Thursday, December 31, 2015

When Allah is your reason....

"Sesungguhnya, solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanyalah kepada Allah, 
Tuhan sekalian alam"


Saya seorang Introvert dan mempunyai Dyslexia. Kedua-duanya adalah minoriti. Seorang introvert umpama seseorang yang hidup dalam dua alam. Umpama hidup dalam air dan darat. Manakala, Dyslexia pula umpama anda seorang allien yang amat berbeza daripada hidupan lain. Maka, jika digabungkan, umpama seorang allien dimata hidupan air dan darat.


Sejak kecil, saya kurang menyukai dunia dan banyak persoalan umpama tiada jawapan. Kenapa kita semua berbeza? Tidak bolehkah sama?


Hari demi hari berlalu. Sehinggalah aku menyambung pengajian di peringkat Diploma dan seterusnya Degree. Antara persoalan utamaku sejak kecil ialah "Who I am?". Dan, ianya belum terjawab sehinggalah tepat pada masanya. Iaitu, semasa menyambung Degree-ku.


Dalam pencarian diri, tertarik dengan kata-kata. "Sesiapa yang mengenal dirinya, mengenal ia akan Tuhan-Nya".


Bila menyedari dan mempelajari, mulai memahami. Diri hanya tersenyum dan ketawa kecil akan kisah yang berlalu. Bak kata dalam slot Ibrah di Ikim FM ;

"Jika anda terlihat awan, ianya adalah sejarah. Jika anda melihat awan, ianya adalah Ibrah". 


Kadang-kala, mungkin kita berasa terlambat dibandingkan orang lain. Tapi, sedarilah... Apa yang ditakdirkan itu tidak pernah terlambat mahupun tercepat. Namun, sebenarnya TEPAT. Kerna, Allah adalah sebaik-baik perancang.

Dan, yakinlah. Kisah hidup kita bukanlah sebuah Novel. Kerana Novel ditulis oleh tangan manusia, bukannya Tuhan yang Maha Pencipta.



Marilah bersama menjadi seorang mukmin yang ajaib. Semua yang berlaku (baik dan buruk), adalah baik untuknya. Kerna, semua itu datang dari Tuhan yang Maha Pencipta.

Akhir kata daripada sebuah mimpi ;

"Kebanyakkan manusia tidak redha/berpuas hati dengan dunia".



Dan, jemputlah menghayati video Youtube dibawah. Antara video yang sering saya layan takkala terasa 'down' dalam kehidupan. (^_^)






Note : Saya masih dalam proses mencari kerja. Dan, link blog dan fbku, sengaja disertakan dalam resume. Aneh bukan? Dengan, membuat sesuatu yang 'mungkin' menyukarkan mendapat kerja. :)


Fedli Isa
"Sekiranya Allah ada dihatimu, engkau tidak akan merasa DERITA".
Dan, percayalah kepada diri & TuhanMu yang menciptakan...

Nasihatilah, bukannya menghukum...


Selaku student BBA Islamic Finance, antara mata pelajaran yang akan dipelajari adalah seperti usul fiqh, qawaid fiqhiyyah, fiqh muamalat dan sebagainya.

Nak dijadikan cerita. Semasa di universiti, aku agak suka ulas dan memberi komen mengenai sesuatu isu terutama SKIM CEPAT KAYA. Bayangkan, slot taskirah agama pun, aku ulas soal tajuk 'ponzi scheme'. HAHA...


Ya, niat dipermulaan sememangnya baik. Ingin menyedarkan masyarakat. Namun, apabila hari demi hari berlalu, mungkin aku mulai terlupa. Terlupa akan sesuatu.


Masih ingat semasa isu Skim Emas ETA (Tok Belagak). Sempat aku bertanya kepada ustazku mengenai hukum hakam pasal RIBA.

Namun ternyata. Jawapan yang diberikan ustaz amat tidak memuaskan hatiku (sebab, tidak sealiran denganku).

Ringkasnya, "Pertama, kita perlu tahu. Apakah hukumnya Qat'i or Zanni? Dan, berpada-padalah dalam sesuatu"....

Masih aku ingat, sering kali ustaz mengceritakan kisah mengenai ketauhidan, yang tidak ada dalam silibus pengajaran.


Sedar tidak sedar. Sebenarnya, aku bukan setakat tidak menyukai skim cepat kaya itu, malah mulai tidak menyukai orang yang join didalamnya.


Nasihatku, berpada-padalah dalam sesuatu. Usah berharap semua orang akan mengikut apa yang kita kata/inginkan. Stress jadinya nanti. Dan, bak kata orang lama-lama ;

"Bencilah perbuatan jahat, tapi bukan orangnya" (Ianya susah sebenarnya)


Ayuh perbaharui niat kita. Nasihatilah, bukannya menghukum.
Andai kata-kata kita tidak diterima, dan kita panas hati. Berhati-hatilah... mungkin itu bukan dari hati, yang menasihati....



Fedli Isa
Nasihat itu mendekatkan, bukannya menjauhkan.

Saturday, December 26, 2015

Gaji, inflasi & pelaburan? (siri 2)



Diatas merupakan jadual gaji minimum sehingga maksimum bagi gred pekerja N17 (tahap SPM). Jika seseorang yang bermula gaji minimum ini (RM929) dan berhasrat untuk mencapai gaji maksimum, beliau perlu bekerja selama 25.7 tahun. Mungkin ketika itu, umurnya sekitar 50-an.

Namun, bukan itu tujuan utama perbincangan disini. Jika kita membuat sedikit analisis, kadar annuity secara purata (bagi tempoh 25 tahun) ialah sekitar 5.3% setahun. Dibawah saya lampirkan kadar rate menggunakan formula dalam excel.



Cuba bandingkan dengan kadar pulangan daripada "pelaburan" lain yang menjanjikan kadar keuntungan yang lebih tinggi? (*note : word "pelaburan" diatas, ada tanda koma "". Tujuannya, mungkin pemahaman & sudut pandang kita berbeza)


Contohnya, jika anda melabur sebanyak RM100,000 dengan kadar return 7% setiap tahun, apabila 25 tahun, wang anda akan berganda menjadi RM542,743!

Luar biasa bukan? Itulah the power of ; principal, time and return!



Berbicara mengenai dunia hari ini, saya syorkan anda menonton 2 cerita. 
Iaitu, movie berjudul "In Time" dan sebuah anime bertajuk "The Money of Soul and Possibility Control". Mungkin ianya biasa-biasa, tapi cuba melihat dari sudut yang berbeza.

Movie : In Time


Anime : The Money of Soul and Possibility Control


Pandanganku masih sama seperti entry pertama (Gaji, inflasi & 'pelaburan'). Kadar kenaikan harga barang dan gaji, tidak jauh beza. Malah, jika anda seorang pekerja makan gaji, anda tidak perlu risau sebenarnya kerna kadar inflasi lebih rendah /sama jika dibandingkan dengan kadar kenaikan gaji. Tapi dengan syarat. Anda hidup dalam zaman "Work Hard & Think Smart", bukannya zaman "compounded"!.



Pandanganku mengenai dunia hari ini?

Sejujurnya, aku suka pengakhiran cerita dalam anime The Money of Soul and Possibility Control. 
Ringkasnya dari pandanganku, dunia 'pelaburan' hari ini, mempunyai beberapa golongan yang hampir sama dalam anime tersebut. ,Setiap golongan ada tujuan, ada pandangan & pemahaman yang berbeza. Namun, bagi manfaat kepada golongan kebanyakkan, aku lebih bersetuju dengan jalan yang diambil oleh watak utama. 


Zaman kita berbeza! Ringkasnya...

Work Hard = Generasi X. Zaman atuk nenek kita.
Work hard & Think smart = Generasi Y. Bermulanya, era teknologi. 
Work Hard, Think Smart & Compounded kan! = Generasi Z. Generasi yang "bermain" dengan "future".


Fedli Isa
#Entry ini ditulis semasa menonton rancangan "The Brain". 
#Aku tidak berharap, entry ini difahami oleh semua orang. Kerna, kita semua berbeza. Seperti diriku, berpewatakan seorang Introvert dan mempunyai Dyslexia. Kedua-duanya MINORITI. 

Ada beberapa kajian mengatakan, kebanyakkan orang berjaya didunia berpewatakan introvert. 
Namun... Bukan semua sebenarnya. Bukan semua yang berpewatakan introvert sedar, mereka adalah introvert. Dan, bukan semua menggunakan dan memahami potensi diri. 

Padaku... Jika kekayaan yang dicari, ubahlah maksud kekayaan dalam diri. Dan, kembalilah hidup bertuhan. Kita tidak berkeseorangan. Percayalah!... 



Tuesday, November 17, 2015

Aku Fresh Grad….


Sering kali kita berbicara mengenai ‘pengalaman’, yang kini sudah menjadi sejarah kehidupan. Dalam kehidupan, ada pengalaman yang dapat kita lakarkan di dalam kertas berbentuk ‘sijil’, namun banyak sekali tidak dicatatkan diatas kertas. Hanya kerana pengalaman tersebut tidak ditulis dikertas, sering kita melupakan ia. Bagiku, ‘sijil’ itu hanyalah sebuah kertas, sebagai sebuah bukti bagi orang mempercayai, kita pernah berada disitu (jasad).


Kini, sudah sebulan berlalu selepas aku bergraduasi. Aku masih tidak pasti, samaada diriku seorang berstatus ‘penganggur’ ataupun Fresh Grad. Bekerja?


Begitu jugalah halnya dengan ‘bekerja’. Hari ini, kita sering beranggapan, orang yang bekerja dengan kerajaan/ sykt swasta itulah dianggap sebagai bekerja. Manakala, mereka yang bekerja kampung dan berniaga kecilan ditepi jalan pula, sering dianggap “tiada pengalaman bekerja”, hanya kerana pengalaman mereka itu tiada dalam “kertas”.


Aku yang kini dan dimasa kecil…

Umumnya, aktiviti harianku kini, seumpama dimasa kecilku. Berniaga, pi tangkap belut, bela kambing dan aktiviti kampung yang lain. Ya, aktiviti tersebut, tidak perlu belajar sampai diploma & Degree pun takpe. Namun, aktiviti sebegitulah membuat aku tersedar akan sesuatu. Ada beza, apabila kita berbicara mengenai “pengalaman” dengan apa yang sedang kita lalui sekarang. Bezanya pada “perasaan/feeling”.


Pengalaman yang sering kita laungkan, sudah pudar perasaan. Hatta, mungkin juga kita sudah lupa bagaimana perasaan itu ketika dahulu. Amat ketara juga jika berbicara mengenai “perasaan”. Jika dahulu, mungkin aku melihat orang yang bekerja kampungan itu seperti orang yang sedikit low-class (walaupun, aku pernah bekerja seperti mereka sebelum itu). Kini, aku rasa mereka itu juga sepertiku (sebab, aku juga kerja sebegitu hari ini). I feel that feeling… (bukannya, I already know that feeling).


Dalam kesibukan mencari kerja kosong, tidak ku duga dapat merasai perasaan itu kembali. Sesuatu yang sudah lama pudar dalam diriku. Entahlah… Secara jujurnya, aku tidaklah terlalu khuatir untuk mencari kerja kosong. Alhamdulillah, belanja & pendapatan bulanan aku masih mencukupi untuk diri walaupun ‘berstatus’ sebegini. Dan, secara umumnya bagi mengukur tahap “kekhuatiran” mencari kerja kosong, aku gunakan ibuku sebagai indikatorku. Mudahnya, jika asyik kena berleter hampir setiap hari, bermakna “kekhuatiran” mencari kerja kosong ditahap maximum.


Akhir kata bagiku, kehidupan itu sendiri adalah pengalaman. Kenapa harus kita membezakan antara pengalaman bekerja, pengalaman di universiti, dan sebagainya? Jika di universiti, antara soalan yang akan ditanya adalah ; Pernahkah pegang jawatan organisasi sebelum ini? (Bagi pemilihan organisasi baru). Begitu jugalah jika anda Fresh Grad. Pernah bekerja di syarikat mana? Fresh grad?


Ya. Umpama anda bermula pada “kosong” semula apabila memasuki dunia yang “baru”. Pengalaman hidup anda seperti di ‘reset’ kembali. Tidak bolehkah kita teruskan perjalanan kita, dengan membawa bekal pengalaman yang sudah kita ada?


Tertarik dengan sebuah pertanyaan didalam sebuah ceramah. “Kenapa kebanyakkan Nabi adalah pengembala kambing?” (*Jika mahu “merasai” jawapannya, cubalah bela kambing yang dilepaskan).


Kisah hidupku bukanlah seperti Novel.
Kerana novel ditulis oleh tangan manusia, bukannya Tuhan yang Maha Pencipta!



Fedli Isa (Slumb)


Friday, November 6, 2015

Not all things....


"Kita bukan setakat hilang tujuan, malah tidak kenal siapa disebalik bayang... "

Kegagalan mengenali diri, mencelarukan dunia. Apabila sesuatu amanah itu diberikan kepada orang yang tidak selayaknya.


Dalam hidup ini, ...

"Not all things we know"... 

Kerna, setiap kita itu unik dan ada kelebihan tersendiri. Ekonomi ada orangnya, saintis ada orangnya, ustaz ada orangnya, politik ada orangnya. Dalam dunia hari ini, aku berpendapat bahawa ; "Jika kita seorang guru, bukan semua subjek kita tahu (apatah lg expert)".

Kekecohan hari ini, apabila kebanyakkan orang seperti "know everything" (Mr Google!). Semua perkara ingin diulasnya dan ingin memberi pandangan/komen.


Berahsia atau jujur saja?

Perlu kita ketahui, bukan semua perkara boleh dikongsi. Kerna, ada disana perkara berbentuk privasi. Maka, berhati-hati. Begitu juga, perkongsian kita. Berbicaralah sesuai dengan tahap kebolehan diri dan pendengarnya. Bukan semua orang sama 'tahap' ilmunya seperti kita. Fahamilah, ada info khusus hanya untuk orang dalam, dan ada info untuk orang kebanyakkan. Bayangkan, anda kongsi cerita 'hal kelambu' suami anda kepada orang lain. Adakah ianya wajar?

Begitu juga dalam kehidupan. Jangan terlalu percaya akan seseorang 100%. Usah juga terus membencinya.


Fedli Isa
#Entry terbengkalai.

"GAME"


Pernah anda bermain "game"?
Umpama, DOTA, counter strike, travian, COC & sebagainya. Yang penting, ianya game.


Adat bermain game, antara perkara permulaan kita perlu tahu ialah bagaimana cara permainannya.

Masih teringat kata-kata seorang kawan semasa bermain game Travian 3-4 tahun lalu.

"The Best defence is to attack". 

Sejujurnya... Ada benarnya.
Namun, perlu kita fahami. Apabila dinamakan "Game", corak permainannya sering berubah-ubah. Jarang jumpa game yang 'fixed' (tetap). btw, kebanyakkan game yang mencabar ialah game yang berubah setiap masa. Sebab tu la, game sentiasa kena update (macam DOTA 2 contohnya).


Sekadar perkongsian pengalaman bermain permainan politik, boleh saya katakan...

"Belum tentu APA yang kita lihat (+baca/dengar/fikir) itu adalah yang SEBENAR.
Dan, belum tentu yang SEBENAR itu adalah yang BENAR".


People always think, they know everything. Ada kalanya, kita perlu berdiam dalam perkara yang kita sendiri tak faham.


Dalam bidang investment pula, benda ini tidak banyak bezanya. Cumanya, dunia investment ini lebih banyak permainannya. Aku tak tahu camna nak nukilkan. Apa yang jelasnya, banyak game didalamnya.


Fedli Isa
#Entry terbengkalai. Dan, byk tergantung nukilannya. HAHA...


Thursday, October 29, 2015

Gaji, Inflasi dan Pelaburan?

Kadang kala, terlalu banyak ingin dikongsi, tapi tak tahu dimana ingin dimulai.

Ya, harus aku akui. Menulis itu lebih sukar daripada berkata-kata. Buktinya, kita memperuntukkan masa yang agak lama bagi menulis karangan yang panjangnya hanya 350 patah kata, semasa menduduki peperiksaan SPM. Disamping, melalui penulisan, idea-idea kita berpontensi tersebar dengan lebih luas berbanding kata-kata yang sering berlegar di satu ruangan sahaja. Hasilnya, kebiasaan orang suka forward/Share/copy info yang bertulis di WhatsApp. Jarang orang share audio/ video kan…

Sebelum kita bermula, ayuh kita renungkan….

Jika hari ini, harga sebuah rumah di kawasan Bandar mungkin berharga RM 1 juta. Nah, cuba bayangkan betapa Maha Kaya Sang Pencipta (Allah). Bukankah semua yang ada di bumi dan dilangit ini milikNya. Kita cuma pemegang amanah sahaja. 

"Baru kusedari, Dunia yang ku rebuti,
Sudah ada pemiliknya"....

Kita sering “berasa”. Berasa hebat, kaya, bijak dan sebagainya. Hakikat “TIADA”.


Berbalik kepada tajuk, ingin aku kongsikan kata-kata seorang speaker semasa program InvestSmart.
Hard work never enough!

Semasa zaman atuk dan ibubapa kita, kata-kata diatas mungkin tidak kedengaran. Yelah kan… Siapa bekerja lebih, dia dapat lebih. Dan, vice versa.

Berbeza dengan sekarang. Siapa bekerja/berusaha lebih, belum tentu dia dapat lebih. Buktinya, lihat Abang Bangla yang berkerja siang malam. Ataupun, tengok pekerja buruh.

Pada aku, ada satu perbezaan ‘ketara’ zaman dahulu dengan zaman sekarang. Iaitu, “Pelaburan” (please, aku letak tanda “ “ disitu). Inflasi pula? Bukankah fenomena harga Barang Naik (BN) semakin ‘mengila’ di Malaysia? Bilakah harga Barang Naik ini mau turun? Ehem~

Entahlah. Cuma, aku berpendapat, inflasi itu normal. Yang tak normalnya adalah “pelaburan”. Pada aku, jika sesuatu harga Barang Naik disebabkan inflasi, it’s ok. Namun, jika harga Barang Naik disebabkan “pelaburan”, aku tidak bersetuju.  (Dengan erti kata lain, aku sokong BN jika dia buat benda baik untuk rakyat). Ehem~


Secara umum dan ringkasnya, aku berpandangan kadar kenaikan gaji boleh disamakan dengan kadar inflasi. Sebabnya, cuba tengok zaman mak ayah kita dan orang-orang dulu (semasa tiada namanya “pelaburan”), boleh jew depa hidup, beli rumah, sara hidup dan sebagainya. Padahal, zaman depa pun ada fenomena inflasi. Malah, ada juga hadis pasal harga barang naik semasa zaman Nabi saw… Sekitar 1437 tahun lalu.


For me, kita MAMPU terus hidup dengan kadar inflasi semasa. Namun, SUKAR untuk terus “hidup” dengan kadar “pelaburan” zaman ini. Di Malaysia, kadar inflasi sekitar 3% sahaja, yang merangkumi dua segment dengan weighted ; i) non-food products (69.7%), ii) food products (30.3%). Tidaklah banyak mana kan?  Sekitar 3% jew…


Manakala, bagi produk investment, perbankan dan berkaitan, dibawah sebahagian kadar keuntungan sebagai contoh dan perbandingan dengan inflasi ;

Pembiayaan /Pinjaman Bank : Sekitar 4.2% setahun
Malaysian Government Securities (MGS) : Sekitar 4% (Bond yang dijamin Gov. Secure)
Simpan di Tabung Haji : Sekitar 6% (selepas TH bayar zakat).
Pulangan Keuntungan ASB : Sekitar 7-8% setahun
Unit Trust : Kebiasaannya, sekitar 10-15% setahun
Warren Buffett : Sekitar 20% setahun


Sebab utama harga rumah naik gila babi bukan sebab inflasi. Bukan sebab kos pembinaan rumah naik (inflasi), bukan sebab kos buruh naik (kenaikan gaji) dan etc. Itu just faktor sampingan sahaja atas apa yang berlaku sekarang ini. Faktor utama kenaikan harga rumah adalah disebabkan “pelaburan”, bukannya inflasi!


Jika anda belajar subjek pelaburan (atau berkaitan), sila perhati akan formula mengenai Future Value dan Present Value. Didalam pelaburan, kita bermain 2 masa. Present (sekarang) dan Future (masa depan). Yang masalah utamanya ialah kita sudah meletakkan ‘harga/nilai’ sesuatu barang bagi masa depan, yang kemudiannya di present valuekan dan dapatlah sesuatu yang dinamakan “pulangan pelaburan”.



Dalam dunia hari ini, anda kemungkinan TIDAK MAMPU membeli sebiji rumah dengan gaji sekitar RM 3 Ribu sebulan. Namun, jangan risau. Ada beberapa cara untuk mengatasinya. Salah satunya ialah anda kena “Invest”. Pointnya, anda perlu kalahkan atau setanding dengan kadar pulangan pelaburan (Minimum sekitar 6-8% setahun. Tahap TH & ASB). Contohnya, anda bergaji RM3000 sebulan. Pada tahun hadapan, gaji anda menjadi RM3240 sebulan, hasil 8% keuntungan pelaburan. Belum campur kenaikan gaji lagi (jika ADA).

Dalam pelaburan & ekonomi semasa, ada TIGA benda penting yang akan mengubah jumlah wang anda iaitu “Masa”, “Interest/Kadar Keuntungan” & “Principal/ Jumlah yang dilaburkan”.


Kesimpulan :

Tertarik dengan sebuah perkongsian seseorang yang sering mengembara ke semerata tempat. Apabila ditanya, ‘Apakah pengajaran yang engkau dapati selama mengembara ke semerata negara?’. 

Jawabnya, “Aku dapati, manusia TIDAK PERNAH PUAS dengan kehidupan dunia, kerana dunia ini bukanlah tempat asalnya. Kita hanya berasa puas apabila kembali ke tempat asal yakni syurga”.

Tertarik untuk berkongsi kata-kata Warren Buffett;

“The stock market is a device for transferring money…… “

*Sengaja aku tak habiskan kata-katanya. Dan, ingin mengubah ayat dipenghujungnya sedikit (namun, aku tetap setuju dengan kata asal beliau).


Entah!

Walaupun mengambil bidang Bus Admin/Islamic Finance, namun ada beberapa perkara yang secara tidak sengaja aku belajar dalam tempoh itu. Antaranya ialah “pelaburan” dan diselitkan pengajaran daripada nenek2 dan atukku yang terlantar sakit selama beberapa tahun sebelum menemui ajal. Aku melihat kehidupan mereka seharian. Pengajarannya, “Money hanyalah sekadar wang. That’s all”.


Ingin menjadi Kaya?

Entahlah… Aku tidak tahu. Apa maksud “KAYA” yang kita cari SEBENARNYA?
Kita ingin menjadi KAYA kerana diri atau Tuhan?


Masalah ekonomi bukanlah disebabkan sumber yang terhad. Kerna, Tuhan telah menciptakan semuanya serba mencukupi. Masalah ekonomi sebenarnya adalah distribution (pengagihan). Contohnya, ada negara yang berlebihan makanan, ada negara kekurangan makanan.

Jika ditanya padaku, apa masalah kewangan hari ini?

Jawabku adalah “pelaburan”. Manusia yang tidak pernah PUAS dengan dunianya. Sehingga melupakan sang Pencipta yang Maha Kaya.



Fedli Isa

BBA Islamic Finance, Diploma in Finance. 

Saturday, September 5, 2015

Catatan umum : Aku & Pelaburan


Tuhan tidak pernah menciptakan sesuatu yang sia-sia, apatah lagi manusia yang tidak berguna. Bezanya cuma, kelebihan, kepandaian, dan fungsinya yang berbeda. Maka, amat penting untuk kita mengenal diri dan sekeliling...

Begitu jugalah instrument pelaburan @kewangan. Ada banyak jenis, seperti emas, saham, bond, fixed deposit, derivative dan banyak lagi. Masing-masing ada perbezaan, dan ianya tidak serupa!.

Kenali dirimu… Suka saya ungkapkan. 

“Sekiranya anda seorang peniaga, bukan semua barang anda sesuai menjualnya.
Jika anda seorang guru, bukan semua subjek anda sesuai mengajarnya”. 

p/s : Tidak dinafikan, mungkin ada sebilangan kecil manusia yang terkecuali dengan kata-kata diatas. Mungkin~

Begitulah juga apabila berbicara mengenai pelaburan. Tidak semua instrument pelaburan sesuai dengan anda.


Pelaburan emas? 

Selaku student Kewangan Islam, saya amatlah menyokong penuh andai emas dan perak dikembalikan fungsinya sebagai matawang. Sejarah telah membuktikan, sejak zaman firaun lagi, dinar dan dirham telah digunakan sebagai matawang. Dan, ianya kalis inflasi. (*sila fahamkan, saya katakan ini dalam kontek emas sebagai matawang, bukannya barang kommoditi).


Market only shift to the RIGHT side.

Sesuatu perkara, ada masa@ ‘ajalnya’. Seperti manusia, pokok, haiwan dan makhluk yang lain akan mati jua. Contohnya, apabila pokok kelapa sawit berumur 25 tahun keatas, ianya akan ditebang dan diganti dengan yang baru. Begitu juga umat manusia. Kita berganti daripada satu generasi ke generasi generasi seterusnya (Saya lahir zaman generasi Y. Macam nak habis dah pusingan “huruf ABC”).

Apa yang saya ingin tekankan disini, “MASA” aka TIMING. Dalam pelaburan, ada timing. Macam manusia jugak. Masa muda, banyak tenaga. Masa tua, ramai akan semput. Masa dia power dan meningkat remaja tu la, bagus kita invest. Kena caranya dan waktunya, insyaAllah dia boleh pi. Kalau tak kena cara dan waktunya (tersilap invest), boleh jadi anak tak kenang budi habak hang.


 Jika anda sedari. Kesemua ilmu didunia ini adalah ilmu dari Tuhan yang menciptakan. Dan, ilmu yang benar adalah ilmu yang mendekatkan kita denganNya. Bukan menyekat mahupun membahagi-bahagikan. Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan... Semoga ketemu jawapan disetiap persoalan. :)


Fedli Isa
Kita sering "berasa". Berasa hebat, kaya, kuat dan sebagainya. Hakikatnya "tiada". Kerna, harta itu bukan milik kita.
 

Note : Maaf, entry ini ditulis secara umum sahaja. Tulis panjang-panjang, budak-budak malaih baca. Jika ditanya, aku ni jenis bagaimana. Jawapanku ialah “Trader and investor”.


Kita berbeda!

"Kenapa hang lembab sangat? Dah berapa banyak kali cikgu ajar, tapi tak paham-paham jugak."
 Rungut Ali kepada Abu yang sering pending...


Hairan bukan?. Manusia ini berbagai ragam. Ada yang mudah terjebak dengan skim cepat kaya, ada yang gila kuasa. Malah, ada yang kasanova. Adoyai...

Ketahuilah, setiap orang ada ujian tersendiri. Kertas peperiksaan kita juga tidaklah sama. Maka, apa guna kita ikut meniru dan membandingkan sesama sendiri?


Sering kali kita STRESS dengan kehidupan ini. KENAPA SEMUA ORANG TIDAK SAMA!
Bukankah lebih mudah dan senang, jika semuanya sama.

Namun ternyata. Manusia bukan seperti kereta. Apabila satu keluaran kereta dipasarkan, kesemua patternnya sama. Ketahuilah, keretal itu direka oleh manusia. Bukan dari 'Tuhan yang maha pencipta'. Dan, setiap apa yang berlaku, WAJIB ada hikmahNya. Percayalah wahai hati.


Kenapa kehidupan di dunia ini menyeksakan? Soal hati mencari jawapan!
Tiadakah kebahagian yang 100 peratusnya bahagia tanya menyakitkan hati? Tiadakah?

Rupa-rupanya, jawapannya ADA. Manusia hanya akan BAHAGIA apabila kembali ke kampung asalnya. Dimana? Ya, di Syurga jawabnya. Tempat asal keturunan kita...

Namun, untuk kembali ke kampung halaman itu, kita perlu melalui satu perjalanan. Sudah tentu, pelbagai perkara akan kita ketemudalam perjalanan pulang. Ianya dipanggil 'pengalaman' yang dijadikan bekal yang mematangkan kita. Juga, untuk memupuk dan membuktikan tahap CINTA kita yang sebenarnya.


Fedli Isa
Entah apa yang ingin aku sampaikan. Tapi percayalah. Tuhan akan beri, apabila sesuai dengan masa dan keadaannya.

Mode : Sedang mencari kerja.

Komputer dijangkiti VIRUS?

Ingin melindungi komputer anda daripada ancaman VIRUS?


Jika YA, mari dapatkan Kaspersky Internet Security 2017 dengan harga yang MURAH.
HANYA RM35 sahaja. Untuk tempahan, sila hubungi saya :

WhatsApp: 014-5267781.


Link Installer, no account bank saya dan maklumat untuk pengguna, sila download PDF INI.


====================================================================



[Price : 1 YEARS LISENCES KEY]

Kaspersky Internet Security 1 user/1 YEAR = RM 35 

Kaspersky Internet Security 3 user/1 YEAR = RM 75 



Note : Sila pastikan komputer anda memiliki spec yang sesuai. Seelok-eloknya, RAM komputer adalah 2GB dan keatas untuk mengelakkan performance komputer anda terjejas.



Yang Benar,
Fedli Isa (Slumb)
Penjual Kaspersky Anda

Thursday, August 20, 2015

Mengapa aku menulis?

Seandainya saudara/i pernah membaca status FBku sejak 3-4 tahun yang lalu, tentu anda akan tertawa terbahak-bahak sambil tidak percaya. Ya, I'm a little noob. Gaya tulisan seperti budak hingusan, fikiran masih tidak matang.


Baiklah!  Mengapa aku menulis? Mengapa kini? Mengapa tidak lebih awal lagi, ketika era 'blogging' seakan-akan menjadi kegilaan semua? Malah, jika difikirkan dan dibuat perbandingan. Menulis di FB lebih mudah berbanding di Blogspot seperti ini. Sumpah! Ianya susah...

Tertarik dengan kata-kata Aiman Azlan, dalam buku "The Other Side of Coin" ;

".....that writing is more difficult than speaking".



Tak percaya? 

Cuba renungkan time korang menduduki peperiksaan SPM. Kertas Bahasa Melayu (karangan) sebagai contohnya. Berapa lama korang spent masa, untuk buat satu karangan yang panjangnya hanya 350 patah kata? Melebihi sejam kan? 

-> Nah, itulah jawapannya. Berbeza dengan berbicara (speaking). Ianya lebih mudah dan gampang. Kejap sahaja sudah boleh mengumpulkan 350 perkataan dalam percakapan. Kerana....

Ada bezanya.... Antara menulis dan berbicara. Apabila menulis, kita sering berfikir terlebih dahulu. Berbeza dengan berbicara. Kebanyakkan main "sembur" sahaja.


Mengapa aku menulis? 

Entah!. Aku tiada jawapan yang konkrit untuk soalan seperti ini. Apa yang aku sedari, hari demi hari, menulis entry secara panjang ini ohsem giler. Ianya juga menyedarkan diri bahawa banyak perkara aku tidak paham, apatah lagi hadam. 


Disamping, diriku mencuba mengaitkan sesuatu yang dipelajari dengan ilmu/sesuatu yang lain, sambil cuba push otak ini untuk terus berfikir dan berkongsi sedikit ilmu kepada masyarakat. Kerana, setiap ilmu mempunyai amanah. Begitu juga harta. Ada hak orang lain disana.


Dengan keadaan pendidikan hari ini, pelajar diukur dengan kecemerlangan keputusan peperiksaannya. Padahal, benda itu sering menipu. Mengukur tahap "kematangan fikiran" dengan kecemerlangan peperiksaan? 

Oh ya, sebelum terlupa. Point terakhir kenapa aku suka menulis panjang-panjang ialah sebab tak ramai orang suka membaca tulisan yang panjang-panjang. Ternyata, ada benarnya kata seorang Yahudi, yang tidak takut dengan orang Islam hari ini kerana statistik menunjukkan manusia memang malas membaca. 


Sekiranya anda ingin bergiat dalam bidang penulisan, meh dengarlah nasihatku iaitu;


"Menulis itu sukar dan membuang masa!
Tetapi, pengajaran dan nilai didalamnya, tidak mampu terkata."

Sejak itu, aku mula respek dengan pengarang/penulis yang bijaksana dalam menyampaikan tulisan mereka. Dan, aku percaya. Masih banyak ilmu di dada mereka yang belum sempat mereka nukilkan dalam bentuk tulisan kerna ".....that writing is more difficult than speaking". Dan, mengamalkan ilmu is more difficult than that.




Tip menulis : Syarat pertama untuk menulis adalah membaca. Semakin banyak membaca, semakin baiklah tulisan anda.


Penutup:


Ya, banyak perkara aku cuba kongsikan diblog ini. Namun, tidak semua. Maka, usahlah merasa 'you know all about me'. Dan, dalam pelbagai entry yang pernah aku tulis, perkara yang paling terasa malu dan segan ialah dgn tagline blog ini sendiri iaitu. "Bismillah... Katakanlah dengan memahami maknanya". Kadang-kadang, macam jauh jew aku daripada memahaminya.


Akhir kata, renungkan kata-kata dibawah. Apakah bukti orang berakal?





#Last Updated : 8/4/17

Yang Benar,
Fedli Isa (Slumb)
Anggaplah blog ini umpama 'suratku'.

Tuesday, July 28, 2015

Belajar tinggi-tinggi, tapi.....

Belajar tinggi-tinggi, last-last makan gaji.

Dunia hari ini, manusia semakin malas untuk membaca (berfikir apatah lagi). Apa yang mereka lihat, sering terus ditelan walaupun mereka sering mengatakan "kami berfikiran merdeka la". 


Money!

Kini, wang seperti alat utama yang menghubungkan manusia. Bukan lagi agama....
Seperti isu 'trade' FOREX contohnya. Haram atau Harus? 
Jangan terkejut jika anda terjumpa orang yang belajar 'agama' sikit, depa main forex. 

Jika kita berubah keputusan hanya kerana wang, itu merbahaya... Sehingga sering dilaungkan ucapan 'ini khilaf bang' dengan video youtube yang '5 minit'. WTF! Aku tak nak tanya banyak. Hang ambik keputusan ni disebabkan duit atau tak? 

*Ada beberapa rakan aku ajar sedikit ilmu pasal trading. Walaupun dia trade forex, tapi aku ajar jugak. Sebab, "sanggup kew hang tengok member hang rugi? Dah la duit yang rugi tu, duit mak bapak dia". 


Kita perlukan TUJUAN!

Tidak dinafikan. Kadang-kala aku iri hati. Ye lah... Hang ajar dia trading dengan betul 'sikit'. Padahal, ilmu trading tu, betapa banyak masa dan duit aku spend. Dan, aku kasi FREE begitu sebab tak nak dia rugi dengan membuta tuli... 

Tapi, aku tak kesah sangat. Sebab, aku masuk dunia investment bermotif. Ada faktor luaran dan dalaman. Faktor dalaman itu seperti minat, boleh buat duit 'part-time'(money). Faktor luaran, sebab orang lain.  


Belajar tinggi-tinggi, tapi makan gaji!. 
Kita perlu betulkan minda manusia yang bergelar pelajar (sekurang-kurangnya). 

Seharusnya, semakin kita belajar, semakin kita mengenal diri. "Aduh, banyaknya perkara aku jahil selama ini dong". 

Ya. Ramai antara kita hilang tujuan. Pada mulanya, aku berfikir. Dengan aktif dalam persatuan, join program ceramah agama/motivasi/akademik dan banyak membaca buku itu dan ini, boleh menjadikan aku budak "bijak". Tapi hakikatnya, lain yang aku jumpa. Aku belajar mengenal diriku dengan lebih mendalam. Bukan setakat kelebihan yang dianugerahkan, malah juga kelemahan. Ya, I'm not perfect. 


Kata-kata hikmah dibawah ini, ku terbaca 2-3 tahun yang lalu ;

"Barang siapa yang mengenal dirinya, maka mengenal ia akan TuhanNya.... "

Tidakkah kamu memerhatikan dirimu sendiri? Bagaimana otak kita berfikir? Bagaimana setiap manusia itu berbeza, dari segi perwatakan, rupa mahupun kepintaran. 

"Kita bukan setakat hilang tujuan, malah tidak kenal siapa disebalik bayang..."

Teori dan praktikal itu berbeza?

Bila mendengar orang cakap "dunia praktikal tak sama macam teori", "Pengalaman tak sama dengan buku", dan pelbagai lagi. Aku fikir, orang yang banyak belajar kedua-duanya akan tersenyum di hati bila mendengar ayat sebegini. 

Fenomena ni seperti sedikit 'serupa' yang dinamakan sekular. "Memisahkan agama daripada dunia" dan "memisahkan dunia dari agama". Cuma, kali ni. Depa depa tukar sikit ayat. "Memisahkan teori daripada praktikal" dan vice versa. Dengan erti kata lain, buat apa hang belajar tinggi-tinggi? Sehingga ada orang yang memperlekehkan pandangan orang yang 'berilmu' satu lagi. 

Ditambah cabaran yang dibawa oleh Universiti Syeikh Google!. Hang siapa nak lawan 'Syeikh' aku?


Mahasiswa PEMALAS & memilih kerja!

Mudahnya manusia berkata. Pastu, boleh pulak dibandingkan dengan mat bangla. 
Jika nak menghukum pun, berpada-pada la. Ni main pukul rata. 

Adalah meyedihkan juga apabila ada 'segelintir' mahasiswa yang tidak tahu kepakaran mereka. Hasilnya, main masuk sahaja. Ada kerja kosong, terus apply walaupun itu bukan kepakarannya. Bila kerja yang dihasilkan 'kurang' kualiti, maka mulalah dikatakan 'mahasiswa tak reti buat kerja'.

Not all thing we know...

Aku tulis ini, bukanlah bermakna I'm perfect dan bla bla bla... 
Antara pengalaman paling bermakna sepanjang 24 tahun hidup dan belajar di dunia ini ialah mengenal diri sendiri. Tu ja... 

Tugas khalifah? 
Pernah dengar orang cakap. "Berilah amanah kepada orang yang sepatutnya". 
Dengan erti kata lain, kita perlu mengetahui kelebihan dan kepakaran diri, yang boleh disumbangkan kepada manusia. Kenali dirimu. Buat kerja yang hang tahu, bukan buat-buat tau.


Fedli Isa (Slumb)
*Entry ini hanyalah pandangan peribadi. Aku percaya, sebagaimana manusia membesar hari ke hari, akal manusia juga boleh 'sebegitu' jika diberi makanannya. 
*Tujuan lain penulisan ini untuk kasi otak berfikir, membuat ayat dan sebagainya...
*Tiada paksaan dalam menerima bulat2 tulisan ini. Dan, korang pun begitu terhadapku. (^_^)

Sunday, July 26, 2015

Dah nak Graduate! Kerja apa lepasni?

Pejam celik, pejam celik. Hampir 3 tahun berlalu. Dan, bakal menghabiskan pengajian BBA Islamic Finance di UniSZA. 

"Dah Graduate ni, nak kerja apa lepas nie?"
Antara beberapa soalan yang sering menyapa di telinga...
Ya, I'm worried about it. 


For me, kebimbangan masa depan ini tidaklah seteruk mana. Ya, tidaklah seteruk mana. 
Namun, agak aneh. Ramai golongan daripada para guru mahupun ibubapa yang lebih RISAU sehingga menekan anak-anaknya dengan persoalan seperti ini. Kadang kala, seperti mengawal masa depan anak-anak.

Yup, I know. Mereka ingin terbaik. Namun, berilah mereka 'some' space to makde decision for themself. Ini belum lagi berbicara mengenai sistem pendidikan yang "mengasingkan" seseorang berdasarkan keputusan examnya, bukannya berdasarkan minat. Budak banyak A, pi ambik subjek sains. Budak pertengahan & biasa-biasa, ambik subjek ekonomi/akaun/agama...


Know Yourself!. 

Ya, kenali dirimu. Kelemahan kita, juga kelebihan kita yang sebenarnya. Bak kata pepatah Sun Tzu ;

"If you know the enemy and know yourself, you need not fear the result of a hundred battles....

If you know yourself but not enemy, for every victory gained you will also suffer a defeat....

 If you know neither the enemy nor youself, you will succumb in every battle".



Antara kekalutan dunia hari ini adalah kita gagal "mengenal diri". Percayalah, setiap orang ada kelebihan berbanding yang lain yang telah dianugerahkan Tuhan. "Everyone is gifted, but some people don't open their package". 


Jika kita kenal benar-benar diri kita, kita tak perlu risau sehingga membawa kepada ketakutan. Segelintir rakanku yang dahulunya tergolong dalam kelas budak "pandai" (kelas Sains), kini mengambil Ijazah dalam bidang Ekonomi. Hatta, jika ditanya kenapa mengambil jurusan Ekonomi, kebiasaan akan menjawab ; "ikut arah"... 

Jika kita perhati dalam isu politik tanah air, contohnya. Apabila timbul sesuatu isu, habis semua golongan ingin memberi pandangan. Walaupun, mereka tahu, itu bukan kepakaran mereka yang sebetulnya. Namun, atas bantuan Syeikh 'Google', mereka umpama "master". Kita perlu belajar, berbicara sesuai dengan siapa kita dan siapa pendengarnya. Jika pendengar kita, pak cik & mak cik di kampung, ingat dia faham bahasa 'akademik' di universiti?


Kebiasaannya, manusia hanya menghargai kelebihan kita sahaja.

Sekiranya anda seorang doktor perubatan (kanser), para pesakit kebiasaan hanya akan rujuk anda mengenai penyakit kanser sahaja. Ketahuilah, jika anda seorang peniaga, bukan semua barang anda mampu menjualnya. Sekiranya anda seorang guru, bukan semua subjek anda tahu. Sometime, there a some limit for us at some thing. Not all thing we know. we need each other, use our expertise to help others. "You cannot be anything you want to be, but you can be a lot more of who you are already are".


As human, we have 2 type of duties.

I not enough qualified to talk about Islam. But, as we know. We have 2 type of duties. Firstly is to worship to Allah (sembah, beriman kpd Allah). Second is as a 'khalifah' di muka bumi ini.

Sometime, I feel. Tak payah la jadi 'Khalifah' yang besar-besar. Jadi, yang kecik sudah. Iaitu "kawen" lerr... Sesuatu yang agak menyedihkan apabila, semua orang hanya berminat & bercita-cita ingin menjadi setakat ini sahaja. Adakah tugas khalifah hanya sekadar itu? Adakah muka bumi itu kecil?

Sekiranya golongan yang belajar agama berfikiran sebegitu, aku yang jahil ni, macam mana la agaknya. Ahak...

Setiap orang ada bakat & kelebihan, yang telah dianugerahkan Tuhan. Maka, gunakanlah ia untuk kehidupan membantu orang. Kekecohan hari ini, apabila kebanyakkan orang asyik berbicara mengenai HAK, sehingga mengabaikan mengenai tanggungjawab. Maka, kenalilah dirimu. Apa watak 'khalifah' yang anda bawa sebenarnya. Sepertimana bentuk badan dan muka antara kita tidak sama, seperti itulah kelebihan kita. Ada orang bijak bahagian ini, tapi lemah dibahagian itu. Hidup ini saling membantu dan melengkapi, bukannya mencaci. 


I's not about money....

Wang bukan segala-galanya. Dan, ianya tidaklah bernilai seperti yang disangka-sangka.
Perkara ini, aku lalui semasa menjaga nenek dan atuk di kampung. Boleh dikatakan, 4 orang ini (atuk & nenek belah ayah & ibu), pernah ku jaga semasa mereka sakit. 3 telah meninggal dunia.

Kehidupan harian mereka semasa sakit, telah ku lihat. Kadang-kala, aku merasa. Kehidupan dunia ini amatlah meletihkan. Wang yang banyak seperti tiada erti. Ianya hanya sekadar 'money' yang tiada nilai apabila kita sakit mahupun selepas kita mati. Tapi, kenapa kita asyik bertangguh?

"Aku nak sedekahkan wang ini selepas aku mati nanti. Sekarang, nanti la dulu". 

Ketahuilah, bersedekah semasa kita hidup itu lebih baik. Sebab apa kita menunggu mati, baru ingin bersedekah? Ya, kerna kita tahu, wang tiada erti/nilai takkala kita mati. By the way, other thing is "family".


Manusia tidak akan pernah puas!

Tahukah kenapa manusia tidak pernah puas dengan apa yang ia perolehi di dunia ini?
Kerna, bumi ini bukan tempat asal kita. Maka, kita tidak akan puas. Tidak segembira. Sering kali stress dengan dunia.

Ya, tempat asal kita adalah Syurga. Disanalah kepuasan yang sebenarnya. Jom balik "kampung" asal kita wei...


Teori & Praktikal, berbeza?

Ada perkara yang perlu kita "Learn, Unlearn & Relearn" kembali. Teori umpama pengalaman orang terdahulu dan ianya 'asas'. Praktikal umpama apa yang berlaku sekarang ini. Kita boleh gunakan pengalaman lalu, namun ketahuilah. Masa berlalu, situasi berubah. Tidak 100% sama seperti apa yang telah berlalu. Maka, "ajarkanlah anakmu sesuai dengan waktunya, bukan berdasarkan waktu kecil kita".


Perancangan kerja?


Jujurnya, aku tak rancang nak terus bekerja selepas habis kuliah bulan 8 ini. HAHA...
Tapi, ada beberapa urusan yang ingin aku settlekan terlebih dahulu yang mungkin memakan masa selama 2 hingga 3 bulan. 

Kenapa?
Because, I know myself (walaupun belum 100% lagi).



Fedli Isa (Slumb)
*Bukan semua perkara aku kongsi disini.
*Entry ini dibuat untuk diriku terutamanya, sambil mengasah bakat mengarang...