Friday, January 8, 2021

Ciri Seorang Pekerja

".... Sesungguhnya sebaik-baik pekerja ialah orang yang kuat lagi amanah ." 

Melihat keadaan masakini dalam dunia pekerjaan, perniagaan dan sosial, amatlah meruncingkan. Lihatlah seperti isu daging import yang dikatakan sudah 40 tahun berlaku. Maka, penulisan kali ini ingin aku berkongsi sudut pandang mengenai ciri seorang pekerja yang baik. 



Memang tidak dinafikan, isu pecah amanah, menipu, rasuah dan sebagainya ada kemungkinan boleh berlaku. Ya, walaupun kita berurusan dengan orang beragama dan bertitle haji, masih ada kemungkinan kecil ianya boleh terjadi. Tidaklah kita memandang serong, cuma berwaspada. Pointnya, usah terlalu percaya sepenuhnya.



3 Ciri Seorang Pekerja yang Baik

Berbicara mengenai ciri seorang pekerja, tertarik dengan kisah Nabi Musa AS yang dipaparkan didalam al-Quran:

Takkala salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah, ambillah Dia menjadi orang upahan (mengembala kambing kita), Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah“. (Al Qashash : 26)


1. Ciri pertama : Kuat (Pakar)

Ciri pertama ini dipaparkan apabila Nabi Musa AS membantu mengangkat penutup sumur air seorang diri. Padahal, ianya sangat berat dan hanya mampu diangkat oleh 10 orang laki-laki dewasa. 

Daripada kisah ini, kuat boleh dikatakan seseorang yang mahir (expert) dalam sesuatu pekerjaan. Dimana, kerja yang kebiasaan dilakukan oleh 10 orang, tetapi mampu disiapkan oleh seorang sahaja. Dan, untuk menjadi pakar dalam sesuatu bidang itu bukanlah mudah. Ada kalanya, ianya memerlukan pengalaman yang luas disamping ilmu, akal fikiran dan badan yang cergas. 

Oh ya, bukanlah bermaksud pekerja yang tidak kuat (tidak mahir) itu tidak baik ataupun tidak tahu bekerja. Tetapi, ianya berkaitan dengan produktiviti dan bayaran gaji. Andai seorang pekerja mahir mampu buat kerja yang kebiasaannya dilakukan oleh 10 orang dengan bayaran gaji seperti 4 orang, maka mengambil pekerja mahir seorang itu lebih menjimatkan. 

2. Ciri kedua : Jujur / Amanah

Memiliki pekerja yang mahir (pakar) dalam selok pekerjaan amatlah bagus. Namun, masih ada risiko disebabkan oleh kepakaran mereka. Bayangkan, andai dengan kepakaran seseorang itu, beliau mampu menjumpai "lubang-lubang tikus" yang tidak pernah dijumpai sebelum ini, maka tidak mustahil beliau mempunyai kepakaran untuk mencipta dan menutup 'lubang tikus' juga. Tertarik kata-kata semasa belajar ICT dahulu. Iaitu ; "Ada kemungkinan, orang yang cipta antivirus itulah yang mencipta virus". 

Ya, untuk menjadi mahir (pakar) dalam sesuatu bidang, kita mestilah belajar dan melalui daripada 2 pintu (sekurang-kurangnya). Iaitu, daripada pintu hadapan (tuan rumah) dan pintu belakang (pencuri). Sering berjalan melalui pintu-pintu inilah, lama-lama kita akan sedari. Rupa-rupanya wujud lubang tikus di pintu hadapan dan di pintu belakang. 

Note: Jarang tuan rumah guna pintu belakang untuk masuk rumah. Begitu jugalah pekerja dan pelajar. Contoh lain, kita membaca huruf A sehingga Z mengikut susunan kebiasaan. Pernah tak, kita cuba membaca secara terbalik dari huruf Z ke A. Time tu, kita akan ternampak "hubung-kait (link)" apa yang kita tahu. Berbeza baca A hingga Z, sebab ianya lebih kepada "hafalan" apa yang kita lakukan.

By the way, orang baik (jujur/amanah etc) ini ada 2 jenis. Pertama ialah orang baik yang BELUM diuji. Kedua pula, orang baik yang SUDAH diuji.


3. Ciri ketiga : Tahu menggunakan komputer

Ciri ketiga ini, tidak perlulah diulas panjang lebar. Kerana dengan adanya teknologi, banyak perkara memudahkan. Maka, penting untuk memiliki pekerja yang tahu menggunakan komputer dalam pekerjaan dan ada semangat untuk belajar perkara baru (aplikasi komputer).

Yes, memang sesuatu yang mencabar sekiranya sebuah syarikat memiliki majority pekerja yang "berumur". Mungkin pada orang muda, teknologi ini mudah sahaja untuk dipelajari. Tetapi, bagi mereka yang "berumur", ianya menyusahkan. Kadang-kala, kita yang mengajar pula yang stress sebab masih tak faham-faham.


Tambahan: Peranan Maker & Checker

Tertarik untuk berkongsi pengalaman semasa bekerja di sebuah Bank. Iaitu, mengenai peranan "Maker & Checker". Dimana, maker & checker ini mestilah orang yang berbeza. Dan tujuannya ialah untuk menghindarkan berlakunya pecah amanah mahupun kesilapan dalam setiap tugasan. 

Maker kebiasaannya akan diberikan kepada junior. Manakala, peranan Checker dimainkan oleh senior. Secara umum, setiap apa yang Maker lakukan akan di periksa oleh Checker. So, Maker & Checker sebenarnya buat kerja yang sama. Bezanya, Maker input data dan Checker periksa. Dan, apabila si junior ni dah pakar sebagai Maker, lama-lama beliau akan ditugaskan sebagai Checker. 

Disebabkan ciri kedua iaitu amanah itu sukar dinilai /ditentukan, maka peranan Maker & Checker ini penting. Atleast, sudah melalui 2 orang berbeza (maker & checker). Tapi, .... masih ada risiko pecah amanah. Cuma, kurang sikit la. 

Ya, soal pecah amanah dan lubang tikus ini, susah sebenarnya nak handle. Apapun, jika seorang pekerja ada 3 ciri diatas, insyaAllah banyak lubang tikus berjaya ditutupi. 


Penutup:

Kita sering menyuarakan hak dan mempersoalkan tanggungjawab orang lain. Sering juga kita berbicara mengenai ciri seorang pekerja yang baik, namun jarang menilai diri sebagai majikan yang sewajarnya. Aneh juga apabila majikan sering mengatakan bahawa pekerja adalah aset, namun tidak pernah dicatatkan dalam balance sheet syarikat. 

So far daripada pengalaman hidup, ada beberapa cara majikan membuang pekerja secara halus. Antaranya dengan cara 'memulau' dan memberikan kerja yang membebankan (stress). Namun, ada juga keadaan diberikan kerja yang membebankan dengan tujuan menguji sebelum menaikkan pangkat/ gaji. Perkara ini kebiasaannya berlaku kepada pekerja junior. Ye lah, time junior ni lah mudah nak buli dan uji. Cuma, hati-hati. Takut-takut, pekerja junior yang bagus pula yang berhenti dan cari lain company. 

Note: Pada aku, ada beza membuli dan menguji. Apabila membuli, kita mempermainkan seseorang. Manakala, apabila menguji kita menilai seseorang. Adakah beliau layak dinaikkan pangkat/ gaji atau sebaliknya. 

Gambar renungan


Yang Benar, 
Fedli Isa (Slumb)
"Pekerja yang kuat, amanah dan berkebolehan itu sukar dicari. Maka, hargailah sekiranya memiliki".