Monday, December 12, 2016

"Hutang & Pelaburan" (siri 3)

Berharap, ini merupakan siri terakhir bagi tulisanku mengenai isu "Hutang & Pelaburan". Antara sebabnya, diri ini mulai 'bosan' menulis/mengulas perkara yang hampir serupa. Bezanya cuma, penghuraian, sudut pandang dan contoh sahaja yang ditukar rupa, bagi tulisan entry bersiri...

Yes, sekiranya anda melihat/membaca kembali 2 jenis entry di blog iaitu Gaji, Inflasi dan Pelaburan? "Hutang dan Pelaburan" (kedua-duanya sudah siri ke-3), anda mungkin akan perasan sesuatu. Iaitu, isu utama kedua-duanya adalah hampir serupa. So, aku harap ini adalah entry penutup bagi kedua-dua siri tersebut (InsyaAllah).



Financial crisis yang 'bakal' berlaku lagi?

Yes, aku masih berpandangan masalah kewangan hari ini ialah "Hutang & Pelaburan". Dan, financial crisis yang berlaku sebelum ini, "kebanyakkannya" tidak diubati. Malah, ditambahi.

Umpama, seseorang yang sedang ketagihan dadah yang sedang sakit. Mereka tidak diubati sebaliknya terus diberi dadah agar keadaan mereka kembali 'tenang' seketika. Lagi dan lagi, sehinggalah sampai satu masa, badan tidak mampu lagi menerima (mati). Begitulah perumpamaan keadaan kewangan hari ini. Pakej "penyelamat ekonomi" dengan "mencipta lebih banyak lagi wang di pasaran". Sehingga suatu hari nanti, ekonomi juga akan 'mati'.



Sering sekali aku highlight mengenai "Hutang & Pelaburan", dengan slogan "Hutang itu ikatan, Pelaburan itu angan-angan!".

Kebanyakkan kita hanya nampak, hutang itu sahaja teknik "Money creation". Padahal, pelaburan itu juga sama. Kedua-duanya "mencipta wang". Kes ini hampir serupa dengan mindset kita soal ujian. Kemiskinan itu dipanggil ujian, kekayaan pula entah apa?



Jika diteliti, ada perbezaan dalam aktiviti hutang yang diamalkan zaman jahiliyyah dengan zaman sekarang. Pointnya disini soal 'money creation'. Zaman jahiliyyah, mereka hanya memberi "pinjaman" sekadar wang yang disimpan. Berbeza dengan zaman sekarang. Bank boleh memberi "pinjaman" melebihi wang yang disimpan, malah boleh "menciptakan".  Dan, adalah sesuatu yang tidak pelik jika anda mendengar kenyataan bahawa ;

 "96% wang yang ada pada hari ini, tidak wujud secara fizikal". Well, bank sudah 'maju' kehadapan...

Formula Credit Creation & Money Multiplier.


Pelaburan? Bagaimana ianya mencipta wang?

Mungkin segelintir kita aneh. Maklumlah, perkara ini tidak diajar di sekolah mahupun IPT. Bagaimana "pelaburan" mencipta wang? Ada formula kah?


Yes, sudah tentu ada formulanya. Cuma, kita sahaja tidak berapa perasaan. Formulanya simple.

Present Value (PV) = Future Value (FV)

Benar, teknik "mencipta wang" dari sudut pelaburan berasaskan konsep "Compounded" & "PV = FV". Mudahnya, teknik ini mencipta wang dengan menilai harga sesuatu barang pada masa ini berdasarkan harga di 'masa hadapan'. Malahan, boleh 'digandakan' (compounded).


Pernah anda melihat table "pulangan pelaburan"? Jika belum, kunjungi stokis/agent pelaburan yang berdekatan....

Cuba anda bayangkan, sekiranya anda melabur sebanyak RM 100 ribu dengan pulangan 8% setahun selama 20 tahun, anda akan menerima wang pelaburan sekitar RM 466 ribu!. Giler banyak kan? Berkali ganda habak hang.

Persoalannya, dimanakah wujudnya tambahan RM 366 ribu itu, jika ianya tidak "diciptakan"!.


Falsafah generasi Z

Yes, "Work Hard, Think Smart & Compoundedkan". Aku fikir, maksud 'work hard & think smart', semua orang sudah maklum. It's simple, ianya mengenai usaha (work hard) & kebijaksanaan (think smart).

Berbicara erti "compoundedkan" pula, sebenarnya ada 2 makna. Makna biasa bagi orang biasa ialah 'mengandakannya' iaitu dengan Work hard darab Think smart. Itu maksud umum

Namun, bagi orang yang memikir jauh lagi, ada maksud lain ingin aku katakan disini. "Compounded" diatas sebenarnya merujuk kepada teknik 'money creation'. Yes, teknik Hutang & Pelaburan mencipta wang. Dan, inilah masalah dunia kewangan masakini. Bukannya inflasi!.


Penutup :

Akhir kata, tulisan diatas hanyalah contoh ringkas & mudah. Aku fikir, tidak usahlah aku huraikan secara lebih detail & susah. Dibawah aku selitkan ketiga-tiga 'Quote' diriku berdasarkan pengalaman & pengajaran hidup setakat ini.

*Sejauh mana anda & aku memahami, bergantung sejauh mana sudut pandang kita. Adakah hanya sekadar berlegar dalam ruangan dan skop "dunia" atau sehingga ke kehidupan akhirat sana?


Dan, aku senaraikan tulisanku yang berkaitan dengan my 2nd Quotes (Hutang itu ikatan, Pelaburan itu angan-angan). Sekiranya berminat, anda boleh membaca tulisanku yang lain didalam di blog ini. Bagi memudahkan pencarian, aku listkan link seperti dibawah ;


"Hutang dan Pelaburan" (Siri 1)
"Hutang & Pelaburan" (siri 2)
"Hutang & Pelaburan" (siri 3) : *entry ini.

DAN

Gaji, Inflasi dan Pelaburan? (siri 1)
Gaji, inflasi & pelaburan? (siri 2)
"Gaji, Inflasi & Pelaburan" (siri 3)



Yang Benar,

Fedli Isa (Slumb)
"Hutang itu ikatan, Pelaburan itu angan-angan!".

No comments:

Post a Comment