Perjalanan pulang ini, kadang-kala menyebabkan kita tertekan. Lantaran banyak perkara ingin dijaga, banyak pula yang perlu diusaha.
Disebabkan perjalanan pulang ini jauh, maka mudah kita terasa keletihan. Sehingga perlu kita berehat seketika, sebelum meneruskan perjalanan. Ya, perjalanan pulang ini kadang-kalanya lancar, kadang-kala mencabar.
Walaupun perjalanan ini kadang-kala diuji, tidaklah bermaksud hidup ini dipenuhi dengan sengsara. Sebaliknya, ujian itu adalah sebahagian daripada kehidupan. Lihatlah zaman persekolahan, sudah berapa banyak 'ujian' berjaya kita tempuhi. Dengan ujian tersebutlah kita berjaya "naik" kelas dan tingkatan.
Andai ditanya; Adakah ujian mereka yang pulang menaiki motosikal dengan kereta itu sama?
Sudah tentu tidak!. Mungkin saja, mereka yang menaiki motosikal itu lebih aman daripada kesesakan. Mungkin juga, mereka yang bermotosikal itu lebih ujian dengan turunnya hujan. Namun, apa yang pasti, masing-masing ada ujian.

Sebelum memanjangkan penulisan, eloklah sekiranya diperhalusi tema entry ini. Ianya diambil daripada ucapan takziah yang sering kita sebutkan takkala menerima musibah: "Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan".
Kenapa pentingnya ujian?
Jawabnya, untuk menilai adakah kita benar-benar beriman. Menerusi ujianlah, seseorang itu dapat dibezakan. Adakah sekadar 'sembang' atau memang berdasarkan kefahaman. Ringkasnya, ujian itu adalah indikator dan tempat untuk kita membuktikan.
Dalam hidup ini, akan ada waktunya kita diuji dengan sesuatu yang luar biasa dan melebihi limitasi kita. Ayuh kita renungkan, mengapa didalam didalam takbir raya disebut mengenai perang Ahzab. Lihatlah takkala tentera Islam dikepung dan terancam antara dua perkara iaitu kelaparan dan senjata. Sehingga tertanya dikalangan mereka; "Bilakah akan datangnya pertolongan Allah?"
Maka, Allah berfirman;
"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). (Surah Al-Baqarah, ayat 214). rujukan disini dan ini.

Tertarik dengan sebuah ceramah daripada Dr Ahmad Faisal. Orang baik ini boleh dibahagikan kepada dua. Bahagian pertama, orang baik yang TELAH diuji. Manakala, yang kedua ialah orang baik yang BELUM diuji. Golongan yang pertama, mereka yang diuji dan lulus dalam ujian tersebut. Contohnya, seorang polis yang diuji dengan rasuah, tetapi beliau menolaknya. Maka, beliau lulus dalam ujian tersebut.
Manakala, golongan kedua ialah seorang yang tidak diuji dan tidak ada peluang membuat dosa. Contohnya, seorang yang tidak pernah diberi rasuah, maka tidak pernahlah beliau menerima rasuah. Sebab, tidak pernah terdedah dengan "peluang" membuat kejahatan. By the way, kedua-duanya merupakan orang baik. Bezanya cuma, satu telah diuji, satu lagi belum diuji.
Dahulu, aku tidak mengerti. Kenapa ada orang yang sudah bertahun-tahun sakit, mereka seperti lebih mengharapkan mati daripada hidup. Tidak mahu sembuhkan? Namun, lama kelamaan tahulah aku takkala melihat segelintir rakan di dewan peperiksaan. Ada yang keluar lebih awal meninggalkan ujian, ada yang menunggu sehingga tamatnya peperiksaan.
Ya, menghadapi ujian sering menyebabkan kita tertekan. Namun, masalah yang sebenar bukanlah masalah. Sebaliknya, bagaimana kita bertindak-balas terhadap masalah tersebut. Samaada sabar atau marah, bersyukur atau kufur, berusaha atau pasrah...
Pilihan hidup berbentuk "pakej"
Di dalam hidup ini, kita perlu membuat pilihan. Ada kalanya kita merasakan pilihan yang kita buat adalah yang terbaik, namun sebaliknya yang terjadi. Begitulah dunia, walau sebaik mana kita meneka, belum tentu itu jawapannya.
Tertarik dengan sebuah kisah rekaan di pekan kecil. Terdapat 3 buah kedai jahit yang menawarkan perkhidmatan menjahit pakaian. Kedai A menawarkan servis yang berkualiti & pantas, namun harganya teramat mahal. Manakala, kedai B menawarkan harga yang amat murah dan berkualiti, tetapi servisnya terlalu lambat dan terpaksa beratur panjang. Dan, kedai C pula menawarkan servis yang pantas dan murah tetapi kurang kualitinya.

Begitulah dalam kehidupan, tiada perkara yang sempurna. Ada 'pro & con' dalam setiap pilihan. Dalam bidang ekonomi, perkara ini diperjelaskan menerusi konsep kos lepas. Iaitu, barang atau perkara ke-2 terbaik yang terpaksa dilepaskan. Dengan erti kata lain, konsep kos lepas ini menerangkan bahawa; di dalam dunia ini, sentiasa ada limitasi, kekurangan dan perkara yang terpaksa dikorbankan dalam setiap pilihan.
Cuba fikirkan. Kenapa di dunia ini, kita tidak akan dapat segalanya? Kenapa ada perkara harus dikorbankan untuk mendapatkan sesuatu? Kerana, sekiranya kita mendapat semua perkara, bertambahlah "keakuan" kita. Lihatlah Firaun takkala merasa memiliki segalanya, sehingga merasa dialah Tuhan. Maka, antara hikmah kita sentiasa diuji dan merasa kekurangan adalah untuk kita sedar. Kita adalah hamba yang sering meminta dan berdoa.
#Mudah untuk berkata setiap orang ada kekurangan. Namun, mampukah kita memahami?
Takkala kita sudah terbiasa bersendirian, terasa bergerak seorang diri lebih pantas daripada berkumpulan. Sebaliknya, bagi mereka yang sering bergerak secara berkumpulan, merasakan membuat sesuatu bersama-sama itu lebih menyeronokkan daripada berseorangan. Kadang-kala kita terlalu melihat sesuatu daripada kaca mata kita, sehingga melupakan orang lain juga mempunyai mata.
Memandangkan perjalanan pulang ini jauh dan penuh berliku, maka eloklah sekiranya kita mempunyai teman agar perjalanan ini tidak membosankan. Dan orang yang paling ideal sebagai teman ialah pasangan hidup kita sendiri. Kerana itulah penting kita memilih pasangan dan kawan.

Apabila kita perlu mendaki ke tahap baru, terasa ketidaktentuan di jiwa. Jalan yang biasanya kita lalui, mula berubah kini. Dahulunya kita terbiasa dengan zaman persekolahan, namun kini terpaksa melangkah ke zaman pekerjaan. Dahulunya kita diajar, kemudiannya diuji. Namun kini, kita diuji untuk dipelajari.
#Perjalanan dan pendakian dalam kehidupan
Takkala diri semakin berusia dan bertambah tanggungjawab, kadang-kala terdetik difikiran. Alangkah bahagianya zaman kanak-kanak dan persekolahan. Namun, sekiranya ditanya adakah kita mahu kembali kepada zaman tersebut? Aku katakan tidak!
Kerana, biarlah apa yang berlalu. Andai kita dapat undur masa, belum tentu kita seperti dulu. Biarlah apa yang terjadi menjadi sejarah. Untuk kita renungkan dan pelajari, bukannya disesalkan atau dilupakan.
"Ada-kalanya, lif tidak berfungsi. Maka, tangga adalah altenatifnya".
Penutup:
Ya, semua manusia akan pulang kepada Allah. Namun, perjalanan setiap manusia itu berbeza dan memiliki liku yang tersendiri. Umpama ujian di peringkat tinggi untuk mendapatkan segulung Ijazah.. Sudah tentu perjalanannya tidak serupa untuk mendapatkan 'Master'. Maka secara logiknya, semakin tinggi pengajian, semakin sukarlah ujian.
Kadang-kala aku terasa takut untuk memberi nasihat dan pandangan. Takut-takut, kita pula yang dipersalahkan. Dalam memberi nasihat, sering kita merasa bahawa apa yang kita perkatakan itu adalah baik untuk semua. Sehingga ada kalanya kita menganggap, nasihat kita itu seumpama arahan untuk mereka. Begitu juga yang menerima. Usahlah menerima bulat-bulat apa yang diperkata. Perhalusi lagi, mungkin ianya sesuai untuk mereka tetapi bukan untuk kita. Agar, takkala kita memilih sesuatu, kita tidak menyalahkan sesiapa sekiranya tidak berjaya. Juga, kita tidak terlalu berbangga, dengan pandangan kita yang banyak cacat cela.
Sudah hampir ke penutup. Namun, ianya bukan penamat bagi segala-galanya. Apa yang ditulis disini hanyalah sebahagian kecil perkara yang ingin dikongsi. Dan, masih banyak perkara yang akan kita tempuhi. Apa-apa pun, suka diingati semula. Pilihan hidup ini berbentuk "pakej" dan tiada yang sempurna.
Akhir kata, renungkanlah kembali tulisan ini. Walaupun kelihatan pendek dan kurang berkait, mungkin ada maksud tersembunyi. Bak kata dalam dunia penulisan; "Easy reading is damn hard writing".
#Jutaan terima kasih buat isteri yang dicintai (A'tikah Razali) yang sudi menemani dan mengharungi perjalanan ini bersama-sama. Terima kasih juga kerana banyak bersabar, membantu dan memahami sang suami. Semoga perjalanan kita dipermudahkan dan diredhaiNya. Aamiin... (^_^)
Fedli Isa (Slumb)
Muharram 1441 hijrah.
::Sebuah perjalanan dalam erti hijrah.