Wednesday, July 26, 2023

Adikku: Student Sains ambik CAT-ACCA

Tahniah kepada adikku Atikah Isa kerana BERJAYA menamatkan pengajian CAT-ACCA beliau. Alhamdulillah. 




Hadiah? 

Selepas memikir panjang, hadiah special yang aku ingin berikan sempena kejayaan ini adalah menulis kembali perjalanan hidup beliau sejak mula-mula sehingga sekarang. Ya, hadiah terindah padaku adalah sebuah kenangan dan pengajaran. Sebab, ada sesuatu yang berharga telah beliau pelajari. Hatta, aku pun tak mampu untuk mengajarkannya. 




Mukadimah

Memandangkan kisah ini seperti panjang, maka aku cuba ringkaskan dan buat mengikut urutan. Dimulai dengan sebelum melanjutkan pengajian, semasa dan diakhirnya. Apa yang menariknya, beliau merupakan pelajar jurusan Sains di MRSM. Tak pernah belajar prinsip perakaunan, tup-tup memohon program Peneraju Profesional Akauntan Muda (CAT-ACCA) dan lulus interview dan exam (math & english). *Mix sponsorship (loan & biasiswa).


1. Sebelum melanjutkan pelajaran

Adik aku ni special sikit. Anak bongsu la katakan. Mostly, banyak perkara dia dapat. Jangan salah faham, family kami biasa-biasa sahaja. Orang kampung, ayah pesawah. 

Kalau ikutkan otak logik, tak cukup pendapatan parent aku untuk menampung perbelanjaan kami sekeluarga. Namun, rezeki itu anugerah. Kadang-kala, Allah bagi direct kat anak-anak melalui biasiswa. Dan itulah yang adik aku dapat untuk tampung perbelanjaannya.

Maklumlah, masuk MRSM perbelanjaan tinggi. Budak-budak 'berada' majoriti. Adik aku pernah cakap; "kebanyakkan yuran dan perbelanjaan beliau adalah daripada duit biasiswa yang diterima". Sehingga dia rasa segan meminta dengan keluarga. Bukan apa, tapi kerana dia faham keadaan keluarga berbanding rakan MRSM yang 'berada'. Ya, kami adik beradik diajar berdikari tanpa disedari. 



Ego & Kegagalan

Mungkin ada yang tertanya. Apa yang menarik untuk aku kongsikan kisah adikku disini? 
Ada. Iaitu sebuah pengajaran yang aku sendiri tak mampu untuk ajarkan. 

Entahlah, semakin berusia dan memikul tanggungjawab sebagai abang, suami dan ayah. Aku tersedar beberapa perkara. Jika boleh, kita mahu anak dan orang dibawah tanggungan kita semuanya berjaya. Tak kesah pakai kabel ataupun apa, asalkan mereka melalui jalan kejayaan. Tapi, ada satu jalan yang kita tidak berani tunjukkan, iaitu jalan kegagalan & kekecewaan. Kalau boleh, biarlah kegagalan itu mereka belajar sendiri atau daripada orang lain. Dan antara perkara yang aku takut tentang adikku ini ialah EGO. Takut-takut, dia rasa bahawa dia pandai sebab dia, hebat sebab usahanya. 

Compare dengan adik beradik yang lain. Boleh dikatakan, perjalanan hidup adik bongsu aku ni nampak mudah (atau, kita sahaja yang nampak mudah?). Kurang usaha, tapi dapat hasilnya. Jarang study, tapi keputusan membanggakan. 


Aku pernah cakap kat dia. Antara adik beradik, hang paling beruntung. Banyak benda hang dapat. Namun, jawapan balas spontannya membuat aku memikir. Katanya;

"Actually, lagi susah apabila kita sering berjaya. Sebab, orang akan letakkan target dan harapan yang lebih tinggi kat hang. Kalau hang jatuh, sakit". 

Aku terdiam... 


2. Semasa melanjutkan pelajaran

Banyak kali dia menangis, struggle & tertekan sepanjang pelajaran ini. Banyak sangat, sampai aku rasa serba salah. Samaada untuk support dia teruskan atau berhenti. Namun, aku rasa antara perkara yang membuat dia kuat ialah sebab loan pengajian (jika berhenti, kena bayar balik semuanya). Dan, sebab keluarga aku orang kampung, ayah pesawah. Mana mampu untuk membayar loan jika dia berhenti belajar. *total kos CAT-ACCA hampir RM 100k (kalau tak silap).



By the way, bila difikirkan semula. Loan ini bagus sebenarnya. Ianya adalah PUSH factor. Daripada kisah adik aku ini, aku nampak ramai orang sebegini. Antara student yang guna duit loan berbanding student yang pakai duit biasiswa/ FAMA (father & Mother), student yang pakai loan ada kelebihan sebab ada push factor. 

Sempat bersembang beberapa kali dengan isteri pasal isu ini. Dengan kesimpulan, aku lebih suka anak-anak aku sambung belajar pakai loan. Untuk mereka rasa tanggungjawab hidup. Dan untuk mereka rasa, segala pinjaman yang mereka dapat hari ini, perlu dibayar semula. Kerana setiap sesuatu perlu pengorbanan, bukannya percuma.


3. Selepas tamat pelajaran

Ada beberapa perubahan yang amat positif pada aku. Antaranya, tiba-tiba jadi pandai memasak. Benda ni, rentetan sebab ada subjek ACCA yang dia gagal. Dan, kena bayar sendiri exam fee (dlm matawang Pound -GBP). So, dia pinjam cikit duit daripada emak. Tu yang at same time, kena tolong kat dapur. Berbeza betul. Dulu-dulu, dia memang tak suka memasak. Sekarang jadi pandai pulak. Itulah, antara hikmah "loan". 



Penutup

Sering kali aku terkejut dengan perkembangannya. Sebagai abang, kita biasanya akan nilai adik sebagai mereka yang lambat matang daripada kita. Tapi tanpa sedar, ada perkara mereka lebih hebat daripada kita. 

Dalam penulisan ini, tidak semua perkara dapat aku nukilkan kembali. Mungkin juga, ada few yang aku terlupa. 


Akhir kata, tahniah adikku Atikah atas graduasi. Bukan mudah bagi seorang budak sains, tiba-tiba ambik ACCA dengan zero knowledge pasal accounting. Tahniah juga sebab menjadi orang pertama dalam keluarga yang mempunyai sijil professional ACCA. 

Btw, setakat hari ini ada 2 bidang yang aku syorkan kepada anak-anakku apabila besar untuk sambung belajar. Iaitu:

1. Bidang yang ada sijil professional (Kalau accounting, terus ambik CAT-ACCA tanpa buat degree)

2. Bidang kemahiran : Memasak (chef)


Yang Benar,
Fedli Isa (Slumb)
"Everyone is gifted. But, some peoples don't open their packages"