Thursday, October 29, 2015

Gaji, Inflasi dan Pelaburan?

Kadang kala, terlalu banyak ingin dikongsi, tapi tak tahu dimana ingin dimulai.

Ya, harus aku akui. Menulis itu lebih sukar daripada berkata-kata. Buktinya, kita memperuntukkan masa yang agak lama bagi menulis karangan yang panjangnya hanya 350 patah kata, semasa menduduki peperiksaan SPM. Disamping, melalui penulisan, idea-idea kita berpontensi tersebar dengan lebih luas berbanding kata-kata yang sering berlegar di satu ruangan sahaja. Hasilnya, kebiasaan orang suka forward/Share/copy info yang bertulis di WhatsApp. Jarang orang share audio/ video kan…

Sebelum kita bermula, ayuh kita renungkan….

Jika hari ini, harga sebuah rumah di kawasan Bandar mungkin berharga RM 1 juta. Nah, cuba bayangkan betapa Maha Kaya Sang Pencipta (Allah). Bukankah semua yang ada di bumi dan dilangit ini milikNya. Kita cuma pemegang amanah sahaja. 

"Baru kusedari, Dunia yang ku rebuti,
Sudah ada pemiliknya"....

Kita sering “berasa”. Berasa hebat, kaya, bijak dan sebagainya. Hakikat “TIADA”.


Berbalik kepada tajuk, ingin aku kongsikan kata-kata seorang speaker semasa program InvestSmart.
Hard work never enough!

Semasa zaman atuk dan ibubapa kita, kata-kata diatas mungkin tidak kedengaran. Yelah kan… Siapa bekerja lebih, dia dapat lebih. Dan, vice versa.

Berbeza dengan sekarang. Siapa bekerja/berusaha lebih, belum tentu dia dapat lebih. Buktinya, lihat Abang Bangla yang berkerja siang malam. Ataupun, tengok pekerja buruh.

Pada aku, ada satu perbezaan ‘ketara’ zaman dahulu dengan zaman sekarang. Iaitu, “Pelaburan” (please, aku letak tanda “ “ disitu). Inflasi pula? Bukankah fenomena harga Barang Naik (BN) semakin ‘mengila’ di Malaysia? Bilakah harga Barang Naik ini mau turun? Ehem~

Entahlah. Cuma, aku berpendapat, inflasi itu normal. Yang tak normalnya adalah “pelaburan”. Pada aku, jika sesuatu harga Barang Naik disebabkan inflasi, it’s ok. Namun, jika harga Barang Naik disebabkan “pelaburan”, aku tidak bersetuju.  (Dengan erti kata lain, aku sokong BN jika dia buat benda baik untuk rakyat). Ehem~


Secara umum dan ringkasnya, aku berpandangan kadar kenaikan gaji boleh disamakan dengan kadar inflasi. Sebabnya, cuba tengok zaman mak ayah kita dan orang-orang dulu (semasa tiada namanya “pelaburan”), boleh jew depa hidup, beli rumah, sara hidup dan sebagainya. Padahal, zaman depa pun ada fenomena inflasi. Malah, ada juga hadis pasal harga barang naik semasa zaman Nabi saw… Sekitar 1437 tahun lalu.


For me, kita MAMPU terus hidup dengan kadar inflasi semasa. Namun, SUKAR untuk terus “hidup” dengan kadar “pelaburan” zaman ini. Di Malaysia, kadar inflasi sekitar 3% sahaja, yang merangkumi dua segment dengan weighted ; i) non-food products (69.7%), ii) food products (30.3%). Tidaklah banyak mana kan?  Sekitar 3% jew…


Manakala, bagi produk investment, perbankan dan berkaitan, dibawah sebahagian kadar keuntungan sebagai contoh dan perbandingan dengan inflasi ;

Pembiayaan /Pinjaman Bank : Sekitar 4.2% setahun
Malaysian Government Securities (MGS) : Sekitar 4% (Bond yang dijamin Gov. Secure)
Simpan di Tabung Haji : Sekitar 6% (selepas TH bayar zakat).
Pulangan Keuntungan ASB : Sekitar 7-8% setahun
Unit Trust : Kebiasaannya, sekitar 10-15% setahun
Warren Buffett : Sekitar 20% setahun


Sebab utama harga rumah naik gila babi bukan sebab inflasi. Bukan sebab kos pembinaan rumah naik (inflasi), bukan sebab kos buruh naik (kenaikan gaji) dan etc. Itu just faktor sampingan sahaja atas apa yang berlaku sekarang ini. Faktor utama kenaikan harga rumah adalah disebabkan “pelaburan”, bukannya inflasi!


Jika anda belajar subjek pelaburan (atau berkaitan), sila perhati akan formula mengenai Future Value dan Present Value. Didalam pelaburan, kita bermain 2 masa. Present (sekarang) dan Future (masa depan). Yang masalah utamanya ialah kita sudah meletakkan ‘harga/nilai’ sesuatu barang bagi masa depan, yang kemudiannya di present valuekan dan dapatlah sesuatu yang dinamakan “pulangan pelaburan”.



Dalam dunia hari ini, anda kemungkinan TIDAK MAMPU membeli sebiji rumah dengan gaji sekitar RM 3 Ribu sebulan. Namun, jangan risau. Ada beberapa cara untuk mengatasinya. Salah satunya ialah anda kena “Invest”. Pointnya, anda perlu kalahkan atau setanding dengan kadar pulangan pelaburan (Minimum sekitar 6-8% setahun. Tahap TH & ASB). Contohnya, anda bergaji RM3000 sebulan. Pada tahun hadapan, gaji anda menjadi RM3240 sebulan, hasil 8% keuntungan pelaburan. Belum campur kenaikan gaji lagi (jika ADA).

Dalam pelaburan & ekonomi semasa, ada TIGA benda penting yang akan mengubah jumlah wang anda iaitu “Masa”, “Interest/Kadar Keuntungan” & “Principal/ Jumlah yang dilaburkan”.


Kesimpulan :

Tertarik dengan sebuah perkongsian seseorang yang sering mengembara ke semerata tempat. Apabila ditanya, ‘Apakah pengajaran yang engkau dapati selama mengembara ke semerata negara?’. 

Jawabnya, “Aku dapati, manusia TIDAK PERNAH PUAS dengan kehidupan dunia, kerana dunia ini bukanlah tempat asalnya. Kita hanya berasa puas apabila kembali ke tempat asal yakni syurga”.

Tertarik untuk berkongsi kata-kata Warren Buffett;

“The stock market is a device for transferring money…… “

*Sengaja aku tak habiskan kata-katanya. Dan, ingin mengubah ayat dipenghujungnya sedikit (namun, aku tetap setuju dengan kata asal beliau).


Entah!

Walaupun mengambil bidang Bus Admin/Islamic Finance, namun ada beberapa perkara yang secara tidak sengaja aku belajar dalam tempoh itu. Antaranya ialah “pelaburan” dan diselitkan pengajaran daripada nenek2 dan atukku yang terlantar sakit selama beberapa tahun sebelum menemui ajal. Aku melihat kehidupan mereka seharian. Pengajarannya, “Money hanyalah sekadar wang. That’s all”.


Ingin menjadi Kaya?

Entahlah… Aku tidak tahu. Apa maksud “KAYA” yang kita cari SEBENARNYA?
Kita ingin menjadi KAYA kerana diri atau Tuhan?


Masalah ekonomi bukanlah disebabkan sumber yang terhad. Kerna, Tuhan telah menciptakan semuanya serba mencukupi. Masalah ekonomi sebenarnya adalah distribution (pengagihan). Contohnya, ada negara yang berlebihan makanan, ada negara kekurangan makanan.

Jika ditanya padaku, apa masalah kewangan hari ini?

Jawabku adalah “pelaburan”. Manusia yang tidak pernah PUAS dengan dunianya. Sehingga melupakan sang Pencipta yang Maha Kaya.



Fedli Isa

BBA Islamic Finance, Diploma in Finance.