"Everyone is gifted, but some people never open their package"
Dunia ini, seumpama terbahagi kepada dua perbezaan manusia iaitu mereka yang bersifat 'Introvert' dan 'Extrovert'. Menurut kajian, sekitar 75% manusia adalah bersifat extrovert, manakala selebihnya adalah introvert. Ya, introvert adalah golongan minoriti.
Siapakah extrovert itu?
Extrovert merupakan seorang individu yang lebih suka kepada dunia luar berbanding dunia dalam. Mereka yang mempunyai sifat ini kebiasaannya aktif dalam bersosial dan aktiviti harian. Suka membuat ramai kawan dan berbual-bual kebanyakkan perkara. Perkara yang paling membosankan bagi extrovert adalah duduk keseorangan tanpa rakan berbual.
Introvert pula, bagaimana?
Golongan introvert ini sebenarnya pelik. Mereka mampu bersama dengan kelompok masyarakat, namun bukan sepanjang masa. Kerana, mereka memerlukan masa untuk bersendirian. Bagi mereka, masa bersendirian ini amat penting bagi merehatkan diri.
Majoriti para usahawan adalah introvert.
Nanti! Bukankah introvert itu, seorang yang pendiam dan pemalu?
Sebenarnya, pandangan tersebut kurang tepat. Introvert tidak semestinya seorang pemalu mahupun pendiam. Mereka cuma cepat berasa letih apabila berada di khalayak ramai terlalu lama dan kurang gemar bercakap soal remeh temeh. Bagi introvert, bercakap apabila perlu ataupun diam. Dan, mereka amat kurang berminat menjadi 'attention seeker' mahupun glamour. Oh ya, sebelum itu. Antara usahawan berperwatakan introvert seperti pencipta
Facebook iaitu Mark Zuckerberg, pengasas Microsoft Bill Gates, taikun saham
Warren Buffett, dan ramai lagi...
Bagaimana ingin mengenali, kita ini seorang introvert ataupun tak?
Sebenarnya agak sukar nak detect. Ini kerana introvert boleh berpura-pura menjadi watak extrovert apabila dikelilingi oleh golongan extrovert dan orang ramai tanpa orang perasan, beliau seorang introvert. Jadi bagaimana?
Cara mudahnya. Cuba duduk berseorangan. Apa aktiviti yang anda akan lakukan?
Kebiasaannya, apabila introvert berkeseorangan, temannya adalah sebuah buku sambil memerhati gelagat manusia dan alam (observe). Contoh lain. Jika ada program/event diluar, cuba anda pergi dan mendaftar seorang diri tanpa rakan. Ya, seorang diri.
Ataupun. Anda keluar makan malam di kedai makan tanpa teman. Ya, tanpa teman. Bagaimana perasaan anda ketika itu? Jika anda berasa bosan, besar kemungkinan anda adalah extrovert. Kerana, introvert biasanya teramat suka dengan suasana seumpama ini.
Secara jujurnya. Jika anda seorang introvert, sebenarnya agak sukar untuk detect. Orang lain, apatah lain. Introvert ni suka baca buku? Sekarang ini, yup. Buku antara "kawan" semasa berseorangan. Tapi, ianya agak berbeza jika merenung semasa zaman kecil. Bayangkan, buku NILAM tu, just 4-5 helai ja aku tulis. Itu pon, aku ambik sinopsis kat kulit belakang dan salin. Ya, tak minat membaca time tu.
Sebelum ni, aku macam extrovert. Dari segi "book is a enemy", mahupun program (jika takde kawan, jgn harap nak mai). Sbb tu, susah nak detect introvert ni. Dan lebih malang lagi, jika seorang introvert tidak mengenali dirinya dan hidup dalam dunia extrovert sentiasa. Nahas...
Bermula diri ini cuba pi program seorang2 dan rajin baca buku, sekitar tahun 2012. Tapi, masih tidak sedar diri ini seorang introvert. Sebab, member semua extrovert dan dah terbiasa menjadi extrovert. Hinggalah pada tahun 2014, terbaca mengenai perwatakan diri (termasuklah introvert).
Antara yang best mengenai introvert, boleh jalan2 bersendirian. Shopping seorang2. Sesat seorang2. Pada aku, introvert ini lebih cepat dan banyak belajar apabila berkeseorangan...
p/s : Introvert bukan menafikan kawan. Cuma, mereka perlukan sedikit masa bersendirian. Umpama macam ni a. Introvert ni, hidup dalam dua alam (air dan darat). Alam air, alam introvert. Alam darat, alam extrovert. Ia boleh jadi keduanya, tapi sekali sekala, dia kena kembali dalam air.
Apa sifat introvert? Jom baca... (dicopy daripada blog shazmie)
1. Mereka akan berfikir sebelum bercakap.
Kebanyakan introvert sebagaimana yang kita kenali adalah manusia yang amat sukar untuk berbual dan berbicara tanpa sebab dan alasan yang kukuh. Mereka bukanlah seorang yang kita ajak minum, duduk dan kemudian dapat berborak sehingga 3-4 jam atas tajuk yang mencapah.
Mereka biasanya akan mendengar ucapan orang lain sehingga habis, meneliti dan cuba faham sehabis mungkin, sebelum mengeluarkan komentar. Tempoh masa yang diambil untuk hadam dan fahami dengan teliti kadang-kala sangat lama, namun apabila mereka luahkan ianya amat dalam dan terperinci hasil dari pemikiran yang jitu.
Sebab itu, dalam situasi kepimpinan, kita perlukan pemimpin yang boleh mendengar dan menghadam kata-kata setiap ahli dan berikan satu keputusan terbaik. Tidak berguna jika banyak bercakap namun tiada isi atau hanya ucapan yang tiada erti. Seorang introvert amat mementingkan kualiti percakapannya, yang hanya bercakap apabila dirasakan benar-benar perlu dan mereka akan bertanggungjawab sepenuhnya dengan kata-kata mereka.
Jika kita lihat dalam meeting sesebuah syarikat yang besar dan mega, manusia yang paling berkuasa dalam memberi keputusan biasanya adalah yang paling senyap dan banyak berfikir. Beliau akan mendengar semua kata-kata, dan fikirkan yang terbaik. Betul tak?
2. Introvert fokus pada kedalaman dalam perbualan, tidak keluasan.
Apabila berbicara, mereka akan fokus kepada ketelitian dan segala detail-detail terperinci berkaitan sesuatu tajuk. Mereka akan menggali sepenuh hati, menyelam dalam lautan perbicaraan, sehingga benar-benar terang dalam setiap tindak tanduk perbuatan. Jika kita berbual dengan mereka, pastinya mereka akan tertarik dengan perbualan jika kita mampu berbual tentang sesuatu yang bermakna, menarik, mendalam, agak serius, dan pastinya amat berlawanan dengan sekadar berborak kosong.
Sebab itu juga persoalan yang mereka lontarkan amat tepat serta kadang-kala terlalu dalam sehingga tidak tercapai dalam pemikiran orang lain. Lagi penting, selain pandai bertanya soalan yang bagus mereka juga amat suka mendengar jawapan dari orang lain. Mereka akan fokus, dan menumpukan sepenuh perhatian apabila orang lain bercakap. Dalam sesuatu organisasi, inilah sifat yang menyebabkan ahli bersemangat untuk turut serta dalam menjalankan aktiviti kerana mereka yakin suara mereka didengari. Kualiti inilah yang ada pada seorang introvert yang menyebabkan mereka bisa menjadi ketua yang terbaik.
Ada sebuah kisah tentang Ceo kepada syarikat perubatan yang besar, yang telah berkata:
"Selepas seharian meeting dan berjumpa klien, aku akan keluar berjalan-jalan di sekitar kilang dan pejabat pada waktu tertentu. Apabila aku ternampak mana-mana pekerja, aku akan terus bertanya soalan yang agak spesifik seperti "Kenapa kamu bekerja sehingga lewat malam ni?" atau "Apa yang kamu sedang lakukan sekarang?" atau "Di mana yang kamu rasa kita boleh perbaiki?". Dengan bertanya soalan-soalan sebegini kepada para pekerja, moral dan juga hubungan antara pihak pengurusan dengan para pekerja bertambah baik dan mereka terasa amat dihargai. Soalan sebegini sebenarnya amat mudah dilontarkan oleh seorang yang introvert, kerana mereka sudah biasa untuk bertanya secara mendalam dan amat berminat untuk mengetahui tentang sesuatu secara teliti.
Seorang extrovert pula suka kepada keluasan perbicaraan. Sebab itu mereka hanya akan menyentuh sesuatu tajuk secara surface dan isi perbincangan yang mencapah tanpa ada satu fokus yang sama.
3. Mempamerkan ketenangan yang jitu
Kebiasaannya, seorang yang introvert amat merendah diri dan low-profile. Tetapi ini tidak langsung membawa makna mereka ini lemah dan tidak mampu berhujah apabila diperlukan. Dalam kerendahan dan kesenyapan mereka, sebenarnya mereka adalah orang yang paling tenang dalam kehidupan.
Dalam kehangatan sesuatu perbincangan atau keadaan, seorang yang introvert akan kekal bercakap dalam nada yang sedarhana, tenang, tidak gopoh, namun menyinarkan cahaya kemantapan serta keseriusan yang amat tinggi. Antara figura yang tepat adalah Presiden Barrack Obama yang sering kelihatan tenang dalam apa jua situasi yang melanda dan apa jua isu yang sedang dibincangkan.
Apabila mereka perlu bersedia untuk apa-apa event atau speech atau pembentangan yang besar, mereka akan kekal dan tenang dan buat yang terbaik. Rahsia mereka hanya satu, iaitu mereka bersedia dari awal dan letakkan mind-set yang tepat dalam otak mereka. Mereka akan tulis dan catat segala perancangan mereka sebelum diterjemahkan di atas pentas. Ini lah sebenarnya rahsia mengapa sebahagian besar manusia yang introvert berjaya dalam kehidupan.
Kadang-kala mereka akan berlakon sebagai orang lain. Sebagaimana yang diamalkan oleh kebanyakan speaker-speaker hebat, mereka akan bayangkan bahawa diri mereka sebagai adiwira James Bond atau apa-apa karektor yang memberi bayangan kekuatan, keyakinan, dan kelancaran dalam membaut sesuatu. Hal ini kerana otak mereka sememangnya pakar dalam memberi psikologi dalaman kepada diri yang seterusnya memberikan satu tambahan besar dari sudut ketenangan dalam perjalanan kerjaya mereka. Bonus lah kot sifat-sifat introvert ni hehe.
4. Lebih suka menulis dari bercakap
Kebanyakan ketua atau pemimpin yang mempunyai sifat introvert yang agak dominan akan lebih mengutamakan penulisan dari percakapan apabila ada sesuatu yang ingin disampaikan. Dalam penulisan, ada sesautu yang boleh disampaikan dengan sangat baik dan mampu menyentuh banyak hati manusia di luar. Apatah lagi kemahiran introvert apabila mampu menyusun segala idea dan perancangan mereka dalam bentuk yang tersusun yang akhirnya akan menjadikan itu sebagai satu leverage atau penolak yang besar dalam hidup mereka.
Contoh yang boleh diambil adalah dari seorang pegawai dalam syarikat yang mana beliau seorang yang constant untuk update blog beliau. Melalui penulisan dengan gaya yang tersendiri dan terbuka, beliau berjaya menyelesaikan banyak permasalahan dalaman dalam kalangan pekerjanya kerana sikapnya yang down-to-earth dan banyak memberikan sentuhan peribadi dalam penulisan.
Boleh jadi satu kelemahan juga sebenarnya kerana ini akan menyebabkan seorang yang introvert lebih banyak menghabiskan masa dalam dunia maya berbanding alam sebenar yang lebih mencabar. Bayangkan, dia gembira dengan engange dalam blognya yang mencapai ratusan atau ribuan setiap hari. Tetapi itu dalam dunia maya. Dalam dunia nyata mungkin dia hanya seorang yang tidak dipandang langsung oleh masyarakat dek kesibukannya sehingga tidak menyumbang langsung untuk masyarakat.
Tapi, aku masih bertegas untuk mengatakan bahawasanya penulisan amat besar peranannya. Kadang-kala penulisan lebih menyentuh hati manusia berbanding percakapan harian kita. Benarlah kata-kata, mata pena itu lebih tajam dari pedang.
5. Kesukaan untuk bersendirian
Pasti ramai akan cakap ini adalah kelemahan kan kan?
Sabar dulu. Ada kebaikan dia sebenarnya. :)
Seorang yang introvert amat suka dengan waktu bersendirian, kerana ini yang akan mengisi kembali tenaga mereka setelah penat seharian bergaul dan meluangkan masa bersama orang lain.
Dalam fasa berehat ini, mereka akan memulihkan kembali tenaga sosial, menaikkan kembali tahap kreatif, mengisi masa dengan idea baru, yang akhirnya melahirkan diri mereka yang baru dan lebih bertenaga untuk menyumbang kepada manusia sekeliling.
Apabila mereka berjaya meluangkan masa yang secukupnya untuk diri mereka, mereka akan bangkit sebagai seorang yang responsif dalam mendepani masalah-masalah yang berlaku berbanding menjadi seorang yang reaktif. Ini amat penting, kerana ketua itu perlu bersedia sepanjang masa untuk mendepani masalah dan dapat memberikan sentuhan terbaik apabila ia berlaku. Bayangkan jika masalah dihadapi dengan reaktif, sebagai contoh apabila berlaku masalah terus bertindak menyalahkan orang lain dan tidak berfikir tentang penyelesaian.
Sebab itu, ciri introvert yang perlu masa berehat untuk menaikkan kembali tenaga mereka merupakan satu bonus tambahan yang akan memberi banyak manfaat dalam pengurusan pentadbiran suatu hari nanti.
Sebagai contoh, Martin Schmidler seorang naib presiden dalam syarikat makanan, mengamalkan satu teknik untuk menguruskan pendapat dan keluarkan komentar. Apabila berlaku perbincangan, beliau akan mendengar semua pendapat dan kemudian meminta masa untuk berfikir. Kebiasaannya beliau pergi berehat dan akan hadam semua pendapat serta berusaha melihat dari pelbagai sudut sebelum memberikan kata pemutus. Dalam suasana yang tenang dan rehat, pendapat yang dikeluarkan lebih bernas dan tepat dengan perjalanan operasi syarikat.
Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lagi mengenai perbezaan introvert VS extrovert, baca disini.
No comments:
Post a Comment