Wednesday, March 1, 2023

Part 1: Pengalaman Accident & Masuk Hospital (GL)

Kali ini ingin aku berkongsi pengalaman aku kemalangan jalan raya, cara buat report polis dan sehinggalah proses tuntutan Perkeso. Namun, untuk entry ini, aku terpaksa bahagikan kepada 2 part. 

So, untuk memudahkan bacaan, aku mulakan penulisan part pertama ini dari kemalangan jalan raya sehinggalah selesai rawatan di Hospital. Untuk tuntutan Perkeso & lain-lain, itu part ke-2 nanti. InsyaAllah.


Kemalangan Jalan Raya

Sepanjang aku hidup 31 tahun, boleh dikatakan ini merupakan kemalangan jalan raya pertamaku. Disebabkan dah lama tidak diuji, kadang-kadang kita terasa diri bebas daripada kemalangan. Macam itulah mindset kita semasa sihat. Alaa, aku dah hidup 40 tahun, ok jew. Takde penyakit pun. Buat apa ambik insurans/takaful nyawa dan perubatan?

Tup-tup, ujian dan kemalangan datang tidak diduga. Jadilah seperti kisahku ini. Honestly, selepas kemalangan dan diriku terbaring ditepi jalan, antara perkara yang terlintas dalam fikiran ialah "Betul kew ni, aku kemalangan?" Serius, aku macam tak percaya sebab aku tak pernah kemalangan sebelum ini.

Aku yang berbaju kemeja merah. 19/05/2022


Alhamdulillah, aku bernasib baik semasa kemalangan jalan raya ini. Kerana, tiada kecederaan di otak dan kemalangan ini berlaku berdekatan dengan tempat kerja. So, ramai staff tempat kerja yang datang membantu. Terima kasih semua. Depa-depa inilah yang banyak membantu aku tangkap gambar kemalangan dan tolong hantar ke hospital (ambulan sampai lambat disebabkan jalan jem. Biasalah, KL).


Memilih Tempat Mendapatkan Rawatan (Hospital)

Kebiasaannya, untuk kes kemalangan jika mangsa tidak sedarkan diri, pilihan pertama ambulan ialah hantar ke hospital kerajaan untuk dapatkan rawatan. 

Jap, kenapa tak hantar ke hospital swasta ?

Ada 2 sebab utama. Sebab pertama JIKA mangsa tidak sedarkan diri semasa kemalangan. So, camne pihak ambulan nak tahu, mangsa ada medical card or x? Dan, walaupun ada medical card, tak semua hospital dalam kategori hospital panel. Kedua, keutamaan ambulan/hospital ialah untuk menyelamatkan mangsa. Jadi, jika mangsa tak sedarkan diri, pilihan terbaik ialah hantar ke hospital kerajaan dahulu. Then, after sedar nak tukar hospital swasta, ianya terpulang kepada pesakit. 


Untuk kes aku, alhamdulillah masih sedar dan sempat membuat carian senarai hospital panel yang berdekatan. Kemudian, rakan mengesyorkan Gleneagles Hospital KL memandangkan ini antara hospital panel yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan. Dengan bantuan orang sekeliling terutama rakan2 sekerja, aku sampai di bahagian kecemasan hospital dan didaftarkan untuk mendapatkan Initial Gurantee Letter (GL) daripada pihak insurer (e-MAS : TPA untuk Gathercare).


Untuk kes aku (kemalangan), Initial GL cepat lulus. Dalam sejam camtu, settle. 
Oh ya, ada beberapa benda yang aku rasa wajar aku kongsikan bawah point ini. Iaitu:

1. Orang kata, Gleneagles Hospital ni mahal cikit. 
Tapi, bukan kew insurer kita yang akan bayarkan? GL dah lulus kan, so apa nak risau.

Ya, hospital ni mahal cikit. Dan, memang apabila GL lulus, kos sepanjang kita warded untuk mendapatkan rawatan akan dicover. Tapi, kalau rajin baca term & condition insuran/takaful, tak semua perkara cover. Contohnya, ada terma co-takaful, xde cover rawatan pre & post-treatment, dan banyak lagi. 

Untuk kes aku, 2 GL diluluskan. GL pertama untuk warded selama 6 hari & operation hidung. GL kedua untuk rawatan gigi (daycare). Total bil hospital, GL cover sekitar 20k+. 


Gambar semasa di wad : Gleneagles Hospital KL


2. Caj operate (bedah) pada hari bekerja (Isnin-Jumaat) vs hari minggu/cuti umum berbeza. 

Pada mulanya, operation hidungku dicadangkan pada hari sabtu petang/pagi ahad. Tapi, pihak insurer tak nak. So, pihak insurer nego minta operation dibuat pada hari bekerja (Isnin). Lagipun, operation aku ini bukanlah urgent. So, camtulah perbincangan pihak insurer dengan hospital.

Sebab apa pihak insurer tak nak operation hari cuti/weekend?
Sebab caj Overtime. Caj overtime boleh jadi 2-3x ganda daripada rate biasa. 

3. Post-treatment (follow-up)

Actually, memang best duduk kat hospital yang mahal. Layanan tiptop, bilik besar & selesa, doktor & nurse pelbagai bangsa, tapi bila bersembang, macam depa ni orang melayu. Dan, depa marah pun style professional. Teringat kata member aku masa keje bank, dia citer pasal "professional". Camne kita nak marah tapi dengan cara professional. Pada aku, nurse dan doktor kat sini memang well-trained. 

Oh ya, aku bernasib baik kerana follow-up dengan kedua-dua doktor (selepas operation hidung & gigi), depa caj pada kadar minima & ada yang tidak dicaj. Sebab depa faham, aku kena bayar sendiri untuk Post-treatment (follow-up). By the way, aku pernah tanya kat nurse standard caj kat hospital tu untuk follow-up. Katanya, sekitar RM200+/per follow-up. Alhamdulillah, nasib aku baik sebab dapat doktor yang baik hati.





Proses mendapatkan GL?

1. Cari hospital panel yang memudahkan & berdekatan. Perlu di ingat bahawa ada hospital swasta, kita perlu bayar deposit terlebih dahulu walaupun kita ada insurans/takaful. Tapi, jangan risau. Deposit akan dipulangkan semasa discharge. Untuk kes aku, tak perlu duit deposit.

2. Daftar kemasukan




Pada aku, step-step untuk masuk hospital tak lah susah sangat (refer pic diatas). Setiap insurer, lebih kurang sama sahaja step/prosesnya. If masih sedar time kemalangan, actually kita mampu buat sendiri dengan bantuan seseorang (tolong drive & etc) untuk ke hospital. 

Untuk kemasukan ke hospital, umumnya ada 2 kategori : Kecemasan & bukan kecemasan. Untuk kes kecemasan seperti kemalangan, jika ada perlindungan medical, boleh terus ke hospital panel. Tapi, untuk kes macam sakit, if tak sure serius or tak, better dapatkan rawatan di klinik dahulu untuk dapatkan nasihat & refferal letter (sebelum dirujuk ke hospital). 


Tak semua insurer cover?

Sekiranya anda ada medical protection/card, ketahuilah tidak semua perkara dilindungi. Benda ni macam insurans kereta kita jugak. Kena add-on perlindungan sampingan, tapi bayaran pun kena "ADD" jugaklah. 


Utk bil pertama, GL cover 14k+ lebih. 
TAPI, aku kena bayar RM35 sahaja untuk medical record fee. Ya, aku kena bayar pakai duit sendiri. Sebab, benda ni tiada dalam senarai perkara dicover. Ok la kan, aku just keluarkan kos bawah RM100 untuk rawatan yang berbelas ribu ini. Hatta, kos asal aku join Gathercare ni pun, aku bayar tak sampai RM500 setahun.




Untuk bil ke-2, aku malas nak upload sebab sama point jew. Untuk caj rawatan ke-2, sekitar RM 5k+ (GL). Daycare - Rawatan gigi.



Penutup:

Mungkin ada yang tertanya, aku guna medical card/protection company apa? Berapa bayar bulan-bulan? 

Untuk perlindungan kematian (life), aku macam kebanyakkan orang ambik takaful (hibah). Just, untuk medical protection aku pilih Gathercare "altenatif insuran/takaful". Nak cakap murah, tak jugak. Tapi, oklah sebab aku boleh berjimat sehingga 50% berbanding langgan medical card. 

Apa yang penting semasa langgan perlindungan ialah adakah kita mampu bayar bulan-bulan sehingga kita mati /habis kontrak? (Ingat, semakin kita bertambah usia, bayaran bulanan takaful akan semakin naik).


Oh ya, ada satu perkara aku sedar. Iaitu kepentingan mencarum dengan PERKESO. Serius, banyak benefit perlindungan Perkeso kepada para pekerja, dimana benda ni kita jarang dapat walaupun dah ambik takaful/insurans peribadi. 

Jika dilihat kat website Perkeso, banyak inisiatif baru mereka. Antaranya mengalakkan pekerja gig (grab, panda, freelancer & etc) untuk mencarum dalam Perkeso. Tak keterlaluan jika aku katakan, sekiranya anda seorang pekerja gig, perlindungan yang WAJIB ada ialah : PERKESO 

If takde banyak duit nak ambik takaful (life & medical), mencarumlah dalam Perkeso dahulu. Sebabnya, maybe kat Part 2, aku akan beritahu lebih detail. 

Then, if ada duit lebih sikit, ambiklah produk Life protection. Ala, yang orang sekarang panggil "Hibah Takaful" tu. Dan, jika ada duit banyak lagi, ambiklah Medical protection/card (kalau macam aku, join Gathercare - Alternative medical protection).


Sebab apa aku suruh ambik Perkeso dahulu dan last sekali baru medical?
Ada 2 sebab. Pertama, bayaran bulanan. Bayaran bulanan paling rendah ialah Perkeso. Dan, paling mahal ialah medical protection/card (2-3x ganda bayaran Life protection). 

Sebab kedua, manfaat perlindungan. 


Akhir kata, setiap orang akan menghadapi kematian. Ya, MATI itu wajib.
Dan, sakit pun kita semua akan hadapi. Tak kisahlah, sakit ringan macam demam sehinggalah sakit kronik sehingga membawa kematian.

Sekian, sekadar berkongsi pandangan. Moga ada manfaat & panduan. 



Note: Aku dah tak jadi agent Gathercare dah sejak 2023. Tapi kalau ada sesiapa yang berminat dengan Gathercare, sila klik disini untuk mendaftar.


Yang Benar,
Fedli Isa (Slumb)
"Langit dilihat banyak kerana banyaknya awan,
Kebenaran dilihat banyak kerana berbezanya fikiran"