Amat jarang aku menulis entry mengenai politik. Namun, disebabkan ada 'beberapa' yang bertanya, maka lebih baik aku menulisnya disini daripada menjawab satu persatu dalam WhatsApp ataupun Fb. Sebelum kita pergi lebih jauh, ayuh renungkan Quote pertamaku ini yang terhasil daripada dunia politik.
Dan, aku masih berpegang dengan kata-kata penasihat kami ketika dahulu. Iaitu;
"Pemikir/ Perancang yang hebat ialah apabila orang lain (*golongan awam) tidak tahu bahawa beliau yang merancang".
Note: Bagi maksud 'orang lain' itu, aku sendiri yang meletakkan definasi sebagai orang awam. Kerana, mereka kebiasaannya tahu perkara luaran/ umum sahaja. Dan, mudah 'dipermainkan'.
Perlawanan 3 penjuru?
Bagi pilihanraya kali ini, ianya semakin memeningkan. Kerana, wujud 3 penjuru. Umpama, lampu trafik yang mempunyai 3 warna. Warna "Hijau" bermaksud Jalan, Warna "Merah" bermaksud Berhenti. Tetapi, apabila diwujudkan satu warna yang seumpama "kuning", kita mula tertanya apa yang perlu dilakukan. Perlu memecut atau berhenti?
Agaknya, begitulah persoalan para pengundi di Parlimen Parit Buntar, kawasan kelahiranku pada 9 Mei nanti. Fenomena 3 "lampu" yang berwarna yang menyala serentak. Maka, "lampu" manakah yang akan kita pilih bagi meneruskan perjalanan 5 tahun yang seterusnya? Apa-apapun, semoga pilihan yang dibuat itu, baik untuk anda dan juga pemandu yang lain. Bak kata orang, berhati-hati semasa Pilihan Raya. Ingatlah generasi yang seterusnya.
Agaknya, begitulah persoalan para pengundi di Parlimen Parit Buntar, kawasan kelahiranku pada 9 Mei nanti. Fenomena 3 "lampu" yang berwarna yang menyala serentak. Maka, "lampu" manakah yang akan kita pilih bagi meneruskan perjalanan 5 tahun yang seterusnya? Apa-apapun, semoga pilihan yang dibuat itu, baik untuk anda dan juga pemandu yang lain. Bak kata orang, berhati-hati semasa Pilihan Raya. Ingatlah generasi yang seterusnya.
Manifesto Parti-Parti yang bertanding...
Bagi manifesto BN, tidak perlu aku ulas lagi memandangkan ramai yang membaca. Ya, secara umum sememangnya terdapat perkara yang aku kurang setuju dengan cara & apa yang dibawa oleh BN setelah sekian lama memerintah Malaysia. Namun, ada juga perkara aku menyokong.
Bagi pembangkang pula, antara manifesto mereka yang aku kurang bersetuju ialah pemansuhan GST. Ini bukanlah bermaksud aku suka membayar GST. Namun, disebabkan sebab-sebab tertentu. Seperti, GST boleh dikatakan sistem cukai yang efisien setakat ini, sekaligus dapat mengurangkan 'jenayah' pernipuan dalam perniagaan/ dunia korporat.
Benar, GST itu zalim kerana ianya juga dikenakan keatas orang miskin. Namun, sebagai timbal balas, kerajaan memberikan BR1M. Maka, nasib orang biasa atau kurang pendapatan masih dibela.
GST juga antara penyebab kenaikan harga barang. Namun, ianya bukanlah sebab utama. Untuk detail, mohon baca entry Kenapa Harga Barang Naik?
Manakala, solusi yang dibawa oleh pembangkang untuk 'kontra' dengan penghapusan GST ini juga meragukan. Seperti PAS, mereka mencadangkan cukai saham & cukai atas simpanan korporat. Secara jujur, terlampau banyak perkara yang boleh dipertikaikan dengan tawaran ini. Serta, kesan-kesannya.
Sebaliknya, aku lebih berharap agar diwujudkan satu cukai baru keatas HARGA RUMAH bagi pembelian kali ke-2 & seterusnya (pembelian rumah pertama = free tax). Dan, sudah tentu aku ada sebab tersendiri kenapa alatnya adalah RUMAH. Detail idea ini, boleh baca disini. *Ini merupakan salah satu tajuk yang ingin aku kaji sekiranya ada 'peluang' menyambung pengajian.
Sebaliknya, aku lebih berharap agar diwujudkan satu cukai baru keatas HARGA RUMAH bagi pembelian kali ke-2 & seterusnya (pembelian rumah pertama = free tax). Dan, sudah tentu aku ada sebab tersendiri kenapa alatnya adalah RUMAH. Detail idea ini, boleh baca disini. *Ini merupakan salah satu tajuk yang ingin aku kaji sekiranya ada 'peluang' menyambung pengajian.
Amatlah sukar untuk menyatukan orang melayu / Islam dalam politik di Malaysia ini. Lihatlah, berapa banyak parti bersifat bergitu sehingga memecah belahkan. Sebaliknya, adalah lebih mudah menyatukan bangsa melayu/ Islam dibawah Majlis Raja-Raja. Kenapa? Bacalah Institusi Raja-Raja Melayu: Peranannya dalam memelihara kedudukan Islam dari sudut perlembagaan.
Ya, Institusi UTAMA yang menjaga agama Islam di negara ini, masih dibawah kuasa Raja-Raja. Bukannya parti politik. *Jika ada, ianya sekadar add-value.
Manakala, jika diperhatikan cukai yang ingin dibawa oleh PAS adalah berkonsepkan cukai Islam (zakat), dimana hanya orang-orang kaya sahaja dikenakan. Namun, mungkin mereka terlalu tergesa-gesa. Sebagai contoh, antara thesis rakanku mengenai Zakat & koperasi di Malaysia, majoriti koperasi tidak membayar zakat. Walaupun, lembaga pengarahnya adalah beragama Islam.
Antara sebabnya, tiada undang-undang yang mewajibkan bayar zakat bagi syarikat/korporat, disamping tiada rebet cukai kepada syarikat jika membayarnya (berbeza dengan cukai pendapatan individu, dimana jumlah zakat anda boleh mengurangkan jumlah cukai yang perlu dibayar).
Antara sebabnya, tiada undang-undang yang mewajibkan bayar zakat bagi syarikat/korporat, disamping tiada rebet cukai kepada syarikat jika membayarnya (berbeza dengan cukai pendapatan individu, dimana jumlah zakat anda boleh mengurangkan jumlah cukai yang perlu dibayar).
Yes, jika diteliti. Kedua-dua institusi agama & zakat ini boleh diperkasakan tanpa dipolitikkan. Disamping Ke-RAJA-an itulah kerajaan!.
Perancangan... (*masih dalam kebarangkalian)
1. Kemungkinan aku akan mengundi parti pembangkang (PH atau PAS) & parti kerajaan (BN) pada 9 Mei nanti. Dan, ianya bukan undi rosak tau!
Boleh kew?
Secara umum, terdapat dua jenis kawasan. Iaitu, kawasan DUN & PARLIMEN.
Bagi kawasan DUN, sekiranya pihak pembangkang menang majoriti, maka mereka akan membentuk kerajaan di negeri tersebut. Seperti yang berlaku di Selangor, Kelantan, & Pulau Pinang.
Manakala, sesiapa yang menang majoriti kawasan PARLIMEN, merekalah yang akan mentadbir MALAYSIA.
Oleh itu, sekiranya anda tidak suka BN mentadbir negeri anda, maka undilah parti lain. Begitu jugalah sekiranya anda tidak suka pembangkang menguasai Putrajaya, maka undilah BN. Itu sahaja.
Ya. Bunyi macam menarik kan?
Negeri ditadbir oleh pembangkang (PH / PAS). Manakala, Negara ditadbir oleh kerajaan (BN). Contohnya, seperti 3 buah negeri diatas tadi.
2. Disebabkan ada kemungkinan aku akan membuat undian satu di pihak sana, satu lagi di pihak sini. Maka sudah tentu penilaian terhadap calon yang bertanding juga diambil kira. InsyaAllah, bagi PRU kali ini, aku balik awal dari hari Sabtu sehingga Rabu. Ye lah kan... Mana cukup sehari untuk menilai & mendengar siri ceramah calon-calon di tempat kita. Kecualilah, aku undi based on kepartian sahaja, tanpa melihat kepada perkara yang selainnya.
Selain itu, takde la kecewa sangat jika tertiba calon itu 'tukar parti' selepas menang (terjadi dlm BN, PH & PAS). Ataupun, tertiba PAS bergabung dengan BN atau PH untuk membentuk kerajaan. Atleast, aku takde la kecewa sangat. Sebab, undian aku bukannya based on kepartian sahaja.
Setakat ini, aku pernah diajak berbual dengan calon BN bagi PRU13 yang lepas secara berdua sahaja. Dalam bahasa halus, beliau nak 'brainwash' aku time tu. Dan, ada perkara yang aku setuju, serta ada juga perkara yang aku kurang bersetuju.
Bagi calon lain, tak pernah lagi aku berbual. Maybe, aku bukanlah orang penting. Berbeza calon BN yang kalah pada PRU13 itu, beliau melihat golongan mahasiswa/i ini merupakan aset dalam negara. Maybe la...
Penutup...
Antara penyebab kekalahan UMNO bagi PRU pertama di Kerian, Perak ialah kerana terdapat 2 calon UMNO yang bertanding bagi pihak kerajaan. Sehingga, memecah-belahkan jumlah undi penyokong UMNO itu sendiri. Maka, bagaimana pula situasi pembangkang hari ini yang mempunyai 2 penyokong yang berbeza 'kapal'?
Kembali kepada PRU13 yang lepas, memang diakui bahawa aku mengundi based on parti, tanpa kenal siapa calon yang bertanding. Sehinggakan, kempen ceramah daripada pihak lawan pun aku tidak pergi. Sebab, mula-mula lagi aku telah tetapkan, parti mana yang akan diundi. So, buat apa nak pi dengar kempen pihak sana? Buang masa...
Namun, bagi PRU14 ini. Style-ku mungkin berbeza, ditambah selepas meneliti kebanyakkan isi kandungan manifesto parti-parti yang bertanding. Maka, aku membuat kesimpulan ringkas bahawa masing-masing ada janji manis & kekurangan tersendiri. Sehingga, ada kalanya aku meragui janji manis mereka bak 'gula-gula'. Tapi, hakikatnya adalah 'garam'. Sebab itu 'semut' tak datang.....
Dari sudut lain pula, boleh juga kita kaitkan perkara-perkara diatas ini dengan kehidupan kita dalam mencari pasangan. Seperti;
"Sekiranya korang tak suka pilihan mak ayah korang (pasangan hidup), adakah korang masih ingin meneruskan perhubungan? Disini, tidaklah bermaksud kita ingin melawan mereka, tetapi harus diingat bahawa yang akan hidup & tidur bersama itu adalah kita".
Maybe aku berbeza. Dimana, aku akan mencari seseorang yang mempunyai kebanyakkan ciri-ciri yang diminta oleh parentku TANPA melupakan ciri-ciri penting yang aku tetapkan (tak banyak pun ciri2 aku dalam memilih pasangan, iaitu 3 sahaja).
Harus kita sedari. Banyak skop yang perlu diteliti dalam memilih "seseorang". Ketahuilah, kita memilih 'seseorang' itu bukanlah untuk tujuan 'bermain' sahaja. Tetapi juga, ianya soal anak cucu kita. Dan, bak kata seseorang dalam catatan sebuah buku ;
"Jika kita mencari yang sempurna, kita akan kehilangan yang terbaik".
Maka, berpada-padalah dalam membandingkan...
Maka, berpada-padalah dalam membandingkan...
Sebagai kesimpulan dan penutup. Apa pun keputusan yang anda pilih dan tanda "X", ingatlah pesanan Mr Slumb (Quotes ke-3).
Yang Benar,
Fedli Isa (Slumb)
::It's okay jika tidak bersetuju. Kerana, itu tandanya kita manusia....