Memang fitrah sebagai manusia. Ingin dicinta dan disayangi. Berkongsi dan saling melengkapi.
Apakah bercouple itu salah? Sebenarnya, TIDAK.....
Ya, tidak salah. Tapi, berdosa. Sebab, yang salahnya KITA selaku keluarga kerana tidak memberikan KASIH SAYANG yang secukupnya. Cuba kita renungkan. Bagaimana pergaulan dan keabraban kita dengan ahli keluarga kita? Bezakan pula, layanan yang diberikan oleh "teman istimewa" itu. Jauh gila. Umpama layanan kat Hotel 5 star dengan layanan kat kedai mamak jew (dari ayat manis, hinggalah layanan). Jambu habis...
Masih teringat semasa membawa adik perempuan jalan2 ke bandar. Singgah sebentar di kedai jeruk Pak Ali (favourite aku. Tp, aku selalu perkena time cuti semester ja). Sambil bersembang, sambil memilih jeruk, akak kedai tu menyampuk ; "Korang ni, macam couple la".
Sambil ketawa, kami menjelaskan. "Dia adik saya, kak". Mungkin, disebabkan gelagat pergaulan dah mcm ala-ala couple, akak itu berfikiran begitu. Aku tertanya. Owh, macam ni ka, gaya "bercouple"? Ambil berat, tanya khabar, berkongsi cerita dan sebagainya... Kadang2, belanja. Kacang kan? Kenapa dengan "orang lain" kita boleh buat, tapi dengan keluarga sendiri, macam gitu-gini jew. Renungkan...
Apa sebenarnya, hilang dalam kehidupan kita? Tertanya...
Jika ditanya, aku lebih suka menjawab "Ketauhidan & perasaan kasih sayang". Walaupun diri ini, belum benar2 menghayati. Jika quote dari page FB Majlis Tauhid & Kasih Sayang berbunyi;
"Pasakkan Panji Tauhid, Kibarkan Bendera Kasih Sayang"
Sejak kecil, ada beberapa soalan bermain di minda takkala mendengar sirah Nabi dan para sahabat. Bagaimana para sahabat sanggup berkorban HARTA & NYAWA, hanya untuk Islam. Kita sekarang ini, nak derma kat tabung masjid RM1 pon, kita masih berkira. Inikan, nak derma semua harta. Cuba fikir. Tak logik bukan?
YA. Tak logik difikiran. Aku dah cuba banyak kali. Korang tak payah cakap logik. Benar, setiap amalan, akan dibalas kebaikan. Tapi, cuba renungkan. Awat kebanyakkan amalan yang kita buat, tak bertahan lama? Kejap ja, pastu layu... Selepas agak lama mencari, akhirnya ketemu jawapan. Kerana kita kurang ketauhidan dan perasaan CINTA.
"Hanya mereka yang mengenal CINTA, akan memahaminya".
Bagaimana ingin melahirkan rasa cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w?.
Jawapannya, perbanyakkan berselawat kepada Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Kerana, memang adat orang bercinta, akan menyebut nama dan mengagungkan orang yang ia cintai serta meniru akhlaknya.
Allahumma Salli Ala Sayyidina Muhammad
Ketahuilah... Selawat kepada Nabi merupakan, satu-satunya amalan yang tidak ditolak oleh Allah swt walaupun dilakukan dalam keadaan lalai mahupun riak. Dan, besar ganjarannya. *Namun, sebaik-baiknya dibuat dalam sedar dan bersih.
Semoga ketemui CINTA yang SEBENARNYA. Usah tersalah dalam memberi cinta. ;)
Akhir nukilan, renungkanlah gambar kecil ini. Yakin (ketauhidan) & Cinta (Kasih Sayang).
No comments:
Post a Comment