"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan”
Sudah pasti ramai yang tahu, ayat tersebut mengenai seruan belajar/ membaca. Tapi, apa kaitan dengan tajuk entry kali ini? Maka, bagi penulisan kali ini, aku ingin membawa korang kearah sudut pandang yang sedikit berlainan. Mengenai kepentingan "Belajar", "Hidup" & "Ujian".
Sebelum kita pergi lebih jauh, marilah kita renungkan kata-kata ini, daripada orang terdahulu (*disebabkan ada pelbagai perbahasan mengenai kata2 ini daripada mana, maka aku tulis ianya daripada orang terdahulu saja).
“Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaklah dengan ilmu. Barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaklah dengan ilmu. Dan, barangsiapa yang menginginkan keduanya, maka hendaklah dengan ILMU.”
Malah, mereka (orang-orang dahulu) juga sangat mengalakkan masyarakat belajar dan terus belajar. Sehinggalah ke liang lahat.....
Kenapa? Adakah mereka menyuruh kita belajar tanpa perlu bekerja? Atau, bagaimana?
Oh my Class...
Didalam kelas tuisyen, kadang-kala sengaja aku memberikan soalan yang tiada kaitan dengan silibus pengajian. Antaranya seperti;
"Kenapa hangpa nak sambung belajar (diploma/degree & etc)?"
"Kenapa kita perlu belajar sehingga ke liang lahat (mati)?" Dan, sebagainya...
Seperti biasa, pelbagai respon/ jawapan daripada mereka ; "menuntut ilmu itu fardhu", & sebagainya. Namun, aku tidak mahu ulas perkara yang mereka sudah tahu.
Maka, aku bawa mereka kepada satu sudut pandangan yang berlainan mengenai kata2 tersebut, sambil mengatakan "Hidup itu Ujian".
Kenapa begitu?
Mudahnya,.... Apabila hangpa "belajar", secara automatiknya akan digelar "pelajar". Dan, adalah normal sebagai seorang "pelajar", anda akan DIUJI. WAJIB!.
Seperti di sekolah, pelajar akan diberi ujian mengikut jurusan & "tingkatan". Malah, boleh dikatakan setiap tahun ada UJIAN. Berita baiknya, 'cuti' pun ada selepas ujian. Begitu jugalah perumpaan dalam kehidupan. Ketahuilah, setiap kesusahan itu ada kemudahan.
So, apa hubungkaitnya dengan HIDUP?
Hidup didunia ini boleh didefinasikan semenjak anda lahir sehingga ke liang lahat (mati). Itulah tempoh keHIDUPan didunia. Dan sepanjang kehidupan ini, anda akan melalui pelbagai "ujian". Sehinggalah mati....
"Belajar dari Sejarah?"
Orang-orang dahulu amat mengalakkan kita belajar daripada sejarah. Kenapa harus belajar daripada "sejarah"? Bukankah zaman kita dan mereka berbeza?
Menurut 'technical analysis' pula, "history tend repeat itself". Kenapa?
Mudahnya... Kerana manusia (kita) tidak suka belajar. Kerana mereka amat faham, apabila bergelar 'pelajar', maka akan ada ujian.
Tapi, kenapa harus belajar daripada sejarah? Bukankah zaman mereka & kita berbeza?
Huuurrrmmm..... Pernahkah sebelum peperiksaan, anda membuat latihan menggunakan soalan peperiksaan tahun-tahun yang lalu? Ya, soalan-soalan ujian senior anda. Jika pernah, lebih mudah untuk anda fahami penjelasan ini.
Kenapa kita mengulangkaji/ menjawab soalan peperiksaan tahun-tahun lepas? Sedangkan kita sedari bahawa tidak mungkin soalan tahun lalu itu, akan keluar 'sebijik' pada tahun ini.
Pandanganku, kita menjawab soalan tahun lalu bukanlah untuk 'mencari jawapan' tetapi ingin 'belajar daripada sejarah'. Agar kita tidak terjatuh ke dalam lubang biawak lagi.
#Secara jujur, teknik 'belajar daripada sejarah / orang lain' merupakan antara style yang aku lakukan sebelum peperiksaan. Iaitu, membuat/ melihat soalan-soalan tahun lepas dan membaca nota-nota yang dibuat oleh kawan2 sekelas.
Sebabnya mudah. Sesuatu yang bagus jika kita mengetahui 'jawapan'. Namun, 'mencuba' memahami cara atau style seseorang itu berfikir lebih menarik. That's why, antara jenis buku yang aku suka baca ialah yang berkaitan dengan 'personaliti' & 'manusia". Btw, ekonomi juga mengenai ilmu yang 'mengkaji' manusia. Haha!
Penutup:
Sering kali apabila kita memandang ke belakang, hati ingin kembali ke zaman dahulu. Terutama, semasa level kita masih ditahap 'beginner' iaitu zaman kanak-kanakan. Zaman itu, tidak banyak perkara yang meruncingkan, cuma di fikiran hanyalah keseronokkan.
Dalam entry ini, aku sertakan antara kata-kata yang pernah aku kongsikan kepada adik-adikku iaitu ;
"Jika nak cari pasangan, carilah yang orang yang suka belajar. Pi ceramah, kuliah, seminar & sebagainya".
Ada beberapa maksud tersirat yang ingin aku utarakan, iaitu... Kadang-kala, manusia ini degil dan ada egonya. Dan, menjadi kebiasaan manusia apabila mengenal seseorang dengan rapat (baik & buruk), akan wujud satu perasaan iaitu kita mula mendengar pandangan mereka dengan sebelah telinga. Hanya kerana kita berasa "cukup kenal". Maka, perlu kita membina & mencari pandangan pihak ke-3 seperti buku, ceramah, orang sekeliling (I'm prefer buku & ceramah).
"Hidup itu UJIAN". Maka, BELAJARLAH...
Dan, "Jika dihatimu ada Allah, engkau tidak akan pernah kecewa".
Note: Banyak benda aku tidak tulis dalam entry ini, jika dibandingkan dengan idea asal. Mungkin disebabkan aku malas. Ataupun, mungkin kerana aku mahu korang fikirkan sendiri, apa yang ingin aku sampaikan. Entahlah~
Redha?
Tertarik dengan sebuah persoalan yang ditanya (kisah orang dahulu). Apakah tanda seseorang itu redha? Jawapnya, apabila perasaan semasa beliau menerima musibah itu serupa takkala beliau menerima nikmat.
Yang Benar,
Fedli Isa (Slumb)
Mahasiswa "Universiti Kehidupan", Tahun ke-2.
No comments:
Post a Comment