Monday, April 9, 2018

Wang : "Hutang & Pelaburan" (siri 4)

Hari ini, semakin ramai orang ingin berbicara mengenai wang terutama soal pelaburan. Sehingga melupakan sesuatu yang perlu diberi perhatian. Ya, ianya adalah perancangan kewangan.


Dalam pelaburan, anda akan melihat pelbagai watak orang-orangan. Ada yang berhutang untuk membuat pelaburan dan ada juga yang sanggup meletakkan kesemua wang simpanan atas nama 'pelaburan'.

Benar, kini zaman sudah berubah. Pada zaman 80-an, pendidikan itu dipandang tinggi seumpama menara gading. Namun kini, wang pula dijadikan sebagai ukuran ketinggian seseorang. Ya, tidak salah anda belajar soal pelaburan, namun mulakanlah dengan mukadimahnya. Usah jump to konklusi mahupun terus ke bab pertengahan (geng cepat klimak ni. #Joke). 


Jika diimbas kembali entry siri yang lalu, sering dipertekankan bahawa masalah dunia kewangan hari ini ialah "Hutang & Pelaburan". Kerana, matawang pada hari ini boleh 'dimanipulasi' untuk mencipta wang (credit creation melalui aktiviti 'pinjaman') & memberanakkan wang menerusi aktiviti 'pelaburan'. Dan, inilah antara punca utama kenapa kos sara hidup anda semakin menggila padahal gaji bulanan anda tidak seberapa.



Perkongsian Idea : Budget 2018. Isu Perumahan.

Aku tidak pasti, sampai bila pihak kerajaan mahu meneruskan projek perumahan rakyat seperti PR1MA. Bukan bermaksud aku membantah cara kerajaan, namun persoalannya sampai bila?

Lihatlah apa yang terjadi kepada barangan keperluan, yang sekian hari ditarik subsidi. Begitu jugalah kemungkinan yang akan terjadi kepada projek 'subsidi' perumahan bantuan kerajaan ini. Maka, seharusnya pihak berkenaan perlu melihat lebih jauh lagi bagi mencari jalan penyelesaian.


Seperti yang sedia maklum, harga rumah bukanlah murah. Sekiranya seseorang itu mahu membeli rumah, beliau terpaksa  membuat pinjaman / pembiayaan sehingga 30-35 tahun. Lama giler...

Bagi pihak isirumah, mereka terpaksa memperuntukkan lebih separuh pendapatan mereka hanya untuk membayar bayaran bulan pinjaman perumahan. Manakala, pihak kerajaan pula terpaksa memperuntukkan/ memberi "subsidi" dibawah program kerajaan seperti PR1MA & etc, yang kian tahun semakin bertambah. Sekiranya hal ini tidak diperhati secara terancang, sudah tentu kerajaan terpaksa memperuntukkan dana yang lebih besar untuk next belanjawan.


Sekiranya aku memberi pandangan/cadangan bahawa ; "Setiap keluarga hanya dibenarkan membeli sebuah rumah sahaja", sudah tentu ramai yang membangkang. Well, ini negara demokrasi kan? Malah, Islam juga tidak pernah menyekat seseorang memiliki harta. Cuma, jangan lupa kewajipan...


Maka, pandangan aku sebegini. Iaitu, kenakan cukai ke atas harga rumah bagi pembelian rumah ke-2 & seterusnya. Dimana, pembelian rumah pertama (setiap individu) adalah bersifat bebas cukai. Detail mengenai pandangan ini, boleh rujuk posting FB ini.


Pandangan : Menyimpan sendiri wang di ASB atau ASB Financing?

Sekiranya anda membaca, menilai dan belajar ilmu kewangan, wujud dua pihak yang sering berlawanan soal isu ASB financing. Namun, antara point yang kedua-duanya bersetuju mengenai ASB adalah ianya sebagai alat untuk melatih diri menyimpan. Disamping, ianya juga sebagai alat pelaburan.


Sekiranya anda merupakan seorang yang sukar menyimpan, eloklah membuat ASB Financing (membuat pembiayaan/pinjaman wang dengan bank, untuk anda melabur). Sebaliknya, jika anda seorang yang  bertabiat menyimpan, aku lebih syorkan anda menyimpan sendiri di ASB/ TH mahupun dalam dana Unit Amanah yang lain.


Sebabnya mudah. Disiplin!.
Ketahuilah. Anda mungkin mampu bayar hutang bank, tapi belum tentu dengan adik beradik & kawan-kawan sendiri. Percayalah...


Oh ya. I'm talking about quality more than quantity.
Akhir kata, "Ramai orang memiliki alat untuk hidup. Namun, mereka tidak memiliki MAKNA untuk menjalani kehidupan".


Entry lama: Tulisan lamaku mengenai ASB -"Membuat" duit melalui ASB?


Yang Benar,
Fedli Isa (Slumb)

No comments:

Post a Comment