Note: Entry ini ditulis special untuk memperingati pertemuan pertama kami, di Secret Recipe. Dan, sempena anniversary kami sebagai suami isteri (2 Februari 2019). Semoga ada manfaat....
#Mukadimah
Pencarian pasangan hidup ini sudah lama. Namun, disebabkan keadaan seperti kewangan, situasi tertentu dan sebagainya, maka ianya sering ditunda-tunda. Namun, kita perlu menyakini. Setiap apa yang berlaku itu, WAJIB ada hikmahNya.
Dipendekkan cerita, pada akhir tahun 2017 terbeli sebuah buku Hamka yang bertajuk: "Tenggelamnya Kapal van der Wijck". Didalam buku tersebut, banyak perkara yang ingin diperkatakan. Sehingga menyedarkan aku akan sesuatu. Maka, terbinalah harapan untuk tahun depan (2018): "Bangkitnya kapal bmuls selepas diterbalikkan". *bmuls merujuk kepada my nick name apabila diterbalikkan (Slumb).
Dengan bantuan teknologi, ianya memudahkan pencarian. Hasilnya, selepas sebulan, dipertemukan dengan seorang wanita di Bandar Diraja. Ya, jumpa 'permaisuri' di "Secret Recipe". (^_^)
#Interview & Agenda Perjumpaan
Perjumpaan pertama kami di Secret Recipe berlangsung lebih sejam. Antara perkara yang diperbualkan, sebenarnya telah disusun seminggu sebelum pertemuan. Dimana, kedua-dua pihak sudah maklum, agenda yang akan diperbincangkan.
Gambar kenangan semasa 1st 'date' kami di Secret Recipe. Di sofa merah & kerusi hitam... |
Sekiranya diperhatikan, proses pertemuan kami ini adalah gabungan 2 perkara. Iaitu, aturcara meeting & proses interview kerja. Dimana, suami isteri wajar mengadakan perbincangan sebelum membuat keputusan, manakala interview sebagai proses permulaan untuk berkenalan. Maka, terhasillah 6 topik perbincangan seperti dibawah:
1. Latar belakang diri secara ringkas (maklumat keluarga, mengenai diri sejak kecil sehingga kini & sebagainya).
2. Keadaan masa kini & perancangan masa hadapan (dari sudut kerjaya, pendidikan, kewangan & plan mendirikan rumahtangga).
3. Ciri-ciri pasangan yang diidamkan.
4. Kekuatan & kelemahan diri.
5. Perkara-perkara lain & soalan tambahan.
6. Penutup
Note: Pastikan sebelum panggil interview ('date'), anda sudah menilai resume calon (Yup, kami bertukar resume). Untuk permulaan, janganlah terlalu rigid. Belajarlah bagaimana sesebuah company menapis seseorang dari satu level ke satu level, dalam proses pengambilan pekerja. Contohnya, time interview/ 'date', try tanya beberapa soalan sebagai 'tapisan'. Dan, pastikan anda 'tapis' & memilih calon yang betul. Kerana perkahwinan ini bukanlah untuk sehari, tetapi bergenerasi.
Untuk memendekkan penulisan, hanya 3 point sahaja akan disentuh daripada agenda. Pertama, mengenai ciri-ciri pasangan yang diidamkan. Of course, setiap orang ada ciri-ciri pasangan yang diinginkan. Namun disini, hanya satu ciri sahaja ingin dikongsi (daripada beberapa ciri). Iaitu;
"Masih mempunyai semangat untuk terus belajar walaupun sudah bergraduasi atau bekerja.
Kerana, hidup adalah UJIAN. Maka, BELAJARLAH". **
Kerana, hidup adalah UJIAN. Maka, BELAJARLAH". **
**Huraian lebih lanjut mengenai ciri ini, pernah dinukilkan di FB peribadi.
Point kedua, perkongsian mengenai kekuatan & kelemahan diri. Point ini, aku tidak syorkan korang tiru. Sebabnya, ianya amat berlawanan dengan tip daripada orang berpengalaman & buku mengenai percintaan. So, jangan 'gamble' kecuali korang ada alasan.
Secara ringkas sewaktu pertemuan, terdapat beberapa kelemahan besar yang aku ceritakan. Sehingga aku sendiri mengakui, bahawa peluang untuk aku tackle beliau amatlah tipis. Anytime boleh putus dan ditinggalkan. Sebab belum wujud perasaan cinta dan sayang. *Berbeza sekiranya dikongsi takkala mabuk bercinta, time tu "kentut pun dianggap wangi".
By the way, ada sebab kenapa aku ceritakan kelemahan semasa pertemuan pertama. Antaranya ialah, ini merupakan cara aku menapis/menilai seseorang (one of them). Sometime, rahsia itu sengaja diperceritakan untuk diperlihatkan "jawapan". Lagipun, aku tak nak beliau jadi seperti kebanyakkan manusia yang tidak berpuas-hati dengan dunianya (Quotes ke-3).
Point ketiga pula merupakan perkara terakhir yang ingin dikongsikan disini. Iaitu, kata-kata penutup (inspirasi daripada sebuah kisah dalam buku). Aku fikir, kisah ini yang banyak membantu aku dalam menyakinkan beliau. Takkala seorang guru agama bertanya kepada anak muridnya mengenai persoalan 'TAKDIR'.
Gurunya bertanya; "Bukankah TAKDIR (ajal, jodoh, rezeki, & lain2) itu telah ditetapkan sejak Azali. Maka, untuk apa kita berusaha?..."
Maka, pelbagai jawapan diberikan oleh anak muridnya, berdasarkan Quran, hadis, logik & sebagainya. Namun, seperti ada yang kurang daripada jawapan. Akhirnya, guru tersebut menjawab dengan sebuah jawapan yang tersangat ringkas & padat. Sehingga speechless takkala memahaminya....
Jawapnya: "Aku berusaha kerana AKU TIDAK MENGETAHUI". Maka, inilah kata penutup pertemuan pertama kami. Sambil aku mengatakan; "Saya tak pasti, adakah awak jodoh saya atau sebaliknya. Namun, apa yang saya tahu. Saya berusaha kerana saya tidak mengetahui... "
".... God knows, while you know not" [QS:2:216]
**Link FB mengenai posting ini, disini.
#Teknik Surat-Menyurat @ Pertemuan ke-2.
Antara teknik yang bagus untuk mengekspresikan perasaan dengan lebih jelas ialah dengan menulis surat. Contohnya, sekiranya kita sedang bergaduh dengan pasangan, elakkan memarahi melalui percakapan (mulut), takut bertambah buruk pertengkaran. Sebaliknya, tulislah surat untuk meluahkan apa yang terpendam. Kerana, apabila kita menulis, kita lebih menggunakan akal fikiran. *That's why, kertas Bahasa Melayu diperuntukkan masa berjam-jam, padahal karangannya hanya untuk 350 patah perkataan.
Surat pertamaku bertajuk 'Surat Hadiah'. Dimana, terdapat 2 hadiah yang aku berikan kepada beliau. Pertama, sebuah buku & yang ke-2 adalah 'rahsia' (tidak boleh diberitahu disini). Namun, yang menarik mengenai surat ini ialah terdapat maksud tersirat yang sukar ditemui. Maka, selepas beliau habis membaca, terus aku bertanya satu soalan:
Soalan: Jadi, dah jumpe 'hadiah yang sebenarnya' (bertanda 'X')?
*Soalan ni sebenarnya mendatangkan tanda tanya. Apakah maksud 'hadiah yang sebenar'? Bukankah bersama surat ini, sudah disertakan hadiah (2 jenis hadiah). Bukankah 2 hadiah itu hadiah? Atau, ianya sekadar "bayangan" kepada hadiah yang sebenar?
Soalan: Jadi, dah jumpe 'hadiah yang sebenarnya' (bertanda 'X')?
*Soalan ni sebenarnya mendatangkan tanda tanya. Apakah maksud 'hadiah yang sebenar'? Bukankah bersama surat ini, sudah disertakan hadiah (2 jenis hadiah). Bukankah 2 hadiah itu hadiah? Atau, ianya sekadar "bayangan" kepada hadiah yang sebenar?
Jika dihayati, 'hadiah yang sebenar' bukanlah buku atau hadiah ke-2 itu (yang dirahsiakan namanya). Tetapi, perkara lain yang disebut sebagai 'x' (*dalam matematik, perkara yang tidak diketahui disebut sebagai 'x'). Disebabkan tidak mahu memanjangkan penulisan, dibawah merupakan clue bagi mencari jawapan. Semoga ketemu Mr 'X', yang dicari selama ini.... (^_^)
Oh ya. Surat hadiah ini pendek jew. Just 2 pages. Jika baca, tak sampai 5 minit dah habis. Cuma, nak faham tu, maybe mengambil masa yang lama. Manakala, tema surat ini adalah berdasarkan jawapan Hukama mengenai soalan, "Apakah bukti orang berakal?".
#Bertunang: 1 step closer
Selepas mendapat persetujuan kedua ibubapa dan keluarga, kami ke proses yang seterusnya. Iaitu, bertunang (16/6/18). Disebabkan tempoh bertunang memakan masa berbulan-bulan (kadang-kala, boleh jadi bertahun), maka tempoh ini kami gunakan sebaiknya.
Sebelum melangkah ke alam rumahtangga, kami memulai perbincangan mengenai kehidupan. Antara topik yang dibincangkan seperti soal kewangan, perbezaan lelaki vs perempuan, cara menangani jika ada perselisihan, perancangan aktiviti & masa hadapan. Tidaklah terlalu detail. Sekadar mewujudkan gambaran dan tujuan sebelum perkahwinan. Umpama nak bina rumah, kenalah ada plan. Apatah lagi nak "mendirikan".
Soalan: Apa beza suka dengan sayang?
Hmmm.... Mudah untuk kita menyukai seseorang. Tetapi sukar untuk sayang. Umpama kita meminati artis. Kita suka artis disebabkan kelebihan yang ada padanya (suara sedap, cantik/ hensem & sebagainya). Namun, adakah kita sayang? Tidak. Kerana, suka hanya tertumpu pada kelebihan, tidak pada kekurangan...
Bagiku sayang itu berbeza. Sayang itu lahir daripada perasaan apabila sudi menerima kelebihan, kekurangan dan memaafkan. Umpama perasaan sayang seorang ibu kepada anaknya. Walaupun anaknya bukanlah anak yang baik, namun tetap disayangi dan sudi dimaafkan. Maka, renungkanlah kata-kata dibawah ini. Adakah kita sekadar suka ataupun sayang?
"Bulan dilihat dari jauh kelihatan cantik. Namun, semakin didekati tampak kelompongannya".
#Perancangan Kewangan & Kehidupan
Antara faktor utama yang menyumbang kes penceraian ialah masalah kewangan. Maka, seeloknya masalah kewangan ini diurus & dirancang bagi mengelak perkara yang tidak diinginkan. Sebagaimana yang kita faham; "Dunia untuk diurus, bukannya dirunsingkan". Maka, begitu jugalah soal kewangan.
Secara umum, kita boleh membahagikan umur manusia kepada 3 kategori. Iaitu, zaman muda, dewasa & tua. Dimana, terdapat 3 perkara yang sering berubah, iaitu Masa, Tenaga & Harta.
Kebiasaannya, mereka yang berumur 35 tahun kebawah sering mengalami masalah kewangan. Memandangkan, pada umur sebeginilah banyak perkara & komitmen yang perlu difikirkan. Seperti, soal pendidikan, perkahwinan, melahirkan/ membesarkan anak-anak, membeli kenderaan, rumah, dan pelbagai lagi. That's why, antara tip daripada Top Agent (Unit Trust); "Carilah client yang berumur 35 tahun keatas". Kerana, kebanyakkan mereka berwang (berduit).
Manakala, semakin meningkat umur ke kategori lebih 'dewasa', wang bukanlah masalah utama. Sebaliknya, berubah kearah masa. Dimana, kita kekurangan masa bersama keluarga (*keluarga disini ialah ibubapa kita yang sudah tua, anak-anak yang meningkat remaja dan isteri yang setia). Ulasan lanjut boleh dibaca disini.
Namun, apabila kita tua. Kita mula kehilangan tenaga dan penyakit mula datang tak dijangka. Teringat akan atuk-nenekku yang melalui fasa ini. Mereka memiliki harta dan masa, tetapi tidak memiliki tenaga seperti remaja. Maka, 'berehat' merupakan pilihan. Maka, disyorkan kepada mereka yang memasuki fasa tua ini, perbanyakkanlah amalan kebaikan dan mendekatkan diri kepada Tuhan. Bak kata ustaz; "Agak pelik jika dah tua pun, masih susah ke masjid (kecuali mereka yang terlantar sakit)".
Fahami roda Masa, Wang & Tenaga.
Oleh itu, belajarlah mengawal dan merancang kewangan diawal usia. Disini, aku share sedikit cara untuk menyimpan wang sebanyak 33% daripada pendapatan. Dan, menikmati 67% daripada gaji akhir selepas persaraan. Dengan syarat, wang yang kita simpan mestilah dilaburkan. Penjelasan, seperti slide semasa program InvestSmart dibawah.
#Penutup
Sekiranya diteliti apa yang ditulis, kebanyakan merupakan tip daripada buku dan sedikit pandangan peribadi. Bezanya cuma, tidak semua perkara yang dibaca itu diaplikasi. Ada kalanya, apa yang disyorkan itu sekadar sesuai untuk mereka, tetapi tidak pada kita. Maka berhati-hatilah dalam menerima. Ketahuilah, belum tentu apa yang baik untuk kita, baik juga untuk orang lain. Kerana kita adalah manusia, bukannya robot yang serupa.
Tertarik dengan kata-kata ending di dalam movie "English Vinglish" (Link Youtube). Namun, kata-kata tersebut diubah sedikit (nama pasangan) bagi menyesuaikan dengan pernikahan kami.
"A'tikah & Fedli....This Marriage is a beautiful thing. It is the most special friendship of two people who are equal.
Life is a long journey... Fedli, sometimes you will feel you are less. A'tikah, sometimes you will also feel you are less than Fedli. Try to help each other to feel equal. It will be nice.
.......................................
Family... Family can never be, never be judgemental. Never put you down. Never make you feel small...
Family is the only one, who will never laugh at your weaknesses. Family is the only place where you will always get love and respect.
That's all A'tikah and Fedli. Happy Anniversary~
May Allah bless both of you and live happily ever after. Amiin...
Oh ya. Apabila berbicara mengenai anniversary, kebiasaannya disediakan hadiah. Jadi, apakah hadiah yang aku berikan? Gerenti tertanya kan?.... Oklah, aku bagi 'hint'.
Sebenarnya, entry ini merupakan sambungan dan penutup surat pertamaku. Sekiranya diperhatikan didalam surat pertama, sekadar ditulis "Semoga ketemu Mr X yang dicari". Lihat perkataan "semoga ketemu". Disitu adanya harapan dan perancangan. Ketemu tidaklah bermaksud memiliki. Tetapi, ada kebarangkalian untuk menjadi suami isteri.
Maka, entry ini ditulis bagi melengkapkan ketiga-tiga tanda didalam surat tersebut; "Dengan Mengenal Utusannya (rombongan & pernikahan), Membaca Tulisannya (surat pertama & entry ini) dan Menilik Hadiahnya (mas kahwin & hantarannya)".
Sebagai penutup, diakhiri penulisan ini dengan tagline blogku sendiri:
Sebenarnya, entry ini merupakan sambungan dan penutup surat pertamaku. Sekiranya diperhatikan didalam surat pertama, sekadar ditulis "Semoga ketemu Mr X yang dicari". Lihat perkataan "semoga ketemu". Disitu adanya harapan dan perancangan. Ketemu tidaklah bermaksud memiliki. Tetapi, ada kebarangkalian untuk menjadi suami isteri.
Maka, entry ini ditulis bagi melengkapkan ketiga-tiga tanda didalam surat tersebut; "Dengan Mengenal Utusannya (rombongan & pernikahan), Membaca Tulisannya (surat pertama & entry ini) dan Menilik Hadiahnya (mas kahwin & hantarannya)".
Sebagai penutup, diakhiri penulisan ini dengan tagline blogku sendiri:
"Bismillah.... Dengan nama Allah, aku mencintaimu (A'tikah Razali)."
Yang Benar,
Fedli Isa (Slumb)
::Kita berusaha kerana kita TIDAK MENGETAHUI
#Kisah pertemuan, percintaan, perkahwinan & kehidupan bersama sebagai sepasang suami isteri (A'tikah & Fedli). Semoga kita kembali dalam keadaan redha & diredhai. (^_^)
::Kita berusaha kerana kita TIDAK MENGETAHUI
#Kisah pertemuan, percintaan, perkahwinan & kehidupan bersama sebagai sepasang suami isteri (A'tikah & Fedli). Semoga kita kembali dalam keadaan redha & diredhai. (^_^)