"If you can't explain it simply, you don't understand it well enough".
Baiklah, entry kali ini akan membicarakan mengenai ketiga-tiga my quotes. Bagaimana ianya terwujud & kisah disebaliknya.
Quote 1 :
Sebenarnya, sejak tahun 2012/13 lagi, diri sudah terlibat dalam aktiviti organisasi & politik kampus. Cumanya, tahun 2014 semakin aktif, dimana kebanyakkan perkara yang berlaku pada tahun tersebut adalah berkisarkan dunia politik & organisasi.
Suka untuk aku kongsikan, antara kata-kata penasihat politik kampus kami (*Nama beliau adalah rahsia). Katanya, "Perancang/pemikir yang HEBAT ialah apabila orang lain tidak mengetahui bahawa sebenarnya beliau yang merancang".
Dan, "Kemenangan itu satu kejayaan, Kekalahan itu satu kesempurnaan".
Quote 2:
Kata-kata ke-2 ini pula, terhasil pada tahun 2015 selepas Quote yang pertama. Dimana, bermulanya latihan industri & pendedahan realiti dunia kewangan hari ini (*Bermulanya babak mengaitkan teori dengan dunia realiti dengan lebih aktif).
Sebenarnya, 1st Quotes diatas amat berkait rapat dalam proses penghasilan Quote yang ke-2 ini. Sebabnya, untuk aku memahami dunia kewangan, aku gunakan pemahaman & pengajaran didalam dunia politik. Iaitu,
"Belum tentu APA yang kita lihat (+baca/ fikir/ rasa) itu adalah yang SEBENAR.
Dan, belum tentu yang SEBENAR itu adalah yang BENAR".
Maka, terhasillah Quotes ke-2 ini yang berasal daripada "dunia kewangan". Bagi penjelasan yang lebih detail mengenai Quotes ke-2 ini, anda boleh membaca entry yang lalu di blog ini (ada sekitar 6-8 entry yang membincangkan isu ini).
Dalam banyak-banyak Quotes yang terhasil setakat ini (baru tiga jew pun), Quotes inilah yang paling pelik. Sebabnya, ianya daripada "dunia mimpi" & terbina pada tahun 2016. Dan, sudah tentu bahawa Quote pertama & kedua diatas juga, banyak membantu untuk penghasilan yang ke-3 ini.
Bagi menutupi penghuraian ketiga-tiga Quotes ini, ingin aku katakan bahawa ;
Sejauh mana anda & aku memahami, bergantung sejauh mana sudut pandang kita. Adakah hanya sekadar berlegar dalam ruangan dan skop "dunia" atau sehingga ke akhirat sana?
Dan, "Telinga yang paling hampir ialah milik si pembicarannya".
Financial crisis?
Ok, point ini hanyalah 'sampingan' daripada diskusi asal kali ini. Kadang-kadang, perkara ini aku anggap ianya sebagai #Joke. Berdasarkan number diatas, dijangkakan 'kitaran kewangan' yang seterusnya adalah pada tahun 2017 (padaku, perkataan 'financial cycle' lebih sesuai digunakan berbanding 'economic cycle' untuk zaman ini).
Dan, Joke ini juga disokong oleh analisisku semasa berpraktikal di investment department pada tahun 2015 yang lalu. Well, nak buat joke pun, biarlah ada 'pointnya'.
Bagaimanakah number "91, 07, 11, 08,...." diatas dibina/wujud? Sudah tentu ada asasnya kan?
-> Yup, ada asasnya. Iaitu, number diatas berasal daripada "my IC number". And, that's why kadang-kadang aku anggap ianya #Joke. Haha!
Introvert & Dyslexia:
Point ini juga adalah 'sampingan'. Dan, detail mengenai Introvert & Dyslexia, ada ditulis dalam entry yang lalu. Dan jika dilihat, point-point sampingan ini sebenarnya sengaja diletakkan dalam entry ini. Sebabnya? Well,... 'disengajakan'~.
Sebagai golongan minority of minority, kadang-kala ianya memeningkan dan mudah dibawa arus golongan majority. Umpama~
Penutup:
Sebenarnya kita tidak keseorangan. Bukan kita seorang sahaja yang bijak di dunia bagi memperjuangkan isu kewangan, politik, ekonomi & sebagainya. Sebaliknya, masih ramai masyarakat ingin bersama-sama membantu & berkongsi idea bagi memajukan negara.
Disini, aku percaya bahawa ; "Everyone is gifted. Just, some peoples don't open their packages".
=END=
#Sebenarnya, aku teringin sesangat untuk berkongsi beberapa point diatas dalam 'interview kerja' dimasa hadapan. Cuma, ianya bergantung kepada beberapa perkara seperti "Bergantung siapa yang berbicara & siapa pendengarnya".
Yang Benar,
Fedli Isa (Slumb)
No comments:
Post a Comment