Friday, July 24, 2015

My informal resume

Last updated : 24/8/2015

Tujuan entry ini ditulis adalah untuk memberi 'gambaran' ringkas mengenai diriku secara informal bagi proses pengambilan bekerja mahupun untuk perkenalan. Saya percaya, antara ciri seorang ketua yang bagus ialah memberi dan meletakkan hak/ tanggungjawab kepada orang yang selayaknya, sehingga membentuk sepasukan yang hampir 'sempurna'.

Sedang mencari kerja : YA / TIDAK
Skop kepakaran/bidang kerja : Pelaburan, kewangan, ekonomi dan yang berkaitan.

Note : Sekiranya tuan/ puan ingin mendapatkan 'formal resume', saya boleh dihubungi di talian 014-5267781 / 017-4108692 atau email fedli91@yahoo.com


=======================================================================
"Sebagaimana seorang pekerja mempunyai hak memilih siapa majikannya
majikannya juga ada hak untuk memilih siapa pekerja yang sesuai untuk diambil bekerja" 


About Myself :

Nama diberi, Muhammad Fedli Bin Mohd Isa. Just call me, Eddy. Berasal dari sebuah kampung yang terletak di Parit Buntar, Perak. Berketurunan Melayu (banjar).

Selaku anak kampung, diri ini sudah terbiasa dengan kerja kampung seperti menanam dan membajak sawah padi,menjaga kambing, menangkap ikan & belut, serta menjadi buruh sambilan & mengangkat buah kelapa sawit sejak berusia 12 tahun (kebun atuk). Selain itu, sering dibawa berniaga oleh Ayah. Hasilnya, sudah mampu berniaga bersendirian semasa di Sekolah rendah (Tahun 4). 

Hobi diwaktu lapang ialah membaca (kebanyakkan buku yang dibaca, boleh dilihat dalam album FB saya disini) dan semakin berjinak-jinak menulis entry secara panjang di FB serta di Blog ini.




Personaliti : Who I am?

Sudah lama mencari, akhirnya ketemu diri. Itu yang boleh saya simpulkan, semasa entry ini ditulis. Antara personaliti saya ialah ;

1. Introvert person. 


- Mengikut kajian, golongan Introvert ini tidaklah seramai golongan extrovert. Antara mereka yang berperwatakan Introvert seperti Warren Buffet, Bill Gate, Mark Zarkburg & ramai lagi. Malah, mengikut kajian. Majoriti businessman merupakan golongan Introvert. Sebilangan golongan ini juga, suka "membaca fikiran manusia" and "able to read unspoken language". Bagi memudahkan pemahaman Introvert, saya sertakan beberapa link website ini :

i) 24 BEAUTIFULLY TRUE CARTOONS THAT SHOW WHAT IT’S LIKE BEING AN INTROVERT

ii) 21 SIGNS YOU’RE AN INTROVERT

iii) Why Introverts Make Great Entrepreneurs



2. Independant

- "Bermula APA ditangan". Bermaksud, bermula dengan diri sendiri terlebih dahulu sebelum meminta bantuan orang lain. Contohnya, semasa di Tingkatan 4, saya sudah berjaya membeli sebuah Motosikal baru menggunakan duit sendiri, yang dikumpulkan sejak kecil menerusi kerja-kerja di kampung. Maka, saya tiada masalah untuk bekerja secara berkumpulan mahupun berseorangan asalkan saya memahami apa yang perlu dilakukan.

3. Good as a Thinker, moderate in term of leadership

- Watak ini, saya mula tersedar semasa terlibat secara aktif dalam Politik Kampus di Universiti. Disamping pengalaman 4-5 kali menjadi pengarah program dan aktif sebagai ahli jawatankuasa bagi program dibawah Fakulti & persatuan.

Bakal semulajadi saya adalah seorang pemikir.

4. The Other Side of the Coin

- Mengaitkan sesuatu dengan sesuatu yang lain. Contohnya, saya lebih memahami dunia pelaburan melalui pengalaman dalam dunia politik kampus. Malah, Ustaz saya sering mengaitkan pengajian tauhid dengan matematik dan subjek lain. Mungkin perkara ini sedikit pelik dan sukar difahami. Ringkasnya, saya suka memandang sesuatu daripada pelbagai sudut yang berlainan.


Pendidikan : Saya budak kelas pemulihan

Kehidupan disekolah, tiada apa-apa pencapaian yang mampu dibanggakan. Pencapaian yang paling gempak ialah semasa keputusan SPM iaitu mendapat 7A. Sehinggakan, cikgu yang mengajar pun terkejut dan tertanya-tanya seperti tidak percaya ketika itu. Namun, itulah hakikatnya.

Selain itu, diri ini pernah dimasukkan ke kelas pemulihan selama 3 tahun (Tahun 1 hingga Tahun 3) dan merupakan pelajar TOP-5 TERAKHIR di dalam kelas kerana tidak pandai membaca dan menulis dalam bahasa melayu mahupun english. At that time, mathematics is my 1st "language".


Saya gemar membaca buku? Exam-oriented?


- Boleh dikatakan, saya bermula agresif membaca buku & aktif melibatkan diri dalam program takkala di tahun akhir pengajian Diploma Kewangan (semasa memegang tanggungjawab sebagai S/U bagi Persatuan Fakulti, iaitu 4 tahun yang lalu). Sebelum itu, saya biasa-biasa sahaja. Tiada rekod.... kosong...

- Sekitar 80-90% buku dan program yang dihadiri adalah tidak kena mengena dengan kursus pengajian. Maka, tidaklah exam oriented sangat, disamping my target hanya untuk maintain CGPA sekitar 3.50 sahaja. Kerana, masih ada sudut lain yang perlu diberi perhatian. 


Pengalaman / Aktiviti di Kampus

Seperti yang diketahui, saya merupakan student BBA Islamic Finance.  Namun, saya ingin berkongsi pengalaman lain yang saya belajar di kampus. Iaitu;

1. Dunia Organisasi

- Semasa Diploma, saya merupakan ahli Kor-Suksis (Sukarelawan Polis Siswa/i) dan berdaftarkan dibawah Bukit Aman. Selain itu, pernah memegang jawatan sebagai S/U bagi persatuan Fakulti.


Gambar semasa Majlis Pertaulihan Inspektor Kor-Suksis di UNIMAS, Sarawak.


2. "Bermain politik kampus"

Saya dan beberapa sahabat didedahkan dengan politik kampus. Penasihat kami diwaktu itu merupakan seorang perancangan strategi, setiap kali Pilihan Raya Umum (PRU). Selama 3 tahun, banyak perkara diajar dan dikongsi mengenai "game", "serangan saraf/ psycholgy", cara berfikir yang pelik tapi logik dan sebagainya. 

Maaf, pengalaman berpolitik ini, saya tidak boleh menceritakan secara detail. Apa yang boleh saya katakan dan rumuskan tentang dunia kini ialah ; 

"Belum tentu APA yang kita lihat (atau dengar/baca) adalah yang SEBENAR
Dan, belum tentu yang SEBENAR itu adalah yang BENAR".

Konsep ini juga saya aplikasikan dalam bidang lain seperti dalam bab skim cepat kaya, investment, membaca berita di surat khabar & social media dan sebagainya.

p/s : Saya tidak berminat memasuki mana-mana parti, kerana dunianya kurang sesuai dengan diri ini.


3. Pengalaman lain : Aktiviti luar & berniaga

- Selain terlibat dalam program di universiti, diri ini juga aktif melibatkan diri dalam program di luar seperti belajar mengenai pelaburan anjuran organisasi, perseorangan, SC, Bursa Malaysia dan sebagainya. Juga, turut menghadiri Kuliah tauhid setiap minggu selama setahun di Masjid Negeri Terengganu, yang tidak memisahkan ilmu dunia mahupun akhirat. 

Disamping itu, saya dan beberapa rakan juga ada membuat pekerjaan secara sambilan membaiki laptop di kampus. Manakala, di waktu bulan Ramadhan, saya kebiasaannya berniaga di Pasar Ramadhan.

4. Pengalaman Berpraktikal :

Company : MCIS Insurance (Petaling Jaya)
Department : Investment Division
Position : Investment Trainee (Equity)
Date : 19/1/15 - 12/6/15
(Detail tugasan dan pengalaman, boleh rujuk formal resume)


Pelaburan....

Ada kalanya, ilmu itu perlu ditambah dengan kesabaran. Ada orang, sanggup berhutang untuk membuat pelaburan. Sehingga, ada kalanya terjerat oleh diri sendiri, dek kerana "too many people don't know their cash flow".  *(saya mempunyai own financial and future planning).


Semasa berpraktikal yang lalu, sempat saya membuat sistem pemilihan sesebuah saham. Di inspirasi dan digabungkan daripada pengalaman diri, membaca buku, seminar, perkongsian para pelabur dan sebagainya. Rumusnya, ianya mempunyai 3 tapisan (filter) dan sengaja diterjemahkan ke dalam kata-kata pelaburan, iaitu ;

1st Filter : 

2nd filter : "Don't buy Eggs, but BUY TENNIS BALLS"

3rd filter : "Market only shift to the RIGHT side"

Note : Maaf, penerangan detail mengenai tiga filter ini, kurang sesuai diterangkan disini & berbentuk privasi. Umumnya, setiap filter ini, mempunyai 3-5 teknik analysis berbeza didalamnya dan sengaja diterjemah kedalam 'peribahasa' pelaburan.



Tertarik untuk berkongsi mengenai sebuah kajian dari sebuah buku ; 


"98% investor do not buy stocks that are making new highs in price".

Sewaktu membaca kata-kata ini (di akhir bulan April 2015), mencuba memahami dengan menganalisis 2 jenis saham yang sedang merekodkan "new high" sejak 2-3 tahun. Iaitu, Kossan Rubber dan Latitude. Kedua-dua saham ini diambil daripada 100 saham yang saya berjaya tapis, daripada 600+ shariah-stock di KLCI menggunakan teknik diatas.


[Analysis] Bagi pemilihan saham Latitude, dibuat atas faktor saham tersebut masih undervalue, berdasarkan Fundamental valuation yang dibuat (menggunakan FCF, OCF, PAT, Discounted EPS & etc). Harga saham sewaktu awal bulan Mei 2015 adalah sekitar RM5.80, manakala valuationnya pada masa itu sekitar RM7. Kini (24/8/15), harga sahamnya sudah memasuki harga fair value iaitu RM 7 lebih.

Berbeza dengan Kossan Rubber. Berdasarkan FA, harganya sudah overvalue. Namun, entah mengapa. Antara banyak-banyak CEO yang saya ketemu semasa event Invest M'sia, CEO Kossan ni, lain daripada yang lain. He is different from my view. And, I like him + confident. Harga saham Kossan sewaktu awal bulan Mei 2015 sekitar RM5.80, kini (24/8/15) berharga sekitar RM7 lebih. *Bagi saham ini, sedikit industry analysis dibuat.

Dalam keadaan ekonomi dan keadaan politik yang kurang stabil, ternyata saham Latitude & Kossan menunjukkan kenaikan harga sekitar 20% dalam masa beberapa bulan.

Penafian : Analysis diatas bukanlah bermakna saya seorang yang betul setiap masa. Because, not all things, I know kan? Dan, saya cuba meringkaskan entry ini, maka tidaklah semua perkara dapat dikongsi.


My Disadvantage :

1. Hard to remember "name" (people, place & anything that related with 'name'). Bak kata guru matematik; Kebanyakkan orang yang meminati matematik sejak kecil kemungkinan besar ada masalah dalam bab mengingati nama orang.

2. When too focus at something, other thing becoming blur. Contohnya, apabila membaca buku, respond terhadap persekitaran berkurang. And, most of time when I'm silent, it's mean I thinking.

*Perkara no 1 & 2 diatas, sempat saya rujuk dan meminta pandangan kaunselor (kaunseling) sebelum menamatkan pengajian serta membuat beberapa personaliti test, bagi verify my understanding about myself. Kerana, not all thing, I know. Dan, mungkin juga, ada perkara yang terlepas pandang.

3. My english, not too good.

Penyelesaian (mengikut number): 

1. Jika nama orang yang penting dan perlu diingat, kebiasaannya akan ditulis di dalam nota/phone.
2. Sedang melatih menyeimbangkan otak kiri dan kanan (Brain Gym).
3. Dalam proses membaiki dan melancarkan penguasaan bahasa english. (maybe take some time)


Sambung belajar (master)?

Pada permulaan, saya kurang berminat untuk menyambung pengajian peringkat master. Namun, sewaktu berpraktikal di Investment division, muncul DUA tajuk yang menarik untuk dibuat kajian iaitu ;

i) Kaji perubahan % big player & hubungannya dgn pergerakan saham. Boleh disekalikan dengan mengkaji pergerakan KLCI. *Ini merupakan kesinambungan entry saya yang lalu bertajuk Benarkah, teori Demand & Supply penentu harga?

ii) Ingin membuat formula seperti formula Z-Score (probability syarikat untuk bankrupt) yang diperkenalkan oleh seorang prof dari New York University. Cuma bezanya, mungkin akan kaji berdasarkan company dalam kategori PN17 dan sebagainya. Fungsi formula untuk membahagikan jenis saham yang sesuai untuk trading/ mudah terdedah speculation & investment (long-term). 


Kesimpulan :

Saya percaya. "Everyone is gifted, but some people don't open their packages". Kerana, Tuhan tidak pernah menciptakan sesuatu yang sia-sia, apatah lagi manusia yang tidak berguna. Cuma, kecerdikan/ kelebihan/ fungsi yang berbeza. Bak kata Albert Einstein ;

"Everybody is a genius. But if you judge a fish by its ability to climb a tree, it will live its whole life believing that it is stupid".



Kesimpulan ringkas daripada pengalaman dan apa yang ditulis diatas ialah hampir kesemuanya pengalaman dan kebanyakkan buku 'BESTSELLER' dipasaran adalah mengenai untuk "mengenal diri". Mengenal diri disini merujuk kepada bagaimana seseorang mahupun orang lain berfikir, watak, perangai, sikap, sesuai menjadi trader ataupun investor, kelebihan vs kekurangan diri, beza watak lelaki vs perempuan, corak perbelanjaan bulanan dan banyak lagi.

Sekali lagi, entry ini memang sengaja ditulis untuk memudahkan majikan/para interview mengenali diriku secara informal dan saya juga memahami 'kemungkinan' kesan penulisan ini. Sekiranya saya tidak berjaya ditawarkan kerja, it's ok. Suka saya kongsikan kata-kata Sun Tzu, Art of War ; 

"If you know the enemy and yourself, you need not to fear the result of a hundred battles. 
If you know yourself but not the enemy, for every victory gained you will suffer a defeat. 
If you know neither the enemy nor yourself, you will succumb in every battles" 



p/s : Maaf, tidak semua perkara saya tulis disini. Ada perkara boleh dikongsi, ada perkara berbentuk privasi. (^_^)

=======================================================================

[Nota tambahan] Aktiviti hari ini sehingga 10/10/15 :

Tanggal 16 haribulan Ogos yang lalu, tamatlah pengajian saya di UniSZA. Setakat ini, tiadalah perancangan "gempak" sehingga tarikh majlis Konvo pada 3/10/15. Cuma, beberapa perkara sahaja. Seperti ;

1. Ambil lesen memandu kereta
2. Membuat kerja-kerja kampung
3. Belajar membaiki Handphone dengan kawan sambil membantu urusan kedainya
4. Menjadi Research Assistance kepada seorang pensyarah secara part-time. Tajuk researchnya mengenai "Investment & ekonomi" selama 12 bulan. (masih dalam proses mendapatkan kelulusan).
5. Improve my english & buat Brain Gym (untuk menyeimbangkan otak kiri & kanan)
6. Lain-lain : Buat kelas tuisyen di kampung bersama adik (dalam perancangan), jaga atuk yang kurang sihat & beberapa perkara lain yang sedikit privasi.


Sekian....

Yang Benar,
Fedli Isa (Slumb)

No comments:

Post a Comment