Saturday, February 20, 2016

Introvert & Dyslexia

Introvert & Dyslexia, kedua-duanya dikatakan merupakan golongan minoriti. Seorang Introvert umpama seseorang yang hidup dalam dua alam, iaitu umpama hidup dalam air dan di daratan. Manakala, Dyslexia pula umpama seorang allien yang hidup di bumi.


Kebiasaannya, amat sukar orang/masyarakat mengenali seseorang yang berperwatakan Introvert. Walaupun orang tersebut mempelajari Introvert itu apa. Bagi mengenali Introvert, orang yang paling dekat adalah diri sendiri, dengan syarat ia memahami Introvert itu apa (ilmu).

Berbeza kesnya bagi Dyslexia. Kebiasaannya, orang/masyarakat lebih mudah mengenali mereka berbanding diri mereka sendiri, dengan syarat ada ilmu mengenainya.


Introvert :

Bagi memudahkan pemahaman mengenai Introvert, saya sertakan beberapa link website ini :

i) 24 BEAUTIFULLY TRUE CARTOONS THAT SHOW WHAT IT’S LIKE BEING AN INTROVERT

ii) 21 SIGNS YOU’RE AN INTROVERT

iii) Why Introverts Make Great Entrepreneurs




Dyslexia :

Manakala, jika ingin memahami Dyslexia, saya syorkan movie "Taare Zameen Par" (every child is special) dan boleh layari website seperti dibawah ;
1. Dyslexia Facts and Statistics
2. What is dyslexia?.


Secara umumnya, seseorang yang memiliki personaliti Dyslexia ini boleh dibahagikan kepada 3 bahagian, iaitu ; masalah mengenai membaca, bercakap & mendengar.

Kebiasaannya seseorang yang memiliki Dyslexia dianugerahkan dengan kelebihan tersendiri. Seperti dalam movie diatas, budak tersebut mempunyai kelebihan dalam bidang lukisan. Dan, mereka yang mempunyai Dyslexia ini sering dianggap 'pending' dalam sesuatu perkara biasa bagi orang biasa & vice versa. Selain itu, terdapat juga beberapa kajian yang mengatakan ; "Seseorang yang mempunyai Dyslexia mudah terjebak dengan aktiviti samseng/sosial". Disebabkan mereka mudah memberontak dalam dunianya.


Saya kongsikan sedikit kisahku dimasa kecil. Di sekolah, diriku merupakan budak kelas pemulihan & sering mendapat nombor Top 5 terakhir di dalam kelas. Antara aktiviti yang sering merisaukan semasa di sekolah ialah apabila cikgu menyuruh membaca buku teks. Seram sejuk dibuatnya.

Mengenai kerja sekolah/latihan, hanya matematik sahaja disentuh & dibuat sendiri (my favourite subject & my 1st language). Yang lain, aku biarkan kosong sehinggalah dimarahi ibu dan ibuku lah yang tolong menjawabnya. Kadang-kala, aku menangis apabila disuruh membaca. Menangis disini bukan kerana kena marah tetapi disebabkan ;

'Aku tahu, aku dah belajar membaca benda ni. Tapi, fikiranku & mulutku umpama tidak mampu menyebut. Jika dapat pun, sudah "Terlambat...." *(Cikgu kebiasaanya mahu anak2 muridnya aktif. Tanya, terus dapat jawapan).

Dipendekkan cerita, pertama kali dalam sejarah mendapat A dalam Bahasa Melayu ialah semasa SPM (cikgu2 pun terkejut, aku apatah lagi).


Motivasi?

Sekiranya anak atau ada kenalan anda yang dianugerahkan perwatakan ini, cuba memotivasikan mereka dengan memberi contoh golongan-golongan yang berjaya. Sebagai contoh, ada beberapa kajian mengatakan bahawa "Kebanyakkan orang berjaya memiliki personaliti Introvert" seperti Warren Buffet, Bill Gates, Mark Zarkburg & ramai lagi. Begitu juga kesnya bagi Dyslexia.

Pointnya disini, bukan untuk membangga diri apabila seseorang dalam kategori minoriti (Introvert mahupun Dyslexia). Tapi, untuk memberi mereka motivasi kerana bukan mudah hidup dalam personaliti yang sebegini.

Namun, jangan pula terhenti setakat itu. Kaitkan dengan ketauhidan, agar mereka bukan sahaja mengenal diri, tetapi mengenal juga akan Tuhan. Suka dikongsikan sebuah kata-kata ;

"Barangsiapa yang mengenal dirinya, mengenal ia akan Tuhannya". 



Kesimpulan :

Saya percaya. "Everyone is gifted, but some people don't open their packages". Kerana, Tuhan tidak pernah menciptakan sesuatu yang sia-sia, apatah lagi manusia yang tidak berguna. Cuma, kecerdikan/ kelebihan/ fungsi yang berbeza. Bak kata Albert Einstein (dikatakan ada Dyslexia juga) ;

"Everybody is a genius. But if you judge a fish by its ability to climb a tree, it will live its whole life believing that it is stupid".



Ketahuilah... Yang sebenarnya, ujian Allah itu bukanlah bertujuan untuk menguji, Tetapi ingin melihat sejauh mana keredhaan hamba-Nya diatas setiap ketentuan-Nya di Luh Mahfuz. Besar atau kecil ujian ujianmu, bukanlah ukuran. Tapi, Keredhaan itulah tujuan. Tidak sama soalan peperiksaan bagi anak kecil dan seorang dewasa. Kerna, Allah itu Maha Mengetahui keadaan hambaNya dan Allah tidak akan sesekali menguji kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu hadapi.



Akhir kata, PLEASE........ Don't loose yourself. Kenalilah dirimu dan Tuhanmu. Dan percayalah....

"Kisah hidupmu bukanlah sebuah Novel. Kerana Novel ditulis oleh tangan manusia, 
bukannya Tuhan yang Maha Pencipta".


Saya selitkan disini, link entry yang lalu, bertajuk When Allah is your reason.


Fedli Isa (Slumb)
"Andai kekayaan yang dicari, ubahlah maksud dalam diri"
Kita sering "berasa". Berasa hebat, bijak, kaya dan sebagainya. Hakikatnya, "TIADA".

Monday, February 8, 2016

"Hutang dan Pelaburan"


Terdapat dua perkara utama yang perlu anda berhati-hati dalam kewangan hari ini iaitu “Hutang” & “Pelaburan”. Saya fikir, anda amat memahami apa itu “Hutang”. Ya, hutang adalah sesuatu yang “mengikat” jasad kita daripada bebas. Pandai berhutang, pandailah membayarnya kan?. 

Kesannya, kita ‘terpaksa’ terus bekerja demi membayarnya. Dan, sesuatu yang tidak pelik apabila seseorang itu masih bekerja walaupun sudah pencen. Malah, ada sekelompok manusia terpaksa berhutang seumur hidup demi membeli rumah di dunia yang sementara (lihat berita).


Jika dibuat perumpamaan, “Hutang” itu boleh ibarat sebagai hari semalam yang menghantui diri. Manakala, “pelaburan” itu ibarat hari esok yang membuat anda terus berangan-angan di siang hari. 

Kesannya, kehidupan kita pada hari ini banyak dihabiskan untuk hari semalam (hutang) dan hari esok (angan-angan). Disini, saya tidaklah mahu mengulas panjang mengenai 3 hari itu (semalam, hari ini dan esok), kerna saya yakin. Anda seorang yang amat rajin membaca buku dan suka mendengar ceramah agama. Nasihatku, bebaskanlah dirimu daripada perkara sebegini. Hiduplah hari ini tanpa ‘hantu’ yang menganggu, apatah lagi angan-angan yang menipu!.

Mungkin ramai dikalangan kita yang berasa aneh! Kenapa perlu berhati-hati dengan "pelaburan" (*pelaburan disini, bukan mengenai skim cepat kaya).

Sesuatu yang wajar jika dinasihati agar berhati-hati dengan "Hutang". Seperti kebanyakkan pakar kewangan. Apabila berbicara mengenai "hutang", kebiasaannya mereka akan membahagikan hutang kepada dua, iaitu ; i) Hutang Baik, ii) Hutang Jahat. 


Sebenarnya, belum tentu hutang baik itu, adalah baik untuk kita. I'm serius beb...
Kerana, definisi "hutang baik" yang kita berikan itu adalah mengikut definisi dunia. Definisi kapitalis yang bertuhankan wang. 

Saya beri contoh mudah. Sekiranya anda belajar mengenai ekonomi asas, orang kapitalis/barat membahagikan kemahuan manusia itu kepada DUA iaitu Keperluan & Kehendak. Manakala, dari sudut Islam, ianya terbahagi kepada TIGA bahagian.

Seterusnya, masalah ekonomi bagi kapitalis ialah "Sumber yang terhad, bagi memenuhi kehendak (nafsu) yang tidak terhad". Berbeza dari pandangan Islam, masalah ekonomi adalah "distribution". Yakni, 'segelintir' orang kaya yang terlupa tanggungjawab disebalik hartanya. 


Secara umumnya, antara produk UTAMA yang lahir daripada sistem kapitalis ialah "Hutang & Pelaburan". Tak perlu saya ulas mengenai sistem kewangan, kerana bukan semua orang faham.

Kenapa anda perlu berhati-hati dengan "Hutang & Pelaburan", adalah kerana ia mampu membawa anda kepada penyakit "kronik" dibawah.... Ya, "al-Wahn"...


Dalam Islam, ada hutang yang digalakkan. Begitu juga apabila berbicara mengenai pelaburan. Dan, ingin saya tegaskan disini, bukan semua produk kewangan/pelaburan saya benci. 


Bagi pelaburan, saya amat tidak bersetuju "hartanah"(rumah) dijadikan sebagai alat pelaburan, dan dianggarkan pula kenaikan 7% harga setiap tahun (minimum, kerana jika bawah, better melabur/simpan di ASB/AHB/TH). Disamping, rumah dikategorikan sebagai keperluan manusia. 



Didalam dunia kewangan hari ini, nilai wang anda hari ini (Present value) adalah SAMA (atau, hampir sama) dengan nilai di masa akan datang (Future value). Saya yakin, orang yang belajar kewangan/perniagaan di IPT tahu akan konsep ini. 

Apabila dikatakan “hampir sama”, perlu difahami. Nilai PV = Nilai FV. Bukan kuantiti yang anda miliki atau harga sesuatu komoditi (pelaburan), tapi kita berbicara mengenai KUALITI (NILAI).


Kenapa kita melabur? Untuk capai financial freedom? 

Sila fikirkan semula, untuk apa anda melabur sebenarnya. 
Betulkah ingin menjadi kaya? Financial freedom (bebas kewangan)? 

Mungkin ada sesuatu yang kurang kena dengan kita. Mungkin juga kita sudah lupa. 
Adakah seumur hidup kita, tidak pernah merasai ‘merdeka’? Cuba renung anda dimasa kecil. Mungkin ada jawapan, disebalik apa yang anda muskil. 


Dan, ketahuilah. Pinjaman itu ikatan…Pelaburan itu angan-angan!



Dalam keghairahan melabur, jangan dilupa peringatan dari Nabi saw ;

“Apabila seorang anak adam mendapat sebuah lembah emas, ia menginginkan lembah yang ke dua dan seterusnya. Sehinggalah, tanah menutupi dirinya”.



Note : Entry ini bukanlah menghina sesiapa yang bekerja dalam dunia kewangan/pelaburan. Point utama yang ingin ditujukan ialah jangan lupa Tuhan!. Dan, jangan biarkan anda dihidapi penyakit "Wahn". *Ketahuilah, mengingati mati adalah ubat bagi "Wahn", tapi ia bukannya gampang (mudah)!. 



Sejujurnya, saya tidak terlalu khuatir akan diri dan apa yang berlaku kini. Tapi, lebih khuatir generasi yang akan datang. Dapatkah mereka survive dalam kehidupan, bersama hantu yang menghantui dan angan-angan yang melalaikan.


Bagi sesiapa yang berminat untuk belajar Investment dalam versi Manga, disyorkan baca Manga Investor Z.



Fedli Isa (Slumb)
"Sekiranya kekayaan yang dicari, ubahlah maksud dalam diri"

Friday, February 5, 2016

6 hikmah semasa dialam universiti

Pengalaman belajar selama 6 tahun, aku simpulkan dalam 6 point kata2 hikmah dibawah. Ada kata hikmah yang dinukilkan oleh diri, ada yang di copypaste daripada orang. Dan, mungkin ada pengalaman yang tidak dinyatakan.


1. Bacalah dengan nama TuhanMu… 

Aku fikir, ramai orang tahu. Cuma, ingin ku petik kata2 seorang successful trader bernama Larry Hite, berkata ;
“I only use what works at the beach”.

Pertama kali membaca kata-katanya, agak terkejut. Beliau mempraktikkan, apa yang ia pelajari di pantai(alam) dan mengaplikasikan (mengaitkan) dalam dunia trading/investment.


Nah…. Kenapa kebanyakkan kita yang beragama Islam, apabila melihat alam, gagal ‘melihat’ Tuhan. Dimanakah ihsan? Adakah kita menafikan, ilmu pelaburan itu bukan ilmu dari Tuhan?

Tertarik dengan beberapa kata dalam dunia pelaburan seperti ;

“Market only shift to the RIGHT side”, “U can’t control/beat the market”



2. Belum tentu APA yang anda lihat (+baca, dengar, fikir) itu adalah yang SEBENAR. Dan, belum tentu yang SEBENAR itu adalah yang BENAR!

Kita sering ditipu. Ya, ditipu. Bak kata perpatah….

“Kadang-kala, kita ditipu sesuatu yang kita sudah tahu. Sering kali, kita menafikan sesuatu yang kita tidak pernah mengetahui".


3. “Jika anda seorang guru, bukan semua subjek anda tahu (mampu mengajarnya)”.

Kata-kata ini, bukan khusus bagi seorang guru sahaja. Tapi, kebanyakkan bidang yang ada. Bukan juga bermaksud, ingin merendahkan seseorang. Namun perlu kita sedari. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Serta, tanyalah soalan kepada orang yang selayaknya. Letakkanlah sesuatu itu pada tempatnya (begitulah juga soal amanah, hak & sebagainya).

Berbicara mengenai “meletakkan sesuatu, di tempatnya”. Aku berharap agar diri ini tidak menggunakan “kabel/orang dalam”, hanya sekadar untuk mendapatkan jawatan. Biarlah, sesuatu jawatan itu diberi kepada orang yang selayaknya. InsyaAllah, dunia ini akan lebih aman tenteram andai kita sentiasa bertawakal kepada Tuhan.



4. “It’s HARDER for a man, to LEARN what he think, he already know”. 

Kata diatas sebenarnya telah diubah sedikit, iaitu dari “impossible” to “harder”. Padaku, ia mengenai sifat Humble (merendah diri). Orang tua kata; “semakin berisi padi, semakin tunduk ia ke bumi”.

Antara saat yang teruji ialah semasa kita mendengar sesuatu yang kita fikir, kita sudah tahu. Contohnya, semasa mendengar ceramah agama mengenai sebuah topik. Kita berfikir, kita sudah tahu. Maka, buat apa ditunggu?

Namun ternyata selepas mendengarnya, banyak yang kita tak tahu dan ‘tertipu’.



5. Tiada apa yang 100% PASTI didunia ini, kecuali apa yang ‘dikhabarkan’ oleh Tuhan & Nabi s.a.w


Walau betapa hebatnya kajian yang dilakukan, ia masih diatas konsep ‘probability’. Tiada 100% yang pasti. Kecuali, apa yang Nabi saw beritahukan/ajarkan (hadith) dan firman Tuhan (Al Quran). Juga, boleh dikatakan ‘hukum alam’ seperti api itu membakar (namun, ada kes tertentu ianya tidak membakar).



6. Money! Hanyalah sekadar wang… 

Hari ini, sesuatu itu sering dinilai berdasarkan apa yang kelihatan. Dan harga sesuatu asset pelaburan berdasarkan harga dimasa hadapan, bukannya sekarang. Dunia ini aneh bukan?

Didalam dunia kewangan hari ini, nilai wang anda hari ini (Present value) adalah SAMA (atau, hampir sama) dengan nilai di masa akan datang (Future value). Aku yakin, orang yang belajar kewangan/perniagaan di IPT tahu akan konsep ini. Padaku, student di IPT mempunyai kebanyakkan basic, hanya perlu dihubungkaitkan(kamilkan) sahaja ilmunya. InsyaAllah, boleh berjaya. *Kecuali, mereka yang belajar sekadar jawab exam.

Apabila dikatakan “hampir sama”, perlu difahami. Nilai PV = Nilai FV. Bukan kuantiti yang anda miliki atau harga sesuatu komoditi (pelaburan), tapi kita berbicara mengenai KUALITI (NILAI).


Kenapa kita melabur? Untuk capai financial freedom?

Sila fikirkan semula, untuk apa anda melabur sebenarnya. Betulkah ingin menjadi kaya? Financial freedom (bebas kewangan)?

Mungkin ada sesuatu yang kurang kena dengan kita. Kita ingin merdeka? Adakah seumur hidup kita, tidak pernah merasai ‘merdeka’? Cuba renung anda dimasa kecil. Mungkin ada jawapan, disebalik apa yang anda muskilkan. Namun, ketahuilah. Pinjaman itu ikatan…


Dalam keghairahan melabur, jangan dilupa peringatan dari Nabi saw ;
“Apabila seorang anak adam mendapat sebuah lembah emas, ia menginginkan lembah yang ke dua dan seterusnya. Sehinggalah, tanah menutupi dirinya”. 


Note : Maaf, ada beberapa perkara, tidak aku tulis secara terang disini. Ada soalan, tidak aku berikan jawapan. Semuanya terserah anda memikirkan, asal jangan lupakan Tuhan, dalam setiap pencarian. Semoga ketemu.


#Pic semasa program ke Sabah tahun 2014 (*kebanyakkan pic yg aku ambik hanyalah permandangan...)


Nukilan : Fedli Isa (Slumb)
Usah tertipu dengan diri. Aku yang jahil. Sering “berasa” bijak, hebat, kaya dan sebagainya. Hakikatnya, “TIADA”.