Wednesday, January 20, 2016

Kebanyakkan manusia….

  
One day a wise man was asked; “What is the most astonishing thing you see in humans?”

He replied;

“Humans, they get bored of childhood and they wish to become adults. Then when they become adults, they wish to return back to childhood....

They destroy their health to earn some money, then they spend this money to get their health back.
They live as if they will never die and they die as if they will never live”.



Pelbagai nikmat yang dikurniakan kepada kita, namun jarang kita mensyukuri. Dan, lebih malang lagi, sering kali kita tidak berpuas hati (tidak redha). Kenapa aku? Kenapa tidak mereka? Kenapakah Tuhan? Luahan persoalan di hati. Tertarik dengan sebuah kata-kata yang menjadi tajuk bicara entry ini; “Kebanyakkan manusia tidak redha akan dunianya”.



Dunia Kewangan hari ini

Terdapat dua perkara utama yang perlu anda berhati-hati dalam kewangan hari ini iaitu “Hutang” & “Pelaburan”. Saya fikir, anda amat memahami apa itu “Hutang”. Ya, hutang adalah sesuatu yang “mengikat” jasad kita dan menyuruh kita agar terus bekerja. Pandai berhutang, pandailah membayarnya kan?. Kesannya, kita ‘terpaksa’ terus bekerja demi membayarnya. Dan, sesuatu yang tidak pelik apabila seseorang itu masih bekerja walaupun sudah pencen. Malah, ada sekelompok terpaksa berhutang seumur hidup demi membeli rumah di dunia yang sementara (lihat berita).


Jika dibuat perumpamaan, “Hutang” itu boleh ibarat sebagai hari semalam yang menghantui dirimu, di hari ini. Manakala, “pelaburan” itu ibarat hari esok yang membuat anda terus berangan-angan di hari ini. Kesannya, kehidupan kita pada hari ini kebanyakkannya hanya 'berkisarkan’ hari semalam dan hari esok. Amat sedikit untuk hari ini. Disini, saya tidaklah mahu mengulas panjang mengenai 3 hari itu (semalam, hari ini dan esok), kerna saya yakin. Anda seorang yang amat rajin membaca buku dan mendengar ceramah agama. Nasihatku, bebaskanlah dirimu daripada perkara sebegini. Hiduplah hari ini tanpa ‘hantu’ yang menganggu, apatah lagi angan-angan yang menipu!.

Ketahuilah, kita disuruh mencari rezeki. Bukannya, 'mengumpul harta' didunia yang sementara. 



Akhir kata, renungan kata-kata ini;

“Hidup ini tidak lebih dari sekadar roti, air dan bayangan. Maka, tidak perlulah bersedih hati jika semua itu ada”. (Say Alhamdulillah…)










Fedli Isa
Semoga kita kembali dalam keadaan redha dan diredhai-Nya. 
Dan, bebaskanlah diri anda daripada belenggu ‘hantu’ dan angan-angan yang menipu!


Tuesday, January 19, 2016

Cara bayar Takaful AIA guna Maybank2u

Credit : Entry ini diambil dari blog insurans takaful murah.


Atas permintaan ramai, saya telah permudahkan cara pembayaran secara online melalui Maybank2u atau M2U. Jika anda telah advanced, boleh juga setkan sebagai favourite payee.

Satu lagi perkara penting yang anda perlu faham, pembayaran bulanan adalah tanggungjawab penuh Customer. Jika tidak bayar (Sengaja atau Lupa), kemungkinan insurans akan "Lapse" dan semua pembayaran sebelum ini akan menjadi sia sia. Jangan pandang rendah perkara ini kerana, jika berlaku sesuatu terhadap anda dan jika anda cuba gunakan Medical Card anda, dalam keadaan polisi tidak berbayar/tertunggak....rawatan tersebut berkemungkinan tak cover langsung! Hati hati.... 

Jangan biarkan insurans takaful AIA anda LAPSE
Jangan biarkan insurans takaful AIA anda LAPSE


Hanya 5 Langkah Mudah Bayaran AIA melalui maybank2u:


1- Pilih Bill Payment > Make a one-off payment
2- View all payees by category > Pilih Insurance & Takaful
3- Pilih AIA Public Takaful Berhad
4- Masukkan Amount (Jumlah bayaran termasuk GST) dan Policy Number (Nombor Polisi Takaful anda)
5- Jangan lupa simpan resit untuk setiap pembayaran. Senang urusan nanti.


Langkah 1:

pembayaran AIA Public Takaful guna M2u
Login M2u dan Klik Make a one-off payment

Langkah 2:

pembayaran AIA Public Takaful guna M2u
Pilih kategori Insurans & Takaful

Langkah 3:

pembayaran AIA Public Takaful guna M2u
Pilih AIA Public Takaful Berhad

Langkah 4:

Masukkan Jumlah bayaran dan no polisi insurans takaful anda

Langkah 5:  Print dan simpan rekod bayaran anda. Sangat PENTING!!!

* Maybank2u ambil masa untuk update payment ke AIA....so dalam 3 hari bekerja ya....
* Untuk pembayaran real time / urgent segera, sila ke mana mana cawangan AIA Seluruh Malaysia dan bayar di Kaunter AIA.

Monday, January 4, 2016

"Membuat" duit melalui ASB?




Pertama sekali, saya tidak melabur ASB. Namun saya tahu, abang & ayahku melabur disitu. Antara sebab saya tidak melabur ASB ialah saya mempelajari kewangan islam & konvesional, termasuklah investment. Umumnya, saya bersependapat dengan pensyarahku mengenai isu ASB ;

"Jika seseorg tu pandai melabur sendiri, not need melabur di ASB".

Sekiranya anda merupakan orang awam yang melabur di ASB, teruskanlah. Kerna, antara sebab ASB diputuskankan harus ialah demi maslahah. Iaitu, maslahah orang awam (bumiputera) yang TIDAK pandai melabur. Jadi, kita perlu tanya diri kita. Adakah kita tergolong dalam kategori orang awam tersebut?



Bagi kawan-kawan yang ragu-ragu, saya nasihatkan ; "Better simpan di Tabung Haji. Zakat pun sudah ditolak. Takyah pening-pening kan?".



Konsep Arbitrage?

ASB financing, antara produk kewangan yang menggunakan konsep Arbitrage. Sejujurnya, semakin diri ini belajar kewangan & pelaburan masakini, semakin banyak perkara saya kurang bersetuju. Umumnya, dunia kewangan hari ini berasaskan "konvensional", iaitu untuk mereka yang gila dunia. 


Sekiranya anda ingin membuat 'hutang', tanyalah diri anda. Adakah hutang tersebut adalah keperluan atau kehendak? (*dalam Islam, ada 3 tahap. Berbeza dengan konvesional, ada 2 ini sahaja). 



Dan, ingin saya tekankan disini. Kita hidup dizaman : "Work hard, think smart & compoundedkan!". Kenapa 'compoundedkan'? I have my own reason... 


Akhir kata, semua orang tidak sama tahap pemikiran, pemahaman dan ilmunya. Serta, sudut pandang kita juga mungkin berbeza. Nasihatku, berhati-hatilah dengan dua perkara dalam dunia kewangan hari ini iaitu "Hutang" & "Pelaburan". Hutang kerana ianya "mengikat" anda. Pelaburan pula, ........ (*saya malas nk ulas disini. Ada baiknya, anda merasai sendiri).



Note : Tidak semua ilmu mengenai 'konvensional' harus dipraktikan. Samalah juga, tidak semua berita perlu disebarkan tanpa usul periksa. Jika anda terlampau rajin nak analisis, lihatlah juga pegangan ASB dalam Maybank (saya sudah lihat sendiri). btw, harus diakui. Sehingga kini, tempat pelaburan yang berstatus 'shariah-compliant' tidaklah sebanyak konvesional, namun ianya mula mendapat perhatian.



Maaf, saya tidak berminat untuk memperbahaskan isu samaada UNTUNG atau RUGI melabur melalui ASB financing. Kerna, sudah banyak blog menjawabnya. Padaku, kedua-dua pendapat ada pointnya. Bezanya cuma, dari sudut mana kita memandang. Dan, saya lebih mengalakkan anda menyimpan di Tabung Haji/ Amanah hartanah Bumiputera jika anda 'ragu' dari sudut hukum ASB (harus/haram) & isu 'keuntungan/ kerugian' yang sering diperbincangkan. 



Fedli Isa
Maaflah andai entry ini tidak detail mana. Kerna, saya tahu. Kita tidak serupa...