Wednesday, May 21, 2025

Siri 2: Ciri Seorang Majikan & Pekerja

Sambungan entry yang lalu (Ciri seorang pekerja), diakhiri dengan perbualan antara CEO & CFO.  



Ada majikan bersetuju dengan pandangan CFO. Manakala yang lain seperti pandangan CEO tersebut. Sebenarnya, kedua-dua pandangan tersebut adalah betul mengikut situasi dan pengalaman mereka. Untuk syarikat seperti Big4 (accounting), International company, Bank & GLC, pandangan CEO itu lebih sesuai. Kerana, syarikat seperti ini selalunya menawarkan gaji yang lebih tinggi berbanding syarikat lain. 

Tapi, untuk syarikat yang menawarkan gaji lebih rendah daripada market, pandangan CFO itu lebih sesuai. Namun, untuk pendapat peribadi, aku lebih suka gabungkan pandangan CFO & CEO tersebut. Kenapa & Bagaimana ?

Masih ingat kata-kata seorang TOP Agent Unit Trust. Katanya, cara beliau kekal jadi TOP ialah beliau fokus kepada client yang berumur 35 tahun keatas. Kerana, golongan ini kebanyakkannya stabil (berduit). 

Daripada perkataan stabil tersebut, boleh kita fahami ianya boleh dikaitkan dengan job stability. Pekerja yang berumur 35 tahun keatas jarang melompat-lompat (bertukar-tukar) kerja. Jadi, sebagai majikan, fokus training kepada pekerja yang berumur 35 Tahun keatas. Lagipun, selalunya golongan ini dah level senior dalam syarikat. Mana boleh hasil kerja sama seperti junior. Takkanlah senior pun masih buat salah kan? 

Namun, jika majikan takut. Tukar setting jadi umur 40 tahun keatas. Orang kata; "Life begin at 40". Wajib hantar pekerja pergi training untuk improve hasil kerja mereka. Untuk menjawab soalan CEO: What happen if we don't and they stay? 

Dan, menjawab kerisauan CFO apabila setting umur staff 35/ 40 tahun keatas untuk training. Sebab, low probability staff cari kerja lain. 


Junior vs Senior : Naik sama-sama

Masih ingat lagi, kata-kata rakan sekerja semasa bekerja di sebuah Bank. Iaitu ; "Naik sama-sama". Dengan membawa maksud, kita satu team. 

Apabila masa berlalu, aku memikir. Dari sudut lain, kata-kata tersebut juga boleh membawa perumpamaan lain. Iaitu, bab gaji atau naik pangkat. Jika seseorang nak naik pangkat atau gaji, ada banyak faktor penyebabnya. Cuma, faktor kebiasaan yang sering digunakan, salah satunya ialah Junior- Senior. 

Takkanlah gaji junior staff lebih tinggi daripada senior. Begitu juga senior. Jika gaji junior beliau terlalu rendah dan jauh gap dengan senior, agak sukar senior untuk naik gaji lagi. Maka, cara paling mudah, senior staff perlu train junior agar beliau menjadi staff yang lebih baik (take more responsibility). Supaya, gajinya naik menjadi lebih tinggi. Sekaligus, senior pun akan dinaikkan. 

Cadangan naikkan umur pencen sejak tahun  2019/2023 lagi. Berita

Namun, perkara ini bukan sekadar bermain satu dua level sahaja. Jika level paling atas pun stagnant (tak bergerak), agak sukar level-level bawah nak naik. Terutama apabila ada cadangan nak naikkan umur pencen dari 60 ke 65 tahun. Lambat lagilah orang atasan nak bersara. Orang bawah pun jadi stuck di tempat yang sama. 



Memang benar untuk bergerak laju, lebih mudah untuk bergerak sendiri. Namun, untuk pergi jauh, perlu berkumpulan. Contohnya, jika anda ingin stay lama dalam sesebuah company. Perlu ada team. Tak bolehlah, gaji kita sahaja naik, tapi member lain masih sama. Kemahiran & tanggungjawab kita sahaja berkembang, orang lain masih ditakuk lama. Ingat, ianya tidak bagus untuk perjalanan jauh. 

Samaada kita sendiri jadi letih, bosan dan rasa terbeban semua kena fikir dan pikul sendiri. Atau, ada orang lain yang iri hati dan mencantas kita. Ingatlah, dunia ini bukan untuk kita hidup seorang sahaja. 


Tiada yang Sempurna : Majikan & Pekerja

Dalam hidup di dunia ini, tiada perkara yang sempurna 100%. Sentiasa ada pro & cons bagi setiap pilihan dan keputusan kita. Ada majikan menawarkan gaji yang tinggi, tapi produkviti dan pulangan mestilah di tahap tertinggi. Bak kata seorang staff Bank; "Sekiranya Bank bagi RM 1 (gaji pekerja), Bank nak RM100 sebagai pulangan". 

Ya, kata-kata diatas agak terlalu over, tapi mesejnya mudah. Bank tak nak rugi. Dan, nak untung berkali ganda walaupun ekonomi tengah buruk gila. 


Begitu juga majikan yang kedekut. Hatta ada istilah yang sering digunakan orang, iaitu ; "If you pay peanuts, you get monkeys". Mesejnya juga jelas. Kadang-kala, gaji juga memainkan peranan dalam menarik pekerja yang berkualiti. Kerana, mereka juga ada keluarga dan anak bini. Sebab itu, ada majikan mengamalkan konsep 'give and take'. Dimana, ada budaya dan cara kerja di syarikat seperti Bank, kurang kurang sesuai untuk diaplikasi. Jika di bank lebih strict, di syarikat yang menawarkan gaji lebih rendah, suasana kurang strict.

Bahasa lain, seperti timbang balas. Jika semua benda kita ambil, tapi at same time tuntut macam-macam, sudah tentu ramai yang tak tahan & berhenti. Begitu juga berbicara soal rakyat dan negara. Apa sumbangan kita kepada negara? Cakap & tuntut macam-macam, tapi apa yang kita berikan sebagai timbang balasnya? 

Menyedari ketidaksempurnaan kehidupan, mampu membuat kita menerima keadaan seadanya. Hatta, diri kita juga tidak sempurna, bagaimana pula kita hendak orang lain menjadi sempurna. Sudah tentu ada cacat celanya. Begitu juga majikan dan pekerja. 



PENUTUP:

Sebagai pekerja, sesuatu kerja itu umumnya akan lalu melalui dua jalan. Jalan pertama, sesuatu kerja itu akan melalui kita (ikut flow, bawah ke atas). Kemudian, kita siapkan. Tiada masalah walaupun sukar.

Yang kedua pula, melalui bos mahupun orang atasan kita. Jalan kedua ini, agak stress dan kurang best sebenarnya. Kerana ianya datang daripada atas walaupun task tidaklah terlalu sukar. Tetapi ianya bersifat urgent. Umpama ada orang yang jenis tak ikut flow, sudah tentu kita rasa kurang best. Tapi, itulah rumlah kehidupan dalam pekerjaan. 

Begitu juga soal idea dan penambaikkan kerja. Lebih best apabila ianya datang dari kita sendiri apabila melibatkan kerja kita. Sebab, kita lebih memahami kerja yang kita lakukan dan mudah membuat try and error, dalam mengaplikasikan idea baru tersebut. Berbanding idea dan penambahbaikan datang daripada orang lain ataupun pihak atasan. Kepuasan apabila berjaya itu kurang. Sebab bukan daripada kita (rasa bukan sebahagian daripada team yang memberi idea). 


Akhir kata daripada seorang guru: "Antara tanda murid itu bagus (ada potensi) ialah apabila diberi 2-3 contoh yang berlainan, sudah beliau memahami apa yang ingin disampaikan".


Yang Benar,
Fedli Isa (Slumb)


No comments:

Post a Comment