Saturday, August 27, 2016

"Gaji, Inflasi & Pelaburan" (siri 3)

Sekiranya anda masih belum membaca siri sebelumnya, bolehlah membaca di link dibawah :

1. Siri 1 : Gaji, Inflasi & Pelaburan
2. Siri 2 : Gaji, Inflasi & Pelaburan


Sesungguhnya, sesuatu yang pedih apabila apa yang berlaku tidak seperti apa yang kita tidak rancangkan. Benarlah kata pujangga ; "Kita hanya merancang. Allah sebaik-baik perancang".


Setelah "terpaksa" membatalkan perancangan merantau seketika, aku kembali menyambung entry ini.

Firman Allah swt dalam Al-Quran ;

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepada kalian, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah:155)


Emas Atau Kambing?


Ya, aku bersependapat dengan pandangan bahawa "Emas itu kalis inflasi". Malah, jika anda menelusuri sejarah, banyak bukti-bukti mengatakan begitu. Ya, tidak disangkal lagi bahawa emas adalah sebaik-baik matawang.


Namun, adakah emas kalis pelaburan?

Sudah tentu tidak. Kerna, manusia mewujudkan "pelaburan" bagi mendapat pulangan melebihi kadar inflasi. Kiasannya,... manusia bukan sahaja tidak ingin wang mereka ditelan arus inflasi, malah bercita-cita wang tersebut 'terbang lebih tinggi' .


Maka, ada segolongan yang lain berpendapat. Lebih baik membela kambing.
Buktinya, kambing itu membiak-biak. Sebaliknya, emas tidak 'membiak'.

Ya, memang benar. Konsep "membiak" itu adalah "pelaburan". Proses "memberanakkan wang". Namun, harus di ingat. Setiap pelaburan itu ada risikonya. Dan, menjaga/membela kambing bukanlah seperti anda membela lembu, apatah lagi kucing. Ianya umpama "anda menjaga manusia". Malah, sekiranya anda memegang talinya, belum tentu anda dapat mengawal kakinya. Jika tidak percaya, cubalah sendiri. *Mungkin, ini antara hikmah, kebanyakkan para Nabi adalah pengembala kambing.






Economy Crisis Atau Financial Crisis?

Padaku, ada beza antara "Economy Vs Financial" crisis. Disini, perlu kita fahami. Ada beza, aktiviti real economy dengan non-real economy. *Sekiranya tidak mengerti, sila Google.


Sebagai Muslim, apabila berbicara mengenai Krisis Ekonomi, sering kita mengaitkan dengan kisah Nabi Yusuf A.S dalam mentadbir sumber ekonomi.

Kadang-kala, aku tertanya. Adakah kisah Nabi Yusuf AS tersebut mengenai krisis kewangan?
Krisis dimana kekurangan/lambakkan wang dipasaran, akibat aktiviti "pinjaman & pelaburan" yang dilakukan?


Tidak!. Sebaliknya mengenai sumber ekonomi seperti tanaman, ternakan dan berkaitan. Ya, mengenai aktiviti "real economy". Namun, aku tidak menolak, ibrah daripada kisah ini, boleh diaplikasikan dalam perancangan kewangan. Kerna, kewangan itu adalah salah satu tajuk kecil dibawah tajuk utama iaitu Ekonomi. Dan, aku berpandangan bahawa kebanyakkan krisis yang berlaku hari ini adalah "Financial Crisis" (bukannya Economy Crisis) yang didorong oleh aktiviti "pinjaman & pelaburan" yang dilakukan. Ya, Asian financial crisis (1997-98) & Subprime mortgage crisis (2007-09) antara contohnya.


Pointnya disini, kita harus kembali kepada persoalan asas & masalah sebenar. Apa masalah ekonomi dari sudut pandang Islam? 

Ya, masalah ekonomi dari sudut Islam ialah "Distribution" (Pengagihan). *Boleh kaitkan dengan  kisah Nabi Yusuf AS dalam mentadbir/mengurus sumber ekonomi.


Manakala, masalah kewangan dalam dunia hari ini pula ialah "Hutang & Pelaburan". (*Rasanya, tidak perlu dibahaskan mengenai sistem kewangan, money creation, sistem compounded & etc disini. Kerna, bukan semua mengerti). Bagi entry mengenai "Hutang & Pelaburan" yang lalu boleh klik disini.


Padaku, tidak salah jika anda ingin membuat "Hutang" mahupun "Pelaburan". Cumanya, ianya perlu dikawal/ ditadbir bagi mengelakkan ia menjerumus kepada masalah (*sepertimana, kisah Nabi Yusuf AS). Dan, mengikut Islam, hutang ini terbahagi kepada 3 tahap (dari segi konvensional, hanya berbicara mengenai 2 iaitu Kehendak & Keperluan). Begitu juga soal "pelaburan" padaku.


Apabila berbicara soal "Pelaburan", topik yang sering panas ialah pelaburan hartanah. Ya, sekelompok masyarakat yang suka membeli aset tersebut untuk dijadikan pelaburan (bukan tertumpu kepada golongan bumiputera sahaja). 

Adalah tidak wajar agar pelaburan hartanah itu dihapuskan. Tapi, ada cara yang lebih baik lagi iaitu ianya "perlu dikawal". Seperti, perlu adanya undang-undang yang menghadkan pemilikan hartanah bagi individu (max, 2 buah rumah bagi seorang penama, sebagai contoh). Manakala, jika mahu membeli lebih banyak lagi bagi tujuan pelaburan, disarankan bukalah syarikat. Apa susah?


Ada sebab aku mengatakan begitu. Antara sebabnya :

1. Rumah pertama normally dianggap "liabiliti" sebab kebiasaannya ianya didiami oleh keluarga sendiri. Rumah ke-2 pula, barulah kebiasaannya dianggap asset/ memberi aliran tunai kerna digunakan utk pelaburan/jual beli/sewaan. *Point ini, menunjukkan aku bukanlah kejam sangat dalam memberi cadangan (Sebab tidak wajar "pelaburan" itu dihapuskan, cuma ianya perlu dikawal). If nak membeli rumah lebih, kawinlah ramai atau bukalah syarikat as perniagaan.


2. Kebiasaannya, mereka yg suka menjual rumah (dlm tempoh singkat) ialah golongan individu. Pointnya lain, motif penubuhan sesebuah syarikat bersifat long-term. So, lebih fokus kepada penyewaan. Sekaligus, mengurangkan aktiviti pertukaran nama pemilikan hartanah. 

Sudah tentu anda pernah dengar "golongan' pelabur hartanah "perli";

Jika beli 200k, takkan nak jual balik 200k jugak kan? Mestilah nak untung gak. Seperti jual balik 300k keatas ka...


So, dengan pengurangan aktiviti pertukaran nama pemilikan hartanah/rumah ini, sekaligus mengurangkan fenomena 'kenaikan harga hartanah'. Kerana, setiap individu hanya boleh beli max 2 rumah. Jika satu didiami, maka satu tu jelah nak dibuat pusing memusing (jual beli). Take time kan.. Biler agaknya nak kaya dengan 'dunia'?

Selain itu, ada konsep perakaunan seperti entiti berasingan, konsep berterusan & pelbagai lagi. Disamping, ianya lebih menguntungkan kerajaan & kebanyakkan rakyat yang berpendapatan rendah & cetek ilmu kewangan (terutama pelaburan). Sekiranya berminat, boleh membaca entry "4 point Utama Penentu Harga" disini.


Note : Jawapan kepada masalah kewangan masakini diatas adalah daripada pemahaman, pemerhatian & pengalaman penulis. Dan, masih belum menjumpai mana2 kajian/buku mengatakan seperti ini. Yang biasa dijumpai, buku2 yang membicarakan sistem perbankan konvensional. 



Generasi Z?

 


Mungkin ia sesuatu kebetulan. Dimana berubahnya zaman, berubah juga kepanjangan nama anak yang diberikan. Suratan atau kebetulan?


Kita imbas kembali entry siri yang lalu :

Generasi X (*Anggaran sekitar tahun 1950-an kebawah) : Mereka mempunyai falsafah "Work Hard is Enough". Atau dengan bahasa mudahnya, sesiapa yang berusaha lebih, dia dapat lebih. Dan, vice versa.

Generasi Y (Sekitar tahun 1980-an) : Falsafah mereka ini, mula bertambah kepada "Work Hard & Think Smart". Dimana, graduan keluaran universiti amat disanjung tinggi ilmu mereka oleh masyarakat. Dikatakan juga, bermulanya era teknologi.

Generasi Z (Sekitar tahun 2016) : Falsafah mereka semakin bertambah kepada "Work Hard, Think Smart & Compoundedkan!". Era dimana, doktor pakar di Hospital, jurutera & sebagainya umpama 'terpaksa' mempelajari ilmu pelaburan/kewangan. Zaman ini juga, sekiranya anda belajar tinggi-tinggi, anda tidak akan dipandang tinggi seperti era generasi Y. Kerna, manusia kini bukan menilai dari sudut kepandaian, tapi juga dari sudut WANG!. Kadang-kala pula diperlekehkan ; 'Baru graduate, dah banyak hutang'. Oh ya, Generasi ini juga terkenal sebagai generasi yang suka bermain dengan "future". PV = FV!


Sekiranya ditelusuri, kita dapat lihat penambahan bilangan suku kata nama anak yang diberikan (mengikut zaman), seperti lebih kurang sama dengan perkembangan pertukaran generasi dan falsafah yang mereka gunakan.


Kadang-kala, aku tertanya. Siapakah yang mula-mula memberi gelaran kepada Generasi X & Y ini?

Ya, ia umpama abjad ABC until Z. Dimana, Z mewakili generasi terakhir bagi kitaran ini. Adakah dunia sudah dipenghujungnya?

Apa yang pasti, tanda-tanda kiamat kecil telah lengkap terjadi. Cuma tinggal, tanda-tanda kiamat besar untuk berlaku. Padaku, ianya sudah cukup sebagai hujah mengatakan kita di generasi akhir zaman. Kerana, tanda-tanda ini Allah & Nabi yang khabarkan.


Note : Gelaran bagi generasi Z diatas adalah direka/dimasukkan oleh penulis sendiri.


Penutup :

Pertama, harus aku ulangi. Aku tidaklah membenci mereka yang bergiat dalam industri kewangan hari ini. Malah, aku tersenyum apabila semakin ramai pihak yang berusaha bagi menyedarkan masyarakat bahawa pentingnya pengurusan hutang & kewangan, bahaya skim cepat kaya, kepentingan melabur dan sebagainya. Setidak-tidaknya, beban tanggungjawab yang ditanggung oleh graduan kewangan Islam sepertiku ini, lebih ringan. *Semasa di Universiti, antara matlamatku ialah "ingin menyedarkan bahaya skim cepat kaya, sekaligus kepentingan melabur".


Namun, takkala masa berlalu. Entah bagaimana, matlamat ini mula sedikit berubah. Terutama ketika mendapat sepucuk surat dari Hospital. Dan, ada sebab aku mengatakan ;

Berhati-hati dengan 2 perkara dalam dunia kewangan hari ini, iaitu "Hutang & Pelaburan". Kerna... Hutang itu ikatan, Pelaburan itu angan-angan!.


Warren Buffet ada mengatakan ; 

'Be Fearful When Others Are Greedy and Greedy When Others Are Fearful'

Sekiranya diperhatikan, ada 2 perkara yang diulang-ulang. Ya, Fear & Greed!
Ketakutan & Ketamakkan ini sebenarnya amat berhubung rapat dengan sabda Nabi mengenai umat akhir zaman yang lemah umpama buih-buih di lautan. Iaitu, Al-Wahn (Cintakan dunia yang berkait rapat dengan perasaan "ketamakan". Manakala, takut mati berkaitan perasaan 'takut'). 

Ya, aku percaya. Seorang muslim mampu menjadi pelabur yang lebih hebat di dunia serta di akhirat daripada Warren Buffet sekiranya bebas daripada penyakit al-wahn ini. 


Kesannya, beberapa perancangku turut berubah menjadi seperti ;

Sekiranya ada rezeki, ingin mengerjakan ibadah korban & membuat kenduri (*dalam keluarga, aku suka cara paklang aku dimana sering membuat kenduri. Padahal, beliau hanya bekerja kampungan). Disamping, ingin mengembara ke negara lain. Pointnya, bagi melatih diri meletakkan "dunia di tangan, bukannya dihati". Ya, aku jua memiliki al-wahn.



Fedli Isa
"Usahlah setakat Membaca. Jadilah seorang Pengembara. Juga seorang Peneroka".