Saturday, March 28, 2015

Nota LI 2 : "Permainan disebalik permainan"

#Nota ini berasal dari nota peribadi semasa menjalankan latihan industri (hanya yg sesuai shj, dipost di blog ini. Selebihnya, di dalam FB peribadi). Sedikit catatan ini telah diedit bagi menyesuaikan pembacaan umum.
Tulisan asal bertarikh 16 Feb 2015.


"Perang itu tidak bermula secara spontan. Ianya disusun, diatur, dirancang dengan teliti. Dan, bukannya seperti pergaduhan sepasang suami isteri"


Entah bagaimana. Hampir 3 tahun terjebak dalam politik kampus. Sudah tentu, banyak perkara tidak sama dengan realiti. Ringkas daripada pengalaman kecil ini ;

"Belum tentu APA yang anda lihat(+fikir/baca/rasa) itu adalah yang SEBENAR. 
Dan, belum tentu yang SEBENAR itu adalah yang BENAR"

Kurang mengerti?
Begini. Cuba bayangkan, anda sedang menonton sebuah drama di TV. Apa yang anda lihat, adalah sebuah lakonan yang sangat hebat. Sehingga anda merasakan, itulah yang terjadi. Kadang-kala, jiwa dan perasaan anda turut terbuai sekali.

Ramai orang beranggapan.... APA yang mereka lihat, itulah yang SEBENARNYA.
Sebenarnya... Belum tentu!. Cuba kiaskan dengan lakonan TV seperti Drama Suamiku encik Sotong atau apa2 jelah. Lakonan mereka seumpama REAL bukan? Begitulah dengan dunia. Banyak permainan di taman permainan.... Hanya tinggal, sudut mana kita memandangnya...


Beberapa minggu yang lalu, menghadiri beberapa talk mengenai Oil & Gas. Speaker yang pertama mengatakan, krisis kejatuhan harga minyak ini adalah "Oil Game" oleh OPEC untuk menekan pesaingnya (harga jual versus kos ) dan menandaikan harga minyak akan kembali pulih sekitar $70 setong pada 2H15. Sambil membawa trademark, "Short is pain, Long is gain".

Manakala, event yang kedua. Penganalisis ini menandaikan harga minyak akan berada sekitar $30-$35 setong. Dengan membawa pelbagai hujah. Antaranya, Arab Saudi mampu mengeluarkan minyak pada harga $10 setong! Dan beliau berpandangan. Minyak ini, seperti smartphone. Pada 10 tahun lalu, berapa harga dia? Tapi, kini lebih murah bukan? (Teknologi semakin berkembang. Kos pengeluaran juga dapat dijimatkan). 

Umumnya, turun naik harga minyak ini sangat berkait dengan penawaran dan permintaan serta kadar pertukaran matawang (USD). Sesuatu yang sedikit "janggal", apabila OPEC sendiri yang ingin harga minyak jatuh. Pernah jumpa peniaga yang sengaja turunkan harga barang sehingga harga kos? (jika sekadar nak "tekan" pesaing, aku rasa tak berbaloi sangat).


WHY? Sebuah persoalan...
Mungkin ada banyak teori. Tapi, aku just bawa 2 opposite theories yang menarik untuk diperhatikan.

1. Teori pertama. Arab Saudi ingin crash US (oil). *Berita ini sering dijaja oleh media barat, mahupun tempatan (termasuklah Pro-pembangkang & sebaliknya). 

2. Teori kedua. Untuk crash Rusia. (Info : Rusia antara negara pengeluar minyak terbesar). Jarang jumpa media tulis pasal benda ini.


Topik kali ini, cuba mengaitkan antara krisis perang antara Rusia dan Ukraine, hubungkaitnya dengan kejatuhan harga minyak serta gerakan ISIS dalam sebuah permainan di taman mainan. Mungkin, ianya sedikit berbunyi seperti sebuah teori konspirasi. Tajuk utama pon "permainan"

Info daripada sahabat yang menghadiri Multaqa Ulamak Semalaysia baru-baru ini. ISIS merupakan agenda pihak barat. Dikatakan, ISIS mengaut keuntungan 1 juta dollar sehari hasil rampasan telaga minyak di Iraq, dan dijual/ disalurkan kepada Amerika dan Israel. Maka, atas sebab apa sebenarnya OPEC ingin menekan harga? Menjatuhkan ekonomi Amerika? Bukankah mereka semeja? (Amerika & saudi)

Info. Rusia juga merupakan antara pengeluar minyak yang terbesar. Dalam krisis perang antara Rusia dan Ukraine, Amerika berpihak kepada Ukraine. Rusia pula merupakan salah satu anggota dalam BRICS (Brazil, Rusia, India, China & South Africa). Dari segi pertahanan (ketenteraan), Rusia merupakan pesaing sengit bagi Amerika. Manakala, dari segi ekonomi. China dikategorikan kuasa ekonomi kedua terbesar selepas Amerika. 

Ooohh ya. Setakat pembacaan, Amerika memang pengeluar minyak. Tapi, bukan minyak dari negaranya. Amerika mana ada sumber minyak (crude oil).  Jadi, bagaimana depa buat? 
Mudahnya, "macam" dia jajah tanah melayu dulu-dulu. Arang batu, timah & etc tu, dia kaut... Paham?

    Peta Dunia......

                                                                                                                            Sumber : Google Maps

Masih teringat topik mengenai BRICS dalam subjek Bank and Finance institution yang diajar oleh Sir Hashim, tahun lalu. Negara-negara ini dilihat rancak membangun seperti yang terkini. Penubuhan BRICS New Development Bank dengan dana $100 billion yang dijadualkan pada akhir tahun 2015 bagi bersaing dengan World Bank dan IMF. Sesuatu yang menarik untuk mengaitkan pelbagai jenis permainan di taman mainan ini.

Kita lebih mempercayai wang dan media massa?
“Media massa adalah sebuah mesej berangkai. Dimana, kebanyakkan manusia tidak menyedarinya”.

Antara aktiviti yang menarik apabila terdapat sesuatu isu ialah membaca komen pembaca. Kita boleh lihat, bagaimana pemikiran seseorang dipengaruhi oleh media dan ‘masa’. Malah, yang menariknya. Kebanyakkan manusia hanya berbicara mengenai APA. Mungkin kita hanya belajar untuk peperiksaan, bukannya kehidupan.
Jika dikaitkan politik, media massa dan pelaburan saham. Boleh dibawa contoh isu seorang anak menteri membeli saham Harvest (tahun 2011). Bagaimana manusia boleh terpengaruh dengan politik dan media massa. Begitu juga Skim Cepat Kaya.
* Namun, tidak dinafikan, ada kalanya, info di media massa sesuatu yang berguna.

btw, dalam Islam ada ajar. Apa-apa berita, selidiki terlebih dahulu kesahihan sesuatu. Jika tak tahu, bertanyalah kepada yang mengetahui. Berkata "aku tidak tahu" juga, merupakan sebahagian dari cabang ilmu.


En Wan kata ; “Kerja bahagian investment ini, kena banyak berfikir”. Umpama…
“Berfikir adalah pekerjaan terberat, kerana itulah sedikit sekali orang yang hendak menggunakan otaknya” (Henry Ford, Ford Motor).

# Nota ini, belum diupdate mengenai peningkatan pengeluaran Shale Oil (sejenis minyak berbatuan), yang pengeluarannya hanya di US setakat ini. Walaupun pengeluarannya masih kecil berbanding crude oil, namun sumberdaya shale oil 25x lebih besar dari crude oil.
[Info dari sahabat di Petronas].


Fedli Isa
“Jika anda dicaturkan, keluarlah dari papan caturnya”.
“Manusia menjadi musuh, sesuatu yang ia tidak ketahui & sedari”

Antara buku yang menarik untuk dibaca ;
1.      Pembunuh ekonomi Dunia
2.      “Matahari kan Terbenam Jua”. Kenapa Jepun tidak akan menjadi kuasa no satu? 


No comments:

Post a Comment