Kebiasaaannya, manusia hanya menghargai kelebihan/ expertise kita. Maka, kenalilah dirimu...
Tidak percaya?
Cuba fikirkan dan renungkan. Pernahkah sahabat anda meminta pertolongan anda dalam bidang yang kita sendiri tak tahu/lemah? Contohnya, kita lemah dalam subjek akaun. Kemudian, sahabat kita minta ajar dia subjek tersebut. Tak gila namanya!.
Begitu jugalah jika anda seorang Doktor perubatan, pakar ekonomi, ilmuwan dan sebagainya. Kebanyakkan orang meminta bantuan anda, adalah disebabkan kemahiran/kelebihan yang ada pada anda.
Maka, timbullah kata orang.
"Jawapan yang betul itu terhasil apabila kita bertanya kepada orang yang BETUL".
Bagaimana ingin kenal diri?
Aku takde jawapan yang 100% untuk itu. Pada aku, setiap individu itu berbeza dan ada cara tersendiri. Terokailah diri anda.
Formula 20:80
Pernahkan anda terfikir. Kenapa ada rakan anda, yang jarang study tapi markah tinggi-tinggi. Tapi, kita yang study siang malam sebelum peperiksaan, dapat markah tang tu jugak. Ingin tahu perbezaannya?
Disini aku khabarkan formula 20:80. Ringkasnya, ianya bermaksud. Anda hanya menggunakan 20% sahaja tenaga anda untuk menghasilkan 80% output. Tapi, dengan syarat. Bidang yang anda ceburi itu adalah bidang expertise anda (kelebihan).
Aku kasi contoh. Jika tayar kereta anda pancit dan perlu ditukar.
Cuba anda kaji. Tempoh masa yang anda gunakan untuk menukarnya tayar kereta anda (tukar sendiri) dengan tempoh masa yang diambil oleh seorang mekanik kereta dalam hal yang sama (bidang expertise beliau).
Anda akan terkejut, perbezaan masa yang dicatatkan amatlah ketara. Dan, itulah perbezaan antara orang yang ada "kelebihan" dengan orang yang biasa-biasa sahaja.
Anda akan terkejut, perbezaan masa yang dicatatkan amatlah ketara. Dan, itulah perbezaan antara orang yang ada "kelebihan" dengan orang yang biasa-biasa sahaja.
Formula 20:80 ini juga, boleh dikaitkan dengan "kelemahan" anda. Contoh, anda lemah subjek matematik. Untuk FAHAM sebanyak 20%, anda perlu berusaha dan membuat latihan matematik sebanyak 80% (4x ganda daripada orang biasa kebiasaannya).
Note : angka 20 dan 80, hanyalah sebagai "indikator".
Jawapan untuk budak yang jarang study, tapi result gempak :
Itu antara kelebihan dia. Dia cepat "tangkap"(faham) apa yang diajar.
*Ramai orang kata. "Jika nak paham matematik, kena buat banyak latihan". Tapi, malangnya. Kata-kata ini kurang sesuai untuk beberapa orang. Sebab, depa buat latihan sikit pun, umpama 80% kefahaman.
Jika anda seorang peniaga, ketahuilah bukan semua barang anda mampu menjualnya
Jika anda seorang guru, ketahuilah bukan semua subjek anda tahu
Dan, jika anda seorang pekerja. Ketahuilah, tidak semua kerja anda sesuai membuatnya.
"Everyone is gifted, but some people don't open their package"
Dah terlanjur anda mengenal kelebihan, kekurangan dan kelemahan diri. Belajarlah "mengenal" Tuhan. Semoga kita ketemu dengan guru yang benar yang membawa kita mengenali diri yang sebenar.
Akhir kata, jika anda tahu "kelebihan" anda, cepat-cepatlah gilap ia menjadi expert. Spend banyak masa menerokai kelebihan anda (kerana, baru 20% usaha anda, dapat mengeluarkan 80% output yang luar biasa). Semoga dengan kelebihan anda, dapat membantu orang lain yang memerlukan bantuan. Kita perlukan lebih ramai PAKAR dalam Islam.
Sekian,...
Fedli Isa
Introvert person & left minded
No comments:
Post a Comment