Friday, June 5, 2015

Benarkah, teori Demand & Supply penentu harga?

Dilema kehidupan hari ini. Harga barang naik!.

"Ini salah BN!", kata seseorang rakan di media sosial. Buktinya, BN stand for Barang Naik. Ditambah pula dengan GST 6%. BN (darab 6%). Oooppsss...


HAHA... Apa-apa jelah. Untuk entry kali ini, saya masih  tidak berminat membahaskan politik. Kerna, dalam permainan politik. Saya berpandangan.... 

"Belum tentu APA yang kita lihat itu adalah yang SEBENAR. 
Dan, belum tentu yang SEBENAR itu adalah yang BENAR". 


Berbalik kepada tajuk dan persoalan UTAMA.
Siapa yang menyebabkan harga naik? Siapa sebenarnya yang penentu harga? 

Jika kita lihat. Walaupun kita sudah membuat "mogok" (beberapa hari jew pun). Tapi, harga barang masih tak  turun-turun. Betul kew teori demand & supply ni? Valid kew dengan situasi hari ini?

Jika ditanya, ini jawapanku ;

"Harga barang ditentukan oleh penjual, berdasarkan siapa pembelinya (target)"


Nah.... Jika sudah awal-awal lagi, PENJUAL yang menentukan harga, apa guna teori demand & supply?
*Tertiba terasa. Macam sia-sia saja ilmu ekonomi asas yang kita belajar semasa SPM mahupun di universiti kan? (tapi xpe la, atleast dapat A+ time exam dulu". Kata budak 4flat di pangsapuri sebelah).


Jika kita berfikiran seperti ayat diatas, 'mungkin' kita tergolong dalam kelompok yang belajar HANYA untuk exam. Habis exam, buku entah kemana. 

Ingin saya berkongsi, sharing saya dengan adik perempuanku tempoh hari. Dengan membawa contoh dan menimbulkan sebuah persoalan kepadanya.

Bayangkan.... Anda sedang belajar dan mengikuti kelas memasak selama 3 tahun. Selepas habis belajar memasak, agak-agaknya. Adakah kita terus belajar memasak atau berhenti disitu (tak memasak dah)?

Mengerti maksud yang ingin saya sampaikan?
Begitu juga kita di sekolah mahupun universiti. Adakah selepas graduate ini, kita masih membaca buku atau lupakan buku? Jika selepas graduate, kita dah tak baca buku. Ketahuilah besar kemungkinan. KITA BELAJAR HANYALAH UNTUK EXAM!. Ya, budak 4 flat tu...

So, betulkan semula niat kita. Bacalah dengan nama Tuhanmu... (surah pertama yang diturunkan). Point ni juga, sering ku ulang kat adikku (walaupun, aku pun tidak menentu). Atleast, kita cuba ingat-mengingati walaupun diri tidak sempurna. 


Ok. Kembali semula ke tajuk asal... (saya memang suka kaitkan sesuatu dengan sesuatu. Harap anda ok & tak jemu membaca).

Jika anda berkata, teori demand dan supply sekadar teori dan ianya SALAH. Cuba fikir kembali!.
Mungkin kita yang salah dan tidak mengerti apa yang kita pelajari.

"Kadang-kala, manusia ditipu dengan APA yang mereka tahu. Dan, sering kali menidakkan sesuatu yang ia tidak tahu"

Pendapat peribadiku, teori demand & supply itu BENAR. Dan, ianya bukan sekadar teori namun praktikal. Sebelum kita pergi lebih jauh, izinkan saya bertanya. Teori demand & supply ini, dalam chapter berapa? 

Sudah tentu jawapannya. Di pentengahan buku...
Dan, tahukah anda. Apa chapter permulaan dalam subjek ekonomi asas?

Izinkan saya mengingati. Iaitu, 4 persoalan ASAS EKONOMI ASAS. Iaitu ;
1. Apa barang yang ingin dikeluarkan?
2. Kenapa barang itu hendak dikeluarkan?
3. Bagaimana hendak mengeluarkan (mesin/manusia)?
4. UNTUK SIAPA BARANG ITU DIKELUARKAN? 


Saya hanya ingin highlight point no 4 sahaja. Bandingkan dengan kata-kata dipermulaan entry ini...

"Harga barang ditentukan oleh penjual, berdasarkan siapa pembelinya (target)"

Nah... Selesai persoalan penentu harga barang. Sebab utama harga Barang Naik bukan disebabkan huruf BN-nya. Tapi, ada faktor lain. *Untuk GST, berasal dari vokalnya.

Pengajaran : Jika guru dihadapan mengajar, beri tumpuan. Fahami dan kaitkan dengan sesuatu yang berlaku. Dan, yang paling utama. Baca pendahuluan dan bab satu dahulu. Don't jump terus chapter penghabisan... 


Ok, korang dah faham pasal penentu harga barang kan?
Sebab nak bawa korang kedunia pelaburan saham pulak lepas ni...

Sebelum tu, saya bagi 2 contoh bagi memudahkan pemahaman... 
Contoh pertama ; Apa perbezaan harga makanan di warung biasa dengan di hotel?
Contoh kedua ; Apa beza, sukan golf dengan badminton (dari segi harga nak main)?

Ya,.... Jawapannya adalah SIAPA PEMBELINYA/PENGGUNANYA.
Kebiasaan, orang yang makan di hotel adalah orang yang kaya-kaya (orang sederhana pun ada, cuma xramai). Manakala, warung biasa sering dikunjungi oleh orang berpendapatan sederhana (orang kaya pun, ada yang makan disini. Tapi, xramai la).

Dan, kita perlu ingat. Apabila kita tanya kepada dua golongan ini (orang kaya vs orang biasa), satu soalan yang sama ;

"Berapakah harga makanan normal/sederhana bagi encik?"

Jawab Orang biasa ; If harga makanan tu bawah RM10 (campur air), it's ok la. Sederhana...
Jawab Orang kaya ; Sekitar RM50 seorang... (tidak termasuk GST).

Soalan yang sama, jawapan yang berbeza. If tanya padaku, mungkin jawapanku juga berbeda. Ianya berbeza dari segi sudut mana kita memandang, dari segi pengalaman dan apa yang kita pelajari. Semua itu, sering mempengaruhi kita. Ketahuilah....

“Kebanyakkan bencana yang menimpa ahli ilmu bertitik tolak dari kerana
mereka hanya mengetahui satu pendapat dan satu sudut pandangan guru sahaja”
(petikan dalam fiqh perselisihan)


Hadoi... Belum masuk bab pelaburan saham lagi ni... 
Oklah. Make it simple. Apa fungsi P/E ratio dalam menganalisis saham? (sila baca pic bawah ini ya dan sila google sendiri formula plus cara pengiraannya)


Faham kan? 
Umumnya. P/E ratio ni subjektif (macam perempuan). Nak cakap low P/E tu bagus, tak jugak. Nak cakap high P/E tu xbagus pun, tak jugak. Jadi, mana satu yang bagus?

Untuk kes sebegini, kita perlu buat sektor analisis. Ya, bandingkan epal dengan epal. 
Saya ambil sektor getah/rubber product sebagai contoh. Antara syarikat dalam sektor ini ialah 
1. Supermax (7106). P/E dia = 14x
2. Kossan (7153). P/E = 29x
3. Harta (5168). P/E =33x
4. Topglove (7113). P/E=17x
*Data berdasarkan anggaran.

So, adakah syarikat Supermax bagus sebab low P/E?
For me, BELUM TENTU! Walaupun, dia punya valuation memang menarik. (baca pic atas tadi balik). Tapi, ada benda lain anda perlu perhati. Iaitu, "SIAPA PEMBELINYA". 

Jika kebanyakkan orang yang membelinya adalah "orang-orang kaya", kebiasaannya harganya tinggi (macam harga makanan di hotel). Manakala, jika kebanyakkan orang-orang yang membelinya adalah orang biasa, harganya pun macam tulah lah... Harga orang-orang biasa. 

Oh ya.. Terlupa untuk menyentuh mengenai demand & supply. Demand & supply berlaku antara pengguna/pembelinya. Jika permintaan (gabungan demand orang kaya & orang biasa) lebih besar daripada supply, maka harga akan naik. Begitulah sebaliknya...

Rumusan teori penentu harga ;
1. Pertama : Harga barang ditentukan oleh penjual, berdasarkan siapa pembelinya (target)
2. Kedua : Demand & Supply antara pembeli & penjual.

Semoga bermanfaat.

Fedli Isa

Note : Watak didalam ini, hanyalah sekadar lakonan sahaja. No hard feeling...

Thursday, June 4, 2015

Who I am?


Kebiasaaannya, manusia hanya menghargai kelebihan/ expertise kita. Maka, kenalilah dirimu...


Tidak percaya? 
Cuba fikirkan dan renungkan. Pernahkah sahabat anda meminta pertolongan anda dalam bidang yang kita sendiri tak tahu/lemah? Contohnya, kita lemah dalam subjek akaun. Kemudian, sahabat kita minta ajar dia subjek tersebut. Tak gila namanya!. 

Begitu jugalah jika anda seorang Doktor perubatan, pakar ekonomi, ilmuwan dan sebagainya. Kebanyakkan orang meminta bantuan anda, adalah disebabkan kemahiran/kelebihan yang ada pada anda.

Maka, timbullah kata orang. 

"Jawapan yang betul itu terhasil apabila kita bertanya kepada orang yang BETUL". 


Bagaimana ingin kenal diri?
Aku takde jawapan yang 100% untuk itu. Pada aku, setiap individu itu berbeza dan ada cara tersendiri. Terokailah diri anda. 


Formula 20:80

Pernahkan anda terfikir. Kenapa ada rakan anda, yang jarang study tapi markah tinggi-tinggi. Tapi, kita yang study siang malam sebelum peperiksaan, dapat markah tang tu jugak. Ingin tahu perbezaannya?

Disini aku khabarkan formula 20:80. Ringkasnya, ianya bermaksud. Anda hanya menggunakan 20% sahaja tenaga anda untuk menghasilkan 80% output. Tapi, dengan syarat. Bidang yang anda ceburi itu adalah bidang expertise anda (kelebihan). 

Aku kasi contoh. Jika tayar kereta anda pancit dan perlu ditukar. 
Cuba anda kaji. Tempoh masa yang anda gunakan untuk menukarnya tayar kereta anda (tukar sendiri) dengan tempoh masa yang diambil oleh seorang mekanik kereta dalam hal yang sama (bidang expertise beliau).

Anda akan terkejut, perbezaan masa yang dicatatkan amatlah ketara. Dan, itulah perbezaan antara orang yang ada "kelebihan" dengan orang yang biasa-biasa sahaja.

Formula 20:80 ini juga, boleh dikaitkan dengan "kelemahan" anda. Contoh, anda lemah subjek matematik. Untuk FAHAM sebanyak 20%, anda perlu berusaha dan membuat latihan matematik  sebanyak 80% (4x ganda daripada orang biasa kebiasaannya).

Note : angka 20 dan 80, hanyalah sebagai "indikator".

Jawapan untuk budak yang jarang study, tapi result gempak :

Itu antara kelebihan dia. Dia cepat "tangkap"(faham) apa yang diajar. 
*Ramai orang kata. "Jika nak paham matematik, kena buat banyak latihan". Tapi, malangnya. Kata-kata ini kurang sesuai untuk beberapa orang. Sebab, depa buat latihan sikit pun, umpama 80% kefahaman. 


Jika anda seorang peniaga, ketahuilah bukan semua barang anda mampu menjualnya
Jika anda seorang guru, ketahuilah bukan semua subjek anda tahu
Dan, jika anda seorang pekerja. Ketahuilah, tidak semua kerja anda sesuai membuatnya.


"Everyone is gifted, but some people don't open their package"


Dah terlanjur anda mengenal kelebihan, kekurangan dan kelemahan diri. Belajarlah "mengenal" Tuhan. Semoga kita ketemu dengan guru yang benar yang membawa kita mengenali diri yang sebenar.

Akhir kata, jika anda tahu "kelebihan" anda, cepat-cepatlah gilap ia menjadi expert. Spend banyak masa menerokai kelebihan anda (kerana, baru 20% usaha anda, dapat mengeluarkan 80% output yang luar biasa). Semoga dengan kelebihan anda, dapat membantu orang lain yang memerlukan bantuan. Kita perlukan lebih ramai PAKAR dalam Islam.


Sekian,...

Fedli Isa
Introvert person & left minded