Sunday, December 31, 2017

"Universiti Kehidupan" (Tahun Kedua)

Selepas berlalunya "Universiti Kehidupan" (Tahun Pertama), maka bermulalah kehidupan pelajaran bagi sesi tahun kedua (2017).


Secara umum, tema utama universiti kehidupan tahun kedua ini mengenai "Pelajaran". Dimana, berkesempatan menjadi cikgu tuisyen bagi beberapa subjek yang pernah dipelajari di bangku sekolah. Seperti kebiasaan, tahun ini juga terhasilnya sebuah Quote yang berasal daripada dunia pendidikan. Iaitu ; "Hidup itu Ujian. Maka, Belajarlah".


Bagi tahun ini, tidak banyak perkara menarik yang dilalui. Hanya biasa-biasa sebagai seorang remaja yang meningkat dewasa. Biasalah,... Kesusahan mencari kerja baru selepas pulang dari Korea. Dengan keadaan ekonomi yang lembab, kadang-kala terasa ingin putus asa. Terlalu ramai graduan, namun terlalu sedikit kekosongan. Bukan bermakna kebanyakkan graduan tidak berusaha atau memilih kerja, tetapi zaman kini berbeza. Bukan mudah untuk hidup dalam zaman "Work hard, Think Smart & Compoundedkan" ini. Berbeza dengan era 80 - 90an.



Kenapa tahun ini dianggap "biasa-biasa"?

Entahlah. Mungkin ini kesan daripada tahun-tahun yang lalu. Apa yang aku perasan, tahun kedua ini aku tidak meletakkan sebarang impian, azam mahupun harapan. Tiada...

Aku fikir, ini antara kesan apa yang berlaku semasa Universiti Kehidupan tahun pertama. Dimana, aku pernah mengatakan kepada beberapa orang penting dalam hidupku bahawa ; "Aku akan mati". *Ada kisah disebaliknya. 

Sedar atau tidak, dengan kata-kata tersebut, aku telah melakukan satu kesilapan yang besar iaitu  'mematikan' segala harapan mahupun impian. Juga, telah menutup pintu percintaan. Padahal, nyawa masih dikandung badan, namun semangat & harapan sudah hilang. Maka, jadilah seseorang yang hidup seperti 'kebiasaan orang-orangan'. 


Penutup:

Ya, coretan kisah tahun kedua ini terlalulah pendek. Tidak banyak perkara luar biasa dari kebiasaan. Hanya "Pelajaran" yang sering di ulang-ulang. Dan, daripada pelajaran itulah membuat aku tersedar bahawa harapan aku telah hilang. Untuk tahun ketiga (2018) ini, aku perlu bangkit. Bangkit dengan mengembalikan azam, semangat & cinta yang hilang.

Ya, hidup ini harus ada tujuan & pencarian. Agar sentiasa bersemangat menempuh laluan dalam kehidupan. Letaklah sasaran yang tinggi, agar diri selalu bersemangat ingin mengecapi. Kepada rakan-rakan yang masih tiada kerja tetap. Jangan putus asa. Yakinlah, kepada Tuhan yang Maha Pencipta.


Dan, bak kata daripada movie Jumanji (game) ; "Hidup ini hanya sekali. Maka, tentukanlah apa yang anda mahu jadi". 



Yang Benar,
Fedli Isa (Slumb)
Bangkitnya Kapal bmuls selepas ditebalikkan

No comments:

Post a Comment