Pertama sekali, saya tidak melabur ASB. Namun saya tahu, abang & ayahku melabur disitu. Antara sebab saya tidak melabur ASB ialah saya mempelajari kewangan islam & konvesional, termasuklah investment. Umumnya, saya bersependapat dengan pensyarahku mengenai isu ASB ;
"Jika seseorg tu pandai melabur sendiri, not need melabur di ASB".
Sekiranya anda merupakan orang awam yang melabur di ASB, teruskanlah. Kerna, antara sebab ASB diputuskankan harus ialah demi maslahah. Iaitu, maslahah orang awam (bumiputera) yang TIDAK pandai melabur. Jadi, kita perlu tanya diri kita. Adakah kita tergolong dalam kategori orang awam tersebut?
Bagi kawan-kawan yang ragu-ragu, saya nasihatkan ; "Better simpan di Tabung Haji. Zakat pun sudah ditolak. Takyah pening-pening kan?".
Konsep Arbitrage?
ASB financing, antara produk kewangan yang menggunakan konsep Arbitrage. Sejujurnya, semakin diri ini belajar kewangan & pelaburan masakini, semakin banyak perkara saya kurang bersetuju. Umumnya, dunia kewangan hari ini berasaskan "konvensional", iaitu untuk mereka yang gila dunia.
Sekiranya anda ingin membuat 'hutang', tanyalah diri anda. Adakah hutang tersebut adalah keperluan atau kehendak? (*dalam Islam, ada 3 tahap. Berbeza dengan konvesional, ada 2 ini sahaja).
Dan, ingin saya tekankan disini. Kita hidup dizaman : "Work hard, think smart & compoundedkan!". Kenapa 'compoundedkan'? I have my own reason...
Akhir kata, semua orang tidak sama tahap pemikiran, pemahaman dan ilmunya. Serta, sudut pandang kita juga mungkin berbeza. Nasihatku, berhati-hatilah dengan dua perkara dalam dunia kewangan hari ini iaitu "Hutang" & "Pelaburan". Hutang kerana ianya "mengikat" anda. Pelaburan pula, ........ (*saya malas nk ulas disini. Ada baiknya, anda merasai sendiri).
Note : Tidak semua ilmu mengenai 'konvensional' harus dipraktikan. Samalah juga, tidak semua berita perlu disebarkan tanpa usul periksa. Jika anda terlampau rajin nak analisis, lihatlah juga pegangan ASB dalam Maybank (saya sudah lihat sendiri). btw, harus diakui. Sehingga kini, tempat pelaburan yang berstatus 'shariah-compliant' tidaklah sebanyak konvesional, namun ianya mula mendapat perhatian.
Maaf, saya tidak berminat untuk memperbahaskan isu samaada UNTUNG atau RUGI melabur melalui ASB financing. Kerna, sudah banyak blog menjawabnya. Padaku, kedua-dua pendapat ada pointnya. Bezanya cuma, dari sudut mana kita memandang. Dan, saya lebih mengalakkan anda menyimpan di Tabung Haji/ Amanah hartanah Bumiputera jika anda 'ragu' dari sudut hukum ASB (harus/haram) & isu 'keuntungan/ kerugian' yang sering diperbincangkan.
Fedli Isa
Maaflah andai entry ini tidak detail mana. Kerna, saya tahu. Kita tidak serupa...
No comments:
Post a Comment