Friday, May 29, 2015

Pentingkah merancang kewangan?


                 .....Berjimat cermat amalan yang BAIK, 
TETAPI melabur amalan yang BIJAK!...


Darah anak remaja. Terutama mahasiswa. Antara perkara yang ingin dibeli takkala mula berkerja adalah kereta. Ini belum bercerita soal kos perkahwinan dan sara hidup yang semakin tinggi.

Dan, ada juga yang bercita-cita ingin memiliki rumah sebesar istana. Mana satu perlu kita utamakan, diri tertanya...


Mampukah golongan muda seperti kita untuk terus 'survive' dalam dunia hari ini? Jika zaman pak kaduk dahulu. Orang yang kaya raya, digelar. "Harta 7 keturunan tak habis". Namun, zaman kita bagaimana? Adakah, "Hutang 7 keturunan, tak abis-abis". Fikirkan... 


Fokus kepada topik kita. Ingin ku bawa dalam bentuk cerita.
Tersebutlah kisah..... Seorang mahasiswa keluaran universiti tempatan, baru sahaja mula bekerja di bandar besar. Gaji permulaan beliau, tidaklah sebesar gajah. Tetapi CUKUP jika diurus dengan "BIJAK".

Ringkasnya mengenai beliau;
Gaji bersih beliau RM 2,000, berumur lewat 24 tahun. Namun, beliau merancang untuk ;
----Gap 3 tahun----
i) Bercadang ingin mendirikan rumah tangga sekitar umur 26-27 tahun (assume kos RM15k)
ii) Ingin memiliki kereta sendiri (assume, 2nd hand pada harga RM15k). Total simpanan yang perlu dikumpul pada 3 tahun pertama ialah RM 30,000.
----Gap 3 tahun----
iii) Ingin memiliki rumah sendiri pada usia 30 tahun. Assume 10% deposit sekitar RM30k
----Gap 3 tahun----
iv) Memiliki tabungan sebanyak RM100k selepas 7 tahun perkahwinan. (26 + 7 = 33 tahun).

Kita andaikan. Saudara diatas menyimpan separuh daripada gajinya iaitu RM1,000 setiap bulan.
Note : Kenaikan kos sara hidup, gaji & sebagainya, kita ketepikan dulu...

Dan, kos sara hidup semasa bujang ialah RM500-700 sebulan (makan luar, phone berinternet, sewa bilik bujang, kenderaan dan bukan kaki shopping). *Ini berdasarkan data perbelanjaan semasa saya menetap di PJ-2015.


Jika anda perasan. Saya ada buat "GAP MASA" setiap 3 tahun. Tempoh gap itu, kita boleh gunakan untuk memfokuskan pada misi kita yang seterusnya. *Gap umur saya, abang dan adik saya ialah 3 tahun atas, 3 tahun bawah. Orang kata ; It's about planning...

Seandainya beliau dapat menyimpan separuh daripada gajinya (RM1k). Maka, RM1,000 didarab dengan 36 bulan (3 tahun), bersamaan RM 36,000. See... Kita dah berjaya memenuhi target beliau bagi 3 tahun pertama. Easy kan?


Walaupun idea diatas nampak easy, tapi kita perlu lihat dari sudut lain juga. Bayangkan, jika berlaku kemalangan atau perkara tidak diingini pada diri kita, bagaimana? Habis duit simpanan terpaksa digunakan untuk cover perubatan.

Jadi, plan diatas saya ubah sedikit. 1st, kita senaraikan semua perbelanjaan kita ;
Belanja hidup bujang sebulan = RM 700
Bayar PTPTN = RM 170
Others = RM100 (protection dimasukkan disini. Takaful)
Total expenses = RM970 sehingga RM1000 (max).

Dan, baki sebanyak RM 1,000. Kita buat perkara dibawah ;....

Step pertama: Bulan pertama anda bekerja sehingga bulan ke-6 shj

1. Buat tabung kecemasan. Ini PENTING. Tabung ini, kita hanya gunakan jika memang berlaku kecemasan. Dan, jumlah yang perlu ada didalamnya MESTILAH bersamaan 3-6 bulan perbelanjaan kita. So, bagi kes ini. RM700 x 6 bulan = RM 4,200. 

Duit ini, kita boleh simpan kat Tabung Haji. Jangan sesekali parking kat akaun simpanan biasa  yang ada kad, atau join skim cepat kaya. Tabung ini, anda guna konsep "kura-kura". Biar lambat, asal selamat...

2. Buat simpanan Asas sebanyak 10% daripada gaji. Bersamaan (2k x 10%) = RM 200. Wang simpanan asas ini boleh digunakan untuk membeli rumah, mengerjakan umrah & haji, kawen, beli kenderaan, pendidikan anak-anak dan perkara "baik" yang lain. Duit ini, kita boleh simpan kat Tabung Haji ataupun beli/invest saham yang berkualiti/Blue Chip/growth/undervalue untuk medium hingga long term. 

3. So, ada balance sebanyak RM100 lagi kan?. Duit ni, kita bagi kat ibubapa untuk permulaan kerjaya kita. Jangan pi joli pulak...


Step kedua : Bulan ke-7 dan seterusnya

1. Selepas tabung kecemasan anda sudah PENUH. Maka, anda boleh berhenti menyimpan RM700 ke dalam tabung tersebut. Dan, biarkan wang anda sebanyak RM4,200 disimpan di TH. Lupakan tabung tu dalam hidup anda. Takkala datang musibah, barulah kita buat-buat teringat semula. Ok? (Begitulah manusia dengan Tuhannya. Kan? *Abaikan jika tidak benar).

*Jika anda perasan, saya tidak sebut ASB disini (maaf ya, sebab saya selesa dengan fatwa Selangor dalam isu ini walaupun pernah suatu masa dahulu, berkali2 ingin tukar view saya hanya kerana wang. Akhirnya, tak jadi tukar jugak. Jika kita berubah kerana wang, itu merbahaya. 
Namun, jika anda berpegang kepada HARUS, ok. Teruskan saja dengan ASB....

2. So, apa yang perlu anda lakukan dengan RM700? Shopping?
Jangan... Perancangan kita seterusnya ialah NAIKKAN kadar simpanan asas kita dari 10% ke 20% (peratusan ini, depand pada diri sendiri). Jika nak simpan 30% pon boleh.

3. Buat tabung baru. Iaitu, tabung untuk "Pelaburan" dalam ilmu dan diri. Contoh, RM 100 setiap bulan. Juga, boleh gunakan bagi membantu next target anda (cth, deposit rumah). *Jika kewujudan tabung ini tidak membantu, abaikan sahaja.

4. Naikkan duit untuk ibubapa. Dari RM100 ke RM 200 (contoh).

5. Dan, jika ada lebihan baki. Wang itu, kita boleh gunakan  untuk diri sendiri (enjoy) atau tambah perlindungan/protection takaful kita.

Oh ya. Dalam bab protection/takaful, saya INGATKAN. Ada 2 perkara penting yang PERLU kita ambil. Iaitu ;
i) Medical
ii) Term insurance/takaful

Yang selain tu, seperti investment dan sebagainya. Saya kurang galakkkan. Ingat objektif utama kita ambil takaful iaitu protection!.

So, rumusan bagi step kedua kita ini (bulan ke-7 & keatas) ialah ;
Duit RM1,000 -> Diagihkan kepada beberapa kawasan.

Simpanan Asas = RM600
Tabung Baru = RM100
Ibubapa = RM200
Dana backup perbelanjaan harian = RM100


Maka.... Selepas 3 tahun berlalu.... (analisis kasar)
Tabung kecemasan = RM 4,200 darab 6% dividend Tabung Haji setiap tahun (kita simpan 3 tahun). Di akhir 3 tahun, tabung kecemasan kita berjumlah RM5,002 di Tabung Haji.

Simpanan Asas : RM200 x6 bulan = RM1,200
RM600 x 6 bulan = RM3,600. So, pada tahun pertama. Kita ada RM4,800 yang boleh dilaburkan. Assume, average return pelaburan kita 13% setahun (saya prefer melabur saham sendiri atas beberapa sebab tersendiri. btw, if anda tiada masa untuk belajar melabur & malas nak menimba ilmu, seeloknya simpan kat Unit trust shj). RM4,800 darab 15% = RM5,520.

Tahun ke-2 : RM5,520 + 7,200 (simpanan RM600 x12 bulan) = 12,720.
RM12,720 darab 15% = RM12,720.

Tahun ke-3 : 12,720 + 7200 = 19,920
RM19,920 darab 15% = RM22,908. (tak cukup 7 ribu drpd 30k). But, it's ok.

Tabung baru : RM100 x 30 bulan = RM3,000.


Kesimpulan "kasar" selepas 3 tahun : Kita masih belum capai target mengumpul RM30K. Jumlah simpanan asas kita pada tahun ke-3 bersamaan RM22,908 sahaja (iaitu kekurangan sebanyak RM7,092). 

Namun, apa yang membezakan ialah ;
1. Anda ada tabung kecemasan di Tabung Haji sebanyak RM5,002 (jumlah ini semakin berkembang setiap kali dapat dividend).
2. Anda ada PROTECTION!. Jika ada kemalangan, takaful cover anda. Duit anda, anda simpan. 

Atas hajat untuk memenuhi 2 target tadi. Ini cadangan saya. Iaitu kurangkan perbelanjaan perkahwinan & beli kereta 2nd yang berharga RM10k sahaja. Bagi kes mengurangkan perbelanjaan perkahwinan, mungkin boleh guna alasan ini ;

1. Maaf puan... Saya tak mahu kawin dalam hutang. Cuba bayangkan selepas kami kawin nanti. Kami mungkin tak mampu berikan wang setiap bulan kepada puan/ibubapa sebab terpaksa bayar hutang pinjaman (macam ugut la cikit. Sebab, bila ada hutang. Perbelanjaan kita terpaksa kita "mengubah" dan pembahagian wang simpanan juga kita perlu selaraskan/potong, termasuklah duit untuk ibubapa mungkin dikurangkan). Kita boleh kata ; kami bercadang nak beri wang bulanan sebanyak RM200, tapi disebabkan kena bayar hutang, terpaksalah kami potong menjadi RM100. (Ini contoh jew. btw, pandai2 la korang membodek. Mengayat anaknya pandai, takkan mengayat emaknya xtahu?)

*Antara benda penting disini ialah, korang tunjukkan bahawa korang ada perancangan masa depan kepada keluarga belah sana untuk anak mereka. Seperti, bila target nak beli rumah dan sebagainya. (Orang tua-tua sering bertanya ; Bila besar nanti, nak kerja apa?). Nah, ini antara bentuk soalan mengenai "perancangan".


Sebenarnya, boleh saja kita capai target RM30k dalam masa 3 tahun, dengan gaji RM2k. Cuma, malas untuk saya menulis panjang lebar. Saya pasti, anda mempunyai otak secerdik manusia. So, fikirlah ya... (^_^)


Berjimat cermat amalan yang BAIK!.

Sebelum terlupa. Amalkan berjimat cermat dalam perbelanjaan. Kadang-kala, saya agak aneh dengan orang yang sanggup membayar mahal-mahal untuk hadir ke program motivasi. Bukan kerana program motivasi berbayar itu tidak bagus, tetapi saya tertanya. Adakah kuliah agama PERCUMA di masjid/surau, GAGAL memberikan kita motivasi?


Oh ya. Sebelum itu. Izinkan saya SHARE 3 tempat yang patut anda cari, JIKA 'berhijrah' ke tempat baru iaitu ;
1. Tempat Makan
2. Masjid
3. Perpustakaan/ Universiti

Sebab APA?
Kerana, ketiga-tiga tempat diatas adalah tempat "makanan". Makanan untuk jasad, rohani dan akal. btw, saya percaya. Kebanyakkan orang yang pergi masjid, bukanlah orang yang baik. Sebaliknya, orang yang ingin MENJADI BAIK

Dan, sering kali saya kongsi tip kat adik2 perempuan saya iaitu ;

"Jika nak cari suami, cari yang suka pi majlis ilmu & program ceramah". 

Sebab... Daripada pemerhatian kasar, majoriti yang suka pi majlis ilmu, tidak merokok. Tapi, ada jugak yang merokok. But, it's ok la. Asalkan dia ada usaha  MENJADI BAIK. 

Dalam buku "It's not how good you are, Its how good you want to be", saya tertarik dengan persoalan yang ditimbulkan.

"Have you noticed how the cleverest people at school are not those who make it in life?"


Apa yang saya ingin highlight dalam soalan diatas ialah ; 
Ada beza. Antara seorang yang ingin belajar dengan seorang yang rasa sudah terpelajar.


Akhir kata, renungkan kata-kata & video dibawah ini...

                 .............Baru kusedari
Dunia yang selama ini kurebuti
Sudah ada pemilikNya...........        



"Sesungguhnya dunia itu ialah kampung bagi sesiapa yg tiada kampung. Harta bagi mereka yang tiada harta..... 


Orang yang memburu segala keinginan dunia ialah orang yang tidak benar-benar mengenalinya..."


Nasihat kepada kita (termasuk saya) : Antara masalah dunia hari ini. "Orang kayanya tidak mahu beriman, orang berimannya tidak mahu kaya". Akhirnya, kekayaan dipegang oleh mereka yang "GILA" dunia.



Sekian dari saya.
Semoga bermanfaat!
Fedli Isa (Eddy/ Slumb)




Thursday, May 21, 2015

Gelang getah & hubungan



Kenapa lelaki sering bersikap aneh? (kebanyakkan perempuan tertanya soalan ini. Termasuklah yang dah berkahwin).

Pada mulanya, lelaki menunjukkan sikap penyayang, mengambil berat, cinta kepada perempuan yang ia sukai. Namun, lama kelamaan, perasaan itu semakin pudar. “Adakah dia sudah tidak sayang kepadaku lagi” (bicara hati seorang wanita). Dia ada perempuan lainkah? (jarum mencucuk-cucuk).


Apabila perempuan mencintai seseorang. Seluruh hidup dan masanya adalah untuk orang yang ia cintai (memasak, menjaga anak, mengemas rumah. Malahan, ada yang turut bekerja membantu si suami).

Hari demi hari menyelusuri dunia suami isteri. Si isteri tertanya. Kenapa kasih sayang si suaminya semakin pudar. Tidak seperti semasa mereka baru mendirikan rumah tangga.

Jika anda berharap, “hanya anda sahaja berada di hati lelaki setiap masa, itu merbahaya”. Kerana, lelaki & wanita itu berbeza. So, lelaki ini bagaimana?

Jawapan mudah, umpama gelang patah/ getah. 
Untuk mengelakkan hangpa bertanya, getah tu macam mana. Nah, aku upload gambar getah. 

Cuba bayangkan, anda tarik getah dan tidak lepaskan dalam tempoh yang lama. Apa akan jadi? 
Jadi kendur bukan.... Umpama begitulah lelaki. Korang kena lepaskan dia seketika. Bagi perasaan lelaki kembali ke bentuk asal. 



Pernah adik perempuanku Tanya kepadaku. “Kenapa ayah macam pendiam. Jarang bercakap. If bercakap pun, seperti bertanya ; Duit sekolah cukup tak dan sebagainya”. Tersenyum sambil berkata. Lelaki memang begitu kebiasaannya. Perasaan kasih sayang mereka, jarang diungkapkan dengan kata-kata. Sebaliknya, dengan perbuatan mereka.

Baru-baru ini, ayahku membawa aku makan bersama (berdua). Ketika itu, kami baru balik melawat abangku yang kemalangan pada hari itu (koma). Walaupun hanya warung biasa, namun banyak tinggalkan memori dimasa lalu. Kami tidak banyak berkata-kata, tapi aku tahu. Ayahku ingin menyampaikan sesuatu iaitu dia sayang akan anak-anaknya. Ayah aku sudah tua. Jika ditanya, dalam banyak-banyak memori di kedai makan yang paling berharga, aku akan VOTE ini. Kerana, apa yang ayahku ingin beritahu, ianya tidak terungkap dengan kata-kata.


So, adakah getah ini bagus untuk tackle awek?

Pernahkah anda terfikir. Kenapa ada pasangan. “Pakwe TAK hensem mana, tapi awek CUN giler”.
Teknik ini juga, yang sering dilakukan oleh “playgirl & playboy” untuk “main-main” soal hati. Jika nak tahu teknik ini lebih detail, bacalah buku Dubook (dapatkan ex-kembali) dan 2 buah buku yang lain yang aku sertakan dibawah tulisan ini. Konsepnya masih sama, Cuma anda perlu “ubah ckit” mengikut situasi.


Pandangan peribadi. Memahami lelaki & perempuan ini bagus. Tapi, atas tujuan apa anda belajar? Jika hanya sekadar untuk main-main perasaan sesame sendiri, baik lupakan… (not good).
Jika tujuan untuk mengeratkan hubungan suami isteri, kekeluargaan dan menambah kasih sayang + membina rumah tangga yang bahagia. Islam tidak larang, malah mengalakkan. 

Baiklah. Aku kongsikan serba sedikit “teknik” ini untuk diaplikasikan dalam rumah tangga anda (jika belum kawen, tunggu lepas kawen).


Teknik :
1.  Main tarik getah. Macam atas tadi. Jiwa lelaki ini lain beb. Kadang-kadang, dia penyayang, kadang-kadang macam biasa. Jiwa mereka, bukan macam hangpa (wanita). Jiwa perempuan, macam iklan dalam tv. Setiap hari sayang…
So, bagaimana ingin mengembalikan kasih sayang suami kepada kita?

Jawapannya, lepaskan dia seketika. Biar dia masuk gua dia sendiri. Jangan ganggu dia. Maksud aku, hangpa pi la balik rumah emak korang ka, pi bercuti/shopping dengan anak-anak/ kawan perempuan korang ka. Korang xpayah pikir pasal dia(suami). Pi enjoy sana....

Bagi dia masa bersendirian. Lama-lama, akan muncul satu perasaan dalam diri dia. RINDU…

Masih teringat perkongsian emak aku. Dia cerita mengenai ayahku yang sedikit lain selepas emakku balik dari sabah (stay kat sana selama sebulan lebih sebab tolong jaga anak saudara). Tak macam layanan sebelum ini. Pelik katanya. (aku tersenyum jelah time tu).

Kuncinya, dalam hubungan kena ada masam manis. Kena ada daya tarikan dan tolakan. 


Tapi, tak kesian kew tinggalkan suami begitu?
Pada aku sebagai lelaki. Hangpa xperlu kesiankan kami. Jujur aku kata. Setiap hari dengar leteran seorang perempuan, kadang-kadang aku fikir. Alangkah bahagianya jika tidak dengar leteran seketika. Sehari pun cukuplah. Happy beb.... 


Tapi, bila berjauhan. Tertiba terasa rindu nak dengar leteran. Kadang2, best dengar leteran. Tapi, if kena “hari-hari”, TAK BEST… 


Akhir kata. Emak aku kata ; "Bercakap bagi perempuan itu best. Macam hobi". 
*Ada kajian, perempuan bercakap 2-3 kali lebih BANYAK daripada lelaki setiap hari. Jika anda sebagai lelaki (abang, suami), cubalah sembang dengan adik-adik perempuan korang. Sebab, pada aku laaa... If diaorang xdapat jumpa seseorang yang depa boleh kongsi perasaan. Ada kemungkinan depa akan "tercari" dengan lelaki yang entah kemana...


Dalam phone call, aku just sembang dengan adik perempuan aku sekitar 30 minit hingga satu jam. Just call sekali setiap minggu. Jangan tiap-tiap hari. Antara "TIP" tambahan yang boleh aku kongsi kat sini ialah 

Korang kena kongsi "Rahsia" & info korang (jika nak tau rahsia orang, korang kena bgtau rahsia hg dulu). Layan adik-adik korang, macam korang layan awek (bagi perhatian). Wujudkan kepercayaan. Lama-lama, automatik dia pun suka berkongsi cerita dan rahsia dia.


Buat mereka yang MAHU lebih memahami apa yang aku cuba sampaikan, mungkin boleh membaca buku seperti dibawah ;

3. Dapatkan ex-kembali (buku Dubook. Pointnya, lebih sama. Cuma, gaya bahasa & disertakan “tip” serta langkah-langkah)


Umumnya, agak "merbahaya" apabila minah or mamat yang suka bertanya khabar, ambil berat dan sebagainya kepada golongan berlainan jantina. 

If takde apa-apa urusan, JANGAN LAYAN. Tu jew aku boleh cakap. If tidak, hangpa akan "sangkut".


So, kepada future wife aku (ehem2~). Kadang kala, kita perlu bersendirian seketika. Dan, teknik2 diatas & dalam buku tu, aku xde aplikasikan lagi. So, don’t worry.

Dalam menegur anak lelaki dan perempuan juga berbeza sebenarnya. Teori benda ni pun, anda boleh kaitkan dengan dunia pelaburan... 


Fedli Isa
Budak Remaja

Note : Maaf jika kurang tersusun. Tak cukup masa nak buat triple check. btw, aku bukan pakar hal ehwal wanita. Bye~