Wednesday, March 23, 2016

Surat dari hospital....

Tulisan Asal : 7/1/16
Kemaskini : 24/3/16 & 2/9/16


Ini merupakan surat hospital yang diterima awal tahun ini (sampai ditangan pada 5 January, 2016). Umpama, hadiah tahun baru. Kisahnya pada penghujung bulan Nov 2015 yang lalu, dimana buat pertama kali diri membuat pendermaan darah.


Jika diteliti, ada beberapa perkara menunjukkan surat ini adalah surat yang mustahak (pengalamanku semasa menjadi Setiausaha). Iaitu, perkataan “secepat mungkin” dan surat ini ditandatangani oleh pegawai perubatan dengan tanda tangan/sign (original).




Pertama kali membaca surat ini, terus aku bertanya kepada rakan-rakanku yang pernah menderma darah samaada pernah mendapat surat sebegini. Namun ternyata, mereka tidak pernah menerima. Seterusnya, aku terus membuat carian di Google. Kebanyakkan jawapan pula berkisarkan mengenai HIV & beberapa penyakit berjangkit seperti gambar dibawah. (*Maka, perlu jumpa Doktor bagi membuat re-test. Belum confirm lagi).





Sejujurnya, tipulah jika aku katakan, “aku tak risau”. Macam-macam juga di fikiran. Namun, aku terasa lebih bimbang akan orang yang bimbang akan diriku. Dan, I still don’t know, macam mana nak bagitau kat ibubapaku. HAHA…. (*semasa artikal ini di publish, ibubapa-ku sudah lama tahu)


Btw, apa yang terjadi ini, tidaklah ‘sesukar’ kisah orang lain (para nabi, para sahabat, dan ramai lagi orang didunia ini). So, tak perlulah risau. Dan, ianya belum confirm lagi. Cuma, ada high probability… 


Ringkasnya, penyakit HIV & seangkatan diatas, dikatakan masih tiada ubat penawarnya lagi. Dan, kebiasaannya insurans/takaful tidak cover kecuali jika anda dapat HIV/seangkatan ini semasa blood tranfusi sahaja (semasa permindahan darah di Hospital. Itupun, perlu ada bukti daripada pihak Hospital).

Disini perlu kita fahami, bukan semua risk/risiko itu boleh ditransfer dengan menggunakan insurans/takaful *Saya agent takaful & belajar subjek Risk Management di University.


Manakala, jika dikira mengikut tahun masihi, umurku sekarang adalah 25 tahun (2016). Ya, mungkin masih muda dan masih baru menamatkan pelajaran di universiti. Selaku seorang yang bakal menempuh alam pekerjaan, pelbagai perkara ingin dilakukan dalam hidup ini.

Antaranya, ingin membalas jasa ibubapa (aku tak pasti bila berbicara hal ini sambil mengaitkan keadaanku ini). Kahwin pula? Memandangkan penyakit-penyakit diatas jenis penyakit berjangkit, jawapan paling selamat ialah “Tidak digalakkan untuk kawin”….(aku fikir)


Maka, secara ringkasnya. Antara kemungkinan besar jika aku disahkan menghidapi ialah tidak digalakkan untuk kahwin & Mati. Meh kita bermain dengan persoalan dan pertanyaan dihati…


“Wei slumb… Tak boleh kahwin kot….”

“Aku takut matikah?”

“Adakah aku takut kembali kepada Allah yang maha penyayang?”

“Bukankah semua manusia akan mati di dunia ini?”



Teori dan praktikal itu saling berkait.
Itu yang aku fahami selama belajar dalam universiti kehidupan ini. Namun, itu bukanlah focus utama entry ini.

Antara pengajaran utama yang aku ketemui selama melanjutkan pelajaran dalam bidang Kewangan (Diploma) & BBA Islamic Finance (Degree) ialah “Mengenal diri, untuk mengenal Tuhan” (*Ya, tiada dalam silibus pengajian. Namun, CGPA still ok. Atas pagar sekitar 3.50). Kini, aku berharap sesangat, I don’t lose myself again. Kerna, jawapan inilah yang diriku cari sejak kecil. Ya, jawapan kepada “siapakah diriku?”. (dengan perasaan ‘ketidak-puasan hati’).


Mengingati akan kematian? Entah, aku tidak pasti. Mungkin selama ini, diriku hanya setakat “menyedari/tahu”, namun tidak/jarang “merasai” bahawa diri akan pergi.

Ya, something wrong dengan diri apabila melawati kubur, menziarahi orang sakit, melihat sendiri atuk & nenek sakit (sekarang sudah tiada). Semua itu, menyedarkan bahawa kita akan mati, namun tidak “merasai” bahawa diri akan pergi. Mungkin begitulah kata orang ; “Ada beza, orang yang melihat(sekadar tahu) dengan orang yang melalui(merasai). Terutama dari sudut pandang dan penghayatan”.  



Siapakah diriku?
Aku memiliki perwatakan Introvert dan ada Dyslexia (kedua-duanya golongan minority). Di bangku sekolah, aku merupakan budak kelas pemulihan kerana tidak pandai/lambat membaca dan menulis. 


Jika difikirkan, kombinasi “Introvert dengan Dyslexia” ini pelik. Dan, dari situlah banyak ketidakpuasan dan persoalan dihatiku mengenai diri. Namun tidak disangka. Persoalan dihati ini mula terjawap. Percayalah bahawa apa yang Allah tentukan itu, tidak pernah terlewat mahupun tercepat. Kerna ianya wajib ‘tepat’. Wajib ada hikmahNya. Detail pasal Introvert & Dyslexia, boleh baca disini. 



Untuk apa aku ceritakan sedikit kisahku ini?

Entahlah. Aku tidak pasti akan jawapannya. Cuma, ingin aku kaitkan dengan sebuah kata-kata yang aku terbaca/jumpa didalam mimpiku, diawal bulan December 2015 yang lalu (sebelum kes ini) ;

“Kebanyakkan manusia tidak berpuas hati dengan dunianya”.


Maksudnya, lebih kurang sebegini. Ramai antara kita tidak redha akan ketentuan takdir yang sudah Allah tentukan keatas kita. Kenapa aku? Tidak bolehkah orang lain? (Begitulah antara persoalan yang akan bermain di minda).


Ya. Kita diuji… Kaya, miskin, sihat, sakit, bijak, pandai dan sebagainya. Dan, ramai antara kita tidak redha akan ujian yang Allah berikan ini.. Semoga kita redha dengan ‘dunia kita’… Dan, marilah kita menjadi orang Islam yang ajaib. Iaitu, takkala diberi sesuatu (baik & buruk), tetap ia baik dipandangan mata hatinya.


Dah terlajak perahu ni, aku ingin meminta maaf dan ampun, andai ada buat salah/ dosa secara sengaja atau tidak sengaja selama hayat ini (*aku maafkan kepada sesiapa yang buat ‘salah’ denganku. So, don’t worry. Lagipun, jika kita nak orang maafkan kita, kita juga kena maafkan orang lain kan..).


Dan, aku harap, apapun keputusan re-test darahku nanti, korang janganlah layan aku macam orang sakit. Dan, takyah la risau jika nak bersalaman dengan aku sebab penyakit ni berjangkit melalui darah/kongsi jarum/seks/berkaitan sahaja. Selagi korang tak minum darah aku, korang still ok, InsyaAllah.....

Serta, don’t worry about me. I’m ok… Kalau tak, apa guna aku guna nick name Slumb kan? (Slumb stand for 'Slumber Boy'). So, toksah risau sangat pasal aku ni yer. Bukankah semua orang akan MATI, di dunia ini?



Updated/ Kemaskini : 24/3/16

Alhamdulilah, keputusan test darah kali ke-2 menunjukkan darahku bersih. Jadinya, kekuatiran selama hampir 3 bulan ini sudah terjawab. Sudah tentu, banyak perkara bermain difikiranku sepanjang tempoh ini. Dan, pengajaran yang paling utama ialah ianya menyedarkan aku bahawa selama ini aku mempunyai penyakit al-wahn tanpa aku sedari. Ya, cintakan dunia dan takutkan mati.


Antara sebab utama aku menulis kisah ini adalah bagi mengimbas kembali "perasaan" aku ketika itu (that's why, tulisan asal bertarikh 7/1/16). Ada beza, berbicara mengenai apa yang sedang kita lalui sekarang dengan pengalaman yang sudah pudar 'perasaan'. And, it wonderful to read back after few years & release the lvl of our mindset & emotion, at that time.








Disini aku ingin share satu lagi "pandanganku" ketika merasa diri akan mati (penyakit yang dikatakan, masih tiada ubatnya dalam perubatan moden).

Sejujurnya, aku pernah terfikir untuk bunuh diri. Namun, aku batalkan setelah difikirkan. Disini juga, aku mula memahami kata-kata dibawah. Ya, "Mati kerana Allah itu lebih mudah, daripada Hidup kerana Allah". Aku fikir, kebanyakkan pesakit akan bersetuju dengan statement sebegini.



Sekiranya ada rakan mahupun keluarga anda menghidapi penyakit yang kritikal, mahupun yang normally membawa kematian. Nasihatku, jangan tanamkan semangat untuk terus hidup kepada pesakit hanya kerana "harta, keluarga & dunia". Namun sebaliknya, tanamkan dan motivasikan mereka untuk terus hidup kerana Allah. "When Allah is your reason to live, you will never have a reason to quit". Kerana, sekiranya ditanamkan semangat hidup kerana "dunia", ketahuilah ianya adalah sementara.





Percayalah! 
Suatu hari nanti, engkau akan ketawa & tersenyum mengimbau kisah lalumu, yang pernah engkau lalui. 


Kerna....



"Kisah hidupmu bukanlah seperti sebuah Novel. Kerna, Novel ditulis oleh tangan Manusia. 
Bukannya Tuhan Yang Maha Pencipta".

Yang Benar, 

Slumb
Kerana Allah adalah Tuhanku. Semoga kita kembali dalam keadaan redha dan diredhai… (^_^)

No comments:

Post a Comment