Thursday, April 16, 2015

Open Your Eyes

Info : Entry kali ini, diambil dari nota pertama saya semasa menjalankan latihan industri dengan dibuat banyak penambahan baru. Semoga ianya bermanfaat.

Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.... 



Matematik adalah subjek kegemaran saya semenjak kecil. Ianya mudah. Mengenai logik. Kefahaman, bukannya hafalan. Umumnya, bagi matematik. "Setiap sesuatu mesti ada jawapannya”.

Selama ini, kita sering membicarakan mengenai APA dan BAGAIMANA. Namun terlupa tentang KENAPA dan UNTUK SIAPA? Sedar atau tidak, 4 persoalan ini merupakan persoalan ASAS dalam subjek ekonomi asas (paper SPM). Iaitu Apa, bagaimana, kenapa dan untuk siapa sesuatu produk dikeluarkan? Kita cuba kaitkan dengan solat. Jika selama ini, kita hanya tahu Apa itu solat & bagaimana melakukannya. Tapi, kali ini. kita tanyakan 4 soalan ekonomi asas ini. Iaitu Apa, Kenapa, Bagaimana dan Untuk siapa kita solat sebenarnya? (sama2 kita tanyakan).

Ternyata, persoalan ekonomi asas ini sangat berkait dengan kehidupan seharian kita. Cuma tinggal, kita memandangnya sebagai subjek dunia ataupun bagaimana...? 

Bagaimana sesuatu formula matematik itu tercipta dan terbentuk? Kenapa? Untuk apa dicipta?
Seminar Menyingkap Tirai Ketauhidan Menerusi Matematik, tajuk diberi. Tajuknya agak aneh sebenarnya. Disampaikan oleh Prof Zulkifli Hamzah di Masjid Abidin, Kuala Terengganu. Bagaimana matematik boleh dikaitkan dengan ketauhidan dan mengenal Tuhan? Bukankah matematik itu subjek dunia? Dibawah ini videonya (duration, sekitar 2 jam).


Pertama kali jugalah mendengar seseorang ustaz berkata dengan yakin “Matematik adalah ilmu Tuhan. Hatta sains, geologi, sejarah dan lain-lain juga ilmu Tuhan”. Sepertimana ayat yang pertama diturunkan. “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan…” Belajarlah untuk mengenal Tuhan. Sungguh… Awaluddin Ma’rifatullah (Awal agama adalah mengenal Allah).

Tertarik dengan formula matematik yang dicipta oleh adik Adi Putra, dengan mengaitkan matematik dengan alam dan kehidupan. Tersangat mudah difahami. Boleh tonton dibawah (duration sekitar 12 minit).


Jika kita fahami, banyak perkara sebenarnya saling berkait. Sungguh, Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia. Larry Hite (a successful trend following trader) berkata :

"I only use what works at the beach".


Ternyata, angka-angka dalam penyata kewangan dan teknikal analisis juga, sangat berkait dengan matematik dan alam. Fibonacci contohnya.

Fibonacci mempunyai urutan number seperti 0, 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, …..

Jika dikaji number diatas, hubungkaitnya pada ratio 1.618. Apabila number 13 didarab dengan 1.618, jawapannya adalah 21. Begitulah seterusnya (Boleh juga menggunakan tambah, tolak atau bahagi. Ianya umpama berhubung).

Sesuatu yang menarik. Bagaimana itu terbentuk?
Jawapan ini, sebenarnya ada pada diri dan alam. Cuba ukur, panjang bahu hingga hujung jari kita. Kemudian, dibahagikan dengan panjang siku hingga hujung jari. Kita akan mendapat jawapan pada ratio 1.618.

Begitu juga, jika kita mengukur hujung kaki hingga kepala, dibahagikan pula dengan hujung kaki hingga ke pusat. Jawapannya adalah sama atau sekitar 1.618 sahaja.

Still don't believe it? Take honeybees, for example. If you divide the female bees by the male bees in any given hive, you will get 1.618. Sunflowers, which have opposing spirals of seeds, have a 1.618 ratio between the diameters of each rotation (*Teori ini, saya belum sempat mengira).

Actually, the markets have the very same mathematical base as these natural phenomena. Almost everything has dimensional properties that adhere to the ratio of 1.618, so it seems to have a fundamental function for the building blocks of nature.

Fibonacci adalah sebuah analisis mencari kawasan support dan resistance. Dan, jarak antara support hingga resistance adalah pada ratio 1.618. Jika kita kaitkan dengan gusti lenggan contohnya. Titik support berada pada siku(di lantai). Manakala, tangan kita adalah titik resistance (diatas). Jika daya tolakan momentum kita kuat, kemungkinan besar akan memenangi gusti lenggan (resistance breakout). Manakala, jika daya momentum kita lemah, kemungkinan jatuh kembali ke paras titik support (lantai). Begitulah juga hubungkaitnya dengan teknikal analisis dalam pelaburan.


 Pelaburan dan mesej ketauhidan?

Dalam Investment, banyak ungkapan seperti ini ;
"Always respect Mr. Market. Be humble!"

“Market only shift to the RIGHT side”.

Malah, cuba kita tanya. Kenapa Larry Hite (a successful trend following trader) berkata :
"I only use what works at the beach".

Ya. Kerana beliau tahu, turun naik ombak adalah hukum alam. Bagi orang Islam, hukum alam ini adalah hukum Tuhan. Allah yang menciptakannya. Pelaburan juga, ilmu dari Tuhan. Hatta, segala ilmu adalah dari Tuhan. Belajarlah, bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.... Namun, kita hari ini, banyak "belajar sahaja". Tanpa belajar/ bacalah dengan nama Tuhan.. (termasuk diri ini juga).

Beralih kepada kata2 ini pula ;
"Always respect Mr. Market. Be humble!"

Dalam investment, kita tak mampu mengubah arah market. Sesiapa yang melawan arus market, kebiasaannya akan kerugian. Daripada perkongsian para otai, mereka sering berkata ; 
"Just follow the market".
Namun, bukanlah "follow" itu bermaksud tidak berusaha. Biarkan market tentukan arah hidup kita. Bukan begitu...

Sekiranya kita diberi pilihan memilih antara 2 jenis saham untuk melabur. Satu saham itu, saham berkualiti, satu lagi speculation stock . Dijangkakan, saham yang berkualiti ini akan memberi kita banyak kebaikan apabila membelinya. Manakala, satu lagi. Saham "jahat" yang kemungkinan besar akan merugikan kita. Mana satu kita pilih? Sudah tentu yang membawa kepada kebaikan...

Begitulah dalam kehidupan dan bab takdir. Dalam buku ; Allah, Syariat & Hakikat, 'satu penghuraian'. Mukasurat ke-43 (bab tauhid, sebaiknya belajar berguru)

"Allah memperkehendakkan kita dan diperkuasakan kita dalam memilih takdir baik dan buruk yang dibentangkan pada kita, namun tetap dalam keizinanNya". 

Kita hanya merancang. Sesungguhnya, Allah sebaik-baik perancang. 
Dalam pelaburan, begitu juga. Walaupun kita sudah ada 'teknik', investment strategi dan sebagainya. Tidak semestinya, kita untung sentiasa. Siapa tahu, apa yang berlaku esok?


“Market only shift to the RIGHT side”.
Pasaran bergerak kearah yang betul....

Sungguh ajaib orang mukmin itu. Segala-galanya baik baginya...
Cuba kita tanya. Adakah sakit itu tidak baik? Sedangkan, dengan nikmat kesakitan itu, dapat menghapus dosa kita dan mendekatkan kita serta orang sekeliling kepada Allah. Kembalilah kita kepada Tuhan. Betapa ramai orang tua membongkok ke masjid. Adakah kini. Masjid itu, rumah orang-orang tua?

Nota ini diakhiri dengan kata-kata Ruben Abu Bakar, seorang ateis yang memeluk Islam;

For those of you who ask for signs, have We not shown you enough already. Look around you, look at the stars, look at the sun, look at water, these are the signs for people of knowledge.”


Sungguh. Tuhan tidak mencipta sesuatu itu, sia-sia...

Apakah kebahagian yang paling tertinggi?
Adakah kekayaan? Isteri dan keluarga yang hebat? Pangkat dan kuasa yang kuat?
Sebenarnya, kebahagian yang paling tertinggi adalah "mendapat keimanan yang sebenar". Semoga kita semua ketemu...



Minda yang berfikir, tangan yang menulis. Sepatutnya, kata-kata dan nukilan ini lebih dekat dengan penulisnya. Tertarik dengan kata-kata ini untuk dikongsi dengan diri ;

"Menyeru kepada kebaikan tetapi tidak melakukan kebaikan. Mencegah kemungkaran tetapi masih bergelumang dengannya....

Mengasihi orang soleh, tetapi tidak mahu bersama golongan mereka. Membenci orang munafik, tetapi kamu terdiri daripada golongan mereka. Bercakap perkara yang tidak dibuat, buat apa yang tidak disuruh. Meminta orang menunaikan (janji-janji Allah), tetapi ia tidak menunaikan (hak-hak Allah). 
Dipetik dari Buku "U-Turn ke Jalan Lurus".


"Engkau belajar ilmu fiqh, matematik, sejarah & sebagainya..... Namun malangnya, engkau lalai daripada mengenal Tuhan pemilik segala ilmu...". Dibawah ini, antara kata-kata yang buat aku speechless suatu masa dahulu ..... 



Fedli Isa
Investment Trainee
Lihat apa yang kita lihat, fikir apa yang kita fikir...

No comments:

Post a Comment