One day a wise man was asked; “What is the most
astonishing thing you see in humans?”
He replied;
“Humans, they get bored of childhood and they wish to
become adults. Then when they become adults, they wish to return back to
childhood....
They destroy their health to earn some money, then
they spend this money to get their health back.
They live as if they will never die and they die as if
they will never live”.
Pelbagai nikmat yang dikurniakan kepada kita, namun jarang
kita mensyukuri. Dan, lebih malang lagi, sering kali kita tidak berpuas hati
(tidak redha). Kenapa aku? Kenapa tidak mereka? Kenapakah Tuhan? Luahan
persoalan di hati. Tertarik dengan sebuah kata-kata yang menjadi tajuk bicara
entry ini; “Kebanyakkan manusia tidak redha akan dunianya”.
Dunia Kewangan hari ini
Terdapat dua perkara utama yang perlu anda berhati-hati dalam
kewangan hari ini iaitu “Hutang” & “Pelaburan”. Saya fikir, anda
amat memahami apa itu “Hutang”. Ya, hutang adalah sesuatu yang “mengikat” jasad
kita dan menyuruh kita agar terus bekerja. Pandai berhutang, pandailah
membayarnya kan?. Kesannya, kita ‘terpaksa’ terus bekerja demi membayarnya. Dan,
sesuatu yang tidak pelik apabila seseorang itu masih bekerja walaupun sudah
pencen. Malah, ada sekelompok terpaksa berhutang seumur hidup demi membeli
rumah di dunia yang sementara (lihat berita).
Jika dibuat perumpamaan, “Hutang” itu boleh ibarat sebagai hari semalam
yang menghantui dirimu, di hari ini. Manakala, “pelaburan” itu ibarat hari esok
yang membuat anda terus berangan-angan di hari ini. Kesannya, kehidupan kita
pada hari ini kebanyakkannya hanya 'berkisarkan’ hari semalam dan
hari esok. Amat sedikit untuk hari ini. Disini, saya tidaklah mahu mengulas
panjang mengenai 3 hari itu (semalam, hari ini dan esok), kerna saya yakin.
Anda seorang yang amat rajin membaca buku dan mendengar ceramah agama.
Nasihatku, bebaskanlah dirimu daripada perkara sebegini. Hiduplah hari ini
tanpa ‘hantu’ yang menganggu, apatah lagi angan-angan yang menipu!.
Ketahuilah, kita disuruh mencari rezeki. Bukannya, 'mengumpul harta' didunia yang sementara.
Ketahuilah, kita disuruh mencari rezeki. Bukannya, 'mengumpul harta' didunia yang sementara.
Akhir kata, renungan kata-kata ini;
“Hidup ini tidak
lebih dari sekadar roti, air dan bayangan. Maka, tidak perlulah bersedih hati
jika semua itu ada”. (Say Alhamdulillah…)
Fedli Isa
Semoga kita kembali dalam keadaan redha dan diredhai-Nya.
Dan, bebaskanlah diri anda daripada belenggu ‘hantu’ dan angan-angan yang menipu!
No comments:
Post a Comment