Tuesday, November 17, 2015

Aku Fresh Grad….


Sering kali kita berbicara mengenai ‘pengalaman’, yang kini sudah menjadi sejarah kehidupan. Dalam kehidupan, ada pengalaman yang dapat kita lakarkan di dalam kertas berbentuk ‘sijil’, namun banyak sekali tidak dicatatkan diatas kertas. Hanya kerana pengalaman tersebut tidak ditulis dikertas, sering kita melupakan ia. Bagiku, ‘sijil’ itu hanyalah sebuah kertas, sebagai sebuah bukti bagi orang mempercayai, kita pernah berada disitu (jasad).


Kini, sudah sebulan berlalu selepas aku bergraduasi. Aku masih tidak pasti, samaada diriku seorang berstatus ‘penganggur’ ataupun Fresh Grad. Bekerja?


Begitu jugalah halnya dengan ‘bekerja’. Hari ini, kita sering beranggapan, orang yang bekerja dengan kerajaan/ sykt swasta itulah dianggap sebagai bekerja. Manakala, mereka yang bekerja kampung dan berniaga kecilan ditepi jalan pula, sering dianggap “tiada pengalaman bekerja”, hanya kerana pengalaman mereka itu tiada dalam “kertas”.


Aku yang kini dan dimasa kecil…

Umumnya, aktiviti harianku kini, seumpama dimasa kecilku. Berniaga, pi tangkap belut, bela kambing dan aktiviti kampung yang lain. Ya, aktiviti tersebut, tidak perlu belajar sampai diploma & Degree pun takpe. Namun, aktiviti sebegitulah membuat aku tersedar akan sesuatu. Ada beza, apabila kita berbicara mengenai “pengalaman” dengan apa yang sedang kita lalui sekarang. Bezanya pada “perasaan/feeling”.


Pengalaman yang sering kita laungkan, sudah pudar perasaan. Hatta, mungkin juga kita sudah lupa bagaimana perasaan itu ketika dahulu. Amat ketara juga jika berbicara mengenai “perasaan”. Jika dahulu, mungkin aku melihat orang yang bekerja kampungan itu seperti orang yang sedikit low-class (walaupun, aku pernah bekerja seperti mereka sebelum itu). Kini, aku rasa mereka itu juga sepertiku (sebab, aku juga kerja sebegitu hari ini). I feel that feeling… (bukannya, I already know that feeling).


Dalam kesibukan mencari kerja kosong, tidak ku duga dapat merasai perasaan itu kembali. Sesuatu yang sudah lama pudar dalam diriku. Entahlah… Secara jujurnya, aku tidaklah terlalu khuatir untuk mencari kerja kosong. Alhamdulillah, belanja & pendapatan bulanan aku masih mencukupi untuk diri walaupun ‘berstatus’ sebegini. Dan, secara umumnya bagi mengukur tahap “kekhuatiran” mencari kerja kosong, aku gunakan ibuku sebagai indikatorku. Mudahnya, jika asyik kena berleter hampir setiap hari, bermakna “kekhuatiran” mencari kerja kosong ditahap maximum.


Akhir kata bagiku, kehidupan itu sendiri adalah pengalaman. Kenapa harus kita membezakan antara pengalaman bekerja, pengalaman di universiti, dan sebagainya? Jika di universiti, antara soalan yang akan ditanya adalah ; Pernahkah pegang jawatan organisasi sebelum ini? (Bagi pemilihan organisasi baru). Begitu jugalah jika anda Fresh Grad. Pernah bekerja di syarikat mana? Fresh grad?


Ya. Umpama anda bermula pada “kosong” semula apabila memasuki dunia yang “baru”. Pengalaman hidup anda seperti di ‘reset’ kembali. Tidak bolehkah kita teruskan perjalanan kita, dengan membawa bekal pengalaman yang sudah kita ada?


Tertarik dengan sebuah pertanyaan didalam sebuah ceramah. “Kenapa kebanyakkan Nabi adalah pengembala kambing?” (*Jika mahu “merasai” jawapannya, cubalah bela kambing yang dilepaskan).


Kisah hidupku bukanlah seperti Novel.
Kerana novel ditulis oleh tangan manusia, bukannya Tuhan yang Maha Pencipta!



Fedli Isa (Slumb)


No comments:

Post a Comment