Friday, February 23, 2018

Membandingkan Epal dengan Epal?

Dalam dunia pelaburan, terdapat sebuah kata-kata iaitu ; "Bandingkan epal dengan epal". 

Pic 1 : Sumber Google


Ringkasnya, kata-kata ingin memberi tahu kepada kita bahawa apabila kita ingin membandingkan sesuatu, pastikan benda/ perkara itu didalam satu kategori yang sama. Epal dengan epal, bank dengan bank, air dengan air & sebagainya.


P/E Ratio

Antara analisis yang menggunakan konsep perbandingan ini ialah P/E ratio. Namun, adakah ianya 'tepat'? Jawapannya, sudah tentu tidak 100% 'tepat'. Sebabnya, akan diulas dibawah.

Pic 2 : kata-kata daripada sebuah buku mengenai Investment. 


Pertama. Apabila kita membandingkan 'Epal dengan Epal', soalan pertama harus kita tanya ialah adakah 'Gred' (kualiti) kesemua epal yang kita bandingkan serupa? 


Sepertimana seorang pekebun yang mengasingkan buah epalnya berdasarkan gred/ kualiti, seperti itu jika anda ingin menggunakan konsep perbandingan ini. Bukan main hentam sahaja. Kena ada ilmunya. *Ingat nak asingkan epal, main campak gitu-gitu jew kew?


Perumpaan mudah mengenai perbandingan 'Epal dengan epal'. Contohnya, kita ingin membuat analisis/ kajian mengenai corak perbelanjaan para pekerja di syarikat A.

Disitu, sudah kita mengamalkan konsep 'epal dengan epal'. Dimana, kita telah meletakkan fokus kajian kita terhadap 'para pekerja di syarikat A'. Namun persoalannya, adakah kesemua pekerja (sample yang diambil) itu mempunyai 'Gred gaji' yang serupa?


Jika 'grednya' serupa, baguslah. Namun, terlalu ramai antara kita suka memukul rata. Asalkan mereka bekerja di syarikat A, semuanya dianggap sama. Sehingga tidak dapat membezakan gred N19 dengan N51. Ini belum lagi berbicara soal pekerja lama dengan pekerja baru. *Dari sudut risk appetite - jenis 'makanan' yang dipilih. Dimana, pekerja lama lebih suka memilih makanan yang berkhasiat & kurang risiko (walaupun gaji mereka banyak giler, menghampiri tahap maksimum bagi grednya). 

Hal ini sebenarnya tidak jauh beza dengan mindset kebanyakkan orang politik yang sering kita caci. Apabila berbicara soal inflasi & kos sara hidup, semua rakyat M'sia dipukul rata. Umpama, semuanya mempunyai gaji bulanan dan komitmen yang serupa.

Hujahnya, seperti tadilah ; "Kami membandingkan Epal dengan Epal. Bukannya membandingkan rakyat M'sia dengan rakyat di negara luar". 

Akibatnya, sering kali terkeluar daripada mulut mereka ; "Sekiranya tidak suka M'sia, sila keluar!".



Penutup:

Akhir kata, amatlah bagus jika kita menggunakan konsep perbandingan 'epal dengan epal' dalam membuat analisis & memberi pandangan. Namun, usah terhenti setakat itu. Pastikan 'Grednya' juga serupa. *Jika dikaitkan dengan ilmu ekonomi, sila lihat masalah asas ekonomi ke-4 iaitu 'kepada siapa sesuatu barang itu dikeluarkan?'

Ketahuilah, harga epal yang mempunyai gred A dan E itu berbeza. Tidak sama! 
Begitu jugalah soal gred gaji kita dalam pekerjaan. Adakah sama gaji mereka yang bergaji N19 dengan N41?


Sekian, renungkan kata-kata dibawah ini.



Artikal berkaitan : Kenapa Harga Barang Naik?


Yang Benar,
Fedli Isa (Slumb)
Seorang Pemikir yang berpewatakan Introvert & Dyslexia. Haha!