Monday, February 13, 2023

Nurul Farah Amani

Alhamdulillah, pada tanggal 14hb Februari 2023 bersamaan 23 Rejab 1444H (jam 8.56 malam) telah dianugerahkan anak kedua (girl) dengan berat 3.41kg & ketinggian 51cm. 


Sebelum kelahiranmu, ibumu tidak dapat tidur lena. Alhamdulillah, dalam kesempatan tersebut, sempat kami bertahajud dan menunaikan beberapa solat sunat sebelum kelahiranmu. Kemudian, kira-kira jam 3 pagi (14/02/23), kami bertolak ke hospital menaiki kereta. Sempat jugak ibumu melepaskan mengidam memakan aiskrim (nasib baik kedai 7-eleven buka 24 jam). Dapatlah ibumu merasa sedikit makan makanan ringan. Kemudian, tibanya di hospital pukul 3.30 pagi, kami tidur seketika di dalam kereta sambil menunggu contraction bukaan kelahiran. Sehinggalah solat subuh, bersolat dahulu di surau hospital yang disediakan. Then, barulah kami mendaftar kemasukan di hospital Kuala Lumpur. 


Jika semasa kelahiran abangmu, waktu tersebut sedang berlakunya PKP (Covid). Manakala, semasa kelahiranmu Nurul Farah Amani, ayahmu sekali lagi bergelut tanggungjawab antara keluarga dengan kerjaya. Kedua-duanya pada masa yang sama, memerlukan ayahmu berada di tempat yang berbeza. Walaupun ayahmu sepatutnya cuti 7 hari straight berdasarkan akta cuti paterniti. Maka, terpaksalah ambik cuti bertompok-tompok untuk mengimbagi antara keluarga dengan kerjaya. 




Kepada anakku: Nurul Farah Amani

Anak kedua ini, kami teruskan dengan tradisi singkatan nama kami sebagai suami isteri (A & F). Iaitu A berasal daripada nama isteriku dan F dari namaku. Secara ringkas, Nurul bermaksud cahaya, Farah bermaksud kegirangan, kesenangan, kebahagian dan Amani bermaksud cita-cita, ketenanganku, keinginan & kesejahteraankuMaka, besar harapan kami agar anak kami yang bernama Nuruh Farah Amani ini menjadi hamba Allah yang soleheh, mempunyai akhlak mulia dan juga bijaksana. 






Harapan Perubahan Hidup



Sengaja screenshot posting FB Ustaz Dr Ahmad Faisal (pensyarah UM). Dan, kebetulan tarikh beliau post status tersebut bersamaan hari kelahiranmu (14/2/2023). Ada beberapa keinginan dan cita-cita ibu ayah sejak beberapa tahun lalu. Moga-moga kehidupan kita semua berubah menjadi lebih baik lagi selepas ini. 



Sepertimana orang mengatakan ekonomi ada kitarannya, begitu jugalah pandangan mengenai putaran kehidupan. Daripada namamu Nurul Farah Amani, terletak harapan & cita-cita ibu & ayah. Terutama mengenai perubahan hidup & kerjaya kami. Ibumu amat bercita-cita untuk menjadi seorang pendidik dengan berjawatan tetap. Bermacam kelulusan telah beliau ambil, dari degree, kemudian master. Dan ditambah lagi Diploma pendidikan. Semoga cita-cita ibumu tercapai untuk menjadi seorang pendidik. 



Gambar time tengok lembu : Hari Raya Korban 2023


Pelbagai perkara berlaku setahun sebelum kelahiranmu. Ada perkara yang menyedihkan, ada cerita yang membuat ibubapamu bermunasabah diri. Seperti ayahmu kemalangan motosikal, ibumu menyambung pengajian Diploma pendidikan sambil bekerja & mengandung. Serta komitmen kerja ayah semasa kelahiranmu. 

Lagu untukmu Amani (Dari ibumu)





Penutup

Semestinya kami sebagai ibubapa mengharapkan yang terbaik untukmu anakku. Ketahuilah, kami sentiasa berdoa yang terbaik untukmu dalam diam mahupun terang. Maka, sentiasalah bersyukur dan sabar dalam kehidupanmu kerana banyaknya ujian dan kenikmatan. Ingatlah, usah engkau lupakan Tuhan dan ibubapamu takkala susah mahupun senang. Dan, berbuat baktilah kepada dunia untuk amalanmu di syurga. 


Sekiranya ada masa, renungkanlah tulisan dan kata-kata ibu dan ayahmu ini. Walaupun ianya ringkas, mungkin ianya berguna untukmu suatu hari nanti. Ayah juga ada menulis serba sedikit catatan pengalaman diri, kata-kata hikmah dan bagaimana ayahmu memikat ibumu. Apa yang baik, engkau ambillah. Apa yang kurang baik, jadikanlah sempadan.


Ya, antara sebab ayah kumpulkan kata-kata ini, untuk kamu wahai anak-anakku. Sekiranya ada waktu, ayah akan ceritakan kisah-kisah Nabi padamu. Dan, apa yang kita boleh pelajari daripadanya. Contohnya, kisah dakwah Nabi Nuh as dan Nabi Muhammad saw. Kenapa pengikut Nabi Nuh jumlahnya sedikit padahal beliau telah berdakwah 950 tahun? Manakala, Nabi Muhammad saw berdakwah hanya 23 tahun, tapi pengikutnya banyak sekali. Apakah pengajarannya?

Maka, sekiranya engkau sudah tahu jawapannya, sesungguhnya engkau anak yang BIJAKSANA. 



Nota: Entry ini ditulis sebagai renungan buat kami sebagai suami isteri. Juga, kepada Nurul Farah Amani takkala beliau sudah besar nanti.


Yang Benar,
Ayah & Ibu (FA)
"Manusia itu didefinasikan kepada 3: Ada otak & berfikir, ada hati & merasa, ada anggota & bekerja".

No comments:

Post a Comment