................................................................................
Ramai yang tersalah sangka apabila berbicara mengenai penentu harga yang sebenarnya. Dan, sering aku perhatikan bahawa kebanyakkan kita suka melihat kesimpulan, bukannya perkara yang diperbincangkan. Jadi, adakah fenomena harga Barang Naik ada kaitan dengan politik?
Disini, aku kongsikan 4 point utama yang menentukan harga sesuatu barang. Dan, semestinya Barang Naik (BN) tiada kena mengena dalam point utama entry ini.
Pertama: Fenomena kenaikan harga barang yang pertama adalah disebabkan oleh "kenaikan kos pengeluaran".
Inilah lumrah dalam dunia ekonomi & jual beli. Jika anda seorang peniaga/firma, sudah tentu anda akan menaikkan harga sekiranya kos pengeluaran meningkat. Dan, matlamat sebuah firma dalam apa jua sistem ekonomi yang digunapakai adalah sama/hampir sama. Iaitu, memaksimumkan keuntungan. Siapa nak rugi kan?
Kos pengeluaran ini sebenarnya amat berkaitan dengan masalah asas ekonomi, iaitu;
1. Apa barang yang hendak dikeluarkan?
-> Ini boleh dikaitkan dengan kos bahan mentah untuk mengeluarkan sesuatu barang.
2. Berapa banyak ingin dikeluarkan?
-> Rumusnya, semakin banyak barang yang dikeluarkan, semakin jimatlah kos pengeluaran per unit.
3. Bagaimana untuk mengeluarkan?
-> Samaada, menggunakan intensif modal atau buruh. Ataupun, mix antara kedua-duanya. Teknik/cara pengeluaran ini juga akan mempengaruhi kos pengeluaran. Seperti, sekiranya sesebuah firma menggunakan intensif buruh, maka setiap bulan pihak syarikat terpaksa membayar gaji pekerja yang semakin naik, tahun ke tahun.
Kedua: Bergantung kepada Kuasa Pasaran iaitu interaksi antara permintaan & penawaran di pasaran.
Situasi ini, berkaitan dengan hukum bagi permintaan & penawaran. Ilmu ekonomi mengatakan, Hukum permintaan adalah berbentuk songsang/ negatif. Dimana, apabila harga barang naik, kuantiti yang diminta akan turun. Dan, sebaliknya (vice versa). Perkara ini boleh dikaitkan dengan matlamat isirumah/ pengguna itu sendiri iaitu untuk memaksimumkan kepuasan. Sapa suka beli harga barang yang mahal?
Manakala, Hukum Penawaran pula bersifat positif. Dimana, apabila harga barang naik, kuantiti yang ditawarkan oleh firma di pasaran juga akan meningkat. Dan, sebaliknya (vice versa). Hal ini disebabkan oleh matlamat firma itu sendiri iaitu untuk memaksimumkan keuntungan. That's why, semasa harga mahal, firma sanggup meningkatkan pengeluaran. (*Hasil = Kuantiti x Harga).
Dan, interaksi antara permintaan & penawaran ini akan membentuk titik keseimbangan pasaran, iaitu apabila kuantiti yang diminta = kuantiti yang ditawarkan. Ataupun, apabila keluk permintaan bersilang dengan keluk penawaran.
Soalan: Kenapa keluk permintaan & keluk penawaran tidak pernah merentasi angka zero (0) atau kawasan negatif? Kenapa?
Jawapannya ialah, pengeluaran barang ekonomi melibatkan kos (bayar gaji pekerja, bahan mentah & etc. Seperti yang diterangkan dalam point pertama diatas). So, harap anda memahami. Point pertama diatas iaitu kos pengeluaran adalah, 'faktor pertama' yang menentukan harga sesuatu barang. Faktor kedua pula, soal permintaan vs penawaran di pasaran.
Ketiga: Bergantung kepada sesuatu yang bernama "Pelaburan".
Dahulu, aku juga seperti kebanyakkan mahasiswa. Dimana, aku beranggapan bahawa ilmu ekonomi yang aku pelajari tidak praktikal dengan dunia realiti hari ini. Buktinya, berdasarkan hukum permintaan yang dipelajari, apabila harga barang turun, kuantiti diminta (permintaan) akan naik. Dan, sebaliknya/ vice versa.
Namun, apabila melihat kepada situasi harga rumah masakini (contoh kes), ianya seumpama tiada logik dan bercanggah dengan hukum permintaan. Adakah wajar, apabila harga rumah naik, permintaan terhadap rumah juga naik. Dan, apabila harga rumah turun, permintaan juga naik. Pening kan? Adakah manusia hari ini sudah gila atau hukum permintaan ini yang sudah tertinggalan?
Dan, Bukankah apabila titik keseimbangan pasaran berlaku (kuantiti yang diminta = kuantiti yang ditawarkan) harga tidak akan berubah? Kan?
Ya, memang betul. Memang itu konsep keseimbangan pasaran. Namun, usahlah mengecilkan skop pemerhatian kerana masih ada banyak faktor/Penentu Permintaan & Penawaran dipasaran selain harga barang itu. Penentu ini juga dikenali sebagai 'faktor-faktor lain' atau disebabkan oleh 'bukan harga barang itu'. Dan, faktor-faktor tersebut akan menyebabkan berlakunya 'Perubahan Permintaan atau Penawaran' (*dimana, akan mewujudkan keluk permintaan / penawaran yang baru).
Tertarik dengan kata pepatah dalam filem 'Now You Can See Me' ;
"The closer you look, the less you'll see"
Ok, apakah point dibawah tajuk 'Pelaburan' ini? Secara umum, aku kongsikan 2 perkara. Iaitu;
1. Untuk siapa sesuatu barang itu dikeluarkan? (*ini merupakan masalah asas ekonomi yang ke-4).
Berdasarkan point ini, dapatlah kita membahagikan pengguna (manusia) itu kepada beberapa golongan dan tujuan. Contohnya, pengguna, trader, spekulator, investor & sebagainya.
Dalam Islam, niat dianggap penting dan amat dititikberatkan kerana ia adalah tujuan dan matlamat. Maka, setiap sesuatu itu berdasarkan niat... Bagi seorang penjual (trader), tujuannya adalah untuk mendapatkan keuntungan iaitu dengan 'Buy low, sell high' atau, 'Buy high, sell higher'.
Bagaimana pula matlamat seorang pelabur?
Jika barangnya adalah sebuah rumah, mereka melihat ianya sebagai sebuah pelaburan. Berbeza dengan pengguna yang melihat rumah itu sebagai sebuah kediaman. Spekulator lagi la, dia anggap ianya umpama 'barang mainan'.
2. Jangkaan harga dimasa hadapan (*merupakan penentu permintaan & penawaran).
Ringkasnya, harga barang hari ini adalah berdasarkan harga dimasa hadapan (PV = FV). Detail, sila belajar subjek 'pelaburan'. Korang juga akan belajar mengenai payback method, NPV, IRR dan sebagainya.
Keempat: Faktor-faktor lain
Dibawah permintaan dan penawaran, ada pelbagai lagi faktor lain yang akan mempengaruhi harga sesuatu barang. Seperti, dasar kerajaan melalui pemberian subsisi dan pengenaan cukai GST. Secara umumnya, lain-lain faktor ini juga akan memberi kesan kepada perubahan harga sesuatu barang. *Point ini, sampai disini jelah. Penat nak menaip bang...
Penutup:....
Sebenarnya, apa yang ditulis diatas adalah berdasarkan buku teks Ekonomi tingkatan 4. Ya, tingkatan 4. Persoalannya ialah, jika benar budak tingkatan 4 pun sudah mempelajari benda alah seperti ini, kenapa masih ramai mahasiswa sukar menjawab masalah ekonomi masakini (realiti punya)?
Bagi menjawab soalan ini, ingin aku kongsikan mengenai prinsip Ceteris Paribus. Apakah itu?
Ceteris Paribus bermaksud, faktor lain tidak berubah. Dalam pembelajaran ilmu ekonomi, perkara ini amat PENTING difahami untuk memudahkan pengajaran didalam kelas dan menjawab soalan peperiksaan. Kerana, lebih mudah menjawab satu pembolehubah sahaja, berbanding lima. Jika tidak, sudah tentu kepala para pelajar akan berasap kerana pening lalat. *setiap pembolehubah, membawa 'pemberat/kesan' yang berbeza & bergantung kpd situasi.
Namun, dalam dunia realiti. Kita tidak boleh berpegang dengan konsep Ceteris Paribus ini. Dan, inilah kesilapan kebanyakkan pelajar akibat mereka sudah terbiasa dan lali dengan konsep ini (*Kerana, konsep ini digunakan dari pembelajaran di dalam kelas sehinggalah ke dewan peperiksaan). Padahal, konsep diatas digunakan hanyalah untuk memudahkan pemahaman dan menjawab soalan peperiksaan.
Dan, sekiranya semua teori didalam buku teks diterangkan secara praktikal didalam buku, korang rasa, berapa banyak halaman yang diperlukan? Cuba baca Buku pasal pelaburan, Hartanah, Emas, ASB dan sebagainya. Baru satu tajuk kecil berdasarkan 'pengalaman/praktikal mereka', itu pun dah beratus-ratus muka. Baru satu topik bang... (*pendidik seharusnya bukan sekadar membaca buku teks ataupun slides. Tapi, menerangkan lebih daripada itu. Murid pula, jangan mahu disuap sentiasa. Cikgu tanya soalan, last2 cikgu yang kena jawab).
Apa-apapun, aku percaya bahawa kebanyakkan mahasiswa sudah dilengkapi dengan kebanyakkan teori dalam bidang pengajian mereka. Cuma, pemahaman mereka yang harus dipersoalkan. Adakah masih ditahap sekolah atau IPT?
Yang Benar,
Fedli Isa (Slumb)
No comments:
Post a Comment