Tuesday, November 17, 2015

Aku Fresh Grad….


Sering kali kita berbicara mengenai ‘pengalaman’, yang kini sudah menjadi sejarah kehidupan. Dalam kehidupan, ada pengalaman yang dapat kita lakarkan di dalam kertas berbentuk ‘sijil’, namun banyak sekali tidak dicatatkan diatas kertas. Hanya kerana pengalaman tersebut tidak ditulis dikertas, sering kita melupakan ia. Bagiku, ‘sijil’ itu hanyalah sebuah kertas, sebagai sebuah bukti bagi orang mempercayai, kita pernah berada disitu (jasad).


Kini, sudah sebulan berlalu selepas aku bergraduasi. Aku masih tidak pasti, samaada diriku seorang berstatus ‘penganggur’ ataupun Fresh Grad. Bekerja?


Begitu jugalah halnya dengan ‘bekerja’. Hari ini, kita sering beranggapan, orang yang bekerja dengan kerajaan/ sykt swasta itulah dianggap sebagai bekerja. Manakala, mereka yang bekerja kampung dan berniaga kecilan ditepi jalan pula, sering dianggap “tiada pengalaman bekerja”, hanya kerana pengalaman mereka itu tiada dalam “kertas”.


Aku yang kini dan dimasa kecil…

Umumnya, aktiviti harianku kini, seumpama dimasa kecilku. Berniaga, pi tangkap belut, bela kambing dan aktiviti kampung yang lain. Ya, aktiviti tersebut, tidak perlu belajar sampai diploma & Degree pun takpe. Namun, aktiviti sebegitulah membuat aku tersedar akan sesuatu. Ada beza, apabila kita berbicara mengenai “pengalaman” dengan apa yang sedang kita lalui sekarang. Bezanya pada “perasaan/feeling”.


Pengalaman yang sering kita laungkan, sudah pudar perasaan. Hatta, mungkin juga kita sudah lupa bagaimana perasaan itu ketika dahulu. Amat ketara juga jika berbicara mengenai “perasaan”. Jika dahulu, mungkin aku melihat orang yang bekerja kampungan itu seperti orang yang sedikit low-class (walaupun, aku pernah bekerja seperti mereka sebelum itu). Kini, aku rasa mereka itu juga sepertiku (sebab, aku juga kerja sebegitu hari ini). I feel that feeling… (bukannya, I already know that feeling).


Dalam kesibukan mencari kerja kosong, tidak ku duga dapat merasai perasaan itu kembali. Sesuatu yang sudah lama pudar dalam diriku. Entahlah… Secara jujurnya, aku tidaklah terlalu khuatir untuk mencari kerja kosong. Alhamdulillah, belanja & pendapatan bulanan aku masih mencukupi untuk diri walaupun ‘berstatus’ sebegini. Dan, secara umumnya bagi mengukur tahap “kekhuatiran” mencari kerja kosong, aku gunakan ibuku sebagai indikatorku. Mudahnya, jika asyik kena berleter hampir setiap hari, bermakna “kekhuatiran” mencari kerja kosong ditahap maximum.


Akhir kata bagiku, kehidupan itu sendiri adalah pengalaman. Kenapa harus kita membezakan antara pengalaman bekerja, pengalaman di universiti, dan sebagainya? Jika di universiti, antara soalan yang akan ditanya adalah ; Pernahkah pegang jawatan organisasi sebelum ini? (Bagi pemilihan organisasi baru). Begitu jugalah jika anda Fresh Grad. Pernah bekerja di syarikat mana? Fresh grad?


Ya. Umpama anda bermula pada “kosong” semula apabila memasuki dunia yang “baru”. Pengalaman hidup anda seperti di ‘reset’ kembali. Tidak bolehkah kita teruskan perjalanan kita, dengan membawa bekal pengalaman yang sudah kita ada?


Tertarik dengan sebuah pertanyaan didalam sebuah ceramah. “Kenapa kebanyakkan Nabi adalah pengembala kambing?” (*Jika mahu “merasai” jawapannya, cubalah bela kambing yang dilepaskan).


Kisah hidupku bukanlah seperti Novel.
Kerana novel ditulis oleh tangan manusia, bukannya Tuhan yang Maha Pencipta!



Fedli Isa (Slumb)


Friday, November 6, 2015

Not all things....


"Kita bukan setakat hilang tujuan, malah tidak kenal siapa disebalik bayang... "

Kegagalan mengenali diri, mencelarukan dunia. Apabila sesuatu amanah itu diberikan kepada orang yang tidak selayaknya.


Dalam hidup ini, ...

"Not all things we know"... 

Kerna, setiap kita itu unik dan ada kelebihan tersendiri. Ekonomi ada orangnya, saintis ada orangnya, ustaz ada orangnya, politik ada orangnya. Dalam dunia hari ini, aku berpendapat bahawa ; "Jika kita seorang guru, bukan semua subjek kita tahu (apatah lg expert)".

Kekecohan hari ini, apabila kebanyakkan orang seperti "know everything" (Mr Google!). Semua perkara ingin diulasnya dan ingin memberi pandangan/komen.


Berahsia atau jujur saja?

Perlu kita ketahui, bukan semua perkara boleh dikongsi. Kerna, ada disana perkara berbentuk privasi. Maka, berhati-hati. Begitu juga, perkongsian kita. Berbicaralah sesuai dengan tahap kebolehan diri dan pendengarnya. Bukan semua orang sama 'tahap' ilmunya seperti kita. Fahamilah, ada info khusus hanya untuk orang dalam, dan ada info untuk orang kebanyakkan. Bayangkan, anda kongsi cerita 'hal kelambu' suami anda kepada orang lain. Adakah ianya wajar?

Begitu juga dalam kehidupan. Jangan terlalu percaya akan seseorang 100%. Usah juga terus membencinya.


Fedli Isa
#Entry terbengkalai.

"GAME"


Pernah anda bermain "game"?
Umpama, DOTA, counter strike, travian, COC & sebagainya. Yang penting, ianya game.


Adat bermain game, antara perkara permulaan kita perlu tahu ialah bagaimana cara permainannya.

Masih teringat kata-kata seorang kawan semasa bermain game Travian 3-4 tahun lalu.

"The Best defence is to attack". 

Sejujurnya... Ada benarnya.
Namun, perlu kita fahami. Apabila dinamakan "Game", corak permainannya sering berubah-ubah. Jarang jumpa game yang 'fixed' (tetap). btw, kebanyakkan game yang mencabar ialah game yang berubah setiap masa. Sebab tu la, game sentiasa kena update (macam DOTA 2 contohnya).


Sekadar perkongsian pengalaman bermain permainan politik, boleh saya katakan...

"Belum tentu APA yang kita lihat (+baca/dengar/fikir) itu adalah yang SEBENAR.
Dan, belum tentu yang SEBENAR itu adalah yang BENAR".


People always think, they know everything. Ada kalanya, kita perlu berdiam dalam perkara yang kita sendiri tak faham.


Dalam bidang investment pula, benda ini tidak banyak bezanya. Cumanya, dunia investment ini lebih banyak permainannya. Aku tak tahu camna nak nukilkan. Apa yang jelasnya, banyak game didalamnya.


Fedli Isa
#Entry terbengkalai. Dan, byk tergantung nukilannya. HAHA...