Friday, February 5, 2016

6 hikmah semasa dialam universiti

Pengalaman belajar selama 6 tahun, aku simpulkan dalam 6 point kata2 hikmah dibawah. Ada kata hikmah yang dinukilkan oleh diri, ada yang di copypaste daripada orang. Dan, mungkin ada pengalaman yang tidak dinyatakan.


1. Bacalah dengan nama TuhanMu… 

Aku fikir, ramai orang tahu. Cuma, ingin ku petik kata2 seorang successful trader bernama Larry Hite, berkata ;
“I only use what works at the beach”.

Pertama kali membaca kata-katanya, agak terkejut. Beliau mempraktikkan, apa yang ia pelajari di pantai(alam) dan mengaplikasikan (mengaitkan) dalam dunia trading/investment.


Nah…. Kenapa kebanyakkan kita yang beragama Islam, apabila melihat alam, gagal ‘melihat’ Tuhan. Dimanakah ihsan? Adakah kita menafikan, ilmu pelaburan itu bukan ilmu dari Tuhan?

Tertarik dengan beberapa kata dalam dunia pelaburan seperti ;

“Market only shift to the RIGHT side”, “U can’t control/beat the market”



2. Belum tentu APA yang anda lihat (+baca, dengar, fikir) itu adalah yang SEBENAR. Dan, belum tentu yang SEBENAR itu adalah yang BENAR!

Kita sering ditipu. Ya, ditipu. Bak kata perpatah….

“Kadang-kala, kita ditipu sesuatu yang kita sudah tahu. Sering kali, kita menafikan sesuatu yang kita tidak pernah mengetahui".


3. “Jika anda seorang guru, bukan semua subjek anda tahu (mampu mengajarnya)”.

Kata-kata ini, bukan khusus bagi seorang guru sahaja. Tapi, kebanyakkan bidang yang ada. Bukan juga bermaksud, ingin merendahkan seseorang. Namun perlu kita sedari. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Serta, tanyalah soalan kepada orang yang selayaknya. Letakkanlah sesuatu itu pada tempatnya (begitulah juga soal amanah, hak & sebagainya).

Berbicara mengenai “meletakkan sesuatu, di tempatnya”. Aku berharap agar diri ini tidak menggunakan “kabel/orang dalam”, hanya sekadar untuk mendapatkan jawatan. Biarlah, sesuatu jawatan itu diberi kepada orang yang selayaknya. InsyaAllah, dunia ini akan lebih aman tenteram andai kita sentiasa bertawakal kepada Tuhan.



4. “It’s HARDER for a man, to LEARN what he think, he already know”. 

Kata diatas sebenarnya telah diubah sedikit, iaitu dari “impossible” to “harder”. Padaku, ia mengenai sifat Humble (merendah diri). Orang tua kata; “semakin berisi padi, semakin tunduk ia ke bumi”.

Antara saat yang teruji ialah semasa kita mendengar sesuatu yang kita fikir, kita sudah tahu. Contohnya, semasa mendengar ceramah agama mengenai sebuah topik. Kita berfikir, kita sudah tahu. Maka, buat apa ditunggu?

Namun ternyata selepas mendengarnya, banyak yang kita tak tahu dan ‘tertipu’.



5. Tiada apa yang 100% PASTI didunia ini, kecuali apa yang ‘dikhabarkan’ oleh Tuhan & Nabi s.a.w


Walau betapa hebatnya kajian yang dilakukan, ia masih diatas konsep ‘probability’. Tiada 100% yang pasti. Kecuali, apa yang Nabi saw beritahukan/ajarkan (hadith) dan firman Tuhan (Al Quran). Juga, boleh dikatakan ‘hukum alam’ seperti api itu membakar (namun, ada kes tertentu ianya tidak membakar).



6. Money! Hanyalah sekadar wang… 

Hari ini, sesuatu itu sering dinilai berdasarkan apa yang kelihatan. Dan harga sesuatu asset pelaburan berdasarkan harga dimasa hadapan, bukannya sekarang. Dunia ini aneh bukan?

Didalam dunia kewangan hari ini, nilai wang anda hari ini (Present value) adalah SAMA (atau, hampir sama) dengan nilai di masa akan datang (Future value). Aku yakin, orang yang belajar kewangan/perniagaan di IPT tahu akan konsep ini. Padaku, student di IPT mempunyai kebanyakkan basic, hanya perlu dihubungkaitkan(kamilkan) sahaja ilmunya. InsyaAllah, boleh berjaya. *Kecuali, mereka yang belajar sekadar jawab exam.

Apabila dikatakan “hampir sama”, perlu difahami. Nilai PV = Nilai FV. Bukan kuantiti yang anda miliki atau harga sesuatu komoditi (pelaburan), tapi kita berbicara mengenai KUALITI (NILAI).


Kenapa kita melabur? Untuk capai financial freedom?

Sila fikirkan semula, untuk apa anda melabur sebenarnya. Betulkah ingin menjadi kaya? Financial freedom (bebas kewangan)?

Mungkin ada sesuatu yang kurang kena dengan kita. Kita ingin merdeka? Adakah seumur hidup kita, tidak pernah merasai ‘merdeka’? Cuba renung anda dimasa kecil. Mungkin ada jawapan, disebalik apa yang anda muskilkan. Namun, ketahuilah. Pinjaman itu ikatan…


Dalam keghairahan melabur, jangan dilupa peringatan dari Nabi saw ;
“Apabila seorang anak adam mendapat sebuah lembah emas, ia menginginkan lembah yang ke dua dan seterusnya. Sehinggalah, tanah menutupi dirinya”. 


Note : Maaf, ada beberapa perkara, tidak aku tulis secara terang disini. Ada soalan, tidak aku berikan jawapan. Semuanya terserah anda memikirkan, asal jangan lupakan Tuhan, dalam setiap pencarian. Semoga ketemu.


#Pic semasa program ke Sabah tahun 2014 (*kebanyakkan pic yg aku ambik hanyalah permandangan...)


Nukilan : Fedli Isa (Slumb)
Usah tertipu dengan diri. Aku yang jahil. Sering “berasa” bijak, hebat, kaya dan sebagainya. Hakikatnya, “TIADA”.

No comments:

Post a Comment