Sunday, December 13, 2020

Universiti Kehidupan (Tahun ke-5)

Mukadimah: Masa yang lambat dan cepat

Universiti kehidupan pada tahun ini (2020) dirasakan amat cepat berlalu. Tup-tup, sudah berada di akhir tahun. Umur meningkat, uban bertambah. Apa-apa pun, Alhamdulillah, tahun ini dikurniakan tambahan tanggungjawab dengan kelahiran cahaya mata yang bernama Ahmad Fitri. Semoga menjadi anak soleh yang baik.


Seperti yang diketahui umum, tahun ini merupakan tahun yang mencabar. Iaitu dengan fenomena wabak Covid-19 yang melanda, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyukarkan pergerakkan dan kemerosotan ekonomi yang menyebabkan ramai diberhentikan pekerjaan dan dikurangkan pendapatan.


Ya, kiraan bilangan bulan dalam setahun adalah 12. Manakala, kiraan bilangan dalam hari adalah 365. Ketahuilah, sekiranya kita mengira masa berdasarkan bulan, ianya akan kelihatan sedikit. Maka, kiralah masa berdasarkan perkali yang lebih kecil iaitu hari, jam dan minit. Sudah tentu akan kelihatan lebih besar. 


Panjang pendek masa itu sebenarnya berbeza menurut bilangan dan bersifat sedikit subjektif. Dari sudut subjektif, kebiasaan ia bergantung kepada diri dan faktor sekeliling. Sesuatu yang tidak disukai digelar penantian sebuah penyeksaan. Manakala, yang disukai disebut masa amat mencemburui. 


Sebuah kisah : Menunggu makanan di kedai

Dahulu aku berfikiran, orang yang mampu menunggu makanan yang lambat siap itu adalah penyabar. Yelah, muka masih tenang, padahal makanan dah sejam tak sampai-sampai lagi. 

Tapi, bila difikirkan semula. Kurang tepat untuk mengatakan seseorang itu penyabar hanya berdasarkan kesabarannya menunggu makanan. Sebaliknya, ada sebab lain yang menyebabkan seseorang itu tetap tenang. Iaitu, "timing".

Ya, pada waktu tersebut tiada hal mustahak yang mendesak beliau untuk cepat. Memang ada betulnya, kesabaran itu penting. Namun, timing juga memainkan peranan. Fikirkan situasi di kedai makan tersebut. Adakah seseorang yang sabar mampu bersabar menunggu makanan, padahal beliau ada perkara mustahak lain yang perlu dilakukan. 

Ya, beliau mampu menunggu. Tapi, cuma sebentar. 


Jadi, bagaimana untuk elak daripada beremosi?

Caranya, sebelum memesan sesuatu makanan, try tanya pelayan ; "Menu ni, cepat siap tak"?
Just untuk confirmation. Kalau pelayan jawab lambat siap sekalipun, atleast kita dah bersedia menunggunya. Atau, kita ada pilihan iaitu pergi ke kedai lain (asalkan, jangan order apa-apa lagi).


Begitu jugalah kiasannya untuk gambar diatas ini. Kedua-duanya berusaha. Tapi, ada beberapa perkara yang tidak diperceritakan dalam gambar diatas. Iaitu, berapa lama dan jauh, terowong usaha yang telah dikorek oleh kedua-duanya? 

Mungkin sahaja, yang pertama itu baru mula berusaha. Dan, kebetulan kawasan usahanya amat berdekatan dengan hasilnya. Dan, mungkin orang dibawahnya sudah lama berusaha, namun masih belum ada rezekinya.


Hampir begitulah kiasan untuk bab zuriat, berkahwin dan menasihati orang lain. Bukanlah suami isteri itu tidak berusaha, sebaliknya belum lagi masanya. Dan, bukanlah orang yang menerima nasihat itu pekak, sebaliknya masih belum masanya mereka mendengar dan menerima. 


So far, untuk beberapa tahun ini, ada beberapa perkara yang aku masih dapat bersabar. Antaranya bab pekerjaan. Cuma, aku berharap pihak disana tidaklah perlahan selepas apa yang terjadi. Manakala, bab tukar kerja, kita lihat kepada rezeki. 

Perkara aneh dalam pekerjaan : "Pekerja dianggap sebagai Aset. Tetapi tidak pernah direkodkan dalam penyata kewangan/kunci kira-kira syarikat". 

**Mungkin antara sebab tidak direkodkan kerana ada segelintir pekerja dianggap sebagai "liabiliti". Bunyi macam nak "jaga" perasaan kan. Tak pasti apa kesimpulan.



Belajar: Menjadi bosan dan sibuk

Berdasarkan pengalaman, terdapat dua sisi yang saling bertentangan. Baik dan buruk, malas dan rajin, dan banyak lagi. Maka, untuk mendapatkan garis pertengahan antara kedua-duanya, amatlah perlu kita fahami dua sisi ini. Bagaimana nak menghayati erti kejayaan jika tidak pernah berusaha?


Dalam hidup ini, tidak semestinya perkara negatif itu tidak baik. Seperti contoh, kerugian wang ataupun diberikan ujian. Ada kalanya dengan ujian itulah kita semakin faham dan matang. 



Adakah orang-orang berjaya sibuk 24jam?
Pandangan: Aku tidak berfikiran begitu. Sebab, mereka bukannya robot. Manusia ini dilengkapi dengan perasaan yang pelbagai. Cuma, apabila sampai satu tahap, kita mampu menggunakan mode "bosan" kita dengan melakukan aktiviti seperti membaca buku dan berfikir diluar-luar kotak (imaginasi).

Aku lebih suka idea yang terhasil waktu bosan, berbanding idea waktu sibuk. That's why, antara benda pelik aku suka buat time study week ialah baca buku yang tiada kaitkan dengan final exam sebagai selingan. Untuk "tenangkan" otak selepas menelaah untuk peperiksaan (stress wei study untuk exam. So, aku mix dengan perkara "study bukan exam").


Quote pada tahun ini : Masa

Untuk tahun ini, tiada quote buatan sendiri. Sebaliknya, sekadar kata-kata di Internet untuk menerangkan pengalaman tahun ini. Iaitu:

"Setiap sesuatu itu ada masanya" & "Time heal almost everything".

Sering kita dengar, setiap apa yang kita lakukan akan dibalas dikemudian masa. Namun, ketidakfahaman kita dengan masa itu merumitkan. Kadang-kadang, kita dibalas on the spot. Ada kalanya selepas bertahun-tahun. Dan, ada juga keadaan kita dibalas di akhirat sana. Maka, adalah kurang sesuai sekiranya kita mengatakan bahawa ; Inilah hasil aku bersedekah semalam. 

Kerana, mungkin sahaja rezeki yang kita terima itu adalah asbab daripada perkara lain. Umpama, kita lulus peperiksaan. Adakah asbab kita rajin belajar, atau doa ibubapa atau kerana amalan sedekah yang kita lakukan atau asbab kesemuanya? Maka, berbuatlah baik sebanyaknya kerana kita tidak tahu amalan mana yang membantu kita didunia dan akhirat sana.

Maka dari jangka pendek, kebanyakkan perkara yang kita lakukan sebenarnya merugikan ataupun tiada hasil. Tapi, untuk jangka masa panjang, kebanyakkan menguntungkan. Berkat masa itu adalah sesuatu yang sukar dijangka. 


Penutup:

Setiap sesuatu yang telah ditakdirkan kepada kita akan berlaku. Cepat atau lambat, sedar ataupun leka, ianya akan terjadi. Ada kalanya, ianya dimudahkan. Ada kalanya, ianya tidaklah sukar cuma memakan masa.

Dan, untuk tahun ini dirasakan terdapat satu sudut yang berbeza dari segi fikiran. Mungkin mutiara kata untuk tahun hadapan berkisarkan fikiran. Jadi, tunggu dan lihatlah keadaan tahun hadapan.


Kelebihan itu bukanlah kebanggaan. Tapi, ANUGERAH.


Menerusi berlalunya masa, aku juga belajar bahawa disebalik masalah tersingkap perkara lain. Banyak perkara yang sukar dilihat semasa keadaan nampak baik. Namun, takkala musibah air surut , tampaklah apa yang segelintir orang sorokkan. Tampak juga mereka yang sepatutnya diberi pujian. Semoga dengan musibah air surut ini, ianya menyedarkan kita. Agar lebih menghargai dan menjaga.



Akhir sekali, dibawah merupakan tema ringkas bagi kesemua penulisan mengenai Universiti Kehidupan (sehingga kini). 

*Terfikir, tema-tema ini seperti saling berkait.


Yang Benar,
Fedli Isa (Slumb)
"Tak semua orang mampu berfikir diluar kotak"
(kata-kata bos aku tahun ini. Actually, dah lama dah aku tunggu dia cakap soal ni. Selepas 2-3 tahun menunggu. Haha...)

No comments:

Post a Comment