Friday, December 22, 2023

Culture : Hidup & Kerjaya

Tertarik dengan kata-kata orang tua:

"Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak".

Bermaksud: Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan. 


Maka, daripada kata-kata ini, tajuk yang ingin aku berkongsikan ialah mengenai culture (adat / amalan kebiasaan). Dimana, boleh dikatakan setiap keluarga, tempat kerja dan kawasan kejiranan (masyarakat), ada style culture yang tersendiri. Tidak bermakna, apa yang terbaik di kampung itu sesuai diaplikasi kawasan bandar. Begitu jugalah sebaliknya. Dan, daripada kefahaman kita mengenai 'culture' ini, dapat kita menjaga keharmonian sesuatu kawasan tersebut. 


Culture Kerjaya:


Secara umum, culture kerja kerajaan dengan syarikat swasta berbeza. Sebab apa berbeza? 
Ada beberapa sebab, antaranya:

1. Company Swasta berorentasikan keuntungan (wang) berbeza dengan institusi kerajaan lebih kepada perkhidmatan & kebajikan. Contoh paling mudah, hospital. Beza caj bayaran hospital swasta vs hospital awam (kerajaan). 


2. Bos yang bayar gaji. 

Di swasta, yang bayar gaji ialah bos kita. Tapi, untuk pekerja kerajaan, yang bayar gaji bukanlah orang atasan tetapi kerajaan.

Bila yang bayar gaji ialah bos kita, tekanannya lain. Pernah sembang dengan staff bank, katanya; Bila company bagi gaji RM 1, dia nak pulangan RM 100. Mana ada syarikat swasta nak rugi...


3. Produktiviti vs Job Stability

Pengalaman aku sepanjang bekerja di 2-3 company berlainan, kerja di Bank yang paling tinggi aku punya produktiviti. Sampaikan, nak tengok mesej WhatsApp pun tak sempat. Setiap benda ada dateline yang amat singkat. Maybe sebab tu majoriti staff di bank berumur 20-35 tahun. 

Disini aku bagi tip mudah. Antara 'hint' nak tahu mengenai culture tempat kerja jenis santai atau tidak, lihat majoriti umur pekerja disitu. Jika majoriti umur pekerja 35 tahun keatas, normally suasana kerja lebih 'santai' (semakin tua, semakin santai). Sebab, bila kita semakin tua, kita akan semakin slow disebabkan kesihatan, susah nak belajar perkara baru & tak mahu stress. Maka, golongan yang memilih job stability akan memilih tempat kerja yang mempunyai persekitaran sedikit santai. 


4. Gaji & kaum

Secara umum bagi syarikat swasta, jika majority staff adalah orang Melayu, maka gaji yang ditawarkan lebih rendah daripada market. Dan jika berkaitan agama, lebih rendah lagi. Lihat perbezaan gaji guru sekolah biasa vs guru KAFA, jauh beza. Sebabnya bekerja mengajar agama ini kena ikhlas Lillahi Taala. Terdiam seketika.

Sebaliknya jika banyak staff cina, gaji ditawarkan lebih tinggi tetapi produktivi akan sering diuji. 


5. Turn-over pekerja keluar masuk (berhenti keje)

Antara tempat yang paling rendah 'turn-over' ialah sektor kerajaan. Sebab, orang atasan bukanlah orang yang bayar gaji & culture lebih santai. Tapi, kekurangan rendah turn-over ialah susah nak masuk (kerja kerajaan). Ye lah, dah majoriti penjawat awam akan terus bekerja disitu sehinggalah mereka pencen. 

Low turn-over ini juga kadang-kala tak bagus. Dimana para pekerja jarang berhenti kerja seperti sektor kerajaan. Hasilnya majoriti pekerja yang dulunya adalah junior, kini sudah menjadi senior. Tetapi skop kerja mereka masih sama seperti mula-mula bekerja. Nak bagi skop kerja senior, masalahnya majoriti pekerja adalah senior. Then, siapa pula nak buat kerja junior? Takkanlah nak bagi senior buat kerja junior. Seronoklah senior tu, sebab kurang tanggungjawab tapi gaji kalahkan junior. 

Ikut formula gaji vs tanggungjawab, semakin tinggi gaji, semakin tinggi jugalah tanggungjawab (pangkat/ level). Tak boleh harapkan gaji sahaja naik tapi tugas masih sama seperti junior. 


Sebagai penutup point kerjaya, ketahuilah semakin tinggi gaji, semakin tinggi expectation majikan kita. Bayangkan jika staff junior lebih power daripada kita dan gaji dia lebih rendah. Sudah tentu pekerja yang gaji mahal, ada high probability di buang kerja (swasta). 

So, jika korang bekerja di sektor swasta dan berumur 35 tahun keatas & berkeluarga, better pilih job yang 'dijamin' berbanding gaji. Kecuali korang ada 'kebolehan tertentu' dan produktiviti masih power walaupun dah berumur 50 tahun. Manakala, jika nak masuk kerja gov, seeloknya sebelum umur anda 35 tahun. 

By the way, ada lagi beberapa perkara aku tidak tulis mengenai kerjaya. Antara ialah culture Overtime, MC & Bonus. Setiap tempat itu berbeza caranya.



Hidup

Seperti mana dalam kerjaya, lebih kurang itulah dalam kehidupan seharian. Setiap keluarga ada style didikan yang berbeza. Ada yang bersifat berdikari dan ada yang berorientasi keluarga. Dan kita dididik tanpa sedar, amalan turun temurun itu adalah yang betul. 


Dari sudut diri, memanglah apa yang kita lakukan itu betul kerana sudah biasa melakukannya. Manakala bagi orang lain, mungkin berbeza cara fikirnya. Contoh paling mudah apabila kita berumahtangga. Kita akan nampak perbezaan culture keluarga kita dengan mentua. Sebagai menantu, ada perkara perlu kita berdiam sahaja apabila tidak bersetuju. 

Emak aku pernah pesan beberapa perkara semasa diriku meningkat remaja. Antaranya;

- Jangan buat rumah jauh sangat. Dan jangan buat rumah terlalu dekat. Kalau jauh susah nak melawat, kalau dekat takut selalu sangat melawat.

- Jika bagi emak duit, sebolehnya jangan beritahu jumlah pemberian kepada pasangan. Cukuplah cakap abang bagi duit sikit kat emak (tanpa sebut jumlah). 


Penutup

Aku masih ingat lagi, semasa bekerja di bank. Boleh dikatakan 99% urusan kerja bersifat paperless. Semuanya di dalam komputer & sistem. Tup-tup apabila masuk bekerja company lain, mostly kerja bermain dengan kertas. Umpama aku dari zaman moden, patah balik ke zaman tradisional. 

Namun kini, zaman kerja berasaskan style tradisional semakin berubah kearah perkomputeran. Walaupun masih gunakan kertas, tapi penggunaannya semakin berkurang. Still ok la memandangkan bukanlah perkara senang untuk ubah cara orang lama dan culturenya. 

Bab culture ini, bukannya boleh diubah dalam sebulan dua. Kadang-kala ianya memakan masa dan tenaga. Ada perkara boleh diubah dan disentuh, ada perkara pula bersifat sensitif dan bahaya. Apa yang aku faham, untuk ubah culture sepenuhnya 100% ianya adalah mustahil. Sebaliknya, jika dapat ubah 50% kearah lebih baik pun, sudah mencukupi. 


Yang Benar,
Fedli Isa (Slumb)
Dalam hidup, bukan kita seorang sahaja ada mulut & mata, orang lain pun sama. 

No comments:

Post a Comment