Tuesday, March 1, 2016

Rumah & Poligami


Anda pernah menonton cerita Nujum Pak Belalang?
Entry kali ini, aku cuba membawa kembali soalan ke-3 yang ditanya oleh ahli nujum Masai kepada Nujum Pak Belalang, iaitu ;

"Terdapat sebuah masalah. Satu, banyak. Dua, sikit-sikit. Tiga, jarang-jarang. Empat, kadang-kadang. Apakah ia?"

Ya, KAHWIN jawapannya. 



Sejujurnya, aku kurang bersetuju apabila rumah dijadikan alat "pelaburan". Sebaliknya bersetuju andai rumah dianggap tempat tinggal. Sepertimana berkahwin satu itu dianggap 'banyak'(kebiasaan), seharusnya begitu jugalah rumah. It's normal, sesebuah kelurga memiliki satu rumah. 


Namun, aku tidak menyalahkan sesiapa yang ingin membeli rumah melebihi satu, andai mereka;
i) Mempunyai isteri melebihi satu
ii) Tanah untuk mati/bina kubur tidak mencukupi
iii) & etc yang berkaitan 



Apabila berbicara soal "pelaburan", harganya bukan dinilai berdasarkan hari ini. Tetapi, dinilai berdasarkan masa hadapan. Ringkasnya, Present Value (PV) = Future Value (FV).




Disini, aku kongsikan juga kata-kata seseorang yang terjumpa di FB ;

"Stock market just a SHADOW, to the real economy"

Note : Stock Market dianggap sebuah indikator 'bayangan' ekonomi dan 'pelaburan' oleh pemainnya.


Soalanku, apakah yang akan terjadi apabila hartanah (rumah) dianggap sebagai alat "pelaburan"

Perkara pertama, harganya akan dinilai berdasarkan konsep 'pelaburan'. Maka, PV = FV jawapannya!



Kesimpulan :

Maaflah, aku tidak gemar menulis perkara yang serupa dengan entry yang lama. Kesimpulan ringkas bagi entry ini, aku amat galakkan manusia berkahwin dan berumah satu. Tapi, tidak mengalakkan "berkahwin serta berumah dua dan keatas" kecuali anda dapat menjaga diri & tanggungan anda. 

Semoga kita tidak menghidapi penyakit al-wahn, iaitu cintakan dunia & takut mati.


Entry lama :




"Jika kekayaan yang dicari, ubahlah maksud dalam diri"


Fedli Isa (Slumb)

Sewajarnya, sudut pandang seorang Islam tidak serupa dengan masyarakat barat yang bertuhankan 'dunia' & 'nafsu' semata. Kecualilah, kita seperti mereka...

Tak salah mencari harta, tapi jangan sehingga takut mati & cintakan dunia. 


No comments:

Post a Comment