Entry universiti kehidupan kali ini, sepatutnya disiapkan 5 bulan yang lalu. Namun, dek kerana kesibukan dan kekangan, penulisan ini sering ditangguhkan. Mungkin juga, ia sekadar alasan.
Isteriku pernah bertanya; Dah lama abang tak menulis....
Aku tiada jawapan yang specific. Sekadar terdiam sambil memikirkan...
Apa-apapun, sebelum meneruskan penulisan, mari kita imbas kembali tulisan lalu:
1. "Universiti Kehidupan" (Tahun Pertama). Tema : Hikmah Mengembara. Untuk mengajar bahawa "diri akan pergi".
2. "Universiti Kehidupan" (Tahun Kedua). Tema : "Pelajaran" yang sering di ulang-ulang. Untuk menyedarkan apa yang telah "hilang".
3. Universiti Kehidupan (Tahun ke-3). Tema : "Keakuan". Adakah dengan bertambahnya ilmu (harta/ pangkat & etc) , bertambah juga keimanan? Atau sekadar menambahkan 'keakuan'?
Mukadimah
Pada tahun 2019, hanya 2 entry sahaja dapat aku siapkan. Entry pertama sempena Anniversary perkahwinanku, manakala yang kedua mengenai sebuah perjalanan dalam kehidupan yang berliku-liku.
Soalan: Kenapa jarang menulis selepas berkahwin?
Hmm.... Jika dilihat dari tahun 2015 sehingga sekarang, semakin sedikit penulisanku. Memang banyak perkara mahu ditulis, namun adakah ia mendatangkan kebaikan ? Atau, sekadar menambah kecelaruan dan keburukan?
Kadang-kala aku terfikir. Kita menulis untuk kita membaca atau orang membaca? Mungkin keduanya, tetapi mana satu yang lebih utama? Maka, ini antara sebab aku lebih suka menulis disini. Kerana mudah untuk dibaca di kemudian hari.
Mungkin juga, disebabkan selepas berumahtangga, aku lebih berhati-hati. Takut-takut, apa yang ditulis itu disalah anggap oleh mereka yang kurang memahami. Apa-apapun, 'tidak semua diam itu berisi, dan tidak semua kata-kata itu bijaksana...'
Tema Universiti Kehidupan?
Tema universiti kehidupan tahun lalu (2019) adalah BERUSAHA. "Kita berusaha kerana kita tidak mengetahui".
Ya, kita memang berusaha. Tetapi, adakah benar kita berjaya disebabkan berusaha sendiri? Ataupun, kita berjaya ini adalah disebabkan usaha dan doa semua?
Maka, quote kali ini dimulakan dengan perkataan "KITA". Untuk menyedarkan bahawa kita tidak berusaha berseorangan. Kerana sentiada ada orang yang menyokong dan membantu seperti seorang 'bapa' (kenapa diibarat sebagai bapa? Kerana emosi dan usahanya jarang dipamerkan).
Mungkin kita tidak sedar, mungkin juga kerana kita tidak nampak. Dek kerana merasakan kita seorang sahaja yang berusaha.
Mungkin kita tidak sedar, mungkin juga kerana kita tidak nampak. Dek kerana merasakan kita seorang sahaja yang berusaha.
Quote ke-6 : BERUSAHA
Untuk quote kali ini, aku fikir kata-kata ini banyak diperlihatkan oleh orang sekelilingku. Terutama isteriku dan keluarga. Kerana, kisah kehidupan ini bukanlah mengenai aku, tetapi kita. Bukanlah aku seorang sahaja yang bekerja kerana orang lain juga melakukannya.
Pada tahun ini, isteri sanggup berkorban berhenti bekerja dan mencari kerja baru di Bandaraya. Sesuatu pengorbanan buat keluarga,selepas 7 bulan mengharungi kehidupan PJJ bersama. Mungkin benar, hanya mereka yang melalui akan merasa. Yang melihat pula, akan mengetahui.
Begitu juga kisah perjalanan adikku dalam peperiksaan ACCA yang berduri. Melihatnya berusaha sehingga menitis air mata. Kadang-kala, kita gagal bukanlah kerana kita tidak berusaha. Sebaliknya, mungkin kerana kita lupa. Lupa bahawa usaha kita seorang sebenarnya tidak cukup untuk berjaya. Kerana kita perlukan bantuan ibubapa, orang yang berjiwa, dan juga pertolongan daripada Allah Taala.
Perbezaan Vs Persamaan selepas berumahtangga
Hidup berumah tangga, sudah tentu akan wujud perbezaan terutama pasangan suami isteri. Namun, sekiranya perbezaan ini saling diketahui, ianya memudahkan. Cuma, kadang-kala terlupa.
Part persamaan, banyak perkara dapat dilakukan. Contohnya, memasak. Alhamdulillah, kini dapat tolong isteri di dapur dan mengemas rumah. btw, aku fikir 'çredit' perlu diberikan kepada ibuku. Kerana, sejak kecil dipaksa bantu emak didapur dan mengemas rumah. Ya, terpaksa. Kerana aku lebih rela buat kerja daripada dileterinya.
Part persamaan, banyak perkara dapat dilakukan. Contohnya, memasak. Alhamdulillah, kini dapat tolong isteri di dapur dan mengemas rumah. btw, aku fikir 'çredit' perlu diberikan kepada ibuku. Kerana, sejak kecil dipaksa bantu emak didapur dan mengemas rumah. Ya, terpaksa. Kerana aku lebih rela buat kerja daripada dileterinya.
Bila difikirkan semula, ada baiknya. Daripada keterpaksaan itu menjadi kebiasaan. Cuma, sampai hari ini aku masih tidak berminat belajar memasak A until Z. Sebab aku rasa, aku ni lelaki. Belajar memasak yang basic dan tolong apa yang patut, ok lah. 1st mungkin sebab aku tak minat memasak. Kedua sebab aku rasa dengan skill memasak basic ini, aku boleh survive untuk terus hidup. Apa-apa pun, yang bestnya ialah bini aku puji jika aku buat air sebab sedap (berkat pengalaman berniaga & buat air dari kecik). Hehe...
Manakala perbezaan, aku jarang dah baca buku. Aku tak pasti sebab apa. Dulu zaman belajar sehingga waktu single, antara tabiat aku baca buku ialah boleh baca di mana-mana, hatta di kedai makan sekalipun (asalkan tak bising sangat & tiada gangguan). Tapi semenjak berkahwin ini, aku rasa dah jarang sehingga bini aku pun perasan. Aku fikir sebab style aku belajar dan bukannya salah sesiapa. Ya, I need create my own "space" dalam suasana baru.
Ada kalanya, kita terlalu fokus bekerja sehingga hanya melihat kita seorang sahaja. Sehingga dirasakan orang lain tidak berusaha pun. Maka, ada baiknya kita berehat seketika sambil memerhatikan orang sekeliling yang sedang bekerja.
Dan, usahlah merendahkan kecilnya usaha orang. Kerana, belum tentu usaha yang kita lakukan, besar pada mereka. Apa yang penting, semua orang berusaha. Semua orang mahu lakukan yang terbaik. Maka, teruskanlah berusaha kerana kita tidak tahu apakah hasilnya.
Note: Maaf, kekurangan idea dan kesinambungan. Kerana sukar untuk merasai kembali apa yang telah berlalu pergi.
Yang Benar,
Fedli Isa (Slumb)
"Usaha : Kerana itu entry ini gigih disiapkan walaupun sudah 5 bulan berlalu".
No comments:
Post a Comment