Saturday, March 12, 2016

"Hutang & Pelaburan" (siri 2)


Bulan lalu, adalah gaji pertamaku semenjak bekerja. Seperti biasa, beberapa perancangan kewangan sudah aku susun rapi.

Perancangan aku tidaklah sesukar mana. Iaitu, pertama sekali ingin membuat 'emergency fund' secepatnya. Seterusnya, membina tabung bagi tujuan simpanan dan pelaburan (melabur saham sendiri).


Perancangan permulaan, ingin menyimpan 50% daripada gaji. Kesannya, duit kepada ibubapa antara perkara yang aku 'sengaja' minimumkan. Alhamdulillah, perancangan kewangan yang rapi itu akhirnya dibatalkan.

Kenapa? Entah bagaimana ingin aku katakan disini. Namun, kata-kataku tempoh hari yang berbunyi seumpama menegur;

Berhati-hati dengan dua perkara dalam dunia kewangan hari ini, iaitu "hutang & pelaburan". 


Sejauh mana aku faham akan apa yang aku katakan?
Adakah apa yang aku fahami hanya sekadar berlegar dalam ruangan dan skop "dunia" atau sehingga ke kehidupan akhirat sana?

Ini antara persoalan yang menjadi tanda tanya. Sedar atau tidak, apabila berbicara soal 'Pelaburan', aku lebih meletakkan 'dunia' lebih utama daripada 'akhirat'. Ya, aku menghidapi penyakit al-wahn iaitu cintakan dunia dan takutkan mati. Ya, penyakit kronik yang sebenarnya bagi umat akhir zaman seperti kita.






Gambar diatas merupakan kaedah perancangan kewangan berasaskan "Konvesional". Aku tidak mahu membahaskan ciri-ciri tabung diatas, tapi ingin mengajak bersama-sama kita bahagikan tabung diatas kepada 2 kategori 'tabung'. Iaitu, tabung kehidupan "Dunia" vs tabung untuk kehidupan "akhirat". Anda mengerti maksudnya?

Ya, something wrong with me & us. Sehingga, sering kali kita terlupa, kehidupan mana yang lebih utama. Dan, kehidupan mana yang kekal selamanya.


Seharusnya, kita selaku muslim perlu berfikir lebih jauh berbanding kaum yang bertuhankan 'dunia' dan nafsu semata. Ya, perlu berfikir soal 'pelaburan' hingga ke akhirat sana. Untuk apa kita kaya di dunia, tapi di akhirat papa kedana? Bijak melabur di dunia, tapi jahil melabur di akhirat sana...


Teringat sebuah kisah yang diceritakan dalam sebuah slot di radio Ikim;

"......ketika Ali R.A duduk bersama Nabi SAW dalam sebuah majlis,

Semasa itu, diperutnya ada satu batu bagi menahan kelaparan, dan dalam masa yang sama, beliau baru saja sedekahkan 40 ribu dinar. Dan diperut Nabi SAW pula ada 2 batu..."

Kebanyakkan para sahabat adalah golongan kaya, tetapi mereka tidak meletakkan dunia di hati mereka. 


Teringat juga sebuah ceramah yang lain, dimana seorg ustaz mengakhiri majlis kuliahnya dengan sebuah DOA yg berbunyi (lebih kurang) ;

"Ya Allah, jika engkau beri aku rezeki 100 ribu ringgit, akan aku sedekahkan 90 ribu dalam agamaMu...."


Tersedak aku mendengarnya. Dan seumpama diri ini ragu-ragu ingin 'mengaminkannya'. Akhir kata, semoga kita meletakkan akhirat lebih utama daripada dunia yang sementara.



Fedli Isa (Slumb)

No comments:

Post a Comment