Terdapat dua perkara utama yang perlu anda berhati-hati dalam kewangan hari ini iaitu “Hutang” & “Pelaburan”. Saya fikir, anda amat memahami apa itu “Hutang”. Ya, hutang adalah sesuatu yang “mengikat” jasad kita daripada bebas. Pandai berhutang, pandailah membayarnya kan?.
Kesannya, kita ‘terpaksa’ terus bekerja demi membayarnya. Dan, sesuatu yang tidak pelik apabila seseorang itu masih bekerja walaupun sudah pencen. Malah, ada sekelompok manusia terpaksa berhutang seumur hidup demi membeli rumah di dunia yang sementara (lihat berita).
Jika dibuat perumpamaan, “Hutang” itu boleh ibarat sebagai hari semalam yang menghantui diri. Manakala, “pelaburan” itu ibarat hari esok yang membuat anda terus berangan-angan di siang hari.
Kesannya, kehidupan kita pada hari ini banyak dihabiskan untuk hari semalam (hutang) dan hari esok (angan-angan). Disini, saya tidaklah mahu mengulas panjang mengenai 3 hari itu (semalam, hari ini dan esok), kerna saya yakin. Anda seorang yang amat rajin membaca buku dan suka mendengar ceramah agama. Nasihatku, bebaskanlah dirimu daripada perkara sebegini. Hiduplah hari ini tanpa ‘hantu’ yang menganggu, apatah lagi angan-angan yang menipu!.
Mungkin ramai dikalangan kita yang berasa aneh! Kenapa perlu berhati-hati dengan "pelaburan" (*pelaburan disini, bukan mengenai skim cepat kaya).
Sesuatu yang wajar jika dinasihati agar berhati-hati dengan "Hutang". Seperti kebanyakkan pakar kewangan. Apabila berbicara mengenai "hutang", kebiasaannya mereka akan membahagikan hutang kepada dua, iaitu ; i) Hutang Baik, ii) Hutang Jahat.
Sebenarnya, belum tentu hutang baik itu, adalah baik untuk kita. I'm serius beb...
Kerana, definisi "hutang baik" yang kita berikan itu adalah mengikut definisi dunia. Definisi kapitalis yang bertuhankan wang.
Saya beri contoh mudah. Sekiranya anda belajar mengenai ekonomi asas, orang kapitalis/barat membahagikan kemahuan manusia itu kepada DUA iaitu Keperluan & Kehendak. Manakala, dari sudut Islam, ianya terbahagi kepada TIGA bahagian.
Seterusnya, masalah ekonomi bagi kapitalis ialah "Sumber yang terhad, bagi memenuhi kehendak (nafsu) yang tidak terhad". Berbeza dari pandangan Islam, masalah ekonomi adalah "distribution". Yakni, 'segelintir' orang kaya yang terlupa tanggungjawab disebalik hartanya.
Seterusnya, masalah ekonomi bagi kapitalis ialah "Sumber yang terhad, bagi memenuhi kehendak (nafsu) yang tidak terhad". Berbeza dari pandangan Islam, masalah ekonomi adalah "distribution". Yakni, 'segelintir' orang kaya yang terlupa tanggungjawab disebalik hartanya.
Secara umumnya, antara produk UTAMA yang lahir daripada sistem kapitalis ialah "Hutang & Pelaburan". Tak perlu saya ulas mengenai sistem kewangan, kerana bukan semua orang faham.
Kenapa anda perlu berhati-hati dengan "Hutang & Pelaburan", adalah kerana ia mampu membawa anda kepada penyakit "kronik" dibawah.... Ya, "al-Wahn"...
Kenapa anda perlu berhati-hati dengan "Hutang & Pelaburan", adalah kerana ia mampu membawa anda kepada penyakit "kronik" dibawah.... Ya, "al-Wahn"...
Dalam Islam, ada hutang yang digalakkan. Begitu juga apabila berbicara mengenai pelaburan. Dan, ingin saya tegaskan disini, bukan semua produk kewangan/pelaburan saya benci.
Bagi pelaburan, saya amat tidak bersetuju "hartanah"(rumah) dijadikan sebagai alat pelaburan, dan dianggarkan pula kenaikan 7% harga setiap tahun (minimum, kerana jika bawah, better melabur/simpan di ASB/AHB/TH). Disamping, rumah dikategorikan sebagai keperluan manusia.
Didalam dunia kewangan hari ini, nilai wang anda hari ini (Present value) adalah SAMA (atau, hampir sama) dengan nilai di masa akan datang (Future value). Saya yakin, orang yang belajar kewangan/perniagaan di IPT tahu akan konsep ini.
Apabila dikatakan “hampir sama”, perlu difahami. Nilai PV = Nilai FV. Bukan kuantiti yang anda miliki atau harga sesuatu komoditi (pelaburan), tapi kita berbicara mengenai KUALITI (NILAI).
Kenapa kita melabur? Untuk capai financial freedom?
Sila fikirkan semula, untuk apa anda melabur sebenarnya.
Betulkah ingin menjadi kaya? Financial freedom (bebas kewangan)?
Mungkin ada sesuatu yang kurang kena dengan kita. Mungkin juga kita sudah lupa.
Adakah seumur hidup kita, tidak pernah merasai ‘merdeka’? Cuba renung anda dimasa kecil. Mungkin ada jawapan, disebalik apa yang anda muskil.
Dan, ketahuilah. Pinjaman itu ikatan…Pelaburan itu angan-angan!
Dalam keghairahan melabur, jangan dilupa peringatan dari Nabi saw ;
“Apabila seorang anak adam mendapat sebuah lembah emas, ia menginginkan lembah yang ke dua dan seterusnya. Sehinggalah, tanah menutupi dirinya”.
Note : Entry ini bukanlah menghina sesiapa yang bekerja dalam dunia kewangan/pelaburan. Point utama yang ingin ditujukan ialah jangan lupa Tuhan!. Dan, jangan biarkan anda dihidapi penyakit "Wahn". *Ketahuilah, mengingati mati adalah ubat bagi "Wahn", tapi ia bukannya gampang (mudah)!.
Bagi sesiapa yang berminat untuk belajar Investment dalam versi Manga, disyorkan baca Manga Investor Z.
Fedli Isa (Slumb)
"Sekiranya kekayaan yang dicari, ubahlah maksud dalam diri"
No comments:
Post a Comment