Tuesday, April 7, 2015

My Ambition



Perancangan hidupku, aku cuba kaitkan dengan konsep pelaburan. Terbahagi kepada 2 bahagian utama iaitu ;

1. Short-Term sehingga Medium-Term
2. Long-Term. 

Seperti didalam technical analysis. Apabila ingin melihat chart, bukalah chart weekly terlebih dahulu agar terbuka & luas penglihatan kita. Bermula dengan weekly (wide view), diikuti dengan Daily. Seterusnya TF 30 minit contohnya. 


So, kita bermula dengan Long-Term planning (wide view).

Untuk long-term, aku merancang untuk menjadi seorang Businessman, InsyaAllah…
Sebenarnya, perwatakanku lebih menjurus kearah “introvert”. Antara orang yang berperwatakan begini seperti Warren Buffet, Bill Gate, Mark zuckerberg. Menurut kajian, majority usahawan adalah golongan introvert.

Nak jadi businessman, sebab diri berperwatakan introvert? 
Sebenarnya, TIDAK semudah itu...
Untuk perkongsian. Sejak kecil aku sudah belajar dan berniaga bersendirian (modal sendiri, tenaga sendiri, idea sendiri & tanpa disuruh orang). Hinggakan, ada satu ketika. Emak aku membuat nasik lemak, dan tertiba meminta aku menjualkan sekali dengan barang jualanku. Kadang kala, nasik lemak tidak habis. Antara moralnya, kenalilah APA yang kita niagakan...
*Setakat hari ini, diri ini masih berniaga secara part-time, sebelum memasuki fasa Long-term...


Ok. Terus kepada short-term hingga medium term planning pulak...

Make it simple~. 
Apa-apa yang membantu aku kearah long-term planning, adalah termasuk didalam short-medium ini.
Untuk permulaan, aku perlu mencari pengalaman dan modal. That's why, I need to learn and learn!

Dengan bakat, pengalaman dan seumpamanya. Ia akan digabungkan pula untuk sebuah kehidupan.


Kenapa aku nak masuk dunia pelaburan pulak? 
Malah, tempat praktikal aku ni pon, under investment department.

Sebenarnya, pelaburan merupakan bidang kerjaya ke-2 yang aku minat. Yang pertama berniaga. Banyak factor yang mempengaruhi aku memasuki bidang pelaburan walaupun semasa di Universiti, mengambil bidang Islamic Finance. Kira lari bidang sikit la. Antara factornya :

1. Minat
2. Sedih melihat bangsa sendiri ditipu dengan skim cepat kaya (contohnya). 
    "Tak ramai mahu belajar, sehingga mereka terpaksa diajar". 

    Seperti dalam slot Al-Khawater mengenai Amar makruf, nahi mungkar. Sebelum kita meruntuhkan sesuatu bangunan, kita perlu membina bangunan baru sebagai altenatif.

Selama "menegur" beberapa kenalan mahupun bukan kenalan, inilah kesilapan yang berulang-kali berlaku. Sukar sesuatu itu berjaya, sekiranya kita hanya membuat nahi mungkar sahaja. Lama-kelamaan, mereka terjerat juga dengan skim cepat kaya disebabkan mereka tidak diajar pelaburan yang sebenarnya (amar ma'ruf).

 3. Bidang investment ini adalah antara bidang yang melihat sesuatu itu secara luas. Disini, kita dapat belajar bidang pertanian, hartanah, telekomunikasi, minyak dan sebagainya. Ianya teramat bagus untuk menganalisis sesuatu bisnes yang bakal diterokai (buat masa sekarang, masih belum meletakkan apa2 skop bisnes, untuk difokuskan bagi long-term planning).


Belajar? 
Ya, sudah tentu banyak yang perlu dipelajari. Buku dan program?
Sebenarnya, aku cuba untuk JOIN event dan membaca buku-buku yang tidak ada kaitannya dengan silibus pengajianku di Universiti. Sebabnya ;

1. Tujuan kita belajar. Sebab APA sebenarnya? 
Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (cuba menghayatinya tanpa CGPA)

2. Kedua...Untuk membiasakan diri sebelum bergraduasi.
Jika kita sudah bergraduasi, masihkah kita join event dan membaca buku? (perkara ini, aku lihat sendiri semasa berpraktikal. Betapa sukarnya membuka buku setelah bekerjaya). *Jika ada, mungkin kebanyakkan buku yang berkaitan dengan kerjaya shj.


Pengalaman semasa kecil :
1. Pernah menjaga kambing. Pernah juga ditanduknya.
2. Menangkap belut dan ikan 
3. Mengangkat buah kelapa sawit (buruh) 
4. kerja sawah padi (membawa jentani). 


Peniaga perlu petah berkata-kata?
Tidak semestinya. btw, aku ni agak pendiam dan jarang bergaul tanpa tujuan. Dan, kebanyakkan customer antivirus aku adalah perempuan. HAHA....

Sebenarnya, peniaga itu perlu banyak menggunakan akalnya dan usahanya. Bukan setakat pum pang sahaja.


Berbalik kepada perancangan.
Sekitar umur 30 dan lebih, aku bercadang untuk berhenti daripada pekerjaan bagi mengfokuskan diri dalam bidang perniagaan (mungkin bermula dengan tempoh percubaan selama 2 tahun dahulu). Dan, pengalaman dan bakat akan ku cuba “kamilkan” (bakat penulisan, pelaburan, perniagaan, politik, dan sebagainya) untuk sebuah kehidupan.

*Bila bos aku tanya, lepas praktikal ni nak kerja kat mana? 
Aku clueless. Tak tau jawapan apa yang patut diberikan. Bukan aku tiada cita-cita, namun sebaliknya. (Setakat hari ini, masih belum aku khabarkan perkara ini. Mungkin belum masanya...)

Kebebasan kewangan?
Tersenyum… Sejak kecil, aku fikir sudah merasai kebebasan ini. Ia bukan bermaksud, dalam poket kita mempunyai sejuta mahupun seribu juta. Sebaliknya, ianya lebih kepada “kebebasan” yang sukar diungkapkan. Kita bebas tanpa terlalu risau memikirkannya.


Cuba kita fikirkan. Kita nak bekerja dengan orang sehingga umur 60 tahun? Terikat dengan jadual kerja dan masa. Jarang dapat membuka minda. Bayangkan juga, nasib anak muda yang baru keluar university dan sedang mencari kerja. Mereka juga memerlukan pengalaman, sama seperti kita dipermulaan kerjaya.


Seperti En Wan pernah kata ;
“Investment boleh back-up, jika bisnes teruk” (diubah sedikit dari skrip asal)


Dengan erti kata lain. Don’t put all egg in one basket. Maksudnya, if buat bisnes, pastikan kita ada back-up lain. Sekiranya bisnes kita rugi, pastikan ada back-up lain... Dan, inilah yang cuba aku aplikasikan untuk long-term planning. 

"Ilmu itu bukan milik siapa-siapa. Tapi, milik Tuhan". 

Dengan sedikit kemahiran penulisan aku ini. Aku bercadang, ingin berkongsi serba sedikit mengenai idea, pandangan mahupun pelaburan. Kerana diri perlu sedar. Bukan semua perkara, diri ini mampu lakukan. Sometime, sesuatu itu bagus untuk mereka, tidak sesuai untuk kita...

Kita hanya merancang. Namun, Tuhan sebaik-baik perancang....
Bila ingat perkara lalu. Seperti, kenapa aku minat matematik, kenapa itu, ini dan sebagainya. Malah, berpraktikal under Investment department ini pon, sudah ditentukan (hanya orang tertentu shj aku khabarkan kisahnya). 


Sebenarnya, agak bahaya menceritakan perancangan disini. Tambahan pula, aku bercadang untuk memasukkan link blog aku dalam resume. Tapi, tak pelah.

Seperti mana, kita mempunyai hak memilih pekerjaan, majikan kita juga mempunyai hak memilik pekerjanya. Jujurlah pada diri & majikan. Usah menipu diri mahupun majikan.
.
Seperti ustaz sy kata. 

"Anak murid mempunyai hak memilih siapakah guru yg dia ingin belajar.

 Same goes to gurunya. Ada hak utk menerima atau merejectnya". 


#Setiap 24 jam yang kita lakukan setiap hari, akan dihitung diakhirat kelak. 

Oklah. Sekian... :)

"It's not how GOOD you are, 
It's how GOOD you want to be..."

Masih dalam proses idea untuk bisnes Long-Term :
1. Teknologi/gajet? (komputer, phone, kamera di rumah, LCD) + kedai tangkap gambar.
2. Perabot? Perhiasan rumah & servis anai2?
3. Pusat jagaan kanak2...

No comments:

Post a Comment