Thursday, May 21, 2015

Gelang getah & hubungan



Kenapa lelaki sering bersikap aneh? (kebanyakkan perempuan tertanya soalan ini. Termasuklah yang dah berkahwin).

Pada mulanya, lelaki menunjukkan sikap penyayang, mengambil berat, cinta kepada perempuan yang ia sukai. Namun, lama kelamaan, perasaan itu semakin pudar. “Adakah dia sudah tidak sayang kepadaku lagi” (bicara hati seorang wanita). Dia ada perempuan lainkah? (jarum mencucuk-cucuk).


Apabila perempuan mencintai seseorang. Seluruh hidup dan masanya adalah untuk orang yang ia cintai (memasak, menjaga anak, mengemas rumah. Malahan, ada yang turut bekerja membantu si suami).

Hari demi hari menyelusuri dunia suami isteri. Si isteri tertanya. Kenapa kasih sayang si suaminya semakin pudar. Tidak seperti semasa mereka baru mendirikan rumah tangga.

Jika anda berharap, “hanya anda sahaja berada di hati lelaki setiap masa, itu merbahaya”. Kerana, lelaki & wanita itu berbeza. So, lelaki ini bagaimana?

Jawapan mudah, umpama gelang patah/ getah. 
Untuk mengelakkan hangpa bertanya, getah tu macam mana. Nah, aku upload gambar getah. 

Cuba bayangkan, anda tarik getah dan tidak lepaskan dalam tempoh yang lama. Apa akan jadi? 
Jadi kendur bukan.... Umpama begitulah lelaki. Korang kena lepaskan dia seketika. Bagi perasaan lelaki kembali ke bentuk asal. 



Pernah adik perempuanku Tanya kepadaku. “Kenapa ayah macam pendiam. Jarang bercakap. If bercakap pun, seperti bertanya ; Duit sekolah cukup tak dan sebagainya”. Tersenyum sambil berkata. Lelaki memang begitu kebiasaannya. Perasaan kasih sayang mereka, jarang diungkapkan dengan kata-kata. Sebaliknya, dengan perbuatan mereka.

Baru-baru ini, ayahku membawa aku makan bersama (berdua). Ketika itu, kami baru balik melawat abangku yang kemalangan pada hari itu (koma). Walaupun hanya warung biasa, namun banyak tinggalkan memori dimasa lalu. Kami tidak banyak berkata-kata, tapi aku tahu. Ayahku ingin menyampaikan sesuatu iaitu dia sayang akan anak-anaknya. Ayah aku sudah tua. Jika ditanya, dalam banyak-banyak memori di kedai makan yang paling berharga, aku akan VOTE ini. Kerana, apa yang ayahku ingin beritahu, ianya tidak terungkap dengan kata-kata.


So, adakah getah ini bagus untuk tackle awek?

Pernahkah anda terfikir. Kenapa ada pasangan. “Pakwe TAK hensem mana, tapi awek CUN giler”.
Teknik ini juga, yang sering dilakukan oleh “playgirl & playboy” untuk “main-main” soal hati. Jika nak tahu teknik ini lebih detail, bacalah buku Dubook (dapatkan ex-kembali) dan 2 buah buku yang lain yang aku sertakan dibawah tulisan ini. Konsepnya masih sama, Cuma anda perlu “ubah ckit” mengikut situasi.


Pandangan peribadi. Memahami lelaki & perempuan ini bagus. Tapi, atas tujuan apa anda belajar? Jika hanya sekadar untuk main-main perasaan sesame sendiri, baik lupakan… (not good).
Jika tujuan untuk mengeratkan hubungan suami isteri, kekeluargaan dan menambah kasih sayang + membina rumah tangga yang bahagia. Islam tidak larang, malah mengalakkan. 

Baiklah. Aku kongsikan serba sedikit “teknik” ini untuk diaplikasikan dalam rumah tangga anda (jika belum kawen, tunggu lepas kawen).


Teknik :
1.  Main tarik getah. Macam atas tadi. Jiwa lelaki ini lain beb. Kadang-kadang, dia penyayang, kadang-kadang macam biasa. Jiwa mereka, bukan macam hangpa (wanita). Jiwa perempuan, macam iklan dalam tv. Setiap hari sayang…
So, bagaimana ingin mengembalikan kasih sayang suami kepada kita?

Jawapannya, lepaskan dia seketika. Biar dia masuk gua dia sendiri. Jangan ganggu dia. Maksud aku, hangpa pi la balik rumah emak korang ka, pi bercuti/shopping dengan anak-anak/ kawan perempuan korang ka. Korang xpayah pikir pasal dia(suami). Pi enjoy sana....

Bagi dia masa bersendirian. Lama-lama, akan muncul satu perasaan dalam diri dia. RINDU…

Masih teringat perkongsian emak aku. Dia cerita mengenai ayahku yang sedikit lain selepas emakku balik dari sabah (stay kat sana selama sebulan lebih sebab tolong jaga anak saudara). Tak macam layanan sebelum ini. Pelik katanya. (aku tersenyum jelah time tu).

Kuncinya, dalam hubungan kena ada masam manis. Kena ada daya tarikan dan tolakan. 


Tapi, tak kesian kew tinggalkan suami begitu?
Pada aku sebagai lelaki. Hangpa xperlu kesiankan kami. Jujur aku kata. Setiap hari dengar leteran seorang perempuan, kadang-kadang aku fikir. Alangkah bahagianya jika tidak dengar leteran seketika. Sehari pun cukuplah. Happy beb.... 


Tapi, bila berjauhan. Tertiba terasa rindu nak dengar leteran. Kadang2, best dengar leteran. Tapi, if kena “hari-hari”, TAK BEST… 


Akhir kata. Emak aku kata ; "Bercakap bagi perempuan itu best. Macam hobi". 
*Ada kajian, perempuan bercakap 2-3 kali lebih BANYAK daripada lelaki setiap hari. Jika anda sebagai lelaki (abang, suami), cubalah sembang dengan adik-adik perempuan korang. Sebab, pada aku laaa... If diaorang xdapat jumpa seseorang yang depa boleh kongsi perasaan. Ada kemungkinan depa akan "tercari" dengan lelaki yang entah kemana...


Dalam phone call, aku just sembang dengan adik perempuan aku sekitar 30 minit hingga satu jam. Just call sekali setiap minggu. Jangan tiap-tiap hari. Antara "TIP" tambahan yang boleh aku kongsi kat sini ialah 

Korang kena kongsi "Rahsia" & info korang (jika nak tau rahsia orang, korang kena bgtau rahsia hg dulu). Layan adik-adik korang, macam korang layan awek (bagi perhatian). Wujudkan kepercayaan. Lama-lama, automatik dia pun suka berkongsi cerita dan rahsia dia.


Buat mereka yang MAHU lebih memahami apa yang aku cuba sampaikan, mungkin boleh membaca buku seperti dibawah ;

3. Dapatkan ex-kembali (buku Dubook. Pointnya, lebih sama. Cuma, gaya bahasa & disertakan “tip” serta langkah-langkah)


Umumnya, agak "merbahaya" apabila minah or mamat yang suka bertanya khabar, ambil berat dan sebagainya kepada golongan berlainan jantina. 

If takde apa-apa urusan, JANGAN LAYAN. Tu jew aku boleh cakap. If tidak, hangpa akan "sangkut".


So, kepada future wife aku (ehem2~). Kadang kala, kita perlu bersendirian seketika. Dan, teknik2 diatas & dalam buku tu, aku xde aplikasikan lagi. So, don’t worry.

Dalam menegur anak lelaki dan perempuan juga berbeza sebenarnya. Teori benda ni pun, anda boleh kaitkan dengan dunia pelaburan... 


Fedli Isa
Budak Remaja

Note : Maaf jika kurang tersusun. Tak cukup masa nak buat triple check. btw, aku bukan pakar hal ehwal wanita. Bye~

No comments:

Post a Comment