"Kefahaman murid, mengikut kefahaman gurunya..."
Pendidikan hari ini, lebih tertumpu kepada "pelajaran", bukannya "pelajarnya". Semua pelajar dipukul rata. Malah, pendidikan hari ini umpama hilang nilai ketauhidan!.
Lihatlah pembelajaran Ilmu matematik, sejarah, sains dan sebagainya. Dimana nilai ketauhidan? Kita sedar, segala ilmu di dunia ini adalah milik Tuhan. Tapi kenapa, kita jarang/tidak ketemu nilai ketauhidan ini dalam pendidikan hari ini?
Ketahuilah. Ilmu yang benar ialah ilmu yang mendekatkan diri dengan Tuhan. Bukan menjauhkan mahupun melupakan.
Ada segelintir rakan berkata. "Hang xpa la bro. Hang pandai. Pointer power".
Namun, mereka tidak tahu. Diri ini merupakan budak kelas 'pemulihan' semasa bersekolah rendah dahulu.
Let's be tell you some 'secret'.... About current education system.
*Sebenarnya, bukan secret sangat pun.
Pertama sekali. Ketahuilah, setiap orang ada kelebihan(bakat) dan kekurangan(kelemahan) tersendiri. Because, "Everyone is gifted, but some people don't open their package".
Seperti kata pak cik Albert Eistein ;
"Everybody is a genius. But if you judge a fish by its ability to climb a tree, it will live its whole life believing that it is STUPID"
Begitulah sistem pendidikan hari ini. Semuanya main pukul rata. Namun, tahukah anda. Siapakah golongan yang mempunyai lebih kelebihan bagi situasi pendidikan hari ini?
Sebelum kehadapan. Saya kongsi beberapa sebab saya dimasukkan ke kelas pemulihan selama 3 tahun. Sebabnya, saya tidak pandai membaca/ mengeja bahasa melayu & english. Dan, sering mendapat tempat TOP 5, yang terakhir di dalam kelas.
Walaupun sering mendapat tempat sebegitu, I'm good in math. Kebiasaannya, jika soalan matematik yang straight to the point (tiada ayat, just number), ianya mudah diri ini menjawab. Sehingga pernah berfikir. "Jika boleh, nak belajar subjek matematik jelah".
Sebenarnya, matematik adalah "bahasa" pertama yang saya pelajari sejak kecil. Namun apabila disuruh membaca bahasa melayu (english apatah lagi), kebiasaanya akan muncul kesukaran. Umpama seekor ikan apabila diletakkan di darat, amat sukar ia bergerak/berenang. Ya, ini sesuatu yang sukar diterangkan. Dan situasi itu amat "menyakitkan". (*Namun, orang sering memandang golongan seperti ini sebagai pelajar bermasalah dan pemalas).
Untuk memahami, movie bertajuk "Taare Zameen Par" adalah sesuai untuk mengambarkan (best scene pada minit 1.49.16) :
Keputusan peperiksaan saya di Universiti tidaklah setinggi mana. Sekitar bermain atas pagar (3.50) dengan jarang membaca buku teks/silibus. Boleh dikatakan, hampir 90% buku yang saya pinjam, baca, beli dan program yg dihadiri merupakan non-akademik yang tiada kena mengena dengan silibus pengajian. (*Ada banyak sebab saya buat begini. Antara satu sebabnya ialah perasaan 'memberontak' dengan sistem pendidikan hari ini).
Antara rahsia sistem pendidikan sekarang, yang dikongsikan kepada adik perempuan saya (Form 4 di MRSM) ialah ;
"Kebanyakkan silibus pendidikan hari ini dicipta untuk pengguna otak kiri sebenarnya". Dengan kata mudahnya, renungkan kata-kata dibawah ini.
Dimasa sekolah rendah, seseorang yang lembab dan ada masalah dalam membaca, kebiasaannya akan tergolong dalam mereka yang ditempat terakhir. Namun, apabila meningkat dewasa. Ianya akan berubah. Kerana, pendidikan di IPT, lebih kepada bagaimana kita berfikir (learn, unlearn & relearn). Jarang kita jumpai, soalan exam di universiti yang berbunyi ; "Tahun bilakah melaka dibuka?" "Siapakah yang membuka melaka?".
Sebelum menutupi entry ini. Ingin saya kongsikan sedikit mengenai adik saya.
Boleh dikatakan, beliau kurang meminati subjek matematik, but good in bahasa melayu, english, bahasa lain, seni & etc. Nak dijadikan cerita. Sempat tahun lepas, diajarkan beliau mengenai matematik dan nilai ketauhidan didalamnya. Boleh rujuk entry lama saya yang bertajuk 'Open Your Eyes' di sini. Alhamdulillah, tidak sampai setahun, adik saya menunjukkan minat mempelajari matematik lebih daripada subjek lain. Sehingga, setiap kali call, matematik sahaja tajuk utamanya (cerita aktiviti sekolahnya). Sebagai abang, tiada yang lebih bermakna daripada itu. I just want, dia belajar & buat apa-apa dengan nama Tuhan yang menciptakan...
Pertama kali dalam hidup saya, 'kelogikkan' akal seperti tertewas. Sungguh, segala ilmu itu milik Allah. Benar-benar speechless, at that time...
Akhir kata, marilah kita hayati ayat yang pertama yang diturunkan.
Bacalah... Bacalah dengan nama TuhanMu yang menciptakan....
Ucapan ulang tahun kelahiran ke-24 : (11 July)
Masih teringat, antara doa yang sering saya ulang semasa form 4-5 ialah agar diberikan ilmu pengetahuan yang bermanfaat. That's all. Kerana, hidup dalam kejahilan amatlah menyeksakan.
Sejak form 4, ini jelah my wish for birthday & new year celebration sehingga kini. To find, who I am through 'knowledge'... Sepertimana zaman jahiliyyah, masyarakat Arab masa itu diubah melalui Ilmu. Penghayatan ayat yang pertama diturunkan. Belajar itu bukan setakat untuk pandai. Tapi, ada tujuan yang lebih utama. Iaitu, mentauhidkan Allah Taala (pemilik segala Ilmu).
"Beruntunglah orang yang mengetahui kelemahan dirinya. Dan RUGILAH orang yang tidak mengetahui kelebihan dirinya". Kun Anta~
Ilmu itu umpama imam. Amalan itu merupakan jalan. Tanpa imam, sudah tentu kita akan tersesat jalan pulang.
p/s : Kebanyakkan entry saya memang berbentuk umum. And, I'm not interested untuk terangkan sampai detail. Sebab, kita kena berfikir...
Note : I'm not good person. In life, I believe...
"Belum tentu APA yang kita lihat/baca/dengar itu, adalah yang SEBENAR.
Dan, belum tentu yang SEBENAR itu adalah yang BENAR".
Begitu juga dalam kehidupan seharian. Sering kali kita tersalah memberi penghargaan kepada seseorang yang tidak selayaknya. Seperti diri ini. Usah percaya 100% tulisan ini dengan menganggap si penulisnya seorang yang baik hati. Kerana belum tentu, itu yang SEBENAR, apatah lagi BENAR.
No comments:
Post a Comment