan seseorang pekerja itu di tempat yang salah (kelemahannya) menyebabkan mutu kerjanya agak rendah (disamping faktor lain seperti kurang training & perangai peribadi).
Tidaklah bermaksud seseorang itu tidak pandai bekerja. Tapi, kita perlu menerima hakikat, setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Mungkin selama ini, kita meletakkan seseorang pekerja itu di tempat yang salah (kelemahannya) menyebabkan mutu kerjanya agak rendah (disamping faktor lain seperti kurang training & perangai peribadi).
Kelebihan lain job rotation, mengurangkan perasaan seseorang pekerja bahawa beliau orang penting dalam sesebuah company. "Takde aku, tak jalan kerja ni". Kerana menerusi job rotation, pekerja lain yang berpontensi dapat peluang dan belajar kerja yang dilakukan (sehingga mampu takeover). Cuma, masalahnya tidak semua orang diberi peluang DAN tak semua mahu mengambilnya (buat apa stress2 dengan job rotation). Sebagai penutup point ini, ketahuilah: “Everyone is gifted - but some people never open their package!” (ada 2 makna berbeza. Mengikut sudut pandang anda)
PENUTUP:
Masih ingat kata-kata rakan yang bertanding dalam politik kampus (calon MPP - Majlis Perwakilan Pelajar) di sebuat IPTA pantai timur. Namanya agak kurang disukai oleh pihak tertentu (team Pro-A) kerana beliau lebih kearah Pro-M. Namun, ada satu kata-kata beliau yang aku masih ingat sampai hari ini iaitu: "Landskap Politik pantai timur, 10 tahun lambat daripada politik di negeri maju seperti KL/Selangor".
Sebenarnya, agak susah untuk aku fahami dengan mendalam. Sebab, kata-kata tersebut terhasil daripada pengalaman beliau bergelumang dalam politik. Namun, semakin bertambah umur dan pengalaman hidup, aku mula memahami kata-kata tersebut dari sudut yang berbeza (kehidupan, idea/pandangan & kerjaya).
Ketahuilah, sekiranya anda mempunyai idea/pandangan baru. Besar kemungkinan pandangan anda tidak akan diaplikasikan (pada masa itu). Namun, jangan kuatir. Mungkin ianya akan diterima pada 10 tahun akan datang dengan mengekalkan konsep asal dan ditambah penambahbaikan.
Begitu juga zaman AI yang mengugat sektor pekerjaan dan cara bekerja. Antara syarikat yang banyak membuat VSS dan Layoffs sekarang ini ialah company yang berorentasikan teknologi, multi nasional/international company dan bank. Manakala, syarikat lain termasuklah sektor awam (kerja kerajaan) kesannya mungkin bersifat lagged (lambat). Ya, mungkin kesannya akan berlaku pada 10 tahun akan datang.
Oh ya, aku pernah tanya soalan kepada Junior. Mengenai kesan AI takeover kerja, yang boleh akibatkan kita kehilangan kerja. So, apa strategi yang kita boleh lakukan supaya kekal relevan?
Ada few jawapan diberi. Namun, untuk memendekkan penulisan. Aku bagi jawapan aku sahaja. Strategi pertama ialah kita kena pandai buat banyak kerja. Contohnya, kita tahu & mahir buat 10 jenis kerja. Tapi, AI baru tahu cara untuk buat satu kerja kita sahaja. So, kita masih lagi relevan sebab kita ada 9 kerja.
Strategi kedua, kita kena belajar kerja baru. Ketahuilah 9 kerja tadi, lama-lama AI akan takover kesemuanya. Maka, kita perlu belajar dan buat kerja baru untuk mengantikan kerja lama yang sudah di takeover. By the way, istilah "AI" disini juga boleh diganti dengan manusia (staff baru, lama dan etc). Jadi, untuk terus kekal relevan seeloknya kita perlu belajar dan train diri untuk menjadi lebih baik lagi. Oleh itu, renungkanlah soalan temuduga ini; Where Do You See Yourself In 5 Years?
Akhir kata daripada seorang guru: "Antara tanda murid itu bagus (ada potensi) ialah apabila diberi 2-3 contoh yang berlainan, sudah beliau memahami apa yang ingin disampaikan".
Yang Benar,
Fedli Isa (Slumb)
Fedli Isa (Slumb)
"Menulis bukan untuk nama, menulis untuk menyampaikan pemikiran yang mungkin tak sama" (kata-kata Saiful Nang di kulit hadapan "Buku Kisah Orang Menang 2")
.jpeg)




