Wednesday, April 8, 2015

Bismillah... Aku Mencintaimu


Dipetik dari sebuah filem Indonesia yang berjudul.

"Bismillah... Aku Mencintaimu". Katakanlah dengan MEMAHAMI maknanya.



Dari filem mengenai cinta, izinkan aku membawa anda ke kawasan seterusnya iaitu NIKAH ataupun kawen. Berapa belanja pernikahan yang sewajarnya?

"Antara mahar paling rendah yang pernah diberikan Rasulullah s.a.w kepada isterinya ialah 500 Dirham bersamaan RM2147. Mahar yang paling tinggi Rasulullah adalah kepada Khadijah sebanyak 20 ekor unta dan Ummu Habibah sebanyak 4000 Dirham bersamaan RM41181."


 Tapi kan, bukankah perempuan yang baik adalah yang rendah maharnya?


Jawapannya ; "Bergantung kepada kemampuan suami dan Rasululullah s.a.w menyediakan mahar yang berbeza mengikut kemampuannya ketika itu. Berbalik juga kepada hadis yang kata perempuan yang baik itu juga yang memudahkan urusan pernikahannya.". Dipetik dari post FB ini. 




ADAT VS BERJIMAT!

Semua manusia ada pandangan tersendiri. Sering kali, kita berbeza kerana sudut pandang kita sudah berbeza dan kurang terbuka. Tertarik dengan kata-kata ini ;

"Kebanyakkan bencana yg menimpa ahli ilmu bertitik tolak dari kerana mereka hanya mengetahui satu pendapat dan satu sudut pandangan shj".


Sebenarnya, entry kali ini cuba berkongsi mengenai "Adat vs Berjimat". Bagaimana nak berjimat dengan keadaan ekonomi hari ini? (dari sudut majlis perkahwinan jew dulu)


Nak berjimat?
Aplikasikan teknik "Barang hantaran" dan "Hadiah Pengantin". Bagaimana tu?

Senang sahaja. Tukar Barang dan hadiah ini kepada barang keperluan selepas kawen. Cuba lihat barang hantaran dan hadiah pengantin yang diterima saudara anda yang telah mendirikan rumah tangga. Kadang-kala, terdapat 2-3 barang yang sama. Malah, banyak hadiah (barang) yang kurang diperlukan kegunaannya.


"Usahlah bazirkan wang anda, memberi apa yg sudah ada".

Kos sara hidup TINGGI? Kos perkahwinan, apatah lagi. Berfikir secara bijak. 
Sahabat mana yang tak gembira, andai rakan karibnya bakal mendirikan rumah tangga. Saudara mara dan keluarga, apatah lagi. Namun, timbul satu PERSOALAN yang sering terjadi. 

Hadiah apa erk, aku nak bagi kat kawan aku ni? Kalau bagi benda ni, dia suka tak erk? Bagi ni, nampak macam murah pulak. Aaarrrggghhh.... Pening laaaa 


Permasalahan biasa yang sering kita dialami apabila pemilihan hadiah, bukan? Kenapa tidak menyelesaikannya secara Win-Win Situation. Untuk sahabat anda, dan ANDA!.

Apa perasaan anda, apabila selaku kwn baik, diberi anda PERHORMATAN utk sponsor barang hantaran bagi majlis perkahwinan sahabat anda? Kau ada? 

Sungguh... Jarang sekali, orang memberi "hak exclusive" ini, kepada orang lain. Nak jadi pengapit pon depa dah berebut, ini pon apa kurangnya. Diberi perhormatan utk menambah "warna-warni" perkahwinan sahabat anda beb!.


Keperluan VS Kehendak! 

Sebelum memberi "hak exclusive" ini, sebaiknya kita membuat dahulu beberapa perancangan. Barang keperluan apa yang benar-benar kita perlukan, bukannya keinginan. Kita senaraikan dan khabarkan kepada teman-teman.

Camna nak khabarkan?
Cuba bayangkan semasa tarikh hari jadi anda semakin hampir. Lalu anda post di FB.
Peringatan : Tak perlu straight forward sangat seperti statement ini ; 

"Hari jadi saya dah dekat. Saya nak hadiah ini la". 

Sebaliknya. Just buat posting simple di FB atau semasa shopping dan berjalan-jalan dengan kawan, try buat ayat "umum" seperti ini.

"Cantiknya jam tangan tu".... 
"Bestnya buku tu, teringin nak beli & baca".... 

Contoh barangan keperluan, seperti dibawah. 
1. Buku (senarai judul buku yang berkualiti. Buat ikut kategori : Investment, agama, novel, n etc).
2. Peralatan dapur (Pinggan mangkuk cawan 10x, Kuali, periuk nasi, heater, sudip + garpu)
3. Peralatan elektrik (kipas, seterika, plug tambahan, & etc).
4. Lain-lain...


TAPI kan....  (soalan)

Takde la surprise, klu macam ni. pengantin dah tau hadiahnya. Kan?
Jap. Jadi, surprise yang bagaimana yg anda inginkan?

Surprise bila pengantin bukak kotak hadiah jew, kebanyakkan hadiah adalah brg sama. Surprise...!
Hadiah kami, sama macam hadiah kotak sebelumnya. hehe...


Fikirkan. "Usahlah bazirkan wang anda, memberi yang tidak seperlunya".


P/s : Mungkin idea ini, tidak sesuai utk segelintir masyarakat.


There's only one thing 2 do, 
Three words 4 you.....
I LOVE YOU



Akhir kata, mari kita hayati lirik lagu "Your Mother". 
Who should I give my LOVE to?


Sekian...

Nukilan : Fedli Isa
Investment Trainee (sedang melalui latihan praktikal).

No comments:

Post a Comment